Eropah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 15: Baris 15:
[[Fail:Rectified Languages of Europe map.png|thumb|250px|Peta taburan linguistik Eropah.]]
[[Fail:Rectified Languages of Europe map.png|thumb|250px|Peta taburan linguistik Eropah.]]
[[Fail:First.Crusade.Map.jpg|thumb|250px|Peta Eropah pada 1000.]]
[[Fail:First.Crusade.Map.jpg|thumb|250px|Peta Eropah pada 1000.]]
'''Eropah''' ([[Tulisan Jawi]]: ايروڤه; [[bahasa Greek]]: ''Ευρώπη''/Evropi) ialah sebuah [[benua]] yang berada antara [[Lautan Atlantik]] di barat, [[Laut Artik]] di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, [[Laut Kaspia]], [[Pergunungan Caucasus]] dan [[Laut Hitam]] di Tenggara, dan [[Laut Mediterranean]] di selatan.
'''[[Eropah]]''' ([[Tulisan Jawi]]: ايروڤه; [[bahasa Greek]]: ''Ευρώπη''/Evropi) ialah sebuah [[benua]] yang berada antara [[Lautan Atlantik]] di barat, [[Laut Artik]] di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, [[Laut Kaspia]], [[Pergunungan Caucasus]] dan [[Laut Hitam]] di Tenggara, dan [[Laut Mediterranean]] di selatan.


Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di [[dunia]], iaitu 10,400,000 km<sup>2</sup> yang menjadikannya luas sedikit berbanding [[Australia]]. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas [[Asia]] dan [[Afrika]]. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh populasi dunia. Terdapat lebih kurang 50 buah [[negara]] di Eropah.
Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di [[dunia]], iaitu 10,400,000 km<sup>2</sup> yang menjadikannya luas sedikit berbanding [[Australia]]. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas [[Asia]] dan [[Afrika]]. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh populasi dunia. Terdapat lebih kurang 50 buah [[negara]] di Eropah.

Semakan pada 05:51, 16 Julai 2020

Eropah
ايروڤه
Kawasan10,180,000 km2 (3,930,000 bt2)[n]
Penduduk739,165,030[n] (2011), 3rd)
Ketumpatan penduduk72.5/km2
DemonimEropah
Negara50
BahasaSenarai bahasa
Zon masaUTC to UTC+6
TLD Internet.eu (European Union)
Bandar terbesarSenarai kawasan metropolitan di Eropah
Peta taburan linguistik Eropah.
Peta Eropah pada 1000.

Eropah (Tulisan Jawi: ايروڤه; bahasa Greek: Ευρώπη/Evropi) ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.

Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di dunia, iaitu 10,400,000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbanding Australia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh populasi dunia. Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.

Etimologi

Kuno dalam mitologi, Europa (Yunani Kuno: Εὐρώπη, Eurṓpē) adalah seorang ratu Phoenicia yang diculik Zeus setelah mengambil bentuk yg melinglungkan putih bull. Zeus membawa dia ke pulau Crete di mana dia telah melahirkan Minos, Rhadamanthus dan Sarpedon. Menurut Homer, Eropa (bahasa Greek: Εὐρώπη), adalah seorang ratu mitologi Crete, bukan tujuan geografis. Belakangan, Eropa untuk berdiri pusat-utara Yunani, dan oleh 500 BC maknanya telah meluas ke negeri-negeri di sebelah utara.

Sejarah

Empayar Yunani Purba ialah tamadun asas kepada kebudayaan Barat, dan prinsip-prinsip demokrasi dan rasionalisme Barat berasal dari empayar ini.[1] Selepas itu, Empayar Rom menjadi kuasa utama di Eropah.

Selepas kejatuhan Empayar Rom, Eropah mengalami Zaman Migrasi, iaitu zaman dari Zaman Kegelapan hingga Zaman Pembaharuan (Renaissance). Zaman Pembaharuan dan Monarki Baru menandakan permulaan zaman penemuan, penjelajahan dan peningkatan dalam pengetahuan ilmiah masyarakat Eropah. Pada abad ke-15, Portugal memulakan zaman penjelajahan yang diikuti oleh Sepanyol. Kemudian, Perancis, Belanda dan British turut bergabung dalam membangunkan kerajaan penjajah besar dengan kawasan kekuasaan yang luas di Afrika, Amerika dan Asia.

Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain pada akhir abad ke-18 menyebabkan peralihan daripada sektor bertumpukan pertanian, kemakmuran rakyat yang semakin bertambah dan pertumbuhan penduduk. Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua hingga Perang Dingin, negara-negara Eropah terbagi kepada dua blok politik dan ekonomi utama: Blok Komunis di Eropah Timur dan Blok Kapitalis di Eropah Barat. Sekitar tahun 1989, Blok Komunis pecah berikutan peruntuhan Tembok Berlin.

Geografi

Eropah ialah sebahagian daripada Eurasia, dengan Eropah merangkumi seperlima keluasan Eurasia.[2]

Benua ini bermula dari Pergunungan Ural di Rusia yang menggambarkan sempadan timur Eropah dengan Asia. Sempadan tenggara dengan Asia adalah tidak jelas, dengan sempadan paling diterima umum ialah Sungai Ural atau Sungai Emba. Sempadan berlanjut dengan Laut Kaspia, kemudiannya Pergunungan Kaukasus atau Depresi Kuma-Manych, dan sampai ke Laut Hitam; Bosporus, Laut Marmara, dan Dardanelles yang mengakhiri sempadan Eropah-Asia. Laut Mediterranean di selatan memisahkan Eropah dengan Afrika. Sempadan di bahagian barat ialah Lautan Atlantik.

Negara dan tanah jajahan

Negara berdaulat

Setakat kini, terdapat 50 buah negara yang tergolong dalam benua Eropah:

     

Sebahagian kecil daripada Turki serta bahagian barat Rusia adalah bahagian Eropah.

Negara dengan pengiktirafan terhad

Eropah menempatkan lima buah negara de facto dengan sedikit atau tiada pengiktirafan oleh pihak antarabangsa. Tiada dalam kalangan negara ini ialah anggota PBB.

Wilayah tanggungan

Wilayah tanggungan dengan wilayah-wilayah serupa dengan autonomi pentadbiran yang ketara di Eropah adalah seperti di bawah:

Ekonomi

Ekonomi Eropah secara keseluruhan adalah yang terbesar di dunia daripada segi aset kawalan dengan nilai mencacah $32.7 trilion setakat 2008, kira-kira sepertiga kekayaan dunia. Negara-negara Eropah dengan ekonomi maju lebih tertumpu di Eropah Barat, dengan negara-negara di kawasan lain sedang berkembang selepas pembubaran Kesatuan Soviet dan perpecahan Yugoslavia.

Demografi

Bahasa

Peta taburan bahasa-bahasa utama Eropah.

Kira-kira 225 bahasa ibunda ditutur di Eropah.[3] Kebanyakan bahasa Eropah tertakluk pada kumpulan-kumpulan bahasa Indo-Eropah:

Selain itu, bahasa-bahasa Ural seperti bahasa Finland dan bahasa Estonia ditutur di Estonia, Finland, Hungary dan kawasan-kawasan Rusia. Bahasa-bahasa Turk pula lazim ditutur di kawasan selatan dan timur Eropah. Bahasa Malta ialah satu-satunya bahasa Semitik rasmi di EU, dan bahasa Basque ialah satu-satunya bahasa terpencil di Eropah.

Agama

Agama Kristian ialah agama kebanyakan masyarakat Eropah, dengan 76.2% penduduk Eropah mengiktiraf diri mereka sebagai beragama Kristian.[4] Agama Islam dianuti oleh kira-kira 6% masyarakat benua, lazimnya di kawasan Balkan dan timur Eropah.[5] Agama Buddha ialah agama majoriti di republik Kalmykia, Rusia. 18.2% daripada masyarakat Eropah mengiktiraf diri mereka sebagai tidak beragama, agnostik atau ateis.[6]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Jonathan Daly (2013). The Rise of Western Power: A Comparative History of Western Civilization. A&C Black. m/s. 7–9. ISBN 978-1-4411-1851-6.
  2. ^ Microsoft Encarta Online Encyclopaedia 2007. Europe. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2009. Dicapai pada 27 December 2007.
  3. ^ Language facts – European day of languages, Council of Europe. Dicapai pada 30 Julai 2015.
  4. ^ "Regional Distribution of Christians: Christianity in Europe". Pew Research Center's Religion & Public Life Project. 18 December 2011. Dicapai pada 22 February 2015.
  5. ^ "The Global Religious Landscape: Muslims". pewforum. 18 December 2012. Dicapai pada 18 December 2012.
  6. ^ "Religiously Unaffiliated". Pew Research Center's Religion & Public Life Project. 18 December 2012. Dicapai pada 22 February 2015.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Eropah di Wikimedia Commons

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.