Pontianak Harum Sundal Malam: Perbezaan antara semakan
Nazir Rangga (bincang | sumb.) Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Nazir Rangga (bincang | sumb.) Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 51: | Baris 51: | ||
|- |
|- |
||
|rowspan=5|[[Festival Filem Malaysia ke-17]] |
|rowspan=5|[[Festival Filem Malaysia ke-17]] |
||
⚫ | |||
⚫ | |||
⚫ | |||
⚫ | |||
|Filem Terbaik |
|Filem Terbaik |
||
|Pontianak Harum Sundal Malam |
|Pontianak Harum Sundal Malam |
||
Baris 66: | Baris 62: | ||
|[[Azri Iskandar]] |
|[[Azri Iskandar]] |
||
|{{nom}} |
|{{nom}} |
||
⚫ | |||
⚫ | |||
⚫ | |||
⚫ | |||
|- |
|- |
||
|Penyunting Terbaik |
|Penyunting Terbaik |
Semakan pada 16:35, 6 Mei 2020
Pontianak Harum Sundal Malam | |
---|---|
Pengarah | Shuhaimi Baba |
Penulis | Shuhaimi Baba |
Dihasilkan oleh | Shuhaimi Baba |
Dibintangi | Maya Karin Azri Iskandar Rosyam Nor |
Diedarkan oleh | Pesona Pictures Sdn Bhd |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam. Kutipan hasil jualan tiket ialah sebanyak RM3.2 juta. Oleh sebab mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta mendapat pengiktirafan semasa di festival filem luar negeri, Shuhaimi Baba menghasilkan filem Pontianak Harum Sundal Malam II yang menjadi sambungan cerita Pontianak Harum Sundal Malam.
Sinopsis
Filem seram ini bertumpu kepada rentetan kejadian misteri yang berlaku pada dua era iaitu zaman lampau dan masa kini. Pada lewat 1940-an primadona gamelan, Meriam (Maya Karin) tersepit di antara cinta dua lelaki, Marsani (Azri Iskandar) dan Danial (Shahronizam Noor). Meriam akhirnya memilih dan menerima Danial lalu menyebabkan Marsani cemburu. Meriam kemudiannya dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya. Sejak itu, kampung terbabit tidak lagi aman apabila berlaku pelbagai kejadian menakutkan. Marsani hidup dalam ketakutan dan selalu dibayangi mimpi ngeri Meriam yang dianggap menjadi pontianak. Lebih 50 tahun berlalu, Marsani terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya itu tetapi masih terkenangkan Meriam. Sesuatu yang aneh terjadi apabila muncul seorang gadis, Maria (Maya Karin) yang wajahnya persis Meriam. Secara kebetulan, Maria adalah kawan baik cucu Marsani, Norman (Eizlan Yusof) dan tunangnya, Anna (Kavita Sidhu). Sekali lagi beberapa peristiwa aneh berlaku dan kali ini Maria pula dituduh menjadi pontianak oleh Marsani. Soalnya, siapakah sebenarnya Maria dan apakah hubungannya dengan Meriam?
Pelakon
- Maya Karin sebagai Meriam / Maria
- Azri Iskandar sebagai Marsani
- Rosyam Nor sebagai Asmadi
- Eizlan Yusof sebagai Norman
- Kavita Sidhu sebagai Anna
- Shahronizam Noor sebagai Danial
- Nanu Baharuddin sebagai Laila
- Ida Nerina sebagai Sitam
- Haiza sebagai Zai
- Aziz Sattar sebagai Tok Selampit
- Azwan Ali sebagai Sultan
Pengarah
Pencapaian
Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-17 | Filem Terbaik | Pontianak Harum Sundal Malam | Tercalon |
Pengarah Terbaik | Suhaimi Baba | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Azri Iskandar | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Rosyam Nor | Menang | |
Penyunting Terbaik | Meor Hashim Manap | Menang |
Rujukan