Sharifah Sakinah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Perubahan yang membawa maksud yg lebih bermakna
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Samuele2002 (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2401:3C00:106:C0D4:851C:C0F4:43C6:B0C0 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 113.210.125.59
Baris 1: Baris 1:
''Hotel Mania'' (2010) dan kemudian menempa nama apabila muncul dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu ''Bimbi & Bonnie'', ''Havoc Warna'' dan ''Yem Rempit''. Beliau memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014. Pada tahun itu juga, beliau telah membintangi telefilem Racun Menantu arahan Michael Ang yang memberi kesan terhadap penonton. Dalam pada itu beliau juga turut berlakon dalam telefilem ''Kubur Berdarah'' pada 2015. Rata-rata memuji lakonan beliau. Beliau sering melakonkan watak-watak mencabar yang lain dalam drama lakonannya. Beliau diterima baik sebagai pelakon membawa watak psiko yang berat, komedi mahupun antagonis.<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/21/sharifah-sakinah/|title=Sharifah Sakinah anggap Jihan Musa lebih layak menang|author=Kemalia Ohtman|date=21 September 2014|accessdate=20 Oktober 2019|publisher=mStar Online}}</ref> Ish ish ish. Teruk betul kan
''Hotel Mania'' (2010) dan kemudian menempa nama apabila muncul dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu ''Bimbi & Bonnie'', ''Havoc Warna'' dan ''Yem Rempit''. Beliau memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014. Pada tahun itu juga, beliau telah membintangi telefilem Racun Menantu arahan Michael Ang yang memberi kesan terhadap penonton. Dalam pada itu beliau juga turut berlakon dalam telefilem ''Kubur Berdarah'' pada 2015. Rata-rata memuji lakonan beliau. Beliau sering melakonkan watak-watak mencabar yang lain dalam drama lakonannya. Beliau diterima baik sebagai pelakon membawa watak psiko yang berat, komedi mahupun antagonis.<ref>{{cite news|url=http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/21/sharifah-sakinah/|title=Sharifah Sakinah anggap Jihan Musa lebih layak menang|author=Kemalia Ohtman|date=21 September 2014|accessdate=20 Oktober 2019|publisher=mStar Online}}</ref> Ish ish ish.


==Kehidupan peribadi==
==Kehidupan peribadi==

Semakan pada 14:53, 1 Mei 2020

Hotel Mania (2010) dan kemudian menempa nama apabila muncul dalam beberapa siri komedi pada tahun 2013-2014 iaitu Bimbi & Bonnie, Havoc Warna dan Yem Rempit. Beliau memenangi gelaran Artis Lawak Wanita Popular di Anugerah Lawak Warna ke-2 pada tahun 2014. Pada tahun itu juga, beliau telah membintangi telefilem Racun Menantu arahan Michael Ang yang memberi kesan terhadap penonton. Dalam pada itu beliau juga turut berlakon dalam telefilem Kubur Berdarah pada 2015. Rata-rata memuji lakonan beliau. Beliau sering melakonkan watak-watak mencabar yang lain dalam drama lakonannya. Beliau diterima baik sebagai pelakon membawa watak psiko yang berat, komedi mahupun antagonis.[1] Ish ish ish.

Kehidupan peribadi

Dua orang kakaknya terlebih dahulu bergelar pelakon pada era 90-an iaitu dramatis Sharifah Norazleenda binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Beliau pernah menjalinkan hubungan dengan anak sulung pengarah Badaruddin Azmi dan Erma Fatima iaitu Ahmad Albab namun terputus di pertengahan jalan.

Pada tahun 2014, Sakinah mengikat tali pertunangan dengan usahawan Alif Adha Jamil. [2]

Pada 28 Mac 2015, Sharifah sah bergelar isteri kepada Alif Adha Jamil dengan sekali lafaz dalam satu majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman di kawasan taman Hotel Shangri-La, Putrajaya. Pasangan sama padan, sama cantik itu dinikahkan oleh bapa Sakinah sendiri iaitu Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dengan disaksikan Imam Masjid Wilayah Putra Jaya, Ustaz Fairuz Suhari. Sakinah menerima tujuh dulang hantaran dan membalas kembali sembilan dulang kepada Aliff. [3] [4]

Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 9 pagi, pada 24 Mei 2017. Bayi seberat 3.1 kilogram yang dilahirkan menerusi pembedahan itu diberi nama Anais Adha. [5] [6] Beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada awal tahun 2016.[7] [8]

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2013 Ular Lyn Jason Chong Filem pertama
2016 Pekak Melur Khairul Azri Noor
2017 Kimchi Untuk Awak Min Ah @ Minah Michael Ang
2018 Rise: Ini Kalilah Saw Teong Hin
Nik Amir Mustapha
M.S. Prem Nath
2019 Rise To Power Liyanna Faisal Ishak
Syafiq Yusof
Filem Iflix
2020 Bikin Filem Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan M Latiff Zami Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Hotel Mania TV3
Dottie Astro Ria
2011 Kelaaas Kau Maria
Ana lu'lu Sophie TV3
2012 Dalam Hati Ada Taman Tasha Astro Ria
2013 Tanah Kubur (Musim 6) Nabila Astro Oasis Episod: "Sumbang Mahram"
Benci Vs Cinta Astro Ria
2014 Yem Rempit Astro Warna
2015 Jangan Lafazkan Janji TV1
2016 Isteri vs Tunang Amira Irdina Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 15) Nora Astro Oasis Episod: "Janji Syurga"
2017 Perang Otai Andam Dila TV3
Girlfriend Aku Dari Neraka The Series Lidya Astro Warna
My Coffee Prince Teman wanita Raykal Astro Ria Penampilan khas
2018 Suamiku Mat Piun Nieza TV3
Bimbi & Bonni Misi 007 Bimbi Astro Warna
Amira Rose TV3
Selafaz Cinta Jasmine Astro Prima
2019 Voice Note Sara TV3
3 Dara Pingitan Astro Warna
Utusan Cinta Buat Adam Liyana TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Bimbi & Bonnie Bimbi Astro Ria
2014 Pekerja Terbaik Cik Jue TV9
Racun Menantu Astro Box Office
2015 Chak Ke Chak Boom Boom Astro Prima
Kubur Berdarah Sakinah Astro Ria
Suamiku Encik Beruang
2016 Dua
Kulit Astro Citra
Wau Kasih
Isteri vs Tunang Raya Amira Irdina Astro Ria
Lara Cinta Qaseh Qaseh TV2
Redhaku Untukmu Eli TV1
2017 Otot-Otot Fauziah
Mek Minyak TV2
Fatonah Azali Sarina TV3
2018 Rumah No. 10 Astro Citra
Rumah Hantu Sakit Jiwa Astro First Eksklusif
Renyai Takbir Raya Summayyah Astro Ria
Bini Aku Dari... Lidya Astro Warna
2019 Asam Pedas Cendol Sejoli Kinah Astro Citra
Cubit-Cubit Cinta Katarina
2019 Alamak Boss!! Okey


Muzik video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2016 "Andainya Takdir" Anuar Zain
2017 "Cinta Takkan Berakhir"
2018 "Belahan Hati"


Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014
Anugerah Lawak Warna ke–2
Artis Lawak Wanita Paling Popular Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Kemalia Ohtman (21 September 2014). "Sharifah Sakinah anggap Jihan Musa lebih layak menang". mStar Online. Dicapai pada 20 Oktober 2019.
  2. ^ Ditulis pada 20 Oktober 2014. Gambar Majlis Tunang Sharifah - Hiburan. My Artis
  3. ^ Oleh Zaidi Mohamad , dicapai pada 28 Mac 2015. Sharifah Sakinah sah bergelar isteri - Hiburan. Berita Harian Online
  4. ^ 1 Februari 2015. Sharifah Sakinah rancang majlis kahwin tanpa protokol | Hiburan Berita Harian Online
  5. ^ Oleh Sudirman Mohd Tahir, dicapai pada 24 Mei 2017. Sharifah Sakinah dapat 'baby girl' - Hiburan. Harian Metro Online
  6. ^ Dicapai pada 24 Mei 2017. Kandungan 'Overdue', Sakinah Bersalin Secara Pembedahan. mStar Online
  7. ^ Oleh Zaidi Mohamad , dicapai pada 30 Mac 2016. Sharifah Sakinah keguguran - Hiburan. Berita Harian Online
  8. ^ 18 April 2016. Alami Keguguran, Sharifah Sakinah Tidak Kesal Tolak Tawaran Berlakon - Berita Hiburan. mStar

Pautan luar