Dinasti Qing: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Nik Donald (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 6: Baris 6:




'''KERAJAAN DINASTI QING (MANCU)''' ({{zh-cp|c=清朝|p=Qīng cháo}}; [[Bahasa Manchu]]: ''daicing gurun''; [[bahasa Mongolia]]: Манж Чин Улс), juga dikenali sebagai '''Bangsa Manchu''', ialah [[Kerajaan]] Manchu yang mengganti Kerajaan Maharaja (Dinasti) Ming dan memerintah dari tahun [[1644]] hingga [[1911]]. Kerajaan ini ditubuh bangsa [[Manchu]] [[Aisin Gioro]] bertempat yang kini sebagai [[China timur laut/Manchuria]]. Sejak tahun 1644 Kerajaan Mancu berkembang ke [[Tanah Besar China/ Tiongkok]] (kawasan diduduki [[bangsa Han|bangsa]]Cina) dan kawasan sekitarnya, lalu tertubuh '''Kerajaan Manchu Besar''' ({{zh-stp|s=大清国|t=大清國|p=dàcīngguó}}). Kerajaan Mancu merupakan sebuah Kerajaan Pemerintahan [[Bangsa dalam sejarah China Tiong Kok|di China/Tiong Kok]]. Diisytiharkan sebagai '''Kerajaan Jin Akhir''' pada tahun 1616, namanya ditukar kepada "Ching" yang bermaksud "jelas" atau "jernih",pada 1636 dan menawan [[Peiching]] pada tahun 1644.Menjelang 1646,kerajaan ini memperoleh kuasa di kebanyakan wilayah besar China,namun keamanan semula di seluruh Tanah Besar Cina tak usai menjelang 1683.
'''KERAJAAN DINASTI QING (MANCU)''' ({{zh-cp|c=清朝|p=Qīng cháo}}; [[Bahasa Manchu]]: ''daicing gurun''; [[bahasa Mongolia]]: Манж Чин Улс), juga dikenali sebagai '''Bangsa Manchu''', ialah [[Kerajaan]] Manchu yang mengganti Kerajaan Maharaja (Dinasti) Ming dan memerintah dari tahun [[1644]] hingga [[1911]]. Kerajaan ini ditubuh bangsa [[Manchu]] [[Aisin Gioro|dari keluarga Manchu,Aisin Gioro]] bertempat yang kini sebagai [[China timur laut/Manchuria]]. Sejak tahun 1644 Kerajaan Manchu berkembang ke [[Tanah Besar China/ Tiongkok]] (kawasan diduduki [[bangsa Han|bangsa]] Cina) dan kawasan sekitarnya, lalu tertubuh '''Kerajaan Manchu Besar''' ({{zh-stp|s=大清国|t=大清國|p=dàcīngguó}}). Kerajaan Mancu merupakan sebuah Kerajaan Pemerintahan [[Bangsa dalam sejarah China Tiong Kok|di China.]] Diisytiharkan sebagai '''Kerajaan Jin Akhir''' pada tahun 1616, namanya ditukar kepada "Ching" yang bermaksud "jelas" atau "jernih",pada 1636 dan menawan [[Peiching|Peking]] pada tahun 1644.Menjelang 1646,kerajaan ini memperoleh kuasa di kebanyakan wilayah besar China,namun keamanan semula di seluruh Tanah Besar Cina tak usai menjelang 1683.


Ketika pemerintahannya,Kerajaan Mancu Ching banyak terserap dengan [[budaya Cina]].Namun, ketenteraan menjadi lemah pada abad ke-19,maka bangsa ini berhadapan dengan tekanan asing,[[rusuhan]] besar-besaran serta kekalahan[[perang]]. Kerajaan Ching merundum selepas pertengahan abad ke-19.Kerajaan ini diguling sejurus rusuhan [[Pemberontakan Xin Hai]],apabila [[Permaisuri Long Yu]]menuruni takhta bagi pihak Maharaja Pu Yi terakhir,pada[[12 Februari 1912]].
Ketika pemerintahannya,Kerajaan Manchu Ching banyak terserap dengan [[budaya Cina]].Namun, ketenteraan menjadi lemah pada abad ke-19,maka bangsa ini berhadapan dengan tekanan asing,[[rusuhan]] besar-besaran serta kekalahan [[perang]]. Kerajaan Qing merundum selepas pertengahan abad ke-19.Kerajaan ini diguling sejurus rusuhan [[Pemberontakan Xin Hai]],apabila [[Permaisuri Long Yu|Maharani Balu Long Yu]]<nowiki/>turun takhta bagi pihak Maharaja Pu Yi terakhir,pada[[12 Februari 1912]].


== Sejarah ==
== Sejarah ==

Semakan pada 01:35, 21 Julai 2020


 Myanmar
 Republik Rakyat China
 India
 Kazakhstan
 Kyrgyzstan
 Laos
 Mongolia
 Pakistan
 Rusia
Templat:Country data Taiwan/Tai Yuan
 Tajikistan
 Vietnam


KERAJAAN DINASTI QING (MANCU) (Bahasa Cina: 清朝; pinyin: Qīng cháo; Bahasa Manchu: daicing gurun; bahasa Mongolia: Манж Чин Улс), juga dikenali sebagai Bangsa Manchu, ialah Kerajaan Manchu yang mengganti Kerajaan Maharaja (Dinasti) Ming dan memerintah dari tahun 1644 hingga 1911. Kerajaan ini ditubuh bangsa Manchu dari keluarga Manchu,Aisin Gioro bertempat yang kini sebagai China timur laut/Manchuria. Sejak tahun 1644 Kerajaan Manchu berkembang ke Tanah Besar China/ Tiongkok (kawasan diduduki bangsa Cina) dan kawasan sekitarnya, lalu tertubuh Kerajaan Manchu Besar (Cina Ringkas: 大清国; Cina Tradisional: 大清國; pinyin: dàcīngguó). Kerajaan Mancu merupakan sebuah Kerajaan Pemerintahan di China. Diisytiharkan sebagai Kerajaan Jin Akhir pada tahun 1616, namanya ditukar kepada "Ching" yang bermaksud "jelas" atau "jernih",pada 1636 dan menawan Peking pada tahun 1644.Menjelang 1646,kerajaan ini memperoleh kuasa di kebanyakan wilayah besar China,namun keamanan semula di seluruh Tanah Besar Cina tak usai menjelang 1683.

Ketika pemerintahannya,Kerajaan Manchu Ching banyak terserap dengan budaya Cina.Namun, ketenteraan menjadi lemah pada abad ke-19,maka bangsa ini berhadapan dengan tekanan asing,rusuhan besar-besaran serta kekalahan perang. Kerajaan Qing merundum selepas pertengahan abad ke-19.Kerajaan ini diguling sejurus rusuhan Pemberontakan Xin Hai,apabila Maharani Balu Long Yuturun takhta bagi pihak Maharaja Pu Yi terakhir,pada12 Februari 1912.

Sejarah

Penubuhan negeri Manchu

Bendera Wangsa Qing, 1862–1890

Dinasti ini bukan ditubuhkan oleh bangsa Cina sebaliknya ditubuhkan oleh kaum Manchu yang pada zaman sekarang sekelompok etnik minoriti di China. Orang Manchu merupakan keturunan sekelompok orang Tungus yang berdiam di sekitar rantau yang kini merangkumi wilayah Primorsky Krai, Rusia dan wilayah Heilongjiang, China. Penubuhan yang kemudiannya bergelar negeri Manchu itu ditubuhkan oleh Nurhachi, ketua sebuah puak Jurchen kecil di Jianzhou (建州), pada wala abad ke-17. Mula-mulanya seorang vasal Dinasti Ming, Nurhaci pada tahun 1582 memulakan satu perbalahan antara puak yang berkembang menjadi satu kempen penyatuan puak Jurchen Jianzhou. Menjelang tahun 1616 beliau menggabungkan rantau Jianzhou dengan secukupnya agar mengisytiharkan diri beliau sebagai Khan 'Jin Agung' yang menyentuh wangsa Jurchen sebelumnya. Ahli-ahli sejarah menggelar entiti pra-Qing ini sebagai 'Jin Akhir' untuk membezakannya daripada Dinasti Jin pertama. Dua tahun kemudian Nurhachi secara terbukanya meninggalkan ketuanan kedaulatan Wangsa Ming agar dapat melengkapkan penyatuan puak-puak Jurchen yang masih bersekutu dengan Dinasti Ming. Selepas serantaian pertempuran yang memihak kepada beliau, Nurhaci memindahkan ibu negerinya dari Hetu Ala ke kota-kota Wangsa Ming yang lebih besar secara berturut-turut di wilayah Liaodong (遼東), Liaoyang pertama (遼陽; bahasa Manchu: dergi hecen) pada tahun 1621 dan sekali lagi pada tahun 1625 ke Shenyang (沈陽; dinamakan semula sebagai Shengjing; Cina: 盛京; bahasa Manchu: Mukden).

Pemindahan istana dari Jianzhou ke Liaodong memberi Nurhaci tapak kuasa yang lebih besar dari segi sumber manusia dan bahan-bahan; secara georgafi ini juga mendekatkan beliau lagi dengan kawasan Mongol di dataran Mongolia. Meskipun menjelang masa ini negara Mongol yang pernah bersatu di bawah Genghis Khan sudah pun lama berpecah menjadi puak-puak individu yang kadang-kalanya bermusuhan, puak-puak yang berpecah-belah ini masih menjadi ancaman serius kepada keselamatan sempadan Ming. Dasar Nurhaci kepada orang Mongol adalah untuk bersahabat dengan mereka dan meraih kerjasama daripada mereka, maka terjaganya sempadan barat Jurchen dari musuh berpotensi. Lebih-lebih lagi, orang Mongol terbukti sebagai sekutu perang berguna yang meminjamkan kepakaran tradisional sebagai pemanah berkuda kepada orang Jurchen. Agar mengekalkan perikatan baru ini, Nurhaci melaksanakan dasar pengacukan antara orang Jurchen dan bangsawan Mongol yang setia kepada kepimpinan Jurchen, manakala sesiapa yang menentang dihadapkan dengan tindakan ketenteraan. Ini cuma salah satu daripada banyak inisiatif Nurhachi yang kemudiannya dijadikan dasar kerajaan Qing yang rasmi, oleh itu Nurhachi banyak dipercayai oleh ahli sejarah di samping keturunan beliau - maharaja Qing berturut-turut sebagai pengasas Wangsa. Sesetengah sumbangan penting lain oleh Nurhaci termasuk mengarahkan penciptaan bahasa Manchul bertulis yang berasaskan skrip Mongolia, dan penubuhan sistem pentadbiran sivil dan ketenteraan yang kemudiannya menjadi Panji-panji Manchu, unsur yang mendefinasikan identiti Manchu, maka tersedianya asas untuk mengubah wajah puak Jurchen yang renggang pertaliannya menjadi satu negara.

Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negeri-Negeri Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini


Kejayaan tentera Nurhaci berturut-turut tanpa henti akhirnya menemui kebuntuan pada Januari 1626 apabila beliau tewas kepada Jeneral Yuan Chonghuan ketika menyerang kota Ningyuan. Beliau meninggal dunia beberapa bulan kemudian[1] lalu diwarisi oleh anak lelaki kelapan beliau Hung Taiji yang timbul selepas satu pergelutan politik singkat di kalangan pesaing berpotensi lain sebagai Khan baru. Sungguhpun selaku jeneral berpengalaman dan komander untuk dua Panji-panji pada masa kenaikannya, pemerintahan Hung Taiji tidak bermula dengan baik dari segi ketenteraan. Orang Jurchen kalah lagi pada tahun 1627 di tangan Yuan Chonghuan. Seperti pada tahun sebelumnya kekalahan ini diakibatkan kekuatan senjatan api tentera Ming yang ketika itu baru membeli meriam dari orang Portugis. Untuk membetulkan kelemahan teknologi dan bilangan ini Hung Taiji pada tahun 1634 mereka kor meriam sendiri (Bahasa Cina: 重军, bahasa Manchu: ujen chooha) dari kalangan tentera Han beliau yang membentuk meriam sendiri berdasarkan rekabentuk Eropah dengan bantuan tawanan seniman Cina. Pada tahun 1635 sekutu Mongol Manchu diterapkan sepenuhnya ke dalam hierarki Panji-Panji berasingan di bawah arahan terus Manchu. Pada tahun 1637, Hong Taiji kemudian menewaskan tentera Raja Injo Korea yang mengakibatkan (i) Korea menjadi negara ufti Manchu dan (ii) Korea akan berkhidmat pada perang seterusnya menentang China Ming. Bersama-sama tentera Korea dan tentera yang dibentuk daripada pelbagai puak yang ditawan di Manchuria, orang Manchu pimpinan Hung Taiji mampu menewaskan tentera Ming dengan hebatnya dalam satu siri pertempuran dari tahun 1640 hingga 1642 untuk wilayah-wilayah Songshan (松山) dan Jingzhou (锦州). Kemenangan terakhir ini mengakibatkan penyerahan kalah kebanyakan tentera Wangsa Ming yang dikeraskan peperangan serta pengunduran sepenuhnya tentera Ming yang masih ada dari kawasan di utara Tembok Besar.

Dalam bidang sivil, Hung Taiji, atas nasihat pegawai Ming yang menyerah diri, mendirikan sistem birokratik asas berdasarkan model kerajaan Ming. Birokrasi Hung Taiji dianggotai sebilangan bangsa han yang di luar jangkaan, kebanyakannya pegawai Ming yang baru menyerah diri. Namun begitu, dominasi Jurchen yang berterusan dalam kerajaan dipastikan oleh satu kuota etnik untuk pelantikan birokratik peringkat atasan. Pemerintahan Hung Taiji juga melihatkan perubahan besar dalam dasar terhadap taklukan bangsa Han beliau. Sementara di bawah pimpinan Nurhaci kesemua orang China Han dilihat sebagai musuh dalam selimut bagi pihak Wangsa Ming dan dilayan seperti catel - termasuk yang kemudiannya memegang jawatan kerajaan penting, Hung Taiji sebaliknya menerapkan merkea ke dalam "negara" Jurchen sepenuhnya jika bukan warga kelas pertama yang turut diwajibkan untuk menawarkan khidmat ketenteraan. Perubahan dasar ini bukan shaaja mengukuhkan kekuasaan Hung Taiji dan mengurangkan pergantungan tentera kepada Panji-Panji yang bukan di bawah kawalan peribadi beliau, bahkan juga menggalakkan taklukan China Han yang lain dari Wangsa Ming untuk menyerah diri dan menerima pemerintahan Jurchen setelah ditewaskan sebagai tentera. Melalui ini dan langkah-langkah lain, Hung Taiji mampu memusatkan kuasa beliau sehingga kedudukan Khan yang mana pada jangka masa lama menghalang persekutuan Jurchen daripada berpecah setelah kematiannya.

Salah satu peristiwa terpenting ketika pemerintahan Hung Taiji ialah pengamalan rasmi nama "Manchu" (满族) bagi kesemua orang Jurchen pada bulan November 1635. Tambahan pula, apabila mohor diraja maharaja Yuan disembahkan kepada Hung Taiji oleh anak lelaki Ligden Khan, Khan agung Mongol yang terakhir, Hung Taiji pada tahun 1636 menamakan semula negara dari "Jin Akhir" menjadi "Qing Agung" serta menaikkan kedudukannya dari Khan ke Maharaja, menandakan cita-cita sebagai maharaja selain menyatukan wilayah-wilayah Manchu. Sesetengah sumber menyatakah bahawa nama "Qing" dipilih sebagai reaksi kepada perkara yang sama bagi Wangsa Ming () yang terdiri daripada aksara Cina untuk matahari () dan bulan () yang dikatikan dengan unsur api. Aksara Qing () terdiri daripada radikal air () dan aksara untuk biru-hijau (), kedua-duanya dikaitkan dengan unsur air. Yang lain mencadangkan bahawa perubahan nama melalui proses yang lama untuk memulihkan negeri Manchu di hadapan mata bangsa Han zaman Ming yang banyak dipengaruhi sistem pendidikan Neo-Konfusianisme maka melihat bekas dinasit Jin Jurchen sebagai penceroboh asing.

Menuntut Mandat Syurga

Pain, Plam dan Jenjang, 1759 M, karya Shen Quan (1682–1760). Dipamerkan di Muzium Istana, Beijing.

Hung Taiji mangkat tiba-tiba pada September 1643 tanpa menetapkan pewarisnya. Memandangkan kaum Jurchen secara tradisinya "melantik" ketua mereka melalui majlis bangsawan, maka negeri Qing tiada sistem pewarisan yang jelas sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kangxi. Pada ketika ini, kekuasaan direbut oleh anakanda sulung Hung Taiji, Hooge dan adinda tiri Hung Taiji yang sama ayahanda, Dorgon. Perbalahan Hooger dan Dorgon untuk merebut jawatan pemimpin dibendung dengan menobatkan anakanda lelaki Hung Taiji yang berusia lima tahun Fulin sebagai Maharaja Shunzhi, dengan Dorgon sebagai pemangku dan pemimpin de facto bangsa Manchu. Musuh ketat Manchu, Dinasti Ming pula sibuk melawan pemberontakan golongan petani sehingga tidak dapat mengambil kesempatan terhadap kemelut pewarisan istana Qing yang menyaksikan seorang kanak-kanak menjadi Maharaja. Krisis dalaman Dinasti Ming memuncak pada April 1644, apabila ibu kota (di Beijing masa kini) diserbu oleh sepakatan angkatan pemberontak pimpinan Li Zicheng, seorang pegawai bawahan Ming yang menjadi ketua pemberontakan para petani. Maharaja Ming terakhir, Chongzhen membunuh diri apabila jatuhnya kota tersebut, menandakan berakhirnya dinasti Ming.

Setelah mudah menawan Beijing, Li Zicheng memimpin pakatan pemberontaknya yang beratus-ribu orangnya untuk bersemuka dengan Wu Sangui, panglima yang memerintah garison Ming di Shanhaiguan. Shanhaiguan ialah sebuah genting behrampiran Tembok Besar China yang terletak 50 batu di timur laut Beijing, dan di situlah terletaknya sistem pertahanan Ming yang menghalang kaum Manchu dari terus menyerang ibu kota Ming selama bertahun-tahun. Wu yang terkepit di antara segerombolan pemberontak yang dua kali bilangan bala tenteranya, dan sebuah musuh luar yang dilawannya bertahun-tahun, membuat keputusan untuk bersepakat dengan puak Manchu untuk melawan para pemberontak. Ada yang berpendapat bahawa tindakan Wu dipengaruhi oleh khabar penindasan terhadap keluarganya dan gundiknya Chen Yuanyuan di tangan para pemberontak setelah jatuhnya ibu kota. Tidak kira apa sebab sebenarnya beliau berbuat demikian,[2] perikatan yang janggal dan dikatakan sinis antara Wu dan bekas musuh ketatnya dilakukan dengan tujuan membalas dendam atas kemangkatan Maharaja Chongzhen. Kedua-dua bekas musuh itu bersama-sama menumpaskan angkatan pemberontak Li Zicheng dalam pertempuran pada 27 Mei 1644. Selepas itu, kaum Manchu menawan Beijing pada 6 Jun, di mana Maharaja Shunzhi ditabalkan sebagai "Anak Syurga" pada 30 Oktober. Kaum Manchu yang menggelar diri mereka sebagai pewaris politik kepada Dinasti Ming dengan menewaskan Li Zicheng, melengkapkan adat peralihan mereka dengan mengadakan upacara pemakaman rasmi untuk Maharaja Chongzhen. Namun demikian, proses menakluki seluruh China mengambil masa 17 tahun lagi untuk bertungkus-lumus melawan puak setiawan Ming, pengaku takhta dan pemberontak, sehingga ramai sekali yang terkorban, termasuk peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Yangzhou selama sepuluh hari pada tahun 1645, apabila bala tentera memperoleh restu Putera Dodo untuk mengamuk di situ sehingga mengakibatkan kira-kira 800,000 orang terbunuh. Pengaku takhta Ming yang terakhir, Putera Gui, meminta perlindungan di Burma, sebuah negeri lindungan Dinasti Ming, tetapi kemudian diserahkan kepada pasukan ekspedisi Qing yang diperintah oleh Wu, lalu dibawa ke wilayah Yunnan untuk dihukum mati pada tahun 1662.

Lukisan kapal stim kayuh dalam sebuah ensiklopedia Dinasti Qing Dynasty terbitan tahun 1726.

Tujuh tahun pertama pemerintahan Shunzhi dikuasai oleh putera pemangku raja Dorgon, yang memusatkan kuasanya di bawah kawalannya atas nama Maharaja gara-gara ketaktentuan kedudukan politiknya dalam struktur kekuasaan Manchu, sehingga menjejaskan putera-putera Manchu lain yang turut merebut kuasa dengan menurunkan pangkat atau memenjarakan mereka dengan bermacam-macam dalih. Sungguhpun begitu pendek tempoh pemangkuannya, namun pengaruh Dorgon dalam dinasti Qing memang mendalam. Mula-mulanya, puak Manchu berjaya memasuki wilayah "China sebenar" hanya kerana Dorgon menerima rayuan Wu Sangui untuk menghulurkan bantuan ketenteraan. Selepas menawan Beijing dan bukan menjarah kota itu seperti yang dilakukan oleh para pemberontak sebelum kedatangan mereka, Dorgon mendesak agar Beijing dijadikan ibu kota Qing walaupun dibantah oleh putera-putera lain, lalu melantik semula kebanyakan pegawai Ming kepada jawatan masing-masing. Tindakan mengekalkan Beijing sebagai ibu kota itu kelihatan begitu mudah diterima akal, tetapi sebenarnya harus diingatkan bahawa sebelum itu tiada satu pun wangsa China utama yang pernah terus "mewarisi" ibu kota pendahulu langsungnya. Pengekalan ibu kota dan para pegawai Ming ini mempercepatkan langkah penstabilan negara dan proses penaklukan oleh Manchu. Namun demikian, bukan semua dasar Dorgon disambut baik atau dilaksanakan dengan mudah.

Salah satu keputusan paling kontroversi yang diambil oleh Dorgon adalah mengeluarkan titah perintah pada Julai 1645, yang mewajibkan semua lelaki berbangsa Cina Han forced untuk mencukur rambut depan dan menyikat rambut yang selebihnya menjadi tocang, jika tidak boleh dihukum mati.[3] Bagi kaum Manchu, dasar ini menguji ketaatan rakyat serta membantu membezakan sahabat daripada musuh negara. Bagi kaum bangsa han pula, tindakan ini merupakan "penurunan martabat yang mengaibkan" yang bercanggah dengan nilai-nilai Konfusius.[4] Perintah itu begitu terkutuk sehingga mencetuskan tentangan terhadap pemerintahan Qing di Jiangnan sehingga seawal-awalnya akhir 1640-an.[5]

Pada 31 Disember 1650, Dorgon mati secara tiba-tiba ketika dalam ekspedisi memburu, maka bermulanya Maharaja Shunzhi memerintah dengan sendiri. Walaupun demikian, memandangkan Maharaja hanya berusia 12 tahun ketika itu, kebanyakan keputusan dibuat bagi pihaknya oleh bondanya, iaitu Maharani Balu Xiaozhuang yang mahir dalam bidang politik. Sungguhpun pentingnya sokongan Dorgon kepada Shunzhi's ascent, namun Dorgon selama bertahun-tahun ini banyak memusatkan kuasa dalam tangannya dengan hajat untuk terus mencabar takhta, sebegitu hingga selepas meninggal dunia, beliau dikurniakan gelaran anumerta Maharaja Yi (義皇帝), satu-satu kalinya dalams sejarah dinasti Qing yang mana seorang "putera darah daging" Manchu diberi penghormatan sedemikian. namun begitu, setelah dua tahun Shunzhi memerintah sendiri, Dorgon bukan sahaja dilucutkan segala gelarannya, malah jenazahnya turut digali keluar lalu dicacat-cacatkan[6] sebagai balasan terhadap berbilang-bilang "kesalahannya", termasuk one of menghukum mati kanda sulung seayahanda Shunzhi, Hooge. Lebih penting lagi, kejatuhan muka Dorgon ini turut menandakan seluruh kerabat diraja dilucutkan kebanyakan kuasa politik sehingga ditumpukan kembali kepada Maharaja. Sungguhpoun bermula dengan begitu cemerlang, pemerintahan Shunzhi dipendekkan dengan kemangkatan akibat cacar air ketika berusia 24 tahun pada tahun 1661, lalu diwarisi oleh anakanda ketiganya Xuanye, yang memerintah sebagai Maharaja Kangxi.

Maharaja Kangxi

Maharaja Kangxi (r. 1662–1722)

Selama 61 tahun, Kangxi merupakan Maharaja China yang paling lama memerintah. Penting sekali, selain begitu lama memerintah, pemerintahan Kangxi juga disanjungi sebagai bermulanya “Zaman Kegemilangan Kang-Qian” (康乾盛世), yang mana dinasti Qing mencapai kemuncak kuasa sosial, ekonomi dan ketenteraanya. Pemerintahan lama Kangxi bermula seusia lapan tahun setelah kemangkatan ayahandanya. Demi mengelakkan berulangnya pembolotan kuasa maharaja oleh Dorgon selaku pemangku, Maharaja Shunzhi yang ketika di ambang kemangkatan dengan terdesaknya melantik empat orang menteri jemaah kanan untuk mentadbir negara bagi pihak anakandanya yang masih belum cukup usia itu. Empat menteri tersebut: Sonin, Ebilun, Suksaha, dan Oboi, dilantik bukan sahaja kerana lama berkhidmat untuk maharaja, bahkan juga dengan tujuan mengimbangi pengaruh sesama sendiri. Lebih penting lagi, mereka berempat tiada pertalian rapat dengan kerabat diraja, oleh itu tidak boleh menuntut takhta. Namun setelah masa berlalu, Oboi, iaitu yang terbaru di kalangan empat menteri, mengambil kesempatan dan berkomplot untuk mencapai kekuasaan politik sehingga mampu menggugat maharaja. Biarpun tidak pernah dipertikaikan ketaatan Oboi, namun keangkuhan keperibadiannya serta pendirian konservatif dalam hal politik menjadikannya semakin bermusuhan dengan Maharaja muda itu. Pada tahun 1669, Maharaja Kangxi yang berusia 15 tahun menggunakan helah untuk mengatasi, melucutkan dan memenjarakan Oboi yang agak licik orangnya di samping berpengalaman sebagai pemerintah tentera.

Puak Manchu akhirnya terasa bahangnya ketika memegang "Mandat Syurga". Wilayah China begitu luas sehingga bilangan bala tenteranya hanya cukup untuk mempertahankan kota-kota terpenting yang membentuk tulang belakang kepada rangkaiana pertahan yang amat bergantung kepada askar Ming yang menyerah diri. Selain itu, tiga orang bekas panglima Ming dipilih atas sumbangan mereka kepada penubuhan dinasti Qing, diangkat sebagai putera feudal (藩王), serta dikurniakan jawatan pemerintah di China Selatan. Yang ketua di antara mereka ialah Wu Sangui yang ditugaskan ke wilayah Yunnan dan Guizhou, manakala Shang Kexi dan Geng Zhongming pula masing-masing diserahkan wilayah Guangdong dan Fujian.

Jemaah flask, porselin dengan di bawah hiasan biru dan merah besi menjadi sayu.Dinasti Qing, Qianlong tempoh abad ke-18.

Bertahun-tahun kemudian, ketiga-tiga pemerintah feudal dan wilayah mereka semakin berautonomi. Akhirnya, pada tahun 1673, Shang Kexi mengutuskan rayuan kepada Maharaja Kangxi mengenai hajatnya untuk bersara di kampung halamannya di wilayah Liaodong serta mencalonkan anaknya sebagai pengganti. Maharaja muda tersebut memperkenan persaraanya, tetapi menolak pewarisan tanah pegangannya. Sebagai balasan, dua panglima lain turut mengutuskan persaraan mereka untuk menguji ketetapan Kangxi, dengan sangkaan bahawa baginda tidak berani menyinggung perasaan mereka. Bagaimanapun, Maharaja akhirnya menyedari temberang mereka dengan memperkenan persaraan mereka lalu menitah agar ketiga-tiga tanah pegangan mereka diserahkan kembali kepada kekuasaan maharaja.

Berdepan dengan kelucutan kuasanya, Wu Sangui merasai dirinya tiada pilihan selain memberontak, dan oleh itu turut disertai oleh Geng Zhongming Shang Zhixin, anak kepada Shang Kexi, untuk memberontak selama lapan tahun. Ketika nasib paling menyebelahi mereka, mereka bertiga berjaya meluaskan pengaruhnya sejauh Sungai Yangtze di utara. Akhirnya, kerajaan Qing berjaya mematahkan pemberontakan itu dan mengusai seluruh China selatan.

Untuk menggabungkan semula empayarnya, Maharaja Kangxi dengan sendirinya melancarkan beberapa kempen tentera terhadap Tibet, Dzungar, dan Rusia. Baginda mengahwinkan puterinya dengan Khan Mongol Gordhun untuk mengelakkan persengketaan tentera. Kempen tentera Gordhun melawan Qing menemui kegagalan, sekaligus memperkukuhkan lagi Empayar. Taiwan turut ditakluki oleh tentera Empayar Qing dari kekuasaan Zheng Keshuang, cucu kepada Koxinga, pada tahun 1683. Koxinga pernah menawan Taiwan dari penjajah Belanda untuk menjadikan pulau tersebut sebagai pangkalan untuk menentang Dinasti Qing. Menjelang akhir abad ke-17, China mencapai kemuncak kekuasaanya sejak Dinasti Ming.

Maharaja Kangxi turut mengundang ramai mubaligh Jesuit yang tiba di China. Antara mereka, termasuk Tomás Pereira, Matteo Ricci, Martino Martini, Johann Adam Schall von Bell, Ferdinand Verbiest dan Antoine Thomas, juga memegang jawatan sebagai ahli matematik, ahli astronomi dan penasihat kepada Maharaja.

Rujukan

  1. ^ Secara rasminya, sejarah istana Qing mencatat bahawa Nurhachi mati uzur. Namun, oleh sebab punca kematian yang dinyatakan amat samar-samar, sesetengah ahli sejarah mencadangkan bahawa berdasarkan berdasarkan bukti keadaan sejarah dan melalui kajian terhadap sejarah istana Ming (《明熹宗實錄》) Nurhaci mungkin mati akibat terkena meriam ketika menyerang Liaoning.
  2. ^ Selain, pertahanan diri, tidak dapat dijelaskan sepenuhnya mengapa Wu bertindak sedemikian. Kebanyakan sumber primer termasuk catatan sejarah istana rasmi Ming dan Qing difahami berat sebelah menentang seorang yang menjadi "pembelot" kepada kedua-dua pihak.
  3. ^ Wakeman (1985), 646-50.
  4. ^ Misalnya, Klasik Ketaatan (Xiaojing 孝經), menyatakan bahawa "badan dan rambut sebagai hadiah dari ibu bapa tidak wajar dilukai" (身體髮膚,受之父母,不敢毀傷). Sehingga dinasti Ming, lelaki dewasa tidak memotong rambut, sebaliknya membuat rambut bertoncet (Wakeman [1985], 648 n. 183).
  5. ^ Wakeman (1985), 651-80.
  6. ^ This event was recorded by an Italian Jesuit Martin Martinius in his account "Bellum Tartaricum" with original text in Latin, first published in Rome 1654. First English edition, London: John Crook, 1654.

Pautan luar

Saranan pembacaan

  • Elliot, Mark C. The Manchu Way: The Eight Banners and Ethnic Identity in Late Imperial China. Stanford: Stanford University Press, 2001
  • Spence, Jonathan. The Search for Modern China. New York: W W Norton & Company, 1990
  • Spence, Jonathan. God's Chinese Son: The Taiping Heavenly Kingdom of Hong Xiuquan. New York: W W Norton & Company, 1997
Didahului oleh
Wangsa Ming
Wangsa Qing
1644 – 1912
Diikuti oleh:
Republik China