Dinamik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pujangga Hanyut (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
 
Baris 1: Baris 1:
Dinamik adalah cabang mekanik yang mengkaji tindakan [[daya]] dan [[tork]] ke atas sesuatu jasad, dan kesannya ke atas [[gerakan]] jasad itu. Cabang mekanik ini banyak digunakan di dalam aplikasi kejuruteraan seperti gegaran struktur bangunan disebabkan oleh gempa bumi, dan penentuan trajektori peluru berpandu.
'''Kaji daya gerak''' atau '''dinamik''' ialah cabang mekanik yang mengkaji tindakan [[daya]] dan [[tork]] ke atas sesuatu jasad, dan kesannya ke atas [[gerakan]] jasad itu. Cabang mekanik ini banyak digunakan dalam aplikasi kejuruteraan seperti gegaran struktur bangunan disebabkan oleh gempa bumi, dan penentuan trajektori peluru berpandu.


==Prinsip==
==Prinsip==
Secara umumnya, pengkaji bidang dinamik meniliti bagaimana sebuah sistem fizikal berubah dalam tempoh tertentu, dan apakah punca perubahan itu. [[Isaac Newton]] telah mengformulasikan hukum-hukum asas gerakan fizikal yang menentukan dinamik sesebuah sistem. Dengan mengkaji hukum-hukum ini, dinamik sebuah sistem dapat difahami.
Secara umumnya, pengkaji bidang dinamik meneliti bagaimana sebuah sistem fizikal berubah dalam tempoh tertentu, dan apakah punca perubahan itu. [[Isaac Newton]] telah mengformulasikan hukum-hukum asas gerakan fizikal yang menentukan dinamik sesebuah sistem. Dengan mengkaji hukum-hukum ini, dinamik sebuah sistem dapat difahami.


==Dinamik Lelurus dan Dinamik Berputar==
==Dinamik Lelurus dan Dinamik Berputar==

Semakan semasa pada 08:43, 11 Jun 2020

Kaji daya gerak atau dinamik ialah cabang mekanik yang mengkaji tindakan daya dan tork ke atas sesuatu jasad, dan kesannya ke atas gerakan jasad itu. Cabang mekanik ini banyak digunakan dalam aplikasi kejuruteraan seperti gegaran struktur bangunan disebabkan oleh gempa bumi, dan penentuan trajektori peluru berpandu.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, pengkaji bidang dinamik meneliti bagaimana sebuah sistem fizikal berubah dalam tempoh tertentu, dan apakah punca perubahan itu. Isaac Newton telah mengformulasikan hukum-hukum asas gerakan fizikal yang menentukan dinamik sesebuah sistem. Dengan mengkaji hukum-hukum ini, dinamik sebuah sistem dapat difahami.

Dinamik Lelurus dan Dinamik Berputar[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kategori pengkajian dinamik, iaitu pengkajian dinamik lelurus dan pengkajian dinamik berputar. Dinamik lelurus menyentuh tentang pergerakan jasad di dalam garis yang lurus dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya seperti daya, jisim/sesaran inersia, halaju, pecutan dan momentum. Dinamik berputar menyentuh tentang pergerakan jasad di dalam putaran dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya seperti tork, momen inersia, sesaran sudut, halaju sudut, pecutan sudut dan momentum sudut. Selalunya sesebuah jasad bergerak di dalam kedua-dua dinamik ini.

Ruang Dan Waktu[sunting | sunting sumber]

Apabila pengkaji menganalisa dinamik sesebuah sistem fizikal, ruang dan waktu adalah dua unsur penting yang perlu dititikberatkan. Ruang merujuk kepada sistem tiga dimensi di dalam alam ini. Unit asas bagi ruang ialah panjang, diukur di dalam meter (m) mengikut sistem antarabangsa. Terdapat juga unit panjang lain seperti kaki dan inci. Waktu merujuk kepada kitaran masa seperti siang dan malam. Waktu diukur di dalam saat, minit dan jam.

Hukum-Hukum Gerakan Newton[sunting | sunting sumber]

Penganalisaan dinamik sebuah sistem fizikal perlu didasarkan di dalam hukum-hukum gerakan yang diformulasikan oleh Isaac Newton. Hukum-hukum tersebut adalah:

  • Hukum gerakan Newton pertama: Apabila hasil tambah semua daya yang dikenakan ke atas sesuata jasad itu bersamaan dengan sifar, maka halaju jasad itu adalah tetap atau jasad itu statik.
  • Hukum gerakan Newton kedua: Apabila hasil tambah semua daya yang dikenakan ke atas sesuatu jasad itu tidak sifar, maka hasil tambah daya itu bersamaan dengan kadar perubahan momentum lelurus jasad itu.
  • Hukum gerakan Newton ketiga: Daya yang dikenakan oleh sesebuah jasad ke atas jasad yang lain dibalas oleh jasad yang lain dengan magnitud yang sama tetapi arah yang bertentangan.

Hal-hal Yang Berkaitan Dengan Dinamik[sunting | sunting sumber]