Radio Klasik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 86: Baris 86:
| style="text-align:center;"|88.3 FM
| style="text-align:center;"|88.3 FM
| [[Ipoh]], [[Perak Darul Ridzuan|Perak]]
| [[Ipoh]], [[Perak Darul Ridzuan|Perak]]
----Kampung [[Wany Hasrita]] [[Bagan Datuk]],[[Perak Darul Ridzuan|Perak]]
| [[Gunung Kledang]]
| [[Gunung Kledang]]
|-
|-

Semakan pada 02:44, 16 Julai 2020

Radio Klasik FM
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia
SloganMenggamit Kenangan
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama1 Januari 2012; 12 tahun yang lalu (2012-01-01)
FormatRadio hit kontemporari
BahasaBahasa Melayu
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarAi FM, Asyik FM, Minnal FM, Nasional FM dan TraXX FM
Tapak webradioklasik.rtm.gov.my

Radio Klasik (sebelum ini dikenali sebagai Nasional FM dan sebelum itu sebagai Radio 1 dan Radio Malaysia Saluran Satu dan akhir sekali Klasik Nasional) ialah sebuah stesen radio kebangsaan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.

Latar belakang

Stesen ini bermula sebagai Radio Malaya dijalankan di Singapura pada tahun 1946. Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.

Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia, dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.

Pada 19hb Januari 1971 Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional adalah yang kedua untuk bersiaran 24 jam selepas Radio Rediffusion. Ia menempuhi pertukaran nama, dari Radio 1 pada 1hb Januari 1992, Radio Malaysia Saluran 1 pada 1hb September 1998, dan akhirnya kepada nama baru pada Jun 2005. Radio Irama Melayu Asli ataupun RIMA telah dilancarkan pada tahun 1998 serentak dengan penukaran format nama Radio RTM dengan permulaan siaran melalui frekurensi 93.9 FM di sekitar Lembah Kelang. RIMA pada ketika itu bersiaran hanya 9 jam (3:00 petang-12:00 tengah malam) dan telah meningkatkan masa siaran kepada 12 jam sehari (12 tengah hari hingga 12 tengah malam).

Radio Irama Melayu Asli tidak ketinggalan mengorak langkah menuju transformasi, pada tahun 2004 semua 33 Radio RTM dijenamakan semula dan RIMA telah ditukarkan nama sebagai Klasik FM Menggamit Memori.

Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM (yang asalnya dikenali sebagai Radio Irama Melayu Asli (RIMA) dan kemudian sebagai Klasik FM) telah digabungkan secara rasmi menjadi Klasik Nasional di mana ia akan menyiarkan lagu Melayu klasik dan lagu-lagu lewat 40-an hingga awal 90-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.

Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang, mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini, ia mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.

Walau bagaimanapun, pada awal Januari 2012, nama Klasik Nasional telah diubahsuai sepenuhnya. Nasional FM mula disiarkan sepenuhnya di radio, menggantikan Muzik FM. Muzik FM kini boleh didengar di laman web internet melalui Galaksi Muzik RTM. Klasik Nasional, kini dikenali sebagai 'Radio Klasik' sehingga ke hari ini.

Rancangan-utama

  • 00:05 Harmoni Klasik
  • 06:00 Sajian Klasik
  • 10:00 Melodi Klasik
  • 14:00 Mestika Klasik
  • 17:15 Hati ke Hati(Sabtu-Ahad)/A.DI.LA-Aku,Dia & Lagu(Isnin-Khamis)/Nur@Klasik-Rancangan Agama (Jumaat)
  • 18:45 Mustaqim (Kuliah Agama)
  • 21:15 hingga 23:00 Santai D'Klasik
  • 23:00 hingga 00:00 Nostalgia D'Klasik

Jadual siaran berita dari Pusat Berita RTM

Berita Nasional (Berita Utama) disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:00 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang dan 9:00 malam. Berita Nasional (Berita Utama) juga disambung siar dari stesen radio Nasional FM dan bersiaran di stesen-stesen negeri.

Frekuensi

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
87.7 FM Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
98.3 FM Selangor Gunung Ulu Kali
94.9 FM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Gunung Jerai
88.3 FM Ipoh, Perak
Kampung Wany Hasrita Bagan Datuk,Perak
Gunung Kledang
87.9 FM Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
93.6 FM Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
106.7 FM Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
103.3 FM Taiping, Perak Bukit Larut
107.9 FM Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
92.5 FM Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
101.1 FM Kota Bharu, Kelantan Telipot
92.9 FM Kuching, Sarawak Gunung Serapi
107.1 FM Miri, Sarawak Bukit Lambir
87.9 FM Bintulu, Sarawak Bukit Setiam
94.7 FM Lawas, Sarawak Bukit Tiong
99.5 FM Kota Kinabalu, Sabah Gunung Kinabalu
91.1 FM Sandakan, Sabah Bukit Trig
93.9 FM Tawau, Sabah Gunung Andrassy
87.9 FM Lahad Datu, Sabah Gunung Silam
87.6 FM Labuan Bukit Timbalai
97.1 FM Brunei Bukit Subok

Rujukan

Pautan luar