Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pembetulan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
kTiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:
}}
}}


'''Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan''' adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, [[Yang di-Pertuan Besar]] Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang Di-Pertuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.
'''Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan''' atau '''Yamtuan Besar''' adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, [[Yang di-Pertuan Besar]] Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.


== Sejarah ==
== Sejarah ==
Permulaan pelantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada [[abad ke-17]] Masihi. Sebelum itu, Negeri Sembilan adalah di bawah takluk Kesultanan Melayu [[Johor]]. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Kesultanan Melayu [[Johor]] sentiasa diancam oleh orang Acheh di bawah pemerintahan [[Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam]] (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.
Permulaan pelantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada [[abad ke-17]] Masihi. Sebelum itu, Negeri Sembilan adalah di bawah takluk Kesultanan Melayu [[Johor]]. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Kesultanan Melayu [[Johor]] sentiasa diancam oleh orang Aceh di bawah pemerintahan [[Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam]] (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.


Pada masa yang sama, orang [[Bugis]] diketuai oleh [[Daeng Kemboja]] memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau mengakui [[Daeng Kemboja]] sebagai raja di Negeri Sembilan. Kaedah ini dilihat adalah bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau di sini.
Pada masa yang sama, orang [[Bugis]] diketuai oleh [[Daeng Kemboja]] memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau mengakui [[Daeng Kemboja]] sebagai raja di Negeri Sembilan. Kaedah ini dilihat adalah bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau di Negeri Sembilan.


Satu utusan telah mengadap [[Sultan Johor]] untuk meminta supaya seorang raja dipertuankan di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
Satu utusan telah mengadap [[Sultan Johor]] untuk meminta supaya seorang raja dipertuankan di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor membenarkan orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.


Maka pemimpin setempat di Negeri Sembilan menghantar wakil untuk mengadap Yang di-Pertuan [[Pagar Ruyung]] di [[Tanah Minangkabau]]. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini diperkenankan dan melantik [[Raja Melewar]] menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.
Maka penghulu-penghulu luak ([[Undang (Negeri Sembilan)|Undang Yang Empat]]) di Negeri Sembilan menghantar wakil untuk mengadap Yang di-Pertuan [[Pagar Ruyung]] di [[Tanah Minangkabau]]. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini diperkenankan dan melantik [[Raja Melewar]] menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari Negeri Sembilan.


Yang di-Pertuan Besar terakhir dari Pagar Ruyung telah dipecat dan bermula dari tarikh itu, anak raja tempatan berketurunan Yang di-Pertuan Pertama telah dilantik dan ditabalkan. Apabila institusi ini ditubuhkan, gelaran raja Negeri Sembilan adalah Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti. Baginda hanya berkuasa di Seri Menanti dan luak-luak sekitarnya yang dikenali sebagai Luak Tanah Mengandung. Pada akhir abad ke-19 Masihi, iaitu sebelum penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, gelaran baginda telah ditukar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas persetujuan Undang Yang Empat<ref name=":0">Rosiswandy bin Mohd Salleh (t.t), ''Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.'' Jelebuː Muizum Adat Negeri Sembilan.</ref>.
Yang di-Pertuan Besar terakhir dari Pagar Ruyung telah dipecat dan bermula dari tarikh itu, anak raja tempatan berketurunan Yang di-Pertuan Besar ketiga telah dilantik dan ditabalkan. Apabila institusi ini ditubuhkan, gelaran raja Negeri Sembilan adalah Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti. Baginda hanya berkuasa di Seri Menanti dan luak-luak sekitarnya yang dikenali sebagai Luak Tanah Mengandung. Pada akhir abad ke-19 Masihi, iaitu sebelum penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, gelarannya ditukar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas persetujuan Undang Yang Empat<ref name=":0">Rosiswandy bin Mohd Salleh (t.t), ''Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.'' Jelebuː Muizum Adat Negeri Sembilan.</ref>.


==Yang di-Pertuan Agong Malaysia==
==Yang di-Pertuan Agong Malaysia==
Baris 50: Baris 50:


==Keistimewaan==
==Keistimewaan==
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih dan dilantik hasil muafakat antara [[Undang Yang Empat]]. Yang di-Pertuan Besar adalah ketua agama Islam negeri, namun peranan baginda tertakluk kepada persetujuan Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar bersama-sama Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin berperanan menjaga agama Islam dengan dinasihati Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih dan dilantik hasil muafakat antara [[Undang (Negeri Sembilan)|Undang Yang Empat]]. Yang di-Pertuan Besar adalah ketua agama Islam negeri, namun peranan baginda tertakluk kepada nasihat dan persetujuan Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar bersama-sama Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin berperanan menjaga agama Islam dengan dinasihati Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


Baginda juga bertanggungjawab dalam adat istiadat negeri dengan tertakluk pada nasihat [[Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan]]. Yang di-Pertuan Besar bersemayam di Seri Menanti di Luak Ulu Muar. Baginda tidak campur tangan dalam hal ehwal luak-luak yang lain<ref name=":0" />.
Baginda juga bertanggungjawab dalam adat istiadat negeri dengan tertakluk pada nasihat [[Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan]]. Yang di-Pertuan Besar bersemayam di Seri Menanti di Luak Ulu Muar. Baginda tidak campur tangan dalam hal ehwal luak-luak yang lain<ref name=":0" />.


Berdasarkan sejarah, sebelum kemasukan British, Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Penghulu Luak Ulu Muar. Apabila British campur tangan di Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh [[Undang Yang Empat]] iaitu [[Undang Luak Sungai Ujong]], [[Undang Luak Jelebu]], [[Undang Luak Rembau]] dan [[Undang Luak Johol]].
Berdasarkan sejarah, sebelum kemasukan British, Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Penghulu Luak Ulu Muar. Apabila British campur tangan di Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh [[Undang (Negeri Sembilan)|Undang Yang Empat]] iaitu [[Dato' Undang Luak Sungai Ujong|Undang Luak Sungai Ujong]], [[Dato' Undang Luak Jelebu|Undang Luak Jelebu]], [[Dato' Undang Luak Johol|Undang Luak Johol]] dan [[Dato' Undang Luak Rembau|Undang Luak Rembau]].


Pemilihan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan kepada latar belakang keturunan, kebaikan tingkah laku dan calon mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Yang di-Pertuan Besar yang mangkat mengikut sebelah bapa, iaitu daripada kalangan putera raja berketurunan [[Raja Lenggang]] ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.
Pemilihan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan kepada latar belakang keturunan, kebaikan tingkah laku dan calon mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Yang di-Pertuan Besar yang mangkat mengikut sebelah bapa, iaitu daripada kalangan putera raja berketurunan [[Raja Lenggang]] ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.

Semakan pada 10:12, 17 Jun 2020

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
يڠ د-ڤرتوان بسر نڬري سمبيلن
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
sejak 29 Disember 2008
pertabalan 26 Oktober 2009
Butiran
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia
Raja pertamaRaja Melewar
Pembentukan1773; 251 tahun yang lalu (1773)
PersemayamanIstana Besar Seri Menanti, Seri Menanti

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atau Yamtuan Besar adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Sejarah

Permulaan pelantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masihi. Sebelum itu, Negeri Sembilan adalah di bawah takluk Kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Kesultanan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang Aceh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama, orang Bugis diketuai oleh Daeng Kemboja memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Kaedah ini dilihat adalah bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau di Negeri Sembilan.

Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dipertuankan di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor membenarkan orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Maka penghulu-penghulu luak (Undang Yang Empat) di Negeri Sembilan menghantar wakil untuk mengadap Yang di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini diperkenankan dan melantik Raja Melewar menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti yang pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari Negeri Sembilan.

Yang di-Pertuan Besar terakhir dari Pagar Ruyung telah dipecat dan bermula dari tarikh itu, anak raja tempatan berketurunan Yang di-Pertuan Besar ketiga telah dilantik dan ditabalkan. Apabila institusi ini ditubuhkan, gelaran raja Negeri Sembilan adalah Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti. Baginda hanya berkuasa di Seri Menanti dan luak-luak sekitarnya yang dikenali sebagai Luak Tanah Mengandung. Pada akhir abad ke-19 Masihi, iaitu sebelum penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, gelarannya ditukar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas persetujuan Undang Yang Empat[1].

Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Sehingga tahun 2018, seramai dua orang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia, iaitu:

  1. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad iaitu Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama. Baginda berkhidmat bermula daripada 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. Baginda mangkat ketika masih menjawat jawatan ketua negara dan tempatnya digantikan oleh Sultan seterusnya mengikut sistem penggiliran, iaitu Sultan Selangor, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. Jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu dipangku oleh anakanda baginda, Tunku Laxamana, Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
  2. Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu Yang di-Pertuan Agong Malaysia Kesepuluh. Baginda telah dilantik pada 26 April 1994 dan menamatkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. Jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika itu dipangku oleh anakanda baginda, Tunku Laxamana, Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

Senarai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

  1. 1773 - 1795 : Raja Melewar
  2. 1795 - 1808 : Raja Hitam
  3. 1808 - 1824 : Raja Lenggang
  4. 1824 - 1861 : Yamtuan Radin ibni Almarhum Raja Lenggang
  5. 1861 - 1869 : Yamtuan Imam ibni Almarhum Raja Lenggang
  6. 1869 - 1888 : Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin
  7. 1888 - 1933 : Tuanku Muhammad ibni Almarhum Tuanku Antah
  8. 1933 - 1960 : Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
  9. 1960 - 1967 : Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  10. 1967 - 2008 : Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
  11. 2008 - kini : Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Keistimewaan

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipilih dan dilantik hasil muafakat antara Undang Yang Empat. Yang di-Pertuan Besar adalah ketua agama Islam negeri, namun peranan baginda tertakluk kepada nasihat dan persetujuan Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar bersama-sama Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin berperanan menjaga agama Islam dengan dinasihati Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Baginda juga bertanggungjawab dalam adat istiadat negeri dengan tertakluk pada nasihat Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Yang di-Pertuan Besar bersemayam di Seri Menanti di Luak Ulu Muar. Baginda tidak campur tangan dalam hal ehwal luak-luak yang lain[1].

Berdasarkan sejarah, sebelum kemasukan British, Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Penghulu Luak Ulu Muar. Apabila British campur tangan di Negeri Sembilan, Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau.

Pemilihan Yang di-Pertuan Besar berdasarkan kepada latar belakang keturunan, kebaikan tingkah laku dan calon mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Yang di-Pertuan Besar yang mangkat mengikut sebelah bapa, iaitu daripada kalangan putera raja berketurunan Raja Lenggang ibni Raja Laut, iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.

Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi peringkat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia, di mana Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai Majlis Raja-Raja dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.

Lihat juga

Rujukan

  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Faridzwan Abdul Ghafar (2019). Balai Undang di Negeri Sembilan: 1933-2004. Sungei Ujong Press Resources. ISBN 9789671716502.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
  • Rosiswandy bin Mohd Salleh (t.t), Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Jelebuː Muizum Adat Negeri Sembilan.

Nota kaki

  1. ^ a b Rosiswandy bin Mohd Salleh (t.t), Sejarah Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Jelebuː Muizum Adat Negeri Sembilan.