Surat Dari Langit Biru: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 41: Baris 41:
| distributor =
| distributor =
| picture_format = 480i ([[SDTV]])<br>[[1080i]] ([[HDTV]])
| picture_format = 480i ([[SDTV]])<br>[[1080i]] ([[HDTV]])
| first_aired = 6 Febuari 2013
| first_aired = 6 Februari 2013
| last_aired = 12 Mac 2013
| last_aired = 12 Mac 2013
| num_episodes = 15
| num_episodes = 15
Baris 51: Baris 51:
}}
}}


'''''Surat Dari Langit Biru''''' merupakan siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Rashid Sibir terbitan Rashbir Media. Dibintangi oleh [[Yana Samsudin]], [[Johan As'ari]] dan [[Fizo Omar]], siri ini bersiaran di [[Slot Samarinda]] [[TV3]] dari 6 Febuari 2013 hingga 12 Mac 2013 menggantikan ''[[Ruby (drama)|Ruby]]''.<ref>Budiey (1 Februari 2013). [https://www.budiey.com/sinopsis-drama-surat-dari-langit-baru-lakonan-johan-asari-yana-samsudin/ Drama Surat Dari Langit Biru lakonan Yana Samsudin, Johan Asari dan Fizo Omar] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Mei 2014.</ref>
'''''Surat Dari Langit Biru''''' merupakan siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan [[Rashid Sibir]], dibintangi oleh [[Yana Samsudin]], [[Johan As'ari]] dan [[Fizo Omar]]. Siri ini bersiaran di [[Slot Samarinda]] [[TV3]] dari 6 Februari 2013 hingga 12 Mac 2013 menggantikan ''[[Ruby (drama)|Ruby]]''.<ref>Budiey (1 Februari 2013). [https://www.budiey.com/sinopsis-drama-surat-dari-langit-baru-lakonan-johan-asari-yana-samsudin/ Drama Surat Dari Langit Biru lakonan Yana Samsudin, Johan Asari dan Fizo Omar] Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Mei 2014.</ref>


==Sinopsis==
==Sinopsis==
Baris 97: Baris 97:
* "Teman Pengganti" - Black dan Malique
* "Teman Pengganti" - Black dan Malique
* "Terindah Bagiku" - Redza Hamid
* "Terindah Bagiku" - Redza Hamid
* "Teman Yang Ku Kasih Seadanya" - Azarina
* "Teman Yang Ku Kasih Seadanya" - Azharina


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 12:09, 21 Mac 2020

Surat Dari Langit Biru
GenreDrama
Ditulis olehBasri Musa
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Teman Pengganti" oleh Black dan Malique
Lagu penutup"Teman Pengganti" oleh Black dan Malique
PenggubahAyub Azril
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Ainul Mardhiah Rashid
  • Aliff Firdaus Rashid
  • Iskandar Zulkarnain Rashid
Penerbit
  • Rashid Sibir
  • Azlan Kadir
Penyunting
  • Ismail Fahmi Zami
  • Yun Amerul
  • Loy Zami
SinematografiAhmad Tarmizi Abdullah
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Rashbir Media
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal6 Februari 2013 – 12 Mac 2013
Kronologi
MengikutiRuby
Diikuti olehBangkitnya Seorang Perempuan

Surat Dari Langit Biru merupakan siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Rashid Sibir, dibintangi oleh Yana Samsudin, Johan As'ari dan Fizo Omar. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 6 Februari 2013 hingga 12 Mac 2013 menggantikan Ruby.[1]

Sinopsis

Mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.

Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.

Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.

Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.

Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?

Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.

Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.

Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Muzik dan runut bunyi

  • "Teman Pengganti" - Black dan Malique
  • "Terindah Bagiku" - Redza Hamid
  • "Teman Yang Ku Kasih Seadanya" - Azharina

Rujukan

  1. ^ Budiey (1 Februari 2013). Drama Surat Dari Langit Biru lakonan Yana Samsudin, Johan Asari dan Fizo Omar Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 Mei 2014.

Pautan luar