Masa (kumpulan muzik): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 7: Baris 7:
|Background = kumpulan
|Background = kumpulan
|Birth_name =
|Birth_name =
|Alias =Masa Scarecrow
|Alias = Scarecrow
|Born =
|Born =
|Origin = [[Kuantan]], {{flagicon|Pahang}} [[Pahang]]<br>{{Flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]
|Origin = [[Kuantan]], {{flagicon|Pahang}} [[Pahang]]<br>{{Flagicon|Malaysia}} [[Malaysia]]

Semakan pada 11:05, 16 Julai 2020

MASA
Juga dikenali sebagai
Scarecrow
Berasal dariKuantan, Pahang Darul Makmur Pahang
Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1993
Syarikat rakaman
Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd
Pengkarya berkait
Awang BPR
AhliZack - Vokal
Shaiful - Dram
Bekas ahliZul - Vokal (meninggal dunia)
Roslan - Gitar Utama (meninggal dunia)
Mazwan - Gitar Kedua
Madi - Bass

Kumpulan Masa atau dahulu dikenali sebagai Scarecrow merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga awal dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Mereka terkenal menerusi lagu Amanda Gadisku, Patahnya Sayap Malam dan Persandingan Abadi.

Sejarah

Kumpulan Masa telah ditubuhkan pada tahun 1988 di Kuantan, Pahang dengan nama asalnya, Scarecrow. Kumpulan ini mula dikenali ramai setelah menyertai Kumpulan Muzik Tenggara dan Pesta Hiburan Kingsway pada tahun yang sama. Memandangkan pada ketika itu kerajaan melalui RTM menggalakkan penggunaan nama kumpulan muzik dalam Bahasa Melayu, kumpulan ini telah mengambil keputusan untuk menukarkan nama kumpulan ini kepada Masa. Sebelum merakamkan album pertama, kumpulan ini terlebih dahulu menimba pengalaman bermain muzik di sekitar Kuantan.

Zulkifli Mat Amin yang lebih dikenali sebagai Zul, vokalis kumpulan ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alor Akar, Kuantan mengasah bakatnya ketika belajar dan tinggal di asrama sekolah ini. Pada masa tersebut beliau sering mengadakan latihan bersama-sama rakannya iaitu Ali, Azam, Mubin, Remi, Ajak, Alim, Ayie dan Duan pada sekitar pertengahan 80-an. Namun, ramai antara rakan selatihannya telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan tidak membabitkan secara aktif dalam dunia muzik. Ketika Masa berhijrah ke Kuala Lumpur, kumpulan ini dianggotai oleh Zul (vokal), Lan (gitar utama), Mazwan (gitar kedua), Madi (bass) dan Shaiful (dram).

Kumpulan Masa telah menghasilkan tiga album di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI). Ketiga-tiga album tersebut berjaya menambat hati para peminat muzik tanahair.

Setelah PMI diisytihar muflis seterusnya ditutup pada tahun 1993, mereka mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.

Anggota kumpulan

  • Zul - Vokal
  • Lan - Gitar Utama
  • Mazwan - Gitar Kedua
  • Madi - Bass
  • Shaiful - Dram

Diskografi

Album studio

Tahun Judul Jualan
1989 Masa
  • Penerbit album : Siso
  • Dikeluarkan : 1989
  • Label : PMI Sdn Bhd
1990 Doktrin Metos
  • Penerbit album : Usop
  • Dikeluarkan : 1990
  • Label : PMI Sdn Bhd
Jualan Melebihi 100,000 unit
1992 Masa III
  • Penerbit album : Usop
  • Dikeluarkan : 1992
  • Label : PMI Sdn Bhd

Trivia

  • Lagu Patahnya Sayap Malam ciptaan Awang BPR berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1991. Lagu ini masih lagi diminati sehingga hari ini.
  • Berbanding kumpulan rock lain yang seangkatan dengan mereka, kumpulan ini hanya tinggal nama memandangkan dua anggotanya iaitu Zul (vokalis) dan Roslan (gitaris) telah pun meninggal dunia dalam dua tragedi yang berasingan.

Rujukan