Neptun: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengembangan besar hasil pengembalian dan penyejagatan kandungan bahasa Melayu Indonesia
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Portal|Astronomi}}{{Infobox Planet
{{Portal|Astronomi}}
{{MABBIM}}
{{Infobox Planet
| bgcolour = #97C3F4
| bgcolour = #97C3F4
| name = Neptun
| name = Neptun

Semakan pada 06:31, 9 Mei 2020

Neptun Astronomical symbol of Neptune
Neptune dari Voyager 2
Klik gambar bagi perincian
Penemuan
Ditemui olehUrbain Le Verrier
John Couch Adams
Johann Galle
Tarikh penemuan23 September 1846
Designasi
AdjektifNeptunian
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Afelion4,536,874,325 km
30.327 131 69 AU
Perihelion4,459,631,496 km
29.810 795 27 AU
Paksi semimajor4,498,252,900 km
30.068 963 48 AU
Kesipian0.008 585 87
Tempoh qamari367.49 hari
Kelajuan purata orbit5.432 km/s
Kecondongan1.769 17°
(6.43° dari khatulistiwa Matahari)
Longitud nod menaik131.721 69°
Satelit13
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa24,764 km [1]
(3.883 kali Bumi)
Jejari kutub24,341 km
(3.829 kali Bumi)
Luas permukaan7.619×109 km²
(14.94 kali Bumi)
Isi padu6.254×1013 km³
(57.74 kali Bumi)
Jisim1.0243×1026 kg
(17.147 kali Bumi)
Min ketumpatan1.638 g/cm³
Graviti permukaan khatulistiwa11.15 m/s2
(1.14 g) (pada 1 bar)
Halaju lepas23.5 km/s
Tempoh putaran ikut bintang16.11 h (16 j 6 min 36 s) 1
Halaju putaran khatulistiwa2.68 km/s = 9660 km/j (di khatulistiwa)
Kecondongan paksi28.32°
Jarak hamal kutub utara299.33° (19 j 57 min 20 s)
Keserongan kutub utara42.95°
Albedo0.41
Suhu min purata max
Kelvin 50 K 53 K N/A
Atmosfera
Tekanan atmosfera≫100 kPa
Komposisi80% ±3.2% hidrogen, H2
19% ±3.2% helium, He
1.5% ±0.5% metana, CH4
192 ppm hidrogen deuterium, HD
1.5 ppm etana, C2H6

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Neptun [nép-tun] merupakan planet kelapan dan paling jauh diukur dari Matahari dalam Sistem Suria. Ia merupakan planet keempat terbesar berdasarkan diameter (49.530 km) dan planet ketiga terbesar berdasarkan jisimnya yang disukat 17 kali lebih besar daripada Bumi, dan sedikit lebih besar daripada Uranus.[2] Planet ini mengorbit Matahari pada jarak 30.1 sa atau sekitar 4,450 juta kilometer. Periode rotasi planet ini adalah 16,1 jam, sedangkan periode revolusinya adalah 164,8 tahun. Planet ini dinamakan sempena Neptunus, dewa lautan masyarakat Romawi, malah simbol astronominya adalah ♆, yakni trisula disenjatakan dewa ini.

Neptunus ditemukan pada tanggal 23 September 1846.[3] Planet ini merupakan planet pertama yang ditemukan melalui ramalan dan pengiraan matematik. Perubahan yang tak terduga di orbit Uranus membuat Alexis Bouvard menyimpulkan bahawa hal tersebut diakibatkan oleh gangguan graviti dari planet yang belum dikenalpasti. Jasad ini selanjutnya diamati oleh Johann Galle dalam posisi yang diramalkan oleh Urbain Le Verrier. Satelit alam terbesarnya, Triton, ditemukan segera sesudahnya, sementara 12 satelit alam lainnya baru ditemukan lewat teleskop pada abad ke-20. Neptun telah dikunjungi oleh satu kuas wahana angkasa iaitu Voyager 2, yang terbang melewati planet tersebut pada tanggal 25 Ogos 1989.[4]

Komposisi penyusun planet ini mirip Uranus, dan komposisi keduanya berbeda dari raksasa gas Musytari dan Zuhal. Atmosferanyas mengandungi hidrogen, helium, hidrokarbon, kemungkinan nitrogen, dan kandungan "ais" yang besar seperti ais air, amonia, dan metana; metana di kawasan paling luar planet ini merupakan salah satu penyebab Neptun nampak kebiruan.[5] Para ahli falak kadang-kadang mengkategorikan Uranus dan Neptunus sebagai "raksasa ais" untuk menekankan perbedaannya.[6] Dalaman Neptun terdiri dari ais dan batu seperti juga Uranus.[7]

Sementara atmosfera Uranus relatif tidak berciri, atmosfera Neptun bersifat aktif dan menunjukkan pola cuaca. Contohnya, pada saat Voyager 2 terbang melewatinya pada tahun 1989, di belahan selatan planet terdapat Titik Gelap Besar yang mirip dengan Titik Merah Besar di Jupiter. Pola cuaca tersebut diakibatkan oleh angin yang sangat kencang, dengan kecepatan hingga 2.100 km/jam.[8] Karena jaraknya yang jauh dari Matahari, atmosfera luar Neptun merupakan salah satu tempat terdingin di sistem suria dengan suhu sedingin −218 °C (55 K). Suhu teras planet diperkirakan sebesar 5,400 K (5,000 °C).[9][10] Neptunus memiliki sistem cincin yang tipis. Sistem cincin tersebut baru dilacaktemu pada tahun 1960-an dan dipastikan keberadaannya oleh Voyager 2 pada tahun 1989.[11]

Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-

  • 57.9 juta kilometer ke Utarid
  • 108.2 juta kilometer ke Zuhrah
  • 149.6 juta kilometer ke Bumi
  • 227.9 juta kilometer ke Marikh
  • 778.3 juta kilometer ke Musytari
  • 1,427.0 juta kilometer ke Zuhal
  • 2,871.0 juta kilometer ke Uranus
  • 4,497.0 juta kilometer ke Neptun
  • 5,913.5 juta kilometer ke Pluto.

Sejarah

Penemuan

Galileo Galilei dipercayai merupakan pemerhati pertama yang menemukan jasad Neptun berdasarkan lakaran pemerhatiannya bertarikh 28 Disember 1612 dan 27 Januari 1613. Namun, lakaran pada kedua-dua tarikh ini mencatat Neptun disangka Galileo sebagai sebuah bintang tetap ketika planet ini muncul sangat dekat—konjungsi—dengan Musytari pada langit malam,[12] oleh kerana itu, beliau tidak dianggap sebagai penemu Neptun. Pada masa pengamatan pertamanya bulan Disember 1612, Neptun bersifat tetap di langit kerana planet ini baru saja mengalami penghuluan pada hari itu. Gerakan ke belakang ini terbentuk ketika orbit Bumi membawa Bumi melewati planet terluar. Karena Neptun baru saja memulakan kitaran penghuluan tahunannya, gerakan planet ini terlalu sulit diamati menggunakan teleskop kecil Galileo pada ketika itu.[13] Pada Juli 2009, fisikawan Universiti Melbourne, David Jamieson mengumumkan adanya bukti baru yang menyatakan bahawa Galileo setidaknya sedar bahawa bintang yang beliau amati telah berpindah relatif terhadap bintang tetap.[14]

Pada tahun 1821, Alexis Bouvard menerbitkan suatu jadual astronomi orbit planet tetangga Neptun iaitu Uranus.[15] Pengamatan selanjutnya menemukan pergeseran dari jadual tersebut sehingga mendorong Bouvard berhipotesis bahawa suatu objek tidak diketahui sedang melakukan perturbasi pada orbitnya melalui interaksi gravitasi.[16] Pada tahun 1843, John Couch Adams mula mengamati orbit Uranus menggunakan data yang beliau miliki. Melalui James Challis, beliau meminta Astronomer Royal Sir George Airy agar mengirimkan data tersebut pada Februari 1844. Adams terus melakukan pengamatannya pada 1845–1846 dan menghasilkan beberapa perkiraan yang berbeda tentang sebuah planet baru, namun tidak menanggapi permintaan dari Airy tentang orbit Uranus.[17][18]

Urbain Le Verrier

Antara tahun 1845 dan 1846, Urbain Le Verrier mengembangkan penghitungannya sendiri namun juga mengalami kesulitan memunculkan antusiasme rekannya tersebut. Pada Juni 1846, setelah melihat terbitan perkiraan pertama bujur planet karya Le Verrier dan kesamaan dengan perkiraan Adams, Airy memujuk Pengarah Cambridge Observatory, James Challis untuk mencari planet itu. Challis dengan semangat mengamati langit sepanjang Ogos dan September.[16][19]

Sementara itu, melalui surat, Le Verrier meminta ahli falak Observatorium Berlin, Johann Gottfried Galle untuk mencari planet ini menggunakan refraktor observatorium. Heinrich d'Arrest, seorang pelajar di observatorium ini, memberitahu Galle bahawa mereka mampu membandingkan carta langit terkini di wilayah lokasi prediksi Le Verrier dengan keadaan langit saat itu untuk menemukan karakteristik perpindahan suatu planet, berbeda dengan bintang tetap. Pada sore 23 September 1846 ketika surat Le Verrier diterima, Neptunus ditemukan 1° dari tempat yang diprediksi Le Verrier, dan sekitar 12° dari prediksi Adams. Challis kemudian menyadari bahawa beliau telah mengamati planet ini dua kali pada bulan Ogos dan gagal mengidentifikasinya karena pendekatannya yang kasual terhadap pengamatan tersebut.[16][20]

Setelah penemuan tersebut, muncul persaingan yang lebih nasionalis antara Perancis dan Britania Raya mengenai pihak yang pantas mendapat penghargaan atas penemuan planet ini. Konsensus internasional memutuskan bahawa Le Verrier dan Adams sama-sama berhak mendapat penghargaan. Sejak 1966, Dennis Rawlins mempertanyakan kesahihan klaim Adams tentang penemuan bersama dan masalah ini dievaluasi kembali oleh sejarawan dengan pengembalian dokumen bersejarah "Neptune papers" pada tahun 1998 ke Royal Observatory, Greenwich.[21] Setelah meninjau dokumen tersebut, mereka menyatakan bahawa, "Adams tidak layak menerima penghargaan setaraf bersama Le Verrier atas penemuan Neptun. Penghargaan ini berhak diberikan kepada orang yang berhasil meramalkan lokasi planet dan meyakinkan para ahli falak untuk mencarinya."[22]

Penamaan

Sesaat setelah penemuannya, Neptun hanya disebut sebagai "planet di luar Uranus" atau "planet Le Verrier". Usulan nama pertama berasal dari Galle, yang mengusulkan Yanus. Di Inggris, Challis mengusulkan Oceanus.[23]

Le Verrier selaku penemu pertama bintang siarah ini segera mengusulkan nama Neptune - nama Bahasa Perancis untuk Neptunus, dewa lautan yang setaraf dengan Poseidon - untuk planet ini dengan alasan palsu bahawa nama rasmi tersebut disetujui oleh Bureau des Longitudes Perancis.[24] Pada bulan Oktober, beliau mengusulkan agar planet ini diberi nama Le Verrier, sesuai nama dirinya, dan beliau mendapatkan dukungan setia dari Pengarah Observatorium, François Arago. Usulan ini ditentang di luar Perancis.[25] Almanak Perancis langsung memperkenalkan kembali nama Herschel untuk Uranus, sesuai nama penemunya Sir William Herschel, dan Leverrier untuk planet baru ini.[26]

Struve membawa nama Neptunus kepada Akademi Sains Sankt-Peterburg pada 29 Disember 1846.[27] Neptune (atau bentuk bahasa Melayunya "Neptun") kelak menjadi nama yang disetujui secara antarabangsa. Asal-usul nama planet ini yang menerapkan mitologi Romawi turut seiring tatanama planet-planet lain kecuali Bumi yang diberi nama sesuai mengikut mitologi Yunani dan Romawi.[28]

Ciri fizikal

Neptun ialah sebuah planet gergasi gas dengan diameter hampir 50,000 km. Jisim Neptun ialah kira-kira 1.0243 × 1026 kg, lebih kurang 18 kali jisim Bumi.[29] Kecondongan paksi Neptun ialah 28.32°,[30] lebih kurang seperti kecondongan paksi Bumi (23°) dan Marikh (25°), dengan satu putaran mengelilingi matahari Neptun mengambil masa 165 tahun (waktu bumi)

Struktur dalaman

Struktur dalaman Neptun adalah serupa dengan struktur dalaman Uranus. Mantel Neptun terdiri daripada air, metana dan ammonia dan berjisim kira-kira 15 kali jisim Bumi.[31]

Teras Neptun dianggap terdiri daripada besi, nikel dan silikat, dengan anggaran jisim ialah kira-kira 1.2 kali jisim Bumi.[32] Tekanan di pusat teras Neptun ialah 7 Mbar (700 GPa), dua kali ganda tekanan pusat teras Bumi dan suhu anggaran mencecah 5,400 K.[33]

Atmosfera

Atmosfera atasan Neptun terdiri daripada 80% hidrogen dan 19% helium,[34] dengan surihan metana. Bahagian paling bawah atmosfera Neptun ialah troposfera dan diikuti dengan stratosfera pada sempadan tekanan udara 0.1 bar (10 kPa).[35] Bahagian di atas stratosfera ialah termosfera pada sempadan tekanan udara kurang daripada 10−5 ke 10−4 bar (1 to 10 Pa).[35] Termosfera pula diikuti dengan eksosfera Neptun.

Orbit

Kecondongan orbit Neptun ialah 1.77° secara relatif kepada orbit Bumi. Neptun mengambil masa 164.79 ± 0.1 tahun untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Matahari. Jarak perihelion Neptun ialah 29.81 AU dan jarak afelionnya ialah 30.33 AU.[36] Pada 12 Jun 2011, Neptun telah melakukan satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari sejak penemuan planet tersebut pada 23 September 1846.[37]

Iklim

Iklim Neptun dipenuhi dengan sistem ribut yang amat dinamik, dengan ribut boleh mencapai kelajuan 600 m/s (2,200 km/j), hampir mencapai kelajuan bunyi.[38] Secara umum, kelajuan angin di Neptun lazimnya berada dalam lingkungan 20 m/s ke arah timur dan 325 m/s ke arah barat.[39] Angin di Neptun biasanya bergerak pada arah bertentangan putaran paksi Neptun.[35]

Bulan

Neptun memiliki 14 buah bulan.[40] Bulan terbesar Neptun ialah Triton dan satu-satunya bulan Neptun yang memiliki bentuk sfera. Triton dijumpai oleh William Lassell hanya 17 hari selepas penemuan Neptun. Triton juga memiliki orbit retrogred, yakni berpusing mengelilingi Neptun pada arah bertentangan putaran paksi Neptun. Menurut anggaran, Triton akan musnah pada 3.6 bilion tahun apabila Triton melepasi had Roche Neptun.[41]

Satelit semula jadi seterusnya yang dijumpai selepas Triton ialah Nereid, bulan dengan orbit paling sipi dalam kalangan bulan-bulan Sistem Suria, apabila jarak apoapsis dari Neptun ialah 9,655,000 km, tujuh kali jarak periapsisnya, 1,372,000 km, dengan nilai kesipian orbit ialah 0.7507.[42][43]

Gelang

Neptun memiliki gelangnya yang tersendiri, tetapi lebih kecil berbanding dengan gelang Zuhal. Gelang Neptun terdiri daripada ais yang dilitupi bahan-bahan silikon dan karbon yang memberikan warna merah terhadap gelang.[44]

Penjelajahan

Satu-satunya kapal angkasa yang pernah melawat Neptun ialah kapal angkasa Voyager 2 pada 1989.

Rujukan

  1. ^ [1]
  2. ^ Williams, David R. (2007-11-29). "Planetary Fact Sheet – Metric". NASA. Dicapai pada 2008-3-13. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hamilton2 tidak disediakan
  4. ^ Chang, Kenneth (18 Oktober 2014). "Dark Spots in Our Knowledge of Neptune". New York Times. Dicapai pada 21 Oktober 2014.
  5. ^ Munsell, Kirk; Smith, Harman; Harvey, Samantha (2007-11-13). "Neptune overview". Solar System Exploration. NASA. Dicapai pada 2008-2-20. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Lunine, Jonathan I. (1993). "The Atmospheres of Uranus and Neptune". Lunar and Planetary Observatory, University of Arizona. Bibcode:1993ARA&A..31..217L. doi:10.1146/annurev.aa.31.090193.001245. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  7. ^ Podolak, M.; Weizman, A.; Marley, M. (1995). "Comparative models of Uranus and Neptune". Planetary and Space Science. 43 (12): 1517–1522. Bibcode:1995P&SS...43.1517P. doi:10.1016/0032-0633(95)00061-5.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  8. ^ Suomi, V. E.; Limaye, S. S.; Johnson, D. R. (1991). "High Winds of Neptune: A possible mechanism". Science. 251 (4996): 929–932. Bibcode:1991Sci...251..929S. doi:10.1126/science.251.4996.929. PMID 17847386.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Hubbard, W. B. (1997). "Neptune's Deep Chemistry". Science. 275 (5304): 1279–1280. doi:10.1126/science.275.5304.1279. PMID 9064785.
  10. ^ Nettelmann, N.; French, M.; Holst, B.; Redmer, R. "Interior Models of Jupiter, Saturn and Neptune" (PDF). University of Rostock. Dicapai pada 2008-2-25. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Wilford, John N. (1982-6-10). "Data Shows 2 Rings Circling Neptune". The New York Times. Dicapai pada 2008-2-29. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  12. ^ Hirschfeld, Alan (2001). Parallax: The Race to Measure the Cosmos. New York, New York: Henry Holt. ISBN 0-8050-7133-4.
  13. ^ Littmann, Mark; Standish, E. M. (2004). Planets Beyond: Discovering the Outer Solar System. Courier Dover Publications. ISBN 0-486-43602-0.
  14. ^ Britt, Robert Roy (2009). "Galileo discovered Neptune, new theory claims". MSNBC News. Dicapai pada 10 Julai 2009.
  15. ^ Bouvard, A. (1821). Tables astronomiques publiées par le Bureau des Longitudes de France. Paris: Bachelier.
  16. ^ a b c Airy, G. B. (1846-11-13). "Account of some circumstances historically connected with the discovery of the planet exterior to Uranus". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 7: 121–144. Bibcode:1846MNRAS...7..121A.
  17. ^ O'Connor, John J.; Robertson, Edmund F. (2006). "John Couch Adams' account of the discovery of Neptune". University of St Andrews. Dicapai pada 2008-2-18. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  18. ^ Adams, J. C. (1846-11-13). "Explanation of the observed irregularities in the motion of Uranus, on the hypothesis of disturbance by a more distant planet". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 7: 149. Bibcode:1846MNRAS...7..149A.
  19. ^ Challis, Rev. J. (1846-11-13). "Account of observations at the Cambridge observatory for detecting the planet exterior to Uranus". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 7: 145–149. Bibcode:1846MNRAS...7..145C.
  20. ^ Galle, J. G. (1846-11-13). "Account of the discovery of the planet of Le Verrier at Berlin". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 7: 153. Bibcode:1846MNRAS...7..153G.
  21. ^ Kollerstrom, Nick (2001). "Neptune's Discovery. The British Case for Co-Prediction". University College London. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2005. Dicapai pada 2007-3-19. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  22. ^ William Sheehan, Nicholas Kollerstrom, Craig B. Waff (Disember 2004). "The Case of the Pilfered Planet – Did the British steal Neptune?". Scientific American. Dicapai pada 20 Januari 2011. ...Adams does not deserve equal credit with Le Verrier for the discovery of Neptune. That credit belongs only to the person who succeeded both in predicting the planet's place and in convincing astronomers to search for it....CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  23. ^ Moore (2000):206
  24. ^ Littmann (2004):50
  25. ^ Baum & Sheehan (2003):109–110
  26. ^ Gingerich, Owen (1958). "The Naming of Uranus and Neptune". Astronomical Society of the Pacific Leaflets. 8: 9–15. Bibcode:1958ASPL....8....9G.
  27. ^ Hind, J. R. (1847). "Second report of proceedings in the Cambridge Observatory relating to the new Planet (Neptune)". Astronomische Nachrichten. 25 (21): 309. doi:10.1002/asna.18470252102.
  28. ^ Blue, Jennifer (2008-12-17). "Planet and Satellite Names and Discoverers". USGS. Dicapai pada 2008-2-18. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  29. ^ Williams, David R. (1 September 2004). "Neptune Fact Sheet". NASA.
  30. ^ Williams, David R. (6 Januari 2005). "Planetary Fact Sheets". NASA.
  31. ^ Hamilton, Calvin J. (4 August 2001). "Neptune". Views of the Solar System. Dicapai pada 13 August 2007.
  32. ^ Podolak, M.; Weizman, A.; Marley, M. (1995). "Comparative models of Uranus and Neptune". Planetary and Space Science. 43 (12): 1517–22. Bibcode:1995P&SS...43.1517P. doi:10.1016/0032-0633(95)00061-5.
  33. ^ Nettelmann, N.; French, M.; Holst, B.; Redmer, R. "Interior Models of Jupiter, Saturn and Neptune" (PDF). University of Rostock. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 July 2011. Dicapai pada 25 February 2008.
  34. ^ Hubbard, W.B. (1997). "Neptune's Deep Chemistry". Science. 275 (5304): 1279–80. doi:10.1126/science.275.5304.1279. PMID 9064785.
  35. ^ a b c Lunine, Jonathan I. (September 1993). "The Atmospheres of Uranus and Neptune". Annual Review of Astronomy and Astrophysics. 31: 217–63. Bibcode:1993ARA&A..31..217L. doi:10.1146/annurev.aa.31.090193.001245.CS1 maint: ref=harv (link)
  36. ^ Jean Meeus, Astronomical Algorithms (Richmond, VA: Willmann-Bell, 1998) 273.
  37. ^ Neue Zürcher Zeitung: Neptun ist zurück, 10 Julai 2011.
  38. ^ Suomi, V.E.; Limaye, S.S.; Johnson, D.R. (1991). "High Winds of Neptune: A possible mechanism". Science. 251 (4996): 929–32. Bibcode:1991Sci...251..929S. doi:10.1126/science.251.4996.929. PMID 17847386.
  39. ^ Hammel, H.B.; Beebe, R.F.; De Jong, E.M.; Hansen, C.J.; dll. (1989). "Neptune's wind speeds obtained by tracking clouds in Voyager 2 images". Science. 24 (4924): 1367–69. Bibcode:1989Sci...245.1367H. doi:10.1126/science.245.4924.1367. PMID 17798743.
  40. ^ Hubble Space Telescope discovers fourteenth tiny moon orbiting Neptune | Space, Military and Medicine. News.com.au (16 July 2013). Retrieved on 28 July 2013.
  41. ^ Chyba, Christopher F.; Jankowski, D.G.; Nicholson, P.D. (1989). "Tidal evolution in the Neptune-Triton system". Astronomy and Astrophysics. 219 (1–2): L23–L26. Bibcode:1989A&A...219L..23C.
  42. ^ Jacobson, R. A. (3 April 2009). "The Orbits of the Neptunian Satellites and the Orientation of the Pole of Neptune". The Astronomical Journal. 137 (5): 4322–4329. Bibcode:2009AJ....137.4322J. doi:10.1088/0004-6256/137/5/4322.CS1 maint: ref=harv (link)
  43. ^ Jacobson, R. A. — AJ (2009-04-03). "Planetary Satellite Mean Orbital Parameters". JPL satellite ephemeris. JPL (Solar System Dynamics). Diarkibkan daripada yang asal pada October 14, 2011. Dicapai pada 2011-10-26. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) .
  44. ^ Cruikshank (1996):703–804

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Neptun di Wikimedia Commons