Pontianak Harum Sundal Malam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nazir Rangga (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Nazir Rangga (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 50: Baris 50:
! Keputusan
! Keputusan
|-
|-
|rowspan=3|[[Festival Filem Malaysia ke-17]]
|rowspan=5|[[Festival Filem Malaysia ke-17]]
|Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
|Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
|[[Rosyam Nor]]
|[[Rosyam Nor]]
Baris 62: Baris 62:
|[[Suhaimi Baba]]
|[[Suhaimi Baba]]
|{{nom}}
|{{nom}}
|-
|Pelakon Lelaki Terbaik
|[[Azri Iskandar]]
|{{nom}}
|-
|Penyunting Terbaik
|Meor Hashim Manap
|{{won}}
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 16:33, 6 Mei 2020

Pontianak Harum Sundal Malam
PengarahShuhaimi Baba
PenulisShuhaimi Baba
Dihasilkan olehShuhaimi Baba
DibintangiMaya Karin
Azri Iskandar
Rosyam Nor
Diedarkan olehPesona Pictures Sdn Bhd
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam. Kutipan hasil jualan tiket ialah sebanyak RM3.2 juta. Oleh sebab mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri, Shuhaimi Baba menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam II yang menjadi sambungan cerita Pontianak Harum Sundal Malam.

Sinopsis

Templat:Spoiler


Filem seram ini bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam (Maya Karin) tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani (Azri Iskandar) dan Danial (Shahronizam Noor). Meriam akhirnya memilih dan menerima Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria (Maya Karin) yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman (Eizlan Yusof) dan tunangnya, Anna (Kavita Sidhu). Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?

Pelakon

Pengarah

Pencapaian

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Menang
Filem Terbaik Pontianak Harum Sundal Malam Tercalon
Pengarah Terbaik Suhaimi Baba Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Azri Iskandar Tercalon
Penyunting Terbaik Meor Hashim Manap Menang

Rujukan


Lihat Juga