Pasrah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nazir Rangga (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Nazir Rangga (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 14: Baris 14:
* [[AC Mizal]]
* [[AC Mizal]]
}}
}}
| music=
|music=
| cinematography=
|cinematography=
| editing=
|editing=
| studio = [[Skop Productions]]<br/>[[Grand Brilliance]]
|studio = [[Skop Productions]]<br/>[[Grand Brilliance]]
| distributor=
|distributor=
| released= 8 Januari 2000
|released = 8 Januari 2000
|runtime= 90 minit
|runtime = 90 minit
| country={{flag|Malaysia}}
|country = Malaysia
|language=[[Bahasa Melayu]]
| website=
|budget= RM 1.5 juta
| language=[[Bahasa Melayu]]
|gross= RM 2.74 juta<ref>[http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2000 Tayangan Filem Cereka Tempatan 2000] [[FINAS]]. Diperoleh pada 24 Ferbuari 2010.</ref>
| budget= RM990 ribu
| gross= 2.74 juta<ref>[http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2000 Tayangan Filem Cereka Tempatan 2000] [[FINAS]]. Diperoleh pada 24 Ferbuari 2010.</ref>
}}
}}



Semakan pada 13:07, 6 Mei 2020

Pasrah
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Ismail Mustapha
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
8 Januari 2000
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 1.5 juta
Pecah panggungRM 2.74 juta[1]

Pasrah[2] merupakan filem drama romantik Malaysia 2000 arahan Yusof Haslam dan terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Erra Fazira, Norman Hakim, dan ramai lagi. Filem ini mula ditayangkan pada 8 Januari 2000. Nasha Aziz dan Rosyam Nor menolak tawaran berlakon filem ini. Tempat mereka diambil alih oleh Wilma Muhammad dan Khairil Anwar.[3][4][5]

Sinopsis

Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham. Namun sayangnya, segalanya pengorbanan yang dilakukan Farah tidak sedikitpun dihargai oleh Hafsham. Sikap cemburu buta Hafsham semakin membuatkan hubungannya bersama Farah Diba semakin dingin. Natasha kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan menggoda Hafsham dan memfitnah Farah Diba. Hafsham akhirnya memutuskan hubungannya dengan Farah Diba lalu mengahwini Natasha. Meskipun berat hati dan rasa kecewa, Farah akur dengan keputusan Hafsham dan mula mengubati lara hatinya sendirian. Majlis perkahwinan Hafsham dan Natasha akhirnya berlangsung. Namun tidak lama kemudian, rumahtangga Hafsham dan Natasha mulai goyah apabila Hafsham melihat Natasha masih belum mengubah sikapnya yang masih menjejakkan kakinya ke kelab malam. Hafsham akhirnya rasa menyesal kerana mengambil keputusan terburu-buru mengahwini Natasha. Hafsham mencuba untuk memenangi semula hati Farah Diba. Bagaimanapun, hati Farah Diba kini tertutup untuk menerima Hafsham kembali. Farah juga mengingatkan Hafsham agar setia kepada Natasha dan membimbingnya ke jalan yang benar sebagai seorang isteri.

Pelakon

Penerbitan

Pasrah diarahkan oleh Yusof Haslam dan filem kelima terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance selepas lima filem sebelumnya. Yusof mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan skrip.[4] Penggambaran dijalankan pada 13 Jun 1999 di Kuala Lumpur, Cameron Highlands dan Genting Highlands.[4] Nasha Aziz dan Rosyam Nor menolak tawaran membintangi filem ini dan digantikan oleh Wilma Muhammad dan Khairil Anwar.

Keluaran

Pasrah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 8 Januari 2000. Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM2,741,470.43.

Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) memberikan penarafan 6.1/10 daripada 16 undian dan Movieo memberikan penarafan 6.1/10 daripada 15 undian.

Masa depan

Pada 2016, ia telah dihebahkan bahawa Norman Hakim dan Erra Fazira bakal disatukan kembali menerusi versi terbaharu filem Pasrah yang akan diterbitkan.[6][7]

Rujukan

  1. ^ Tayangan Filem Cereka Tempatan 2000 FINAS. Diperoleh pada 24 Ferbuari 2010.
  2. ^ Pasrah (2000) FilemKita.com. Dicapai pada 24 Februari 2010.
  3. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  4. ^ a b c "Pasrah filem terbaru Yusof Haslam". Utusan Malaysia. 1 Jun 1999. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  5. ^ A. Wahab Hamzah (14 Januari 2000). "Pasrah mentaliti pembikin atau penonton?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  6. ^ "Filem Pasrah versi baharu". Malaysia Gazette. 1 Februari 2016. Dicapai pada 1 Februari 2016.
  7. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (30 Januari 2016). "Norman, Erra kembali bercinta?". Berita Harian. Dicapai pada 1 Februari 2016.

Pautan luar