4U2C: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 43: Baris 43:


=== Perpecahan ===
=== Perpecahan ===
Selepas beberapa tahun bersama, kumpulan ini mengalami pergolakan di dalam kumpulan dengan pihak pengurusan. <ref>[https://sg.news.yahoo.com/penyanyi-lelaki-berkumpulan-popular-90an-161200982.html Penyanyi lelaki berkumpulan popular 90an]</ref>Akibat daripada pertikaian itu, 4 anggota telah membuat keputusan untuk menarik diri dari 4U2C iaitu Adik, Yanz, Azam dan Joe. Pada 1996 juga, Joe dengan penampilan baru yang turut dikenali sebagai RANKIN' JOE mengeluarkan album solo pertama bertajuk KEMBALI di bawah naungan syarikat rakaman PONY CANYON dan menonjolkan lagu berentak jamaican rap menerusi lagi KEMBALI dan BANG !. Lagu KEMBALI turut mendapat tempat untuk pencalonan Muzik - Muzik 1996 <ref>[http://arkibnegara.blogspot.my/2011/03/minuman-rap-4u2c-1994.html Minuman RAP 4U2C (1994)]</ref>
Selepas beberapa tahun bersama, kumpulan ini mengalami pergolakan di dalam kumpulan dengan pihak pengurusan. <ref>[https://sg.news.yahoo.com/penyanyi-lelaki-berkumpulan-popular-90an-161200982.html Penyanyi lelaki berkumpulan popular 90an]</ref>Akibat daripada pertikaian itu, 4 anggota telah membuat keputusan untuk menarik diri dari 4U2C iaitu Adik, Yanz, Azam dan Joe. Pada 1996 juga, Joe dengan penampilan baru yang turut dikenali sebagai RANKIN' JOE mengeluarkan album solo pertama bertajuk KEMBALI di bawah naungan syarikat rakaman PONY CANYON dan menonjolkan lagu berentak jamaican rap menerusi lagi KEMBALI dan BANG !. Lagu KEMBALI turut mendapat tempat untuk pencalonan Muzik - Muzik 1996 <ref>[http://arkibnegara.blogspot.my/2011/03/minuman-rap-4u2c-1994.html Minuman RAP 4U2C (1994)]</ref>. Pada 2017 Joe telah berkahwin dengan gadis warga Indonesia pilihannya dan menetap di sana.


Pada penghujung 1996, kumpulan ini telah berpecah sepenuhnya dan membawa haluan masing-masing selepas melancarkan album terakhir mereka, ''Kembalilah Fiona''.<ref>Memori Artis Malaysia. ''[http://artismalaysiadulukini.blogspot.com/2009/05/4u2c-kembalilah-fiona.html 4U2C - Kembalilah Fiona]''. Diambil 12 Januari 2011.</ref>
Pada penghujung 1996, kumpulan ini telah berpecah sepenuhnya dan membawa haluan masing-masing selepas melancarkan album terakhir mereka, ''Kembalilah Fiona''.<ref>Memori Artis Malaysia. ''[http://artismalaysiadulukini.blogspot.com/2009/05/4u2c-kembalilah-fiona.html 4U2C - Kembalilah Fiona]''. Diambil 12 Januari 2011.</ref>
Baris 106: Baris 106:
* 04. "Fiona" (Remix) (Komposer dan Lirik -Joe)
* 04. "Fiona" (Remix) (Komposer dan Lirik -Joe)
* 05. "Video Game" ((Komposer dan Lirik: AC) 06. "Syawal" ( Komposer Mansenoi- Lirik Mama rap)
* 05. "Video Game" ((Komposer dan Lirik: AC) 06. "Syawal" ( Komposer Mansenoi- Lirik Mama rap)
:<small>Nota: Diterbitkan sebagai mini-album sempena Aidilfitri sementara menunggu pembikinan album penuh seterusnya. Lagu "Fiona" versi inggeris telah dirakam dan diolah semula oleh kumpulan KRASH KOZZ yang menonjolkan muzik rap aliran New Jack Swing / New Jack Street Beat yang dinaungi oleh syarikat rakaman VSP Production ( VALENTINE SOUND PRODUCTION ) yang juga dimiliki oleh salah seorang anggota kumpulan KRASH KOZZ.</small>
:<small>Nota: Diterbitkan sebagai mini - album sempena Aidilfitri sementara menunggu pembikinan album penuh seterusnya. Lagu " Fiona " versi bahasa inggeris telah dirakam dan diolah semula oleh kumpulan KRASH KOZZ yang menonjolkan muzik rap aliran New Jack Swing yang dinaungi oleh syarikat rakaman VSP ( VALENTINE SOUND PRODUCTION ) yang juga dimiliki oleh salah seorang anggota kumpulan KRASH KOZZ.</small>


==== ''2BD#1'' (1994) ====
==== ''2BD#1'' (1994) ====

Semakan pada 00:16, 18 Julai 2020

4U2C/ForUToC
Kulit album Kumpulan 4U2C
Latar belakang
Berasal dariMalaysia
GenrePop, Hip hop
Tahun aktif1992–1996,2014–Kini
Syarikat rakaman
Zman Production Distribution by BMG Music Malaysia] (MY)
Laman sesawang
Lirik Lagu
Bekas ahliNor Azam bin Mohamed (Azam)
Mizal Zaini (AC)
Razlan Ramdan (Lan)
Mohd Suffian Muda (Yan)
Mohamad Johari Mohamad Nor (Joe)
Raja Azrin Syah Raja Zaini Ismail (Rin)
Fazril Harun (Adik)

4U2C merupakan sebuah kumpulan pop/rap yang aktif di Malaysia pada era 1990-an.

Sejarah

Penubuhan

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Mizal Zaini (lebih dikenali sebagai AC Mizal) [1] bersama dua kenalannya yang berkongsi minat yang sama dalam bidang music iaitu Nor Azam bin Mohamed (Azam) dan Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe).

Pertemuan dengan produser Man Senoi dan isterinya Ramziah Bte Mohamed Noor (lebih dikenali sebagai Mama Rap) untuk menubuhkan satu kumpulan berkonsepkan genre rap telah mendorong ketiga-tiga anggota terawal 4U2C tersebut untuk mengundang empat lagi anggota lain iaitu Mohd Fazril Harun (Adik), Razlan Ramdan (Lan), Mohd Suffian Muda (Yanz) dan Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin).

1992 - 1993 : Era Fiona

Di bawah bimbingan Man Senoi dan Mama Rap yang bertindak selaku penerbit album dan pengurus, album pertama 4U2C yang berjudul “4U2C” telah diterbitkan di bawah Zman Production pada Ogos 1992. Pada masa era rock kapak telah sampai ke penghujungnya pada awal era 90an, pihak media telah memberikan publisiti yang begitu meluas kepada generasi kumpulan yang mempelopori genre rap yang baru bertapak dalam industry muzik di Malaysia kerika itu, terutama sekali 4U2C yang dianggap sebagai kumpulan rap yang pertama di Malaysia.

Album pertama 4U2C mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari peminat-peminat di Malaysia. Menjelang tahun 1993, album tersebut terjual sebanyak 70,000 unit. Lagu “Fiona” yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe telah menjadi lagu yang mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan dianggap lagu ‘trademark’ kumpulan 4U2C sehingga lah ke hari ini. Antara lagu lain di dalam album pertama yang menaikkan nama 4U2C adalah “Darling I Love U”, “Kami Rappers” dan “Video Game”. Lagu " Video Game " dicipta berikutan pada waktu itu permainan mesin arked video game di pusat hiburan keluarga menjadi permainan kegilaan remaja di seluruh Malaysia, Berikutan sambutan album pertama yang amat baik, 4U2C telah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular tahun 1993.

Pada Mac 1993, 4U2C telah muncul dengan album mini yang berjudul “Love 2CU” yang mengandungi 3 lagu lama yang diadun semula dan 3 lagu baru termasuk lagu “1 Syawal” bersempena dengan sambutan Aidilfitri 1993 yang tiba sejurus selepas terbitnya album tersebut.


1994 - 1996 : Penguasaan Genre Rap

Pada tahun 1994, 4U2C telah menerbitkan album kedua mereka yang berjudul “2BD#1” yang juga mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menampilkan lagu-lagu seperti “2BD#1” dan “Simfoni”.

Antara tahun 1992 sehingga 1996, genre pop rap di Malaysia menjadi trend utama industri muzik di Malaysia dengan munculnya kumpulan-kumpulan yang mengetengahkan muzik rap termasuk KRU, Nico, Krash Kozz, City Kids dan Les Enfant serta kumpulan rap wanita Feminin, Res2, M’steen dan Elite. Lagu “2BD#1” dianggap sebagai lagu yang melaungkan penguasaan 4U2C dalam genre rap yang menguasai popularity mengatasi kumpulan-kumpulan lain. Ini jelas dalam sebahagaian lirik lagu tersebut yang menyatakan “Pada rappers lain, jangan cuba bersaing, nanti kamu jatuh, runtuh dan terus lumpuh”.

Dominasi kumpulan 4U2C tidak dapat disangkal apabila sebuah syarikat pengeluar minuman tin, SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang bernama “RAP”.

Selain daripada itu, populariti 4U2C juga telah membawa mereka ke bidang lakonan di mana kesemua anggota kumpulan 4U2C ditawarkan untuk membintangi sitkom bersiri yang berjudul "Cuit-cuit 4U2C" pada tahun 1994. Sitkom ini turut dibintangi oleh aktres Kartina Aziz yang melakonkan watak "Mummy" iaitu ibu angkat/penjaga kepada anggota-anggota kumpulan 4U2C dalam sitkom tersebut.

Perpecahan

Selepas beberapa tahun bersama, kumpulan ini mengalami pergolakan di dalam kumpulan dengan pihak pengurusan. [2]Akibat daripada pertikaian itu, 4 anggota telah membuat keputusan untuk menarik diri dari 4U2C iaitu Adik, Yanz, Azam dan Joe. Pada 1996 juga, Joe dengan penampilan baru yang turut dikenali sebagai RANKIN' JOE mengeluarkan album solo pertama bertajuk KEMBALI di bawah naungan syarikat rakaman PONY CANYON dan menonjolkan lagu berentak jamaican rap menerusi lagi KEMBALI dan BANG !. Lagu KEMBALI turut mendapat tempat untuk pencalonan Muzik - Muzik 1996 [3]. Pada 2017 Joe telah berkahwin dengan gadis warga Indonesia pilihannya dan menetap di sana.

Pada penghujung 1996, kumpulan ini telah berpecah sepenuhnya dan membawa haluan masing-masing selepas melancarkan album terakhir mereka, Kembalilah Fiona.[4]

Keanggotaan baru

Dengan penarikan diri Adik, Yanz, Azam dan Joe, AC telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan kewujudan 4U2C di persada seni tanah air dengan mengambil 4 anggota baru yang dikenali sebagai Adiex, Aren, Charlie dan One II.Dengan mewujudkan 4U2C yang baru ni mereka sempat merakamkan album yang bertajuk Kembalilah Fiona.

Keanggotaan Baru 2014

Bekas Anggota 4u2c Iaitu AC Mizal menganggap penubuhan kumpulan ForUToC bukan sebagai pengganti kumpulan lamanya iaitu 4U2C, sebaliknya sebuah projek istimewa sempena Hari Raya 2014.kumpulan yang dianggotai oleh pelawak seperti Shuib (Sepahtu), Rahim (Sepahtu), Ajak (Shiro), Achey, Abam (Bocey) dan Fad (Bocey). Memberi nafas baru kepada lagu Bergema Takbir Di Pagi Raya 2014

Anggota

Senarai anggota kumpulan 4U2C yang asal ialah :-

  1. (Azam) Nor Azam bin Mohamed
  2. (A.C) Mizal Zaini
  3. (Lan) Razlan Ramdan
  4. (Yan) Haji Suffian
  5. (Joe) Mohd Johari
  6. (Rin) Raja Azrin
  7. (Adik) Mohd Fazril Harun

Senarai anggota kumpulan 4U2C selepas perpecahan

  1. AC
  2. Lan
  3. Rin
  4. Adiex
  5. Charlie
  6. Aren
  7. One II

Senarai Anggota Kumpulan Baru 4U2C Versi 2014 (ForUtoC) Ialah :-

  1. Datuk AC
  2. Ajak Shiro
  3. Shuib Sepahtu
  4. Rahim R2
  5. Achey Bocey
  6. Abam Bocey
  7. Fad Bocey

Diskografi

Album

Fail:4U2C (1992).jpg
Kulit album pertama 4U2C

4U2C (1992)

  • 01. "Fiona" (Komposer dan Lirik: Joe)
  • 02. "Kami Rappers" (Komposer dan Lirik: Azam)
  • 03. "Hip Hop Tip Top Si Jantung Ku" (Komposer dan Lirik: Chong Mei Sian)
  • 04. "Pilihan Istimewa" (Komposer: Man Senoi/Lirik: Juwie & Rodwie)
  • 05. "Bibit Bibit Cinta" (Komposer: Pradeep/Lirik: Joe,AC & Azam)
  • 06. "F.F.M (Funny Fantasi Mimpi)" (Komposer: Joe,AC & Azam/ Lirik: Joe,AC & Mama Rap)
  • 07. "Suara Asia" (Komposer: Man Senoi/Lirik: Azam)
  • 08. "M.O.D.E Fanatik" (Man Senoi dan Lirik Mama Rap : Zman Production)
  • 09. "Video Game" (Komposer dan Lirik: AC)
  • 10. "Darling I Love You" (Komposer dan Lirik: Mama Rap)
Nota: Azlin Ramdhan (kakak kepada Lan) ditampilkan sebagai Fiona dalam lagu Fiona

Love2CU (1993) [ Mini Album ]

Fail:4U2C - Love 2 C U '93 - (1993).jpg
Kulit mini-album 4U2C yang berjudul "Love 2CU" yang diterbitkan pada tahun 1993.
  • 01. "Love 2 C U" (Lagu: Mansenoi - lirik Mama Rap)
  • 02. "Part Time" (Lagu Mansenoi - Lirik Mama Rap)
  • 03. "Kami Rappers" (Komposer dan Lirik: Azam)
  • 04. "Fiona" (Remix) (Komposer dan Lirik -Joe)
  • 05. "Video Game" ((Komposer dan Lirik: AC) 06. "Syawal" ( Komposer Mansenoi- Lirik Mama rap)
Nota: Diterbitkan sebagai mini - album sempena Aidilfitri sementara menunggu pembikinan album penuh seterusnya. Lagu " Fiona " versi bahasa inggeris telah dirakam dan diolah semula oleh kumpulan KRASH KOZZ yang menonjolkan muzik rap aliran New Jack Swing yang dinaungi oleh syarikat rakaman VSP ( VALENTINE SOUND PRODUCTION ) yang juga dimiliki oleh salah seorang anggota kumpulan KRASH KOZZ.

2BD#1 (1994)

Fail:4U2C - 2BD-1'94 - (1994).jpg
Kulit album "2BD#1" terbitan tahun 1994
  • 01. "Simfoni" (Komposer & Lirik: Joe)
  • 02. "2BD No 1" (Komposer & Lirik: Azam)
  • 03. "60:94" (Komposer & Lirik: Azam)
  • 04. "Sexsa" (Komposer: Pradeep / Lirik: Mama Rap)
  • 05. "I Miss U" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Mama Rap)
  • 06. "1st Love" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Mama Rap)
  • 07. "Book1" (Komposer: AC / Lirik: Eddy)
  • 08. "Baby Embryo" (komposer Mansenoi - Lirik Mama Rap)
  • 09. "DNA" (Komposer: Kevin / Lirik: Azam & Rin)
  • 10. "Persahabatan (featuring Maria Angela)" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Juwie)
Nota: Album terakhir yang dirakam oleh keanggotaan asal 4U2C


Kembalilah Fiona (1996)

  • "Kembalilah Fiona"
  • "Shake It" (4U2C)
  • "Kenangan Cinta" (Radio Mix)
  • "Di Hatiku"
  • "Bosan"
  • "Teman Setia"
  • "Memori"
  • "Gadis Penggoda"
  • "Ibu" (Acapella)
  • "Dynamite"
  • "Dusta"
  • "Kenangan Cinta" (Unplugged)

Rujukan

  1. ^ Haryati Karim (2010). Hilangnya band pop Malaysia, "Bercerita sedikit pengalamannya bersama band 4U2C yang ditubuhkan pada tahun 1992 itu, AC mengatakan...", Kosmo!. Diambil 12 Januari 2011.
  2. ^ Penyanyi lelaki berkumpulan popular 90an
  3. ^ Minuman RAP 4U2C (1994)
  4. ^ Memori Artis Malaysia. 4U2C - Kembalilah Fiona. Diambil 12 Januari 2011.

Pautan luar