Mastura Mohd Yazid: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Hellofeazy (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34: Baris 34:
| footnotes =
| footnotes =
}}
}}
[[Darjah kebesaran Melayu|Datin]] '''Mastura binti Mohd Yazid''' ([[Jawi]]: مستورا بنت محمد يازيد; lahir 22 Ogos 1981) merupakan seorang ahli politik [[Malaysia]] dan [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri]] bagi Tugas-tugas Khas sejak 2020. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen [[Kuala Kangsar]] dari 2016.
[[Darjah kebesaran Melayu|Datin]] '''Mastura binti Mohd Yazid''' ([[Jawi]]: مستورا بنت محمد يازيد; lahir 22 Ogos 1961) merupakan seorang ahli politik [[Malaysia]] dan [[Jabatan Perdana Menteri Malaysia|Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri]] bagi Tugas-tugas Khas sejak 2020. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen [[Kuala Kangsar]] dari 2016.


== Pendidikan ==
== Pendidikan ==

Semakan pada 06:09, 19 Mac 2020


Mastura Mohd Yazid
مستورا بنت محمد يازيد
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Tugas-Tugas Khas)
Memegang jawatan
10 Mac 2020
Yang di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMuhyiddin Yassin
MenteriMohd Redzuan Md Yusof
Anggota Parlimen
untuk P067 Kuala Kangsar
Memegang jawatan
17 Oktober 2016
Didahului olehWan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Butiran peribadi
Lahir (1961-08-22) 22 Ogos 1961 (umur 62)
KerakyatanMalaysia
Parti politikBN-UMNO
PasanganWan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Anak-anak4
BapaMohd Yazid Baba
ProfesionPeguam

Datin Mastura binti Mohd Yazid (Jawi: مستورا بنت محمد يازيد; lahir 22 Ogos 1961) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas sejak 2020. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dari 2016.

Pendidikan

Mastura berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dalam bidang Kepujian dari Universiti Kent, United Kingdom pada 1984. Pada tahun berikutnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Majlis Undang-undang Pendidikan Sekolah Undang-undang di Inns of Court, London. 3 tahun kemudian, beliau memperoleh Ijazah Undang-undang dan Amalan Syariah di Universiti Islam Antarabangsa. Pada 2013, beliau mendapat Sarjana Muda Psikologi di Universiti Terbuka Malaysia.[1]

Kerjaya

Mastura memulakan kerjaya beliau sebagai seorang peguam bela dan peguam cara pada tahun 1986. Beliau juga merupakan seorang penterjemah sejak tahun 2007.[1]

Politik

Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan.[1] Beliau sering membantu suaminya Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad melakukan kerja amal dan bakti untuk masyarakat Kuala Kangsar. Selain itu, Mastura juga bergiat aktif sebagai ahli Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI).[1]

Pada 2016, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar setelah kemenangannya semasa pilihan raya kecil. Ini berikutan kematian suaminya yang juga ADUN Kuala Kangsar.[2]

Keputusan pilihan raya

Kerusi yang ditandingi Mastura Mohd Yazid
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Peratus Mengundi Majoriti
2016 Parlimen Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid (BN-UMNO) 12,653 Najihatussalehah Ahmad (PAS) 5,684 71.3% 6,969
Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) 54
Ahmad Termizi Ramli (PH-Amanah) 4,883
2018 Parlimen Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid (BN-UMNO) 12,102 Khalil Idham Lim Abdullah (PAS) 6,583 731
Ahmad Termizi Ramli (PH-Amanah) 11,371

Kehidupan peribadi

Mastura merupakan seorang balu kepada Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. Allahyarham suami beliau telah meninggal dunia pada 5 Mei 2016 akibat kemalangan helikopter di Sarawak.[3] Mastura merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata lelaki[1] iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Ammar[4]

Rujukan

  1. ^ a b c d e "Mastura Yazid".
  2. ^ "Copter crash: Tragedy strikes fear among campaigners". The Star Online. 6 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
  3. ^ "MP joked about copter not flying if he ate too much". Free Malaysia Today. 6 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2016. Dicapai pada 8 May 2016.
  4. ^ Ibu tabah ditohmah: Wan Emir Astar Borneo Post