Azmeer: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 69: Baris 69:
|-
|-
| 2020
| 2020
| ''[[Separuh Akhir Muzik Muzik ke-34]]''
| ''[[Separuh Akhir Muzik Muzik 34]]''
| Sebagai ketua juri.
| Sebagai ketua juri.
| [[TV3]]
| [[TV3]]

Semakan pada 05:53, 3 Mei 2020

Mohd Azhar bin Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer adalah merupakan seorang komposer dan penulis lirik lagu yang terkenal di Malaysia. Beliau telah banyak menghasilkan lagu dan lirik untuk penyanyi terkenal tanah air seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Senario, Liza Hanim, Misha Omar dan ramai lagi. Beliau dikenali dengan imej berkacamata hitam tidak kira dimana beliau berada. Sikapnya yang dilihat lantang dalam bersuara serta ketegasannya dalam mengkritik para peserta dalam setiap program realiti TV sering disalaherti oleh pelbagai pihak.

Azmeer
Kelahiran
Mohd. Azhar bin Abu Bakar
Warganegara Malaysia
PekerjaanPenggubah Lagu, Penulis Lirik, Penerbit Muzik, Penerbit Album, Juri Pertandingan

Kehidupan peribadi

Pada Jun 1990, Azmeer pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama penyanyi Ramlah Ram yang mengakibatkan beliau kehilangan tangan kanannya ketika itu. Mereka dikhabarkan terlibat dakam kemalangan tersebut setelah selssai keluar makan malam bersama. [1]

Lagu-lagu ciptaan

Sebagai pencipta dan penulis lirik.

Kontroversi

Vokal Bukan Sekadar Rupa 2011

Azmeer merupakan salah seorang juri tetap bersama Erra Fazira dalam sebuah pertandingan realiti TV, Vokal Bukan Sekadar Rupa yang disiarkan pada 2011. Beliau mencipta kontroversi didalam program tersebut apabila beliau bertindak mengkritik hebat persembahan beberapa peserta yang disifatkan tidak ada menunjukkan peningkatan selama beberapa minggu bertanding. Disebabkan tidak dapat mengawal emosinya membuatkan beliau ketika itu terpaksa meninggalkan kerusi juri. Penonton yang meynyaksikan kejadian tersebut menyifatkan tindakannya tersebut sebagai melampau dan keterlaluan.

Separuh Akhir Muzik Muzik 34

Terbaru Azmeer telah bertindak sebagai juri yang mengadili dan memilih lagu-lagu yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dimana beliau menyatakan rasa kecewanya bahawa lagu-lagu yang ciptakan dan dipertandingkan adalah lagu yang terbaik diciptakan. Bagaimanapun beliau dengan lantangnya telah mengkritik beberapa orang penyanyi muda masa kini yang tidak menyampaikan lagu tersebut dengan baik seolah-olah mereka tidak menghargai lagu yang telah diberikan kepada mereka.

Filemografi

Penampilan Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2003 Anugerah Juara Lagu ke-18 Sebagai juri. TV3
2009 My Starz LG (Musim 3) Sebagai juri tetap. TV3
2010 Mentor (musim 4) Sebagai Mentor / Pemenang Tempat Ketiga TV3
2011 Vokal (Musim 1) Sebagai juri tetap. TV3
2012 Vokal (Musim 2) Sebagai tenaga pengajar TV3
2020 Separuh Akhir Muzik Muzik 34 Sebagai ketua juri. TV3

Pencapaian

Anugerah Juara Lagu

Tahun Edisi Lagu Kategori Keputusan Catatan
1999 14 "Purnama Merindu"
(nyanyian Siti Nurhaliza
Balada Menang Juara Kategori Sebagai pencipta lagu.
2002 17 "Menadah Gerimis"
(nyanyian Ziana Zain)
Balada Menang Juara Kategori Sebagai pencipta dan penulis lirik


Mentor

Tahun Musim Peranan Keputusan
2010 Ke-4 Mentor kepada Nani Pemenang Tempat Ketiga

Rujukan

  1. ^ Izzati Ramli [1] Media Hiburan.