Hittite: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Menambah dan semak maklumat. (masih diperkembangkan)
Haziq Faruqi (bincang | sumb.)
Perkembangan halaman
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Former Country
{{Infobox Former Country
|native_name = <small>Name:</small><br />{{aut|URUHa-at-ti}}<br /><small>("Tanah Hatti")</small><br />
|native_name = <small>Name:</small><br />{{aut|URUHa-at-ti}}<br /><small>("Tanah Hatti")</small><br />
|conventional_long_name = Empayar Hittite
|conventional_long_name = Empayar Het
|common_name = Hatti
|common_name = Het
|era = Zaman Gangsa Akhir
|era = Zaman Gangsa Akhir
|status = Empayar
|status = Empayar
Baris 11: Baris 11:
|year_end = s. 1180 SM
|year_end = s. 1180 SM
|image_coat = Hittite_sun_disk.jpeg
|image_coat = Hittite_sun_disk.jpeg
|symbol_type = Piring matahari Hittite, simbol bagi kerabat diraja.
|symbol_type = Piring matahari Het, simbol bagi kerabat diraja.
|image_map = Hittite_Kingdom.png
|image_map = Hittite_Kingdom.png
|image_map_caption = Empayar Hittite pada zaman kemuncaknya di bawah [[Mursili II]] (sekitar 1321 – 1295 SM).
|image_map_caption = Empayar Het pada zaman kemuncaknya di bawah [[Mursili II]] (sekitar 1321 – 1295 SM).
|capital = <small> [[Hattusa]] dan bagi satu tempoh singkat, [[Tarhuntasya]] <br />
|capital = <small> [[Hattusa]] dan bagi satu tempoh singkat, [[Tarhuntasya]] <br />
|title_leader = [[Lugal]]
|title_leader = [[Lugal]]
Baris 25: Baris 25:
|leader5 = [[Mursili II]]
|leader5 = [[Mursili II]]
|leader6 = [[Muwattalli II]]
|leader6 = [[Muwattalli II]]
|year_leader1 = ca. 1586–1556 SM
|year_leader1 = s. 1586–1556 SM
|year_leader2 = 1556–1526 SM
|year_leader2 = 1556–1526 SM
|year_leader3 = awal kurun ke-14 SM
|year_leader3 = awal kurun ke-14 SM
Baris 38: Baris 38:


Bahasa Het berasal daripada cabang bahasa Anatolia dalam rumpun [[Bahasa-bahasa Indo-Eropah|bahasa Indo-Eropah]], bersama-sama [[bahasa Luwia]], dan merupakan bahasa Indo-Eropah tertua yang diketahui setakat kini.<ref>[http://www.leidenuniv.nl/en/researcharchive/index.php3-c=178.htm "2006-05-02 Hittite"]. 7 Julai 2004. [https://web.archive.org/web/20170203061604/http://www.leidenuniv.nl/en/researcharchive/index.php3-c=178.htm Diarkib] dari asal pada 3 Februari 2017.</ref> Ia digelar oleh bangsa Het sendiri sebagai ''''nešili'''' "perihal [berbahasa] Nesya (kini dipanggil Kültepe)". Bangsa Het memanggil nama negeri mereka sebagai ''Kerajaan Hattusya'' (Hatti dalam bahasa Akkadia), sebuah nama yang dipetik daripada bangsa Hatti, sebuah bangsa yang pernah duduk di rantau mereka sehinggalah awal alaf ke-2 dan bercakap bahasa lain bernama bahasa Hatti.<ref>Ardzinba, Vladislav. (1974): Some Notes on the Typological Affinity Between Hattian and Northwest Caucasian (Abkhazo-Adygian) Languages. Dalam: "Internationale Tagung der Keilschriftforscher der sozialistischen Länder", Budapest, 23.-25. April 1974. Zusammenfassung der Vorträge (Assyriologica 1), m/s 10-15.</ref> Nama "Hittite" datang daripada penggali purba abad ke-19 yang mengaitkan bangsa yang ditemui mereka dengan yang disebut dalam Alkitab.
Bahasa Het berasal daripada cabang bahasa Anatolia dalam rumpun [[Bahasa-bahasa Indo-Eropah|bahasa Indo-Eropah]], bersama-sama [[bahasa Luwia]], dan merupakan bahasa Indo-Eropah tertua yang diketahui setakat kini.<ref>[http://www.leidenuniv.nl/en/researcharchive/index.php3-c=178.htm "2006-05-02 Hittite"]. 7 Julai 2004. [https://web.archive.org/web/20170203061604/http://www.leidenuniv.nl/en/researcharchive/index.php3-c=178.htm Diarkib] dari asal pada 3 Februari 2017.</ref> Ia digelar oleh bangsa Het sendiri sebagai ''''nešili'''' "perihal [berbahasa] Nesya (kini dipanggil Kültepe)". Bangsa Het memanggil nama negeri mereka sebagai ''Kerajaan Hattusya'' (Hatti dalam bahasa Akkadia), sebuah nama yang dipetik daripada bangsa Hatti, sebuah bangsa yang pernah duduk di rantau mereka sehinggalah awal alaf ke-2 dan bercakap bahasa lain bernama bahasa Hatti.<ref>Ardzinba, Vladislav. (1974): Some Notes on the Typological Affinity Between Hattian and Northwest Caucasian (Abkhazo-Adygian) Languages. Dalam: "Internationale Tagung der Keilschriftforscher der sozialistischen Länder", Budapest, 23.-25. April 1974. Zusammenfassung der Vorträge (Assyriologica 1), m/s 10-15.</ref> Nama "Hittite" datang daripada penggali purba abad ke-19 yang mengaitkan bangsa yang ditemui mereka dengan yang disebut dalam Alkitab.

Kebanyakan sejarah ketamadunan Het yang kita ketahui datang daripada teks-teks [[tulisan pepaku]] yang ditemui di kawasan kerajaan mereka, juga daripada surat-surat diplomatik dan komersial dalam arkib-arkib kerajaan [[Asyur]], [[Babylonia|Babilonia]], [[Mesir Purba|Mesir]], dan [[Asia Barat]]. Teks-teks tersebut juga penting dalam bidang sejarah linguistik Indo-Eropah. Angkatan tentera Het juga ada menggunakan [[rata]].<ref>"[https://www.britishmuseum.org/explore/cultures/middle_east/hittites.aspx Hittites]". ''[[:en:British_Museum|British Museum]]''. [[:en:London|London]]: Pemegang amanah Muzium British. [https://web.archive.org/web/20141107205200/http://www.britishmuseum.org/explore/cultures/middle_east/hittites.aspx Diarkib] daripada yang asal pada 7 November 2014.</ref>

Perkembangan dalam bidang peleburan besi dikatakan datang daripada bangsa Het di Anatolia sewaktu Zaman Gangsa Akhir, disebabkan mereka memang mahir dan telah membolot dagangan tukang besi. Tetapi pandangan "Het membolot" disangsi dan tidak lagi diterima dalam kalangan ilmuan.<ref>Muhly, James D. 'Metalworking/Mining in the Levant' in Near Eastern Archaeology ed. Suzanne Richard (2003), m/s 174–183.</ref> Berkaitan Zaman Gangsa Akhir/Zaman Besi Awal, kejatuhan Zaman Gangsa menyaksikan penggunaan besi secara meleluasa di rantau mereka. Barangan besi memang ada di Anatolia sewaktu Zaman Gangsa, tetapi jumlahnya di semua tempat adalah sama dan tidak banyak; besi tidak lazim digunakan sebagai senjata.<ref>Waldbaum, Jane C. ''From Bronze to Iron''. Göteburg: Paul Astöms Förlag (1978): 56–58.</ref> Bangsa Het tidak menggunakan proses peleburan besi, sebaliknya mereka menggunakan [[meteorit]].<ref>'Irons of the Bronze Age'(2017), Albert Jambon.</ref>

Pada zaman klasik, dinasti etnik Het terdapat di kerajaan-kerajaan kecil dan tersebar di tanah [[Syria|Suriah]], [[Lubnan]] dan [[Israel]]. Setelah hubungan berkurangan dengan bangsa Het, keturunan mereka terselerak dan akhirnya bergabung dengan penduduk-penduduk [[Syam]], Turki, dan [[Mesopotamia]].<ref>''Ancient History Encyclopedia''. "[https://www.ancient.eu/Sea_Peoples/ Sea Peoples]." September 2009. [https://web.archive.org/web/20180618203237/https://www.ancient.eu/Sea_Peoples/ Diarkib] dari asal pada 18 Jun 2018.</ref>

Pada tahun 1920-an, minat terhadap Het berkembang dengan pengasasan [[Republik Turki]] dan menarik perhatian ahli arkeologi seperti [[Halet Çambel]] dan [[Tahsin Özgüç]]. Di zaman itu, bidang kajian baharu Hittitologi (kaji bangsa Het, Hetologi) juga mempengaruh penamaan lembaga-lembaga Turki, seperti bank milik kerajaan ''Etibank'' ("bank Het"),<ref>Erimtan, Can. (2008). [https://www.jstor.org/stable/20455417 Hittites, Ottomans and Turks: Ağaoğlu Ahmed Bey and the Kemalist Construction of Turkish Nationhood in Anatolia]. [https://web.archive.org/web/20180922104515/https://www.jstor.org/stable/20455417 Diarkib] pada 22 September 2018, Anatolian Studies, 58, 141–171.</ref> dan yayasan Muzium Ketamadunan Anatolia (''Anadolu Medeniyetleri Müzesi'') di [[Ankara]], 200 kilometer barat dari ibu negeri Het yang menjaga pameran artifak dan citra Het terbesar di dunia.


== Etimologi ==
== Etimologi ==
Baris 47: Baris 55:
{{Reflist|colwidth=30em}}
{{Reflist|colwidth=30em}}


==Kesusasteraan==
==Bibliografi==
{{Refbegin}}
{{Refbegin}}
*[[Ekrem Akurgal|Akurgal, Ekrem]] - The Hattian and Hittite Civilizations; Publications of the Republic of Turkey; Ministry of Culture; 2001; 300 pages; ISBN 975-17-2756-1
*[[Ekrem Akurgal|Akurgal, Ekrem]] - The Hattian and Hittite Civilizations; Publications of the Republic of Turkey; Ministry of Culture; 2001; 300 pages; ISBN 975-17-2756-1

Semakan pada 07:24, 3 April 2020

Empayar Het
Name:
URUHa-at-ti
("Tanah Hatti")
s. 1600 SM–s. 1180 SM
Piring matahari Het, simbol bagi kerabat diraja. Het
Piring matahari Het, simbol bagi kerabat diraja.
Empayar Het pada zaman kemuncaknya di bawah Mursili II (sekitar 1321 – 1295 SM).
Empayar Het pada zaman kemuncaknya di bawah Mursili II (sekitar 1321 – 1295 SM).
Ibu negara Hattusa dan bagi satu tempoh singkat, Tarhuntasya
Bahasa yang umum digunakanHet, Luwi, Palai, Hurria, Asyur dan bahasa-bahasa wilayah Anatolia lain.
Agama
Politeisme, dewa-dewa Anatolia.
DemonimHet
KerajaanAutokrasi
Lugal 
• s. 1586–1556 SM
Hattusili I
• 1556–1526 SM
Mursili I
• awal kurun ke-14 SM
Tudhaliya I
• sekitar 1350–1322
Suppiluliuma I
• sekitar 1321–1295
Mursili II
• sekitar 1295–1272
Muwattalli II
Era SejarahZaman Gangsa Akhir
• Labarna I menakluk Hatti
s. 1600 SM
• Serangan oleh orang laut dan kerajaan sekitar membawa penamat kepada Hatti
s. 1180 SM

Bangsa Het atau bangsa Nesya ialah orang Anatolia purba yang pernah mengasaskan sebuah kerajaan yang berpusat di Hattusa (bahasa Het: URUḪattuša, "Hattusya") di tengah utara Anatolia sekitar 1600 SM. Empayar Het pada zaman kemuncaknya pada kurun ke-14 SM di bawah naungan Suppiluliuma I, merangkumi bahagian besar Anatolia, barat laut Syria, sejauh muara Sungai Litani (sebuah wilayah dikenali sebagai Amqu), dan ke arah timur sehingga ke hulu Mesopotamia.

Antara abad ke-15 dan ke-13 SM, Empayar Hattusa, juga dipanggil Kerajaan Het, bersengketa dengan Kerajaan Mesir, Kerajaan Asyur Pertengahan dan empayar Mitanni kerana mahu mengawal Asia Barat Jauh. Kerajaan Asyur akhirnya menjadi lebih kuat dan mengilhak banyak daripada tanah Empayar Het, manakala yang selebihnya dijarah oleh pendatang dari Frigia. Selepas lingkungan tahun 1180 SM, semasa kejatuhan Zaman Gangsa, kerajaan Het berpecah kepada beberapa negeri kota "Het Baharu" yang berdaulat. Beberapa daripadanya wujud sehingga lewat kurun ke-8 SM sebelum jatuh ke tangan Kerajaan Asyur Baharu.

Bahasa Het berasal daripada cabang bahasa Anatolia dalam rumpun bahasa Indo-Eropah, bersama-sama bahasa Luwia, dan merupakan bahasa Indo-Eropah tertua yang diketahui setakat kini.[1] Ia digelar oleh bangsa Het sendiri sebagai 'nešili' "perihal [berbahasa] Nesya (kini dipanggil Kültepe)". Bangsa Het memanggil nama negeri mereka sebagai Kerajaan Hattusya (Hatti dalam bahasa Akkadia), sebuah nama yang dipetik daripada bangsa Hatti, sebuah bangsa yang pernah duduk di rantau mereka sehinggalah awal alaf ke-2 dan bercakap bahasa lain bernama bahasa Hatti.[2] Nama "Hittite" datang daripada penggali purba abad ke-19 yang mengaitkan bangsa yang ditemui mereka dengan yang disebut dalam Alkitab.

Kebanyakan sejarah ketamadunan Het yang kita ketahui datang daripada teks-teks tulisan pepaku yang ditemui di kawasan kerajaan mereka, juga daripada surat-surat diplomatik dan komersial dalam arkib-arkib kerajaan Asyur, Babilonia, Mesir, dan Asia Barat. Teks-teks tersebut juga penting dalam bidang sejarah linguistik Indo-Eropah. Angkatan tentera Het juga ada menggunakan rata.[3]

Perkembangan dalam bidang peleburan besi dikatakan datang daripada bangsa Het di Anatolia sewaktu Zaman Gangsa Akhir, disebabkan mereka memang mahir dan telah membolot dagangan tukang besi. Tetapi pandangan "Het membolot" disangsi dan tidak lagi diterima dalam kalangan ilmuan.[4] Berkaitan Zaman Gangsa Akhir/Zaman Besi Awal, kejatuhan Zaman Gangsa menyaksikan penggunaan besi secara meleluasa di rantau mereka. Barangan besi memang ada di Anatolia sewaktu Zaman Gangsa, tetapi jumlahnya di semua tempat adalah sama dan tidak banyak; besi tidak lazim digunakan sebagai senjata.[5] Bangsa Het tidak menggunakan proses peleburan besi, sebaliknya mereka menggunakan meteorit.[6]

Pada zaman klasik, dinasti etnik Het terdapat di kerajaan-kerajaan kecil dan tersebar di tanah Suriah, Lubnan dan Israel. Setelah hubungan berkurangan dengan bangsa Het, keturunan mereka terselerak dan akhirnya bergabung dengan penduduk-penduduk Syam, Turki, dan Mesopotamia.[7]

Pada tahun 1920-an, minat terhadap Het berkembang dengan pengasasan Republik Turki dan menarik perhatian ahli arkeologi seperti Halet Çambel dan Tahsin Özgüç. Di zaman itu, bidang kajian baharu Hittitologi (kaji bangsa Het, Hetologi) juga mempengaruh penamaan lembaga-lembaga Turki, seperti bank milik kerajaan Etibank ("bank Het"),[8] dan yayasan Muzium Ketamadunan Anatolia (Anadolu Medeniyetleri Müzesi) di Ankara, 200 kilometer barat dari ibu negeri Het yang menjaga pameran artifak dan citra Het terbesar di dunia.

Etimologi

Ada yang memanggil bangsa atau bahasa Het sebagai "Hittite". Hittite datang daripada bahasa Inggeris, yang diambil daripada Ibrani חִתִּי‎ (ḫītī), daripada Het: 𒄩𒋾 (ḫati);[9][10] "Hiti" dari Ibrani ditambahkan imbuhan akhiran "-ite" untuk menunjukkan bangsa. Kekeliruan tertimbul apabila nama Hatti dan Hitti mula digunakan dengan berbeza. Bangsa Hatti bagi bangsa yang berada di tengah Anatolia, manakala bangsa Hiti datang daripada Alkitab dan ia diberi pula kepada bangsa yang menggantikan kerajaan Hatti.

Bangsa Het sendiri memanggil diri mereka bangsa Nesya (𒉈𒅆𒇷 "nešili", perihal (orang) Nesya) merujuk kepada penempatan mereka. Kerajaan asing seperti Mesir memanggil mereka khita atau kheta, kemudian dalam bahasa Latin Lewat Hethaeus. Dengan itu, menamakan bangsa berkenaan sebagai bangsa Het atau Nesya lebih sesuai, supaya dapat dibezakan dengan bangsa Hati/Hatti/Hat.

Rujukan

  1. ^ "2006-05-02 Hittite". 7 Julai 2004. Diarkib dari asal pada 3 Februari 2017.
  2. ^ Ardzinba, Vladislav. (1974): Some Notes on the Typological Affinity Between Hattian and Northwest Caucasian (Abkhazo-Adygian) Languages. Dalam: "Internationale Tagung der Keilschriftforscher der sozialistischen Länder", Budapest, 23.-25. April 1974. Zusammenfassung der Vorträge (Assyriologica 1), m/s 10-15.
  3. ^ "Hittites". British Museum. London: Pemegang amanah Muzium British. Diarkib daripada yang asal pada 7 November 2014.
  4. ^ Muhly, James D. 'Metalworking/Mining in the Levant' in Near Eastern Archaeology ed. Suzanne Richard (2003), m/s 174–183.
  5. ^ Waldbaum, Jane C. From Bronze to Iron. Göteburg: Paul Astöms Förlag (1978): 56–58.
  6. ^ 'Irons of the Bronze Age'(2017), Albert Jambon.
  7. ^ Ancient History Encyclopedia. "Sea Peoples." September 2009. Diarkib dari asal pada 18 Jun 2018.
  8. ^ Erimtan, Can. (2008). Hittites, Ottomans and Turks: Ağaoğlu Ahmed Bey and the Kemalist Construction of Turkish Nationhood in Anatolia. Diarkib pada 22 September 2018, Anatolian Studies, 58, 141–171.
  9. ^ Hittite. Etymonline.com. Dicapai 2 April 2020.
  10. ^ Hittite. (2020, Mac 18). Wiktionary, The Free Dictionary. Dicapai 22:14, April 2, 2020.

Bibliografi

  • Akurgal, Ekrem - The Hattian and Hittite Civilizations; Publications of the Republic of Turkey; Ministry of Culture; 2001; 300 pages; ISBN 975-17-2756-1
  • Trevor R. Bryce, "Life and Society in the Hittite World," Oxford (2002).
  • Trevor R. Bryce, The Kingdom of the Hittites, Oxford (1999).
  • C. W. Ceram, The Secret of the Hittites: The Discovery of an Ancient Empire. Phoenix Press (2001), ISBN 1-84212-295-9.
  • Hans Gustav Güterbock, Hittite Historiography: A Survey, in H. Tadmor and M. Weinfeld eds. History, Historiography and Interpretation: Studies in Biblical and Cuneiform Literatures, Magnes Press, Hebrew University (1983) pp. 21–35.
  • J. G. Macqueen, The Hittites, and Their Contemporaries in Asia Minor, revised and enlarged, Ancient Peoples and Places series (ed. G. Daniel), Thames and Hudson (1986), ISBN 0-500-02108-2.
  • George E. Mendenhall, The Tenth Generation: The Origins of the Biblical Tradition, The Johns Hopkins University Press (1973), ISBN 0-8018-1654-8.
  • Erich Neu, Der Anitta Text, (StBoT 18), Otto Harrassowitz, Wiesbaden (1974).
  • Louis L. Orlin, Assyrian Colonies in Cappadocia, Mouton, The Hague (1970).
  • The Hittites and Hurrians in D. J. Wiseman Peoples of the Old Testament Times, Clarendon Press, Oxford (1973).
  • O.R. Gurney, The Hittites, Penguin (1952), ISBN 0-14-020259-5
  • Kloekhorst, Alwin (2007), Etymological Dictionary of the Hittite Inherited Lexicon, ISBN 90-04-16092-2O
  • Patri, Sylvain (2007), L'alignement syntaxique dans les langues indo-européennes d'Anatolie, (StBoT 49), Otto Harrassowitz, Wiesbaden, ISBN 978-3-447-05612-0
  • J. Freu et M. Mazoyer,

Des origines à la fin de l'ancien royaume hittite, Les Hittites et leur histoire 1, Paris, 2007 ; Les débuts du nouvel empire hittite, Les Hittites et leur histoire 2, Paris, 2007 ; L'apogée du nouvel empire hittite, Les Hittites et leur histoire 3, Paris, 2008.

Pautan luar