Ekonomi Jepun: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexbot (bincang | sumb.)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Baris 15: Baris 15:


[[ar:اقتصاد اليابان]]
[[ar:اقتصاد اليابان]]
[[id:Ekonomi Jepang]]
[[de:Wirtschaft Japans]]
[[de:Wirtschaft Japans]]
[[en:Economy of Japan]]
[[en:Economy of Japan]]
[[es:Economía de Japón]]
[[es:Economía de Japón]]
[[fr:Économie du Japon]]
[[fr:Économie du Japon]]
[[id:Ekonomi Jepang]]
[[it:Economia del Giappone]]
[[it:Economia del Giappone]]
[[ja:日本の経済]]
[[lt:Japonijos ekonomika]]
[[lt:Japonijos ekonomika]]
[[ja:日本の経済]]
[[pt:Economia do Japão]]
[[pt:Economia do Japão]]
[[ru:Экономика Японии]]
[[ru:Экономика Японии]]
[[uk:Економіка Японії]]
[[vi:Kinh tế Nhật Bản]]
[[vi:Kinh tế Nhật Bản]]
[[uk:Економіка Японії]]
[[zh:日本經濟]]
[[zh:日本經濟]]

Semakan pada 01:27, 17 Februari 2008

Kerjasama di antara kerajaan dan perindustrian, etika bekerja yang sihat, penguasaan teknologi, penekanan terhadap pendidikan dan penguntukan yang kecil untuk pertahanan (1% daripada KDNK) merupakan antara faktor-faktor yang membolehkan Jepun berkembang pesat sehingga menjadi negara dengan ekonomi kedua terbesar di dunia, di belakang Amerika Syarikat, sekitar AS$4.5 trilion mengikut KDNK kasar dan ketiga selepas Amerika Syarikat dan China jika mengikut kesetaraan kuasa membeli.

Ciri-ciri ekonomi jelas termasuk kerjasama dalam pengilangan, pembekalan, pengedaran, dan bank dalam kumpulan berkait rapat yang dikenali sebagai keiretsu; pertubuhan enterprais berkuasa dan shunto; hubungan baik dengan birokrasi kerajaan, dan jaminan kerjaya sepanjang hayat (shushin koyo) untuk hampir satu pertiga tenaga kerja di bandar, biasanya kilang kolar biru dengan pertubuhan kerja yang kuat. Enterprais kecil dan sederhana, wanita, dan pekerja asing biasanya tidak mempunyai kemudahan sebegitu. Bagaimanapun, kebanyakan ciri-ciri tersebut semakin terhakis, dan keadaan ekonomi semasa sedang berhadapan dengan kemalapan (stagnation).

Perindustrian merupakan sektor ekonomi yang paling utama buat Jepun yang amat bergantung kepada pengimportan bahan mentah dan minyak. Manakala, pertanian yang merupakan sektor ekonomi yang kecil mempunyai subsidi yang tinggi dan merupakan satu sektor yang dilindungi. Ini dapat dilihat dengan jelas pada pertanian yang melibatkan beras. Beras yang diimport dikenakan kadar tarif sebanyak 490% dan kerajaan hanya membenarkan kuota sebanyak 3% daripada jumlah beras yang ada di pasaran beras. Selain dari mengawal pasaran beras, Jepun juga mengadakan usaha untuk mencipta buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai rasa yang sedap. Buahan-buahan dan sayur-sayuran ini sangat mahal walaupun kos tinggal di Jepun telah diambil kira (RM 70 untuk sebiji pir Jepun. Namun begitu ia sangat berkualiti tinggi. Biasanya Jepun mampu menampung keperluan beras rakyatnya sendiri (kecuali penggunaannya untuk membuat keropok nasi dan makanan diproses), namun negara ini perlu mengimport kira-kira 50% daripada keperluannya bagi jenis bijirin lain dan makanan ternak Jepun mempunyai salah sebuah industri perikanan yang terbesar di dunia yang merangkumi hampir 15% daripada penangkapan ikan seluruh dunia, mendorong kepada sangkaan bahawa perikanan Jepun sedang mengakibatkan kepada berkurangnya bilangan ikan di laut yang mendadak, khususnya ikan tuna.

Selama tiga dekad secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi sebenar amat mengagumkan: mencatatkan purata 10% pada dekad 1960-an, purata 5% pada 1970-an, dan purata 4% pada 1980-an. Pertumbuhan ini namun mula menjadi lembab pada dekad 1990-an, terutamanya disebabkan kesan sampingan pelaburan secara berlebihan ketika lewat 1980s dan dasar-dasar ekonomi pengurangan inflasi yang bertujuan untuk memerah keluar lebihan spekulasi daripada pasaran saham dan penjualan tanah. Usaha-usaha kerajaan untuk menghidupkan semula pertumbuhan ekonomi kurang berjaya dan terus tersekat pada tahun 2000-2001 akibat ekonomi AS dan benua Asia turut menjadi lembab.

Perdana Menteri Jepun lepas, Junichiro Koizumi telah menguatkuasa atau cuba meluluskan (tetapi adakalanya gagal) undang-undang pelaburan asing dan penswastaan secara besar-besaran yang mana beliau percaya boleh membantu merangsangkan semula ekonomi Jepun yang lengang ini. Setakat ini undang-undang tersebut kelihatan menunjukkan keberkesanannya dalam pelbagai aspek seperti pelaburan asing, namun ini belum dapat membantu ekonomi Jepun untuk tumbuh kembali. Koizumi juga mencuba untuk meluluskan rancangan penswastaan besar yang akan menswastakan kesemua agensi-agensi pos kerajaan Jepun. Dalam fasa pertamanya, menjelang 2007, agensi-agensi akan dibahagikan kepada tujuh entiti dan daripada itu, entiti-entiti tersebut barangkali akan diambil alih oleh syarikat-syarikat besar.

Penyesakan kepadatan penduduk serta "penuaan" populasi (bilangan warga emas makin ramai, mengakibatkan penurunan populasi seperti yang dijangkakan) merupakan dua masalah jangka masa panjang yang utama, bahkan juga peningkatan kos penjagaan kesihatan. Industri robotik dijadikan kekuatan ekonomi jangka masa panjang yang amat penting, menyaksikan Jepun mempunyai 410,000 daripada 720,000 buah robot yang berfungsi di seluruh dunia.