Minecraft: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MrPutra02 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Epilepson (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 59: Baris 59:
[[Kategori:Permainan video kemandirian]]
[[Kategori:Permainan video kemandirian]]
[[Kategori:Permainan video dengan grafik voksel]]
[[Kategori:Permainan video dengan grafik voksel]]
<references />
[[Kategori:Minecraft]]

Semakan pada 14:14, 20 Julai 2020

Minecraft
Logo Minecraft
PembangunMojang
4J Studios (versi konsol[1])
PenerbitMojang (PC, Bimbit)
Microsoft Studios (Xbox 360, Xbox One)
Sony Computer Entertainment (PS3, PS4, PS Vita)
PerekaMarkus Alexej "Notch" Persson (2009–2011)
Jens "Jeb" Bergensten (2011–sekarang)
Pengatur caraJens Bergensten Sunting ini di Wikidata
ArtisKristoffer Zetterstrand
Markus "Junkboy" Toivonen
KomposerDaniel "C418" Rosenfeld
SiriMinecraft Sunting ini di Wikidata
EnjinLightweight Java Game Library Sunting ini di Wikidata
PlatformWindows, OS X, Linux, Platform Java, Java applet, Android, iOS, Xbox 360, Xbox One, Raspberry Pi, PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation Vita
Pelepasan
18 November 2011
  • Windows, Mac, and Linux
      Android
        iOS
          Xbox 360 (Xbox Live)
            Xbox 360 (Retail Disc)
              Raspberry Pi
                PlayStation 3
                  Xbox One, PlayStation 4, and PlayStation Vita
                  Ogos 2014[9]
                GenreKotak pasir, kemandirian
                ModPermainan tunggal, Permainan Jamak

                Minecraft ialah sebuah permainan kotak pasir yang mula dihasilkan oleh Markus "Notch" Persson, seorang ahli pengaturcaraan Sweden, dan kemudiannya dibangunkan dan dikeluarkan oleh Mojang. Versi PC dikeluarkan kepada umum pada 17 Mei 2009 sebagai versi alfa yang masih dibangunkan dan, selepas kemas kini beransur-ansur, ia dikeluarkan sebagai versi keluaran penuh pada 18 November 2011. Satu versi untuk Android telah dikeluarkan sebulan lebih awal pada 7 Oktober, dan versi iOS dikeluarkan pada 17 November 2011. Pada 9 Mei 2013, permainan ini dikeluarkan dalam Xbox 360 sebagai permainan Xbox Live Arcade yang dihasilkan bersama oleh 4J Studios. Semua versi Minecraft menerima kemas kini berkala.

                Aspek kreatif dan pembinaan Minecraft membolehkan pemain membina binaan daripada kiub-kiub bertekstur di dalam dunia 3D yang dijana mengikut prosedur. Aktiviti lain dalam permainan ini termasuk penerokaan, mengumpul sumber, menghasilkan kraf, dan pertempuran. Dalam keluaran komersialnya, permainan ini didapati dalam dua mod utama: kemandirian yang memerlukan pemain mengumpul sumber dan mengekalkan tahap kesihatan dan kelaparan mereka; dan kreatif, di mana pemain mempunyai bekalan sumber tidak terhingga, kebolehan untuk terbang, dan tidak ada kesihatan atau kelaparan. Cara permainan ketiga yang dinamakan hardcore adalah serupa dengan mod kemandirian, bezanya hanya pada kesukaran; ia ditetapkan pada tetapan yang paling sukar dan penghidupan semula (respawn) tidak dibolehkan, dan kesukaran ini memaksa pemain memadam dunia permainan mereka setelah mereka mati.

                Minecraft menerima lima anugerah daripada Persidangan Pembangun Permainan 2011: ia telah dianugerahkan Anugerah Inovasi, Anugerah Permainan Boleh Dimuat Turun Terbaik, dan Anugerah Permainan Terbaru Terbaik daripada Anugerah Pilihan Pembangun Permainan, dan Anugerah Penonton serta Hadiah Utama Seumas McNally, daripada Festival Permainan Bebas pada 2011. Pada 2012, Minecraft dianugerahkan Anugerah Golden Joystick dalam kategori Permainan Boleh Dimuat Turun Terbaik. Setakat 3 September 2013, permainan ini telah dijual sebanyak 12 juta salinan bagi PC, dan lebih 33 juta salinan pada semua pelantar.

                Cara permainan

                Minecraft ialah permainan dunia terbuka yang tidak mempunyai tujuan tertentu untuk pemain capai, lantas memberikan pemain kebebasan yang banyak dalam memilih cara permainan. Terdapat juga sistem pencapaian, tetapi ia terpulang kepada pemain sama ada mahu mengikuti sistem ini atau tidak. Secara lalai, permainan ini dimainkan dari pandangan diri pertama, tetapi pemain mempunyai pilihan untuk bermain dalam mod diri ketiga. Cara permainan utamanya berkisarkan memecahkan dan meletakkan blok-blok. Dunia permainan ini sebenarnya dibentuk oleh objek-objek 3D kasar – terutamanya kiub – yang disusun dalam corak grid tetap dan melambangkan bahan-bahan berbeza seperti tanah, batu, berbagai-bagai bijih, air dan batang pokok. Walaupun pemain boleh bergerak dengan bebas dalam dunia permainan, objek dan barangan hanya boleh diletakkan di kedudukan tetap relatif kepada grid. Pemain boleh mengumpul blok-blok bahan ini dan meletakkannya di tempat lain, lantas membolehkan pelbagai pembinaan.

                Pada permulaan permainan ini, pemain diletakkan di permukaan dunia permainan yang dijana mengikut prosedur dan secara mayanya tidak terhingga. Pemain boleh bergerak merentasi muka bumi yang terdiri daripada dataran, gunung-ganang, hutan, gua, dan pelbagai jasad air. Dunia ini dibahagikan kepada biom-biom yang menjangkau daripada gurun kepada hutan hingga kepada daratan salji. Sistem masa dalam permainan ini mengikuti kitaran siang-malam, dengan satu kitaran lengkap bersamaan 20 minit dalam dunia sebenar. Sepanjang permainan, pemain akan bertemu pelbagai watak bukan pemain yang dikenali sebagai perusuh, termasuklah haiwan, orang kampung dan makhluk-makhluk kejam. Pada waktu siang, haiwan-haiwan yang tidak ganas seperti lembu, khinzir dan ayam terhasil. Mereka boleh diburu untuk makanan dan bahan penghasilan kraf. Pada waktu malam dan di kawasan gelap, perusuh-perusuh kejam seperti labah-labah besar, rangka dan zombi terbentuk. Beberapa makhluk Minecraft yang unik telah menarik perhatian pemberi maklum balas, seperti Creeper, makhluk meletup yang menyusup menghampiri pemain, dan Enderman, makhluk yang memiliki kebolehan teleportasi dan mengutip blok-blok.

                Fail:Minecraft Mobs.png
                Beberapa karakter kejam dan neutral dipaparkan dalam Minecraft dari kiri ke kanan: Zombie, Spider, Enderman, Creeper, Skeleton

                Dunia permainan ini dihasilkan mengikut prosedur selama pemain menerokanya, menggunakan benih yang diperoleh daripada jam sistem pada masa pembentukan dunia melainkan ia dimasukkan secara manual oleh pemain. Meskipun ada had dalam pergerakan menegak, Minecraft membolehkan dunia permainan yang luasnya tidak terhingga terbentuk pada satah mendatar dan hanya mendapat masalah teknikal apabila jarak yang teramat jauh dicapai. Hal ini boleh dilakukan oleh permainan ini dengan membahagikan data dunia permainan ini kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil yang dikenali sebagai "ketulan" (chunks), yang hanya dihasilkan atau dimuatkan ke dalam memori apabila ada pemain berhampiran.

                Sistem fizik permainan ini, yang gravitinya tidak mempengaruhi kebanyakan blok pepejal, telah digambarkan sebagai tidak realistik oleh pemberi ulasan. Cecair dalam permainan ini mengalir daripada satu sumber iaitu satu blok cecair yang boleh dialihkan dengan meletakkan blok pejal di atasnya. Sistem kompleks boleh dihasilkan oleh alatan-alatan mekanikal, litar elektrik dan pintu-pintu logik primitif yang dibina menggunakan bahan yang hanya wujud dalam permainan ini yang dikenali sebagai redstone.

                Minecraft mempunyai lima dimensi lain selain dunia utama – dimensi Nether dan The End. Nether ialah dimensi seperti neraka yang boleh dicapai melalui portal binaan pemain. Ia mengandungi banyak sumber yang unik dan boleh digunakan untuk bergerak pada jarak yang jauh dalam dunia utama. The End ialah tanah gersang di mana naga bos yang dinamakan Ender Dragon berkuasa. Jika naga ini dibunuh, kredit akhir permainan ini dipaparkan yang ditulis oleh penulis Ireland, Julian Gough. Pemain kemudiannya dibenarkan teleport kembali ke titik terbentuk asal mereka di dunia utama dan akan menerima pencapaian "The End".

                Permainan ini terdiri daripada dua mod permainan utama: kemandirian dan kreatif. Ia juga mempunyai sistem kesukaran empat tahap yang boleh diubah; kesukaran yang paling mudah (aman; "peaceful") membuang sebarang makhluk kejam yang terbentuk.

                Pautan luar


                Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

                1. ^ "Sony PlayStation deals mean more Minecraft success ahead for 4J Studios". The Courier.co.uk. 22 Ogos 2013. Dicapai pada 22 Ogos 2013.
                2. ^ "Minecraft". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada 21 Oktober 2012.
                3. ^ "Minecraft – Pocket Edition – Android". IGN. Dicapai pada 21 Oktober 2012.
                4. ^ "Minecraft: Pocket Edition". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada 21 October 2012.
                5. ^ Brown, Mark (22 Mac 2012). "Minecraft for Xbox 360 release date announced, amongst others". Wired UK. Dicapai pada 22 Oktober 2012.
                6. ^ "The Minecraft: Xbox 360 Edition Retail Disc Version Releases Today!". Play XBLA. Play XBLA. Dicapai pada 4 Jun 2013.
                7. ^ "Minecraft Xbox 360 Edition coming to UK retail in June". Dicapai pada 20 Jun 2012.
                8. ^ "Minecraft Raspberry Pi". Mojang. Mojang. Dicapai pada March 27, 2013.
                9. ^ 22 Mei 2014, Minecraft on Xbox One, PS4, and PS Vita soon!, Mojang