Republik Sosialis Soviet Azerbaijan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Milenioscuro (bincang | sumb.)
Baris 60: Baris 60:
{{Republik Soviet|state=collapsed}}
{{Republik Soviet|state=collapsed}}


[[Kategori:Kesatuan Soviet|Azerbaijan]]
[[Kategori:Republik Sosialis Soviet Azerbaijan| ]]
[[Kategori:Azerbaijan]]
[[Kategori:Republik di Azerbaijan]]
[[Kategori:Sejarah Azerbaijan]]

Semakan pada 11:46, 21 Mac 2020

Republik Sosialis Soviet Azerbaijan
Азербайджанская Советская Социалистическая Республика
Азәрбајҹан Совет Сосиалист Республикасы
Azərbaycan Sovet Sosialist Respublikası
Republik di Kesatuan Soviet
1920–1922
1936–1991
Flag of RSS Azerbaijan
Jata of RSS Azerbaijan
Bendera Jata

RSS Azerbaijan (merah) dalam Kesatuan Soviet.
Antem
Lagu Kebangsaan RSS Azerbaijan
Ibu kotaBaku
Keluasan 
• 1989
86,600 km2 (33,400 bt2)
Populasi 
• 1989
7037867
History
 • JenisRepublik Sosialis Soviet
Sejarah 
• Ditubuhkan
28 April 1920
• Bahagian RSPS Transcaucasia
30 Disember 1922
• Dibubarkan
30 Ogos 1991
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Demokratik Azerbaijan
Republik Armenia Pergunungan
Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia
Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia
Azerbaijan

Republik Soviet Sosialis Azerbaijan (bahasa Azerbaijan: Азәрбаjҹан Совет Сосиалист Республикасы, Azərbaycan Sovet Sosialist Respublikası) adalah salah satu Republik dari Kesatuan Soviet yang merdeka pada tarikh 18 Oktober 1991 menjadi Republik Azerbaijan. Dirasmikan sebagai sebuah Republik sebahagian daripada Kesatuan Soviet sebagai sebahagian daripada Republik Trans Kaukasus pada tahun 1920 dan diakui oleh Kongres Luar Biasa Rakyat Azerbaijan terhadap Kesatuan Soviet pada 14 Mac 1937.

Perkembangan

Republik ini terbentuk selepas menyerahnya Republik Demokratik Azerbaijan yang dipimpin oleh Mirza Davud dan Nariman Narimanov. Kesatuan Soviet dan R.D. Azerbaijan bersetuju perjanjian perdamaian pada Ogos 1920 di Yerevan, yang isinya bahawa RD Azerbaijan tetap berhak kepada pemerintahannya. Tapi, perjanjian ini dilanggar oleh Kesatuan Soviet yang menghantar mereka yang bersimpati dengan Bolshevik di Azerbaijan. Tentera R.D. Azerbaijan terpaksa menyerah, dan para Bolshevik di Azerbaijan mengisytiharkan RSS Azerbaijan.

Perkembangan ekonomi di Azerbaijan berkembang setelah ladang minyak ditemui di: Teluk Ilyich, Qara-Chukur, dan Lok Batan. Pada tahun 1929, di adakan kolkhoz (pertanian berkelompok) besar-besaran di bidang pertanian. dan pada 15 Mac 1931, Azerbaijan yang membekalkan sekitar 60% stok minyak untuk Kesatuan Soviet, mendapatkan Hadiah Lenin.

Perang Dunia II

Pada masa ini, Azerbaijan menghasilkan sekurang-kurangnya 25.4 juta tan minyak bahan bakar. Ini tercatat sebagai pengeluaran bahan bakar terbesar sepanjang sejarah. Jerman cuba merebut kawasan berpotensi Azerbaijan, tapi mereka terhalang oleh Banjaran Kaukasus dan kekalahan mereka di Stalingrad. Pasukan Reichskommisariat Kaukasus terpaksa berundur dari Azerbaijan. Pada akhir perang, Stalin memberikan penghargaan kepada lebih daripada 500 pekerja tambang minyak Kesatuan Soviet atas jasa mereka dalam melindungi Azerbaijan.

Soviet Azerbaijan tahun 1945-1991

Tahun 1953, selepas kematian Stalin, terjadilah proses perubahan di seluruh Kesatuan Soviet, yang dikenali dengan nama de-Stalinisasi, iaitu melonggarkan peraturan. De-Stalinisasi ini juga memberi kesan drastik di Azerbaijan. Proses ini menyebabkan urbanisasi besar-besaran dan perindustrian.

Pada tahun 1960, mulailah terjadi krisis ekonomi, terutama di bidang tambang minyak. Syarikat tambang minyak omzetnya turun dan perlahan-lahan muflis. Ini disebabkan oleh pemindahan pengeluaran lombong minyak ke region lain di Kesatuan Soviet. Pada tahun 1980-an, ketika Gorbachev memulakan gerakan Perestroika, munculah organisasi Front Rakyat Azerbaijan yang menuntut kemerdekaan segera dari Kesatuan Soviet. Hal ini dapat direalisasikan manakala rampasan kuasa yang dilakukan Boris Yeltsin berjaya dan pada 30 Ogos 1991, Azerbaijan merdeka secara mutlak dan menjadi sebahagian daripada Komanwel Negara-Negara Merdeka.

Rujukan

  • G.Madatov. Azerbaijan during Great Patrioric War.1976
  • Sejarah Soviet Azerbaijan, Science Academy of Soviet Union, 1964.

Pautan luar

| flaglink/core | variant = | size = | name = | altlink = pasukan ragbi kebangsaan | altvar = kesatuan ragbi}}