Ahmad Busu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah pautan IMDb.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 68: Baris 68:
Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu kini menderita pelbagai penyakit seperti diabetes, membuatkan dia lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa senggangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.
Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu kini menderita pelbagai penyakit seperti diabetes, membuatkan dia lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa senggangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.


==Anugerah dan pencapaian==
==Pencapaian==
* (Pencalonan) [[Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH)]] - [[Anugerah Bintang-Bintang Popular 1993]]
* (Pencalonan) [[Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH)]] - [[Anugerah Bintang-Bintang Popular 1993]]
* (Pencalonan) [[Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH)]] - [[Anugerah Bintang-Bintang Popular 1994]]
* (Pencalonan) [[Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH)]] - [[Anugerah Bintang-Bintang Popular 1994]]

Semakan pada 04:16, 27 Mac 2020

Ahmad Busu
Kelahiran1952
Meninggal dunia10 November 2013 (berumur 60–61)
Tahun aktif1978 - 2008
PasanganSeri Mohamad (1983-2013; kematiannya)
Anak-anakNur Hamizah
Mohd Afiq
Muhammad Luqman
Nurhanis

Allahyarham Ahmad Busu (1952–10 November 2013) merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang cukup popular di era 1990an. Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.

Permulaan kerjaya

Biarpun memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978, namun jiwa komedi yang mengalir dalam dirinya tetap utuh.Pernah mencuba untuk berlakon serius namun, lama kelamaan watak yang dipegangnya masih menjurus ke arah komedi. Ketika itu Ahmad Busu masih bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang dan lakonan pentas dijadikan sebagai minat dan kerjaya sambilan sehinggalah pementasan teater komedi Kampung Sri Wangi pada tahun 1983 membawa tuah kepadanya. Teater tersebut menarik minat stesen TV3 untuk dijadikan sitkom TV berjudul Pi Mai Pi Mai Tang Tu[1] pada 1985. Sitkom ini bertahan selama 18 tahun sehingga 2003 dan menjadi sitkom paling lama bertahan di Malaysia.

Puncak populariti

Karekter Mat Deris yang dibawanya dalam siri PMPMTT begitu melekat di hati peminat sepanjang dekad 1990an. Beliau pernah 5 kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) iaitu pada 1993, 1994, 1995, 1996/97 dan 1998/99. Sering digandingkan dengan pelawak Imuda, mereka berdua adalah gandingan pelawak yang cukup serasi pada era itu. Beliau pernah dicalonkan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Beliau juga pernah melibatkan diri dalam aktiviti merakamkan lagu-lagu komedi antaranya Kisah Seorang Bujang yang menampilkan rakan pelawak Sabri Yunus. Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Ahmad Busu adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan dan keseksian wanita. Frasa itu sering digunakan dalam sitkom PMPMTT. [2]. Dia juga popular menerusi tagline "Salaaaaammm....This is my card" dalam siri komedi 2+1. Selepas era 90an, beliau beralih dari lakonan sitkom di kaca TV ke layar perak dan membintangi beberapa drama seiring dengan perubahan usianya.

Diskogafi

Album studio

Ahmad Busu dan Sabri Yunus bergandingan pada tahun 1992 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut

  1. Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
  2. Jangan Main Mercun (4:00)
  3. Dikir Raya (4:14)
  4. Kisah Seorang Bujang (4:30)
  5. Sketsa Malam Raya (2:00)
  6. Raya Sakan (4:25)
  7. Jom-jom Balik (1:50)
  8. Selamat Hari Raya (4:14)
  9. Halalkan (4:30)
  10. Anak Bulan (3:00)

Filemografi

Filem

  • Mat Som (1990)
  • Imigran - (1993)
  • Aku Kaya The Movie - (2003)
  • Kayangan - 2006
  • Dunia Baru The Movie - 2008
  • Syyhh ...Dia Datang (TBR)

VCD

  • Aku Kaya

Sitkom

Televisyen

  • Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina (2002)

Persaraan

Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu kini menderita pelbagai penyakit seperti diabetes, membuatkan dia lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa senggangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.

Anugerah dan pencapaian

Meninggal dunia

Pada September 2009, beliau telah diserang angin ahmar dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) .[4] Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia pada 10 November 2013. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.[5] [6] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, selepas di sembahyangkan di Surau An-Na'im di Taman Seri Andalas di sini pada pukul 9.50 pagi. Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah rakan Allahyarham seperti Datuk Jamali Shahadat, Nash, Datuk Baharuddin Omar, Datuk D J Dave dan Imuda.[7]

Rujukan

Pautan luar