Ungku Ismail Aziz: Perbezaan antara semakan
Gambarnya saya terpaksa padam kerana ia akan dihapuskan di Commons nanti. |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 17: | Baris 17: | ||
}} |
}} |
||
'''YM Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz''' (lahir 26 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pengarah, pengacara dan ahli muzik [[Malaysia]]. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak 2006, beliau dikenali menerusi drama rantaian [[slot Akasia]] di [[TV3]] iaitu ''[[Teman Lelaki Upahan]]'' dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi.<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ungku-ismail-semakin-dikenali-1.399548|title=Ungku Ismail semakin dikenali|work=[[Sinar Harian]]|date=10 Jun 2015|accessdate=11 Jun 2015}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/31/ungku-ismail/|title=Ungku Ismail kekok lakonkan adegan romantik dengan kekasih orang|author=Mohd Al Qayum Azizi|work=[[mStar Online]]|accessdate=31 Mac 2015}}</ref> Antara drama terkenal beliau ialah ''[[Tari Tirana]]'', ''[[Syurgamu Ramadhan]]'', ''[[Bibik-Bibikku]]'', ''[[Dendam Aurora]]'' dan ''[[Adellea Sofea]]''.<ref>Farihad Shalla Mahmud (7 Januari 2020). [https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/01/644675/ungku-ismail-bebas-gosip-cinta-lokasi Ungku Ismail bebas gosip cinta lokasi] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 8 Januari 2020.</ref> |
'''YM Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz''' (lahir 26 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pengarah, pengacara dan ahli muzik [[Malaysia]]. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak 2006, beliau dikenali menerusi drama rantaian [[slot Akasia]] di [[TV3]] iaitu ''[[Teman Lelaki Upahan]]'' dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi.<ref>{{cite news|url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ungku-ismail-semakin-dikenali-1.399548|title=Ungku Ismail semakin dikenali|work=[[Sinar Harian]]|date=10 Jun 2015|accessdate=11 Jun 2015}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/31/ungku-ismail/|title=Ungku Ismail kekok lakonkan adegan romantik dengan kekasih orang|author=Mohd Al Qayum Azizi|work=[[mStar Online]]|accessdate=31 Mac 2015}}</ref> Antara drama terkenal beliau ialah ''[[Tari Tirana]]'', ''[[Syurgamu Ramadhan]]'', ''[[Bibik-Bibikku]]'', ''[[Dendam Aurora]]'', [[Aku Yang Kau Tinggalkan]]'' dan ''[[Adellea Sofea]]''.<ref>Farihad Shalla Mahmud (7 Januari 2020). [https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/01/644675/ungku-ismail-bebas-gosip-cinta-lokasi Ungku Ismail bebas gosip cinta lokasi] ''[[Berita Harian]]''. Dicapai pada 8 Januari 2020.</ref> |
||
==Kehidupan awal== |
==Kehidupan awal== |
Semakan pada 19:53, 9 April 2020
Ungku Ismail Aziz | |
---|---|
Kelahiran | YM Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz 26 Disember 1985 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan Mekanikal |
Pusat pendidikan | University Of Strathclyde Glasgow, United Kingdom |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2006–kini |
Ketinggian | 6 ft 1 in (1.85 m) |
Ibu bapa | Ungku Abdul Aziz (bapa) Faridah Ismail (ibu) |
YM Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz (lahir 26 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pengarah, pengacara dan ahli muzik Malaysia. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak 2006, beliau dikenali menerusi drama rantaian slot Akasia di TV3 iaitu Teman Lelaki Upahan dengan memegang watak sebagai Ezwan Lutfi.[1][2] Antara drama terkenal beliau ialah Tari Tirana, Syurgamu Ramadhan, Bibik-Bibikku, Dendam Aurora, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Adellea Sofea.[3]
Kehidupan awal
Ungku dilahirkan pada 26 Disember 1985 di Johor Bahru. Beliau pernah bersekolah menengah di SMK Dato Jaafar, Johor Bahru dan juga mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Strathclyde Glasgow Scotland, United Kingdom.[4]
Kerjaya
Ungku Ismail memulakan kerjaya lakonan sepenuh masanya sebagai salah seorang pelakon untuk telefilem Sutun, kemudian membuat penampilan drama TV pertamanya menerusi drama Dunia Baru.
Pada tahun 2008, Ungku Ismail berlakon dalam Tari Tirana bersama Wan Sharmila, Nadia Aqilah dan Shahz Jaszle, dengan memegang watak sebagai Jude. Pada tahun 2009, beliau berlakon dalam telefilem Antara Garisan di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2010. Ungku Ismail juga muncul dalam drama Syurgamu Ramadhan.
Ungku Ismail juga menjadi teraju utama drama adapatasi novel Terlanjur Mencintaimu, karya Syamnuriezmil yang bersiaran di RTM. Beliau berganding bersam pelakon Reen Rahim.
Beliau muncul dalam drama Teman Lelaki Upahan, adaptasi daripada novel 2014 bertajuk sama karya Azura Rasiddin, di mana beliau memegang watak sebagai Ezwan Lutfi,[5] seterusnya muncul dalam supertelefilem Travelling Beruang yang turut mewujudkan kempen kesedaran kanser dengan nama sama,[6] yang mana setiap dana yang dikumpul disalurkan ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA).[7] Beliau sekali lagi digandingkan bersama Elizad dalam telefilem Jubah Untuk Airin yang mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai 2016 di TV1.[8]
Kerjaya Ungku Ismail di pentas teater[9] bermula menerusi pementasan teater Wira Samudera yang berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang, memegang watak sebagai Daeng Parani. Kemudian diikuti oleh pelbagai pementasan teater berikutnya.
Sepanjang 2016, beliau muncul dalam lima drama televisyen, antaranya Isteri Tuan Ihsan sebagai Pak Su Shafiq, Sein dan Luna sebagai Huzair, dan Bibik-Bibikku sebagai Dr. Hanafi.
Pada tahun 2017, Ungku Ismail muncul dalam dua drama TV, iaitu Pembancuh Kopi Mr. Vampire sebagai Aliff Irsyad di mana beliau digandingkan bersama Nazeera Sardi dan Dendam Aurora dengan memegang watak sebagai Harris Hamzah, digandingkan bersama Nabila Huda.
Ungku Ismail muncul dalam drama Slot Akasia, Adellea Sofea yang mana beliau membawakan watak Alif Firdhaus, berpasangan bersama Mira Filzah yang memegang watak tajuk. Drama ini turut dikatakan hangat kerana watak yang dibawa mereka sangat timbul.[10]
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Dunia Baru | Bob | TV3 | |
2009 | Tari Tirana | Jude | TV3 | |
2010 | Syurgamu Ramadhan | Yassin | TV3 | |
Saka Jentayu | Fariz | TV3 | ||
2011 | Sakti Delima | Andika | TV3 | |
Tihany | Imran | TV9 | ||
2012 | 3 Janji | Khairul | TV3 | |
Andai Ku Tahu | Harun | TV9 | ||
Debunga Lalang | Bakri | TV3 | ||
2013 | Kisah Cinta | Huzair | TV3 | |
Egoistik | Zulfa | RTM | ||
Cinta Adam & Hawa | Ustaz Huzaifah | TV1 | ||
Buluh Baju dan Baba | RTM | |||
Email Dari Madrasah | Ustaz Jefri | RTM | ||
2014 | Ammara Batrisya | Reza | TV9 | |
2015 | Cinta Iris | Shahir | TV9 | |
Teman Lelaki Upahan | Ezwan Lutfi @ EL | TV3 | ||
Terlanjur Mencintaimu | Johan Iskandar | TV1 | ||
2016 | Isteri Tuan Ihsan | Pak Su Shafiq | Astro Ria | |
Suami Tanpa Cinta | Qalish | Astro Ria | ||
Rumi & Jawi | Ustaz Khalif | Astro Prima | ||
Bibik-Bibikku | Dr Hanafi | TV3 | ||
2017 | Pembancuh Kopi Mr. Vampire | Aliff Irsyad | HyppTV | |
Qaseh | Armand | Digital Drama | ||
Dendam Aurora | Harris Hamzah | Astro Prima | ||
Kad Raya Dalam Kolong | Nadi | Astro Citra | ||
Sein dan Luna | Huzair | TV3 | ||
2018 | Bila Aidil Ada Fitri | Aidil Harith | Astro Oasis | |
2019 | Aku Yang Kau Tinggalkan | Zaril Ikhwan | TV1 | |
Dendam Tapi Cinta | - | - | Tidak dikeluarkan | |
Adellea Sofea | Alif Firdhaus | TV3 | ||
Durian Oh Durian | Midie | TV3 | ||
2020 | Gerak Khas (Musim 20) | Inspektor Danial | TV2 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Sutun 2 | Lukman | Astro Ria | |
2009 | Antara Garisan | Ustaz Arman | Astro Ria | |
2011 | Anak Emak | Hisham | TV3 | |
Jemaah Kolesterol | Ustaz Mizan | TV3 | ||
Kashaf Imani | Farouk | Astro Ria | ||
Cinta Si Bunga Tembam | Ismail | TV3 | ||
Isteriku Zulaikha | Abang | TV9 | ||
2012 | Bukan Itu Takdirku | Amirul | TV9 | |
Skizo | Azlan | TV9 | ||
2014 | Cici & Roy | Roy | TV2 | |
Apabila Kau Tersenyum | TV1 | |||
5 Beradik | Along | TV2 | ||
Seligar | Adil | TV2 | ||
2015 | Travelling Beruang | Adit | TV3 | |
Isteriku Bukan Tukang Masak | Farid | Astro Ria | ||
Hajat | Imam | TV3 | ||
2016 | Duit Kahwin | Basri | Astro Ria | |
Tika Suria Mendongak | Ustaz Taufik | TV1 | ||
Jubah Untuk Airin | Fahri | TV1 | ||
Tragedi Duit Raya | Kazim | Astro Ria | ||
2018 | Cik Shopaholic | Razi | ntv7 | |
Renjana | Iqbal | ntv7 | ||
Setan Dalam Poket | Amran | Astro Citra |
Teater
Tahun | Tajuk | Peranan | Tempat |
---|---|---|---|
2015 | Wira Samudera | Daeng Parani | Stadium Tertutup Pasir Gudang |
Konsert Ku Mohon | Monologs | Stadium Malawati | |
Mok Cun | Encik Haydar | Istana Budaya | |
Bawang Putih Bawang Merah | Datuk Panglima | Istana Budaya | |
2016 | Wadah | Taufik | Dewan Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru |
Tun Sri Lanang | Sultan Acheh | Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar | |
2017 | Qays dan Laila The Muzikal | Qays | Politeknik Pasir Gudang |
2018 | You Can Duit 2018 | Abang Agogo | Istana Budaya |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2010 | Antara Garisan | Tercalon | ||
2019 | — | Menang |
Rujukan
- ^ "Ungku Ismail semakin dikenali". Sinar Harian. 10 Jun 2015. Dicapai pada 11 Jun 2015.
- ^ Mohd Al Qayum Azizi. "Ungku Ismail kekok lakonkan adegan romantik dengan kekasih orang". mStar Online. Dicapai pada 31 Mac 2015.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (7 Januari 2020). Ungku Ismail bebas gosip cinta lokasi Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ Shakillawati Abd Rahman (8 November 2014). "Cara Ungku Ismail". Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2015.
- ^ Zaidi Mohamad (18 April 2015). Saya jual bakat, bukan 'sado': Ungku Ismail Berita Harian. Dicapai pada 22 April 2015.
- ^ Aref Omar (10 Jun 2015). Travelling care bear New Straits Times. Dicapai pada 10 Jun 2015.
- ^ Telefilem Travelling Beruang jadi kempen kanser Berita Harian. 14 Jun 2015.
- ^ Budiey (4 Julai 2016). Telemovie Jubah Untuk Airin satukan Siti Elizad & Ungku Ismail Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Julai 2016.
- ^ Norhayati Nordin (27 Februari 2020). Semangat lebih membara Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ Ridzuan Abd Rahman (12 Januari 2020). Peluang tak wajar dilepaskan Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.