Kerajaan Aru: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Naval Scene (bincang | sumb.)
Naval Scene (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 7: Baris 7:
|s1 = Kesultanan Deli
|s1 = Kesultanan Deli
|flag_s1 =
|flag_s1 =
|year_start = 1225
|year_start = 1225<ref name="Brahma Putro"/>
|year_end = 1613
|year_end = 1613
|date_start =
|date_start =

Semakan pada 09:03, 25 Mei 2020

Kerajaan Aru
1225[1]–1613
Peta Sumatera tahun 1565 dengan orientasi selatan di atas, menunjukkan "Terre Laru" di bahagian tengah kiri bawah
Peta Sumatera tahun 1565 dengan orientasi selatan di atas, menunjukkan "Terre Laru" di bahagian tengah kiri bawah
Ibu negaraKota Rentang
Agama
Animisme, Hinduisme, Islam
KerajaanPemerintahan beraja
Sejarah 
• Didirikan
1225[1]
• Ditaklukkan Kesultanan Aceh
1613
Diganti oleh
Kesultanan Deli
Sekarang sebahagian dari Indonesia

Kerajaan Aru (juga dikenali sebagai Haru) ialah sebuah kerajaan Sumatera yang telah wujud antara abad ke-13 dan abad ke-16 Masihi. Kerajaan ditubuhkan di pantai timur Sumatera Utara, Indonesia. Pada zaman kegemilangannya, Aru adalah kuasa maritim yang hebat dan dapat mengawal bahagian utara Selat Melaka.[2]

Kerajaan ini pada mulanya merupakan politi Karo.[3] Penduduk kerajaan mengamalkan animisme tempatan dan Hinduisme. Sejak abad ke-13, Islam mula diamalkan bersama kepercayaan lain yang telah ada. Ibu negara Aru terletak berhampiran dengan bandaraya Medan dan daerah Deli Serdang sekarang ini.[4] Penduduk asli kerajaan ini iaitu orang Karo dipercayai berasal dari daerah pedalaman Sumatera Utara.[2]

Lokasi

Lokasi Aru secara tradisinya dianggarkan berada pada lokasi Kesultanan Deli yang menggantikannya, iaitu di sekitar bandaraya Medan dan daerah Deli Serdang hari ini, seperti mana cadangan orientalis British Winstedt.[5] Ahli sejarah Belanda Groenveldt berlainan, ia mencadangkan bahawa pusat kerajaan terletak lebih jauh ke tenggara, iaitu berhampiran muara Sungai Barumun dan Sungai Panai di daerah Labuhan Batu, dan kerananya mungkin berhubungan dengan Kerajaan Panai dari masa yang sebelumnya. Adapun A.H. Gilles mencadangkan bahawa ibu negara Aru terletak berhampiran dengan Pelabuhan Belawan, sedangkan pendapat lain mencadangkan pula muara Sungai Wampu di daerah Langkat.[3]

Tapak Kota Cina di kawasan Medan Marelan[6] dan tapak Benteng Putri Hijau di kawasan Deli Tua, Deli Serdang, adalah tapak arkeologi dekat Medan, yang terhubung dengan Kerajaan Aru.[7] Tapak arkeologi Benteng Putri Hijau masa ini agak terancam pembangunan kediaman.[8] Tapak arkeologi lainnya ialah Kota Rentang di kawasan Hamparan Perak, Deli Serdang, yang telah dicadangkan oleh beberapa ahli arkeologi sebagai ibu negara kerajaan ini.[9]

Pensejarahan

Rekod sejarah terawal yang menyebutkan Kerajaan Aru ialah Yuan Shi, sebuah kronikel China dari masa Dinasti Yuan (akhir abad ke-13). Rekod China yang lain dari masa berikutnya ialah Yingya Shenglan dari masa Dinasti Ming (1416). Kerajaan Aru juga disebut dalam dua rekod Jawa, Nagarakretagama (1365) dan Pararaton (abad ke-15).[10] Sulalatus Salatin menyebut Aru sebagai salah satu kerajaan yang berpengaruh di Sumatera, bersaing dengan Kesultanan Pasai dan Kesultanan Melaka.[11] Rekod Portugis Suma Oriental yang ditulis pada awal abad ke-16 menyebut pula Aru sebagai kerajaan yang makmur.[12]

Sejarah

Pertubuhan

Rumah adat Karo yang tersergam indah. Penduduk Kerajaan Aru diyakini berasal dari keturunan yang sama dengan suku Karo dari Tanah Karo

Penduduk asal Aru dipercayai merupakan keturunan dari atau berkaitan dengan suku Karo, yang mendiami Tanah Karo yang letaknya lebih jauh di pedalaman. Cadangan ini didasarkan pada etimologi yang nampaknya munasabah bagi nama-nama yang berbunyi sama, antara "Aru", "Haru", dan "Karo".[2]

Tapak arkeologi Benteng Putri Hijau, sebuah kubu kuno di dekat Medan, menunjukkan peninggalan beberapa lapisan budaya yang diperkirakan sejak abad ke-12 hingga ke-18. Pembuatan kubu ini sesuai dengan tradisi suku Karo dan suku Batak pada amnya yang membina kuta (Karo) atau huta (Batak), iaitu sebuah pemukiman yang dikelilingi tembok dan parik (parit) sebagai binaan pertahanan yang melindungi kampung daripada peperangan antar puak yang tidak henti-henti. Artifak yang ditemukan antara lain termasuk alat batu, seramik China, peluru timah dan syiling Aceh.[7] Serpihan lingga yang ditemui di tapak Sukanalu yang lokasinya berdekatan, menunjukkan bahawa penduduk Aru berpegang pada animisme asli maupun Hindu sebelum Islam masuk ke rantau ini.[7]

Peta Mao Kun yang menunjukkan sebahagian pulau Sumatera dan Kerajaan Aru di bahagian bawahnya (亞路)

Disebutkan dalam rekod Dinasti Yuan bahawa Kublai Khan pada tahun 1282 menuntut Aru untuk tunduk kepada kekuasaan China; dan Aru menjawabnya dengan mengirimkan ufti penghormatan ke mahkamah Yuan pada tahun 1295. Namun, Marco Polo tidak menyebut Aru dalam laporannya sebagai salah satu dari 8 kerajaan Sumatera yang dijumpai selama perjalanannya pada tahun 1292.

Kerajaan Aru disebutkan dalam dua sumber Jawa yang berasal dari sekitar abad ke-14. Menurut Pararaton, kerajaan Aru disebutkan di antara pemerintahan yang ingin disatukan oleh Gajah Mada di bawah kekuasaan Majapahit dalam Sumpah Palapanya.[13] Pada tahun 1339, ekspedisi angkatan laut Majapahit Jawa menyerang beberapa negara pesisir di Sumatera; yang walaupun gagal menawan Samudera Pasai namun berjaya menguasai Aru dan Pane (Panai).[3][9] Nagarakretagama (1365) pupuh 13 menyebutkan Aru sebagai salah satu negara bawahan Majapahit di Sumatera.[10]

Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulalatus Salatin kerajaan Aru diislamkan oleh Nakhoda Ismail dan Fakir Muhammad; mereka juga mengislamkan Merah Silu, raja pertama Samudera Pasai pada pertengahan abad ke-13. Menurut Yingya Shenglan (1416), sebuah rekod dinasti Ming China yang disusun oleh Ma Huan mengenai ekspedisi Zheng He, raja Aru dan rakyatnya telah memeluk Islam. Selepas abad ke-13, Islam perlahan-lahan mulai mendapat pengikut di kalangan penduduk Aru. Namun, animisme atau paganisme asli masih meluas, terutama di kalangan penduduk kawasan pedalaman, dan sebilangan kecil pemeluk Hindu masih bertahan.

Perkembangan

Peta Kesultanan Melaka, Aru ditunjukkan di pantai timur Sumatera Utara, tenggara dari Peureulak

Penemuan batu nisan Muslim di tempat pemakaman di Kota Rentang menunjukkan bahawa golongan elit Kerajaan Aru, iaitu Raja dan keluarganya, telah memeluk Islam. Batu nisan Islam ini terbuat dari batu vulkanik dengan tulisan Arab Jawi, yang serupa dengan yang terdapat di Aceh dan negeri-negeri Melayu yang lain. Tapak ini berada di Kota Rentang di Hamparan Perak, Deli Serdang, yang dipercayai menjadi lokasi ibu negara Kerajaan Aru. Banyak artifak telah ditemui di tapak ini, termasuk batu nisan Islam, seramik dan serpihan tembikar dari China, Thailand dan Sri Lanka, dan syiling Arab dari abad ke-13 dan ke-14. Penemuan lain termasuk jejak pembinaan kayu, batu binaan dan sisa-sisa kapal kayu.[9]

Pada abad ke-15, Sulalatus Salatin menyebut kerajaan Aru sebagai salah satu dari beberapa kerajaan yang berpengaruh di wilayah ini, dengan prestij yang menyaingi Pasai dan Melaka.[11] Selama periode itu, kerajaan ini merupakan kekuatan maritim menggerunkan yang menguasai bahagian utara Selat Melaka.[2]

Kedua-dua sumber daripada Melayu Melaka dan Portugis menyebutkan sempadan demografi, dan kadang-kadang persaingan, antara minoriti Muslim di pesisir dan majoriti kaum pagan asli di pedalaman pulau, yang terkenal dengan praktik kanibalismenya. Menurut Afonso de Albuquerque, para penguasa kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera utara dan sultan-sultan Melaka biasanya mempunyai orang kanibal sebagai algojo, untuk menjalankan hukuman atas kejahatan khas: "Ada beberapa di Melaka ... yang lain direbus, yang lain dibakar dan diberikan untuk dimakan kepada orang-orang yang seperti biadab dan berasal dari negeri yang bernama Aru."[14]

Rekod Portugis Suma Oriental, yang ditulis pada awal abad ke-16 menyebutkan Aru sebagai kerajaan yang makmur dengan banyak beras, daging, ikan, dan tuak. Kerajaan ini juga kaya dengan kapur barus, kemenyan, emas, gaharu, rotan, madu, dan hamba.[12] Menurut Suma Oriental, Aru memerintah sebuah kota di wilayah Arqat, di mana pasar budak besar diadakan pada bulan-bulan tertentu. Banyak orang pergi ke sana untuk membeli hamba, sementara orang lain pergi ke sana untuk membayar tebusan kebebasan bagi saudara-mara mereka yang dijual sebagai hamba. Kawasan pesisir Kerajaan Aru penuh dengan para lanun Orang Selat.[12]

Duarte Barbosa (1480–1521) menulis pada tahun 1516 bahawa Kerajaan Aru diperintah oleh orang-orang pagan kanibal. Dua dekad kemudian, Mendes Pinto juga mencatat kehadiran orang-orang "Aaru" di pantai timur laut Sumatera, selain dari itu dia juga mengunjungi raja Muslim tempatan.[15]

Kemerosotan

Aru semakin lemah pada abad ke-16, kerana terjebak dalam persaingan antara jiran-jiran yang lebih kuat, iaitu Melaka Portugis dan Kesultanan Aceh. Tekanan yang tidak henti-hentinya dari Aceh pada awal abad ke-16 membuat ibu negara Aru berpindah ke pedalaman, dari Kota Rentang dekat pesisir ke Benteng Putri Hijau.[9] Kejatuhan bandar pelabuhan Kota Rentang ke Aceh mungkin terjadi pada tahun 1539. Beberapa sejarawan berpendapat bahawa peristiwa ini menandakan berakhirnya Kerajaan Aru sebagai kekuatan maritim.[1] Pengaruh Aru berkurang dan hanya bersifat lokal sahaja, dan kerajaan punah pada awal abad ke-17 kerana pelbagai faktor; termasuk persaingan dengan Aceh dan negara jiran lain di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, ditambah lagi dengan kehilangan pelabuhan pesisirnya yang mengasingkan kerajaan ini dari jaringan perdagangan maritim global.

Pada tahun 1564, Kerajaan Aru dikalahkan oleh tentera Uthmaniyyah semasa ekspedisi Uthmaniyyah ke Aceh. Pada tahun 1613, Sultan Iskandar Muda dari Aceh yang ambisius dan suka berperang, melakukan serangan terakhir untuk menutup nasib Kerajaan Aru. Penemuan peluru timah menunjukkan bahawa Benteng Putri Hijau adalah tempat pertempuran.[7] Kerajaan Aru lenyap pada awal abad ke-17. Negara penggantinya adalah Deli yang turun statusnya menjadi protektorat Aceh (1632–1669), dan di kemudian hari ditakluki pula oleh Siak (1669–1854).

Rujukan

  1. ^ a b Brahma Putro (1981). Karo, dari jaman ke jaman, Volume 1 (dalam bahasa Indonesian). Yayasan Massa Cabang Medan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11. Dicapai pada 2017-05-11.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ a b c d Dominik Bonatz; John Miksic; J. David Neidel, penyunting (2009). From Distant Tales: Archaeology and Ethnohistory in the Highlands of Sumatra. Cambridge Scholars Publishing. ISBN 9781443807845. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-16. Dicapai pada 2017-05-08.
  3. ^ a b c Slamet Muljana (2005). Runtuhnya kerajaan Hindu-Jawa dan timbulnya negara-negara Islam di Nusantara (dalam bahasa Indonesian). PT LKiS Pelangi Aksara. m/s. 15. ISBN 9789798451164. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2017-05-11.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Kerajaan Aru (Haru), Penguasa Maritim yang Terlupakan". Wacana (dalam bahasa Indonesian). 25 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2018. Dicapai pada 11 May 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Milner, A. C.; McKinnon, E. Edwards; Sinar, Tengku Luckman (1978). "A Note on Aru and Kota Cina". Indonesia (26): 1–42. doi:10.2307/3350834. ISSN 0019-7289.
  6. ^ "Museum Kota Cina, Situs Awal Perdagangan Penting di Pantai Timur Sumatera Abad XI". SeMedan.com (dalam bahasa Indonesian). 3 January 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-14. Dicapai pada 2017-05-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ a b c d Repelita Wahyu Oetomo (8 June 2014). "Benteng Putri Hijau Berdasarkan Data Sejarah dan Arkeologi" (dalam bahasa Indonesian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-28. Dicapai pada 2017-05-08.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Perumahan Kepung Situs Kerajaan Haru". Serambi Indonesia (dalam bahasa Indonesian). 27 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-08. Dicapai pada 2017-05-11.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ a b c d Juraidi (23 August 2008). "Menelusuri Jejak Kerajaan Aru". Kompas.com (dalam bahasa Indonesian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-17. Dicapai pada 2017-05-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ a b Riana, I Ketut (2009). Kakawin dēśa warṇnana, uthawi, Nāgara kṛtāgama: masa keemasan Majapahit (dalam bahasa Indonesian). Penerbit Buku Kompas. m/s. 96–102. ISBN 978-9797094331. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2014. Dicapai pada 5 Februari 2015.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  11. ^ a b "Penafsiran Kuasa Raja Dalam Beberapa Teks Sastera Melayu Lama". Perpustakaan Nasional Republik Indonesia (dalam bahasa Indonesian). 2 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-02. Dicapai pada 2017-05-11.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ a b c Tomé Pires (1990). Armando Cortesão (penyunting). The Suma oriental of Tome Pires, books 1–5, Volume 1 of The Suma Oriental of Tome Pires and the Book of Francisco Rodrigues, Francisco Rodrigues, Volume 1 of The Suma Oriental of Tome Pires: An Account of the East, from the Red Sea to Japan, Written in Malacca and India in 1512–1515, and The Book of Francisco Rodrigues, Rutter of a Voyage in the Red Sea, Nautical Rules, Almanack and Maps, Written and Drawn in the East Before 1515, Francisco Rodrigues. Asian Educational Services. ISBN 9788120605350. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11. Dicapai pada 2017-05-08.
  13. ^ Mangkudimedja, R.M., 1979, Seat Pararaton. Alih aksara dan alih bahasa Hardjana HP. Jakarta: Departemen P dan K, Proyek Penerbitan Buku Sastra Indonesia dan Daerah.
  14. ^ Paul Michel Munoz (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula. Continental Sales, Incorporated. m/s. 313. ISBN 9789814155670. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 2017-05-08.
  15. ^ "Inquiry of a Chinese trader about the Batak People in North Sumatra, 1 March 1701". Arsip Nasional Republik Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-08. Dicapai pada 2017-05-08.