Nur Qistina Raisah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 155: Baris 155:
|-
|-
| ''Aku Mahu Ke New York 2''
| ''Aku Mahu Ke New York 2''
| Qistina
|
| [[Astro Ceria]]
| [[Astro Ceria]]
|-
|-

Semakan pada 03:18, 23 Jun 2020

Nur Qistina Raisah
Fail:NurQistinaRaisah.jpg
Kelahiran
Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri

(2008-12-01) 1 Disember 2008 (umur 15)
Pekerjaan
Tahun aktif2012–kini

Nur Qistina Raisah binti Mohd Kamarol Azri (lahir 1 Disember 2008)[1] merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky dan sebagai Tengku Aqilah kecil dalam Lafazkan Kalimah Cintamu.[2][3]

Kehidupan awal

Nur Qistina Raisah dilahirkan pada 1 Disember 2008 di Sepang, Selangor, kepada pasangan Roszana Aminuddin dan Mohd Kamarol Azri.[1] Beliau merupakan anak bongsu dari lima beradik, tiga lelaki dan dua perempuan. Qistina dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2012, pada usia 4 tahun.[3] Nur Qistina mula dikenali umum selepas membintangi drama Papa Ricky lakonan Fadlan Hazim dan Siti Elizad, Qistina memegang watak sebagai Alisya.

Nur Qistina membuat penampilan sulungnya dalam filem cereka selepas menerima tawaran Hashim Rejab bagi membintangi filem seram Kelibat terbitan Metrowealth Pictures. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama adaptasi novel, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab.[4]

Beliau berlakon bersama Nur Risteena dan Aiman Hakim Ridza dalam drama Demi Cinta Ain, menjayakan watak Hanis.

Beliau muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam menerusi telefilem Baby Bro! arahan Ghaz Abu Bakar. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[5][6][7]

Filemografi

Filem

Tahun Judul Peranan Pengarah Catatan
2015 Kelibat Hashim Rejab
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Erma Fatima
2019 Felina Qistina Sandosh Kesavan

Drama

Tahun Judul Peranan Saluran TV
2014 Tanah Kubur Nina Astro Oasis
Tuan Rumah Pembantu Rumah Lia TV3
Masihkah Ada Cinta Dibah TV3
2015 3 Campur 1 Qaisara Astro Ceria
Geng UPSR Astro Tutor TV
HidayahMu Ramadan Mimi TV3
2016 Demi Cinta Ain Hanis TV3
Hantu Punya Bos TV3
2017 Papa Ricky Alisya Astro Ria
Dia TV3
Syurga yang Kedua Puteri Astro Ria
Alahai Cucu Atok TV2
I-Kids Astro Ceria
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Tengku Aqilah kecil Astro Ria
2019 Dia Yang Ku Cinta TV3
2020 Camelia Marina kecil TV3

Telefilem

Tahun Judul Peranan Saluran TV
2015 Jahil
Aku Mahu Ke New York 2 Qistina Astro Ceria
2017 Jangan Sembelih Merah Eira
Baby Bro!
2019 Nana Dan Jam Atok Nana TV3
Remuk
Raya Kali Ini
2020 Kembara Cinta TV1

Rujukan

  1. ^ a b "Biodata Nur Qistina Raisah, pelakon kanak-kanak popular". Encik Shino. 27 November 2017. Dicapai pada 16 Januari 2018.
  2. ^ "Biodata Nur Qistina Raisah". Azhan.co. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  3. ^ a b Mohammad Al Faizal 
Abdul Karim (8 April 2017). "Seronok beraksi di depan kamera". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  4. ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  5. ^ Budiey (19 November 2017). "Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam Sebelum POLIS EVO 2 Keluar Panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  6. ^ Badrul Hisham (23 November 2017). "Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro". Rojak Daily. Dicapai pada 4 Disember 2017.
  7. ^ Ramlah Zainal (5 Disember 2017). "Komedi aksi bayi comel". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2017.

Pautan luar