Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Slainthayer (bincang | sumb.)
Teg: Suntingan sumber 2017
Baris 111: Baris 111:
::Oleh sebab itu, apa yang saya buat adalah munasabah dan mengikut polisi Wikipedia Bahasa Melayu. Lagipun, hanya penyunting asal sahaja yang menyunting laman-laman sebegini sejak penciptaannya hampir sedekad lalu. [[Pengguna:Slainthayer|Slainthayer]] ([[Perbincangan pengguna:Slainthayer|bincang]]) 08:46, 18 April 2020 (UTC)
::Oleh sebab itu, apa yang saya buat adalah munasabah dan mengikut polisi Wikipedia Bahasa Melayu. Lagipun, hanya penyunting asal sahaja yang menyunting laman-laman sebegini sejak penciptaannya hampir sedekad lalu. [[Pengguna:Slainthayer|Slainthayer]] ([[Perbincangan pengguna:Slainthayer|bincang]]) 08:46, 18 April 2020 (UTC)
Terserah kepada komuniti WBM. Jika merasakan ia layak dihapuskan, maka dipersilakan. Cuma sayanglah jumlah rencana akan kurang mendadak nanti dan menyebabkan berkurangnya jumlah penyumbang nanti. Mungkin polisi WBM nak diperketatkan dan perbincangan komuniti terdahulu mungkin tidak digunapakai lagi. Walau apapun, terserah kepada penyelia untuk menentukan. [[Pengguna:Claude Warrior|Claude]] ([[Perbincangan pengguna:Claude Warrior|bincang]]) 08:38, 18 April 2020 (UTC)
Terserah kepada komuniti WBM. Jika merasakan ia layak dihapuskan, maka dipersilakan. Cuma sayanglah jumlah rencana akan kurang mendadak nanti dan menyebabkan berkurangnya jumlah penyumbang nanti. Mungkin polisi WBM nak diperketatkan dan perbincangan komuniti terdahulu mungkin tidak digunapakai lagi. Walau apapun, terserah kepada penyelia untuk menentukan. [[Pengguna:Claude Warrior|Claude]] ([[Perbincangan pengguna:Claude Warrior|bincang]]) 08:38, 18 April 2020 (UTC)
:::{{ping|Claude Warrior}} {{ping|Slainthayer}}[https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(geographic_features)#Geographic_regions,_areas_and_places tempat berpenduduk dan diakui secara sah biasanya dianggap terkenal (dalam erti kata lain layak berada dalam Wikipedia), walaupun populasinya sangat rendah. Tempat-tempat yang ditinggalkan juga terkenal, kerana ketokohan merangkumi keseluruhan sejarah mereka. Satu pengecualian adalah bahawa banci biasanya tidak dianggap terkenal] dan [https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(sports) orang dianggap terkenal jika mereka telah mendapat liputan yang signifikan dalam beberapa sumber sekunder yang diterbitkan, yang boleh dipercayai, bebas dari segi intelek antara satu sama lain, dan tidak bergantung pada subjek]. -<small><span style="border:1px solid black;padding:1px;">[[User: CyberTroopers|<span style="color:#FC0;background:black;font-family:sans-serif;">''' CyberTroopers '''</span>]]</span></small><sup> [[User talk: CyberTroopers|bincang]]</sup>/<sub>[[Special:Contributions/CyberTroopers|sumbangan]]</sub> 11:09, 18 April 2020 (UTC)

Semakan pada 11:09, 18 April 2020

Laman ini merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian Kedai Kopi khas untuk perbincangan mengenai isu-isu teknikal berkenaan Wikipedia. Segala permintaan pepijat dan tampilan haruslah dibuat di Bugzilla (Cara untuk melaporkan pepijat).
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?


Archive Arkib
  1. 2015
  2. 2016
  3. 2017
  4. 2018
  5. 2019
  6. 2020

Benarkan pengguna berdaftar sahaja untuk mencipta rencana baru.

Berdasarkan undian yang telah dilakukan sebelum ini di sini dan mendapat sokongan majoriti melebihi 75% oleh komuniti WBM. Saya rasa sudah tiba masanya terutama sekali para birokrat dan penyelia di WBM untuk melaksanakan polisi baru iaitu hanya membenarkan pengguna berdaftar sahaja untuk mencipta rencana baru di WBM seperti yang telah lama dilaksanakan di WBI selama beberapa tahun lalu. Ini lebih baik bagi menggalakkan pengguna awanama untuk mendaftar akaun di WBM. Claude (bincang) 14:59, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

Saya bersetuju dengan saudara Claude Warrior. Jika pengguna awanama ingin mencipta rencana, mereka boleh meminta supaya rencana itu dicipta seperti mana di Wikipedia Bahasa Inggeris. Mereka sudah lama melaksanakan dasar ini.-Fandi89 (bincang) 15:46, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Claude Warrior: @Fandi89: terima kasih kerana memperingatkan kami, para penyelia dan birokrat. Untuk pengetahuan saudara sekalian, tetapan mengubah konfigurasi bagi akses pengguna awanama ini masih dalam proses di Phabricator dan akan diaktifkan dalam tempoh terdekat. Saya harap saudara/saudari dapat bersabar ;). Sekiranya anda ingin melaporkan apa-apa isu atau pertanyaan lagi, jangan segan silu untuk berhubung dengan mana-mana penyelia di sini. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 16:14, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

@Fandi89::Walaupun agak ketat sedikit kerana WBM akan mengikut jejak langkah WBI. Tetapi, bagi saya ianya akan jadi lebih baik kerana dapat membendung gejala laku musnah dan menggalakkan pembukaan akaun bagi pengguna awanama memandangkan WBM mengalami kekangan jumlah penyelia yang dapat membantu mengawal setiap perlakuan pengguna disini. Jika di WBI, jumlah pengguna terlalu ramai dan sukar untuk dikawal, dengan cara pengguna awanama tidak dibenarkan, ianya dapat mengurangkan sedikit bebanan penyelia untuk melakukan pemantauan. Jika lihat di wiki Sepanyol dan Arab, pengguna awanama masih dibenarkan untuk menyunting dan dengan cara itu ianya agak sukar dalam melakukan kerja pemantauan memandangkan bahasa Sepanyol dan Arab begitu ramai penutur dan ramai pengguna. Jika dibandingkan antara Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Sepanyol/Arab, saya berpendapat lebih baik ikut jejak langkah WBI berbanding WBS dan WBA malah tugas penyelia pun menjadi lebih mudah untuk melakukan tugas pemantauan. @CyberTroopers:, saya memahami tugasan para penyelia disini. Terima kasih atas tugas pemantauan pihak penyelia disini.Claude (bincang) 16:24, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

Claude Warrior Saya faham berkenaan komen anda cuma m:sysadmin berpendepat pengundi bagi perlaksanaan dasar ini masih kurang dan memerlukan lebih banyak suara. Secara peribadi, saya teliti perkara ini sangat bagus bagi menjaga kualiti Wikipedia. Berkenaan dengan "bebanan penyelia", sebenarnya pada saya sendiri penyingkiran hak "createpage" ini memang boleh meringankan beban penyelia walau bagaimanapun ia adalah tanggungjawab kami. Seseorang penyelia itu haruslah sanggup melakukan tugas-tugas tersebut walaupun ia agak mencabar. Jadi di sini saya ingin memperbetulkan bahawa tujuan cadangan pembentukan dasar ini bukanlah untuk meringankan beban penyelia semata-mata tetapi secara utamanya adalah untuk mengelakkan penghasilan rencana karut marut serta laman serangan sebelum ini yang pernah berlaku di WBI dan mendapat liputan media yang begitu luas. Sekiranya terdapat perkara sebegini berlaku, anda diminta untuk meletakkan teg pada halaman tersebut untuk dipadam serta merta. Sekiranya tiada tindakan oleh oenyelia, anda boleh menghubungi penyelia melalui pelbagai saluran sama ada e-mel ataupun hantar pesanan di halaman perbincangan mereka. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 17:23, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]

Salam semua, saya baru terperasan mengenai bahagian Pengumuman di WBM ini agak kurang dikemaskini. Mungkin selepas ini mana-mana penyelia ataupun pengguna komuniti disini boleh turut sama dalam mengemaskini setiap pengumuman di WBM ini. Saya lihat kali terakhir laman berkenaan ini banyak dikemaskini sehingga tahun 2014 sahaja. Ada sedikit pada tahun 2017 tapi tak seperti tahun 2014 dan sebelumnya. Mungkin kebanyakan penyelia yang kerap kemaskini laman pengumuman ini telah bersara ataupun kurang aktif seperti sebelumnya, namun boleh diteruskan oleh penyelia yang masih ada mahupun pengguna komuniti seperti kita semua. Sekian usul saya. Terima kasih. Claude (bincang) 05:15, 29 Mac 2020 (UTC)[balas]

@Claude Warrior: In sya Allah... ada kelapangan saya akan cuba kemaskini. Saya hampir terlupa laman itu wujud. Sudah terlalu banyak yang saya perlu kemaskini buat masa ni. 😅 SNN95 Talk to me, beybeh! 23:43, 31 Mac 2020 (UTC)[balas]

Saya juga baru perasan dalam bulan Mac lepas. Laman itu mungkin tidak aktif disebabkan penyelia2 sebelum ini dah bersara ataupun kurang aktif barangkali. Itu yang agak terbiar. Diharap penyelia yang sedia ada ni akan alert lepas ini. Claude (bincang) 04:38, 1 April 2020 (UTC)[balas]

Memohon perlindungan laman Fauziah Ahmad Daud‎

Perhatian buat para penyelia. mohon perlindungan terhadap laman Fauziah Ahmad Daud‎ kerana laman ini sering dilaku musnah oleh ramai pengguna awanama. @Aurora:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia. Mohon perlindungan laman ini khas untuk pengguna berdaftar sahaja memandangkan agak ramai pengguna awanama laku musnah. Terima kasih. Claude (bincang) 19:22, 31 Mac 2020 (UTC)[balas]

Yo Claude, sudah disiapkan. -Ricky250 (bincang) 07:22, 1 April 2020 (UTC)[balas]

Memohon penukaran nama rencana

Perhatian buat para penyelia @Aurora:, @CyberTroopers:, @Ricky250:, @Zamwan:, @SNN95:, @Tofeiku:, @Zulfadli51: dan lain-lain penyelia, mohon penukaran nama rencana seperti di bawah kerana sejarah semakannya telah dipulihkan:

-Fandi89 (bincang) 04:35, 1 April 2020 (UTC)[balas]

Editing news 2020 #1 – Discussion tools

19:24, 8 April 2020 (UTC)

Mohon sekatan terhadap Aazhar66

Mohon penyelia @Tofeiku:, @CyberTroopers:, @SNN95:, @Polar: dan @Ricky250: menyekat Aazhar66 (bincang · sumbangan) kerana melaku musnah Portal:Biografi. Amaran sudah diberikan namun pengguna ini masih berdegil. Saya syak akaun ini digunakan untuk laku musnah. Mohon tindakan segera diambil.-Fandi89 (bincang) 07:31, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Begitu juga dengan tindakan ‎Slainthayer yang banyak meletakkan teg suntingan penghapusan diatas rencana yang dicipta oleh pengguna lain. Bukankah WBM menghormati hak penyumbang pengguna lain? Ini boleh menyebabkan berkurangnya jumlah penyumbang jika tindakan ini dibiarkan. Monon tindakan daripada @Tofeiku:, @CyberTroopers:, @SNN95:, @Polar:, @Ricky250:, @Zamwan: dan @Yosri:. Saya dah undurkan tapi dia masih lagi meletakkan teg penghapusan. Claude (bincang) 07:39, 18 April 2020 (UTC)[balas]
Saya sudah berbincang dengan penyunting lain seperti @Ricky250:, @SNN95:, @PeaceSearcher:, @Anumengelamun:, dan @Fab1442006:. Mereka tidak membantah saya melakukan perkara ini. Rencana-rencana yang saya letakkan teg penghapusan bukan secara sewenang-wenangya. Saya letakkan apabila rencana tersebut telah mempunyai rencana induknya sendiri atau melanggar secara terang-terangan seperti yang telah ditulis dalam en:Wikipedia:Notability (sports)#Association football. Tidak semua rencana satu-ayat saya padam, rencana yang dimana mempunyai banyak kandungan yang boleh diambil dari Wikipedia lain, saya biarkan dan tegkan supaya penyunting terjemahkan kandungan dalam bahasa lain ke WBM.
Sila rujuk lama perbincangan kedai kopi terdahulu. Komuniti WBM menerima hasil sumbangan sesiapa sahaja memandangkan ianya kerja sukarela. Boleh rujuk di Kedai Kopi hasil perbincangan komuniti terdahulu juga telah membuktikan bahawa komuniti WBM menerima hasil sumbangan orang lain memandangkan ianya kerja sukarela. Boleh rujuk di perbincangan arkib [[1]] pada tahun 2013. Claude (bincang) 07:58, 18 April 2020 (UTC)[balas]

@Slainthayer:, sebarang pertanyaan atau usul sila kemukakan di laman perbincangan Kedai Kopi kerana ianya lebih umum dan semua pengguna boleh membincangkan. Walau apapun alasan anda, ianya tidak dapat diterima sama sekali memandangkan hasil perbincangan komuniti sebelumnya juga tiada masalah dengan hasil sumbangan pengguna lain. Biarkan sahaja laman yang dicipta. Wikipedia bahasa lain pun ada bot juga. Kita nak tambahkan jumlah penyumbang, bukan kurangkan penyumbang. Setiap Wikipedia ada polisi tersendiri, jangan samakan. Claude (bincang) 08:07, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Saya petik dari laman polisi Wikipedia Bahasa Melayu mengenai kelayakan:

Jika tiada sumber pihak ketiga yang dijumpai mengenai topik itu, maka ia tidak wajar ada rencana sendiri. Konsep kelayakan Wikipedia ini bertujuan menghindari penyertaan topik ke dalam Wikipedia secara sembarangan. Topik rencana dan senarai mestilah "layak diberi perhatian"..... Sekiranya sumber bersesuaian tidak dijumpai, kami mempertimbang supaya kandungan rencana digabungkan dalam rencana yang memberikan konteks lebih umum.

Saya sudah jelaskan secara terang dalam teg penghapusan saya bahawa terdapat rencana lain yang telah menyebut kewujudan atau maklumat tersebut. Jikalau saya lencongkan, ia akan menjadi Circular Link dimana rencana induk mempunyai pautan ke rencana sebegini dan rencana tersebut telah dilencongkan ke rencana induk.Slainthayer (bincang) 08:24, 18 April 2020 (UTC)[balas]
Kalau itu tidak mencukupi, polisi Wikipedia Bahasa Melayu mengenai penghapusan laman juga menyokong kes saya.
  • Jangan calonkan rencana tunas yang berpotensi, hanya calonkan rencana tunas yang karut-marut. Begitu juga, lencongkan atau senaraikan rencana tunas yang hanya sekadar berisi takrifan ringkas.
  • Calonkan halaman yang anda rasa tiada potensi untuk menjadi rencana ensiklopedia. Misalnya, topik yang tiada kelayakan untuk mendapat rencana sendiri, atau rencana yang sekadar takrifan kamus, dsb.
Oleh sebab itu, apa yang saya buat adalah munasabah dan mengikut polisi Wikipedia Bahasa Melayu. Lagipun, hanya penyunting asal sahaja yang menyunting laman-laman sebegini sejak penciptaannya hampir sedekad lalu. Slainthayer (bincang) 08:46, 18 April 2020 (UTC)[balas]

Terserah kepada komuniti WBM. Jika merasakan ia layak dihapuskan, maka dipersilakan. Cuma sayanglah jumlah rencana akan kurang mendadak nanti dan menyebabkan berkurangnya jumlah penyumbang nanti. Mungkin polisi WBM nak diperketatkan dan perbincangan komuniti terdahulu mungkin tidak digunapakai lagi. Walau apapun, terserah kepada penyelia untuk menentukan. Claude (bincang) 08:38, 18 April 2020 (UTC)[balas]

@Claude Warrior: @Slainthayer:tempat berpenduduk dan diakui secara sah biasanya dianggap terkenal (dalam erti kata lain layak berada dalam Wikipedia), walaupun populasinya sangat rendah. Tempat-tempat yang ditinggalkan juga terkenal, kerana ketokohan merangkumi keseluruhan sejarah mereka. Satu pengecualian adalah bahawa banci biasanya tidak dianggap terkenal dan orang dianggap terkenal jika mereka telah mendapat liputan yang signifikan dalam beberapa sumber sekunder yang diterbitkan, yang boleh dipercayai, bebas dari segi intelek antara satu sama lain, dan tidak bergantung pada subjek. - CyberTroopers bincang/sumbangan 11:09, 18 April 2020 (UTC)[balas]