Tunku Ismail bin Tunku Yahaya: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
Baris 75: Baris 75:
[[Kategori:Menteri Besar Kedah]]
[[Kategori:Menteri Besar Kedah]]
[[Kategori:Kelahiran 1907]]
[[Kategori:Kelahiran 1907]]
[[Kategori:Kematian 1969]]

Semakan pada 15:46, 23 Mei 2020

Yang Amat Berhormat

Tunku Tan Sri Ismail Tunku Yahaya

Menteri Besar Kedah ke-2
Dalam jawatan
Januari 1954 – 24 Mei 1959
Didahului olehMohamad Sheriff Bin Osman
Digantikan olehSyed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin
Butiran peribadi
Lahir(1907-04-23)23 April 1907
Kulim, Kedah
Meninggal dunia24 November 1969(1969-11-24) (umur 62)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
Tempat persemadianPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Parti politikUMNO
PasanganDayang Fatimah binti Yop
Anak-anak
  • Tunku Izham
  • Tunku Yahya
  • Tunku Nuraisyaha
  • Tunku Fuziah
  • Tunku Suria
  • Tunku Rehana
  • Tunku Abdul Hamid
SaudaraDayangku Intan (cucu kandung)

Tunku Tan Sri Ismail bin Tunku Yahaya (23 April 190724 November 1969) ialah seorang bangsawan yang berasal daripada keluarga DiRaja Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar Kedah ke-2 dari tahun 1954 sehingga tahun 1959.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan asas di sekolah Melayu dan Inggeris serta lulus Senior Cambridge di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.

Kerjaya

Tunku Ismail bin Tunku Yahaya pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri Kedah sebelum dilantik sebagai Menteri besar Kedah. Tunku Ismail memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan sebagai Kadet Perkhidmatan Awam pada tahun 1926. Antara jawatan lain yang pernah disandang ialah sebagai Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu, Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Sik, Ahli Majlis Perbadaran Kota Setar, Pegawai Tanah Kubang Pasu dan Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi. Seterusnya beliau pernah dilantik sebagai "First Assistant Superintendent Monopolis and Customs Alor Setar", Pegawai Daerah Kulim, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ketua Majistret Alor Setar dan 'Food Controller' Negeri Kedah.

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan kemudian sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1948.

Menteri Besar Kedah

Beliau memangku jawatan Menteri Besar Kedah dari tahun 1949 hingga tahun 1951 dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kedua dari tahun 1954 hingga tahun 1959. Beliau juga merupakan duta Malaysia ke Perancis. Ditugaskan pada 22 Ogos 1959.

Kematian

Beliau telah meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi hari Isnin 24 November 1969 pada usia 62 tahun akibat sakit jantung di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Petaling Jaya pada lewat petang hari yang sama. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman turut menziarahi jenazah beliau.[1]

Rujukan

  1. ^ "Pengarah Straits Times — bekas Duta Malaysia ka-Pranchis meninggal dunia". Berita Harian (diterbitkan 25 November 1969). 24 November 1969. Dicapai pada 21 Mei 2020 – melalui NewspaperSG.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19541959
Penyandang Kemudian
Haji Mohamad Sheriff Bin Osman Tan Sri Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin