Pada Zaman Dahulu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 66: Baris 66:
*'''Belalang''': Haiwan yang suka benyanyi, berhibur, dan menari untuk para haiwan dia selalu memainkan biola.
*'''Belalang''': Haiwan yang suka benyanyi, berhibur, dan menari untuk para haiwan dia selalu memainkan biola.
*'''Gagak''': Burung yang dulu berwana putih sekarang berwana hitam kerana Bangau melempar pewarna gelap, hatinya sangat baik dan terus berusaha.
*'''Gagak''': Burung yang dulu berwana putih sekarang berwana hitam kerana Bangau melempar pewarna gelap, hatinya sangat baik dan terus berusaha.
*'''Badak Sumbu''' (Asyrai): Haiwan yang kuat dan badan besar untuk angkat benda berat. Sebab, Badak boleh berlawan dengan Kerbau selepas menjadi Raja Rimba.
*'''Buaya Merah''' (Asyrai): Buaya yang suka penolong Oren, Coklat, Putih, Hijau Muda dan Air Tawar. Ketua Buaya mengira sebanyak cukup untuk makan semua haiwan di dalam sungai atau pehulu hutan.


==Ringkasan Siri==
==Ringkasan Siri==

Semakan pada 08:37, 21 Julai 2020

Pada Zaman Dahulu
GenreAnimasi
PenciptaMohd Haris Amran
Vivienne Foo Rui Hua
Fitri Anas Muhiddin
PengarahMohd Shafiq Mohd Isa
Pelakon suara
Hj. Alias
Nuraini Nazihah
Alyssa
Esfahan
Amin Rusli
Loke Keng Sun
Hasan Albasri Mohd Kamil
Muiz Rahimi
Fitri Anas
Asyrai
Penggubah lagu tema
Mohamed Azfaren Mohamed Aznam
Lagu pembukaanPada Zaman Dahulu
Lagu penutupPada Zaman Dahulu (instrument only)
PenggubahMohamed Azfaren Mohamed Aznam
Negara asalMalaysia
BahasaMalaysia
Bilangan musim2
Bilangan episod5 (2011) (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitHj Burhanuddin Md Radzi
PenyuntingHjh Ainon Ariff
Tempoh siaran7 minit sebahagian
(3 bahagian seepisod)
Syarikat penerbitan
Les' Copaque Production
Penyiaran
Saluran asalTV AlHijrah
Format gambarHD 1080p
Format audioHD
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
Siaran asal3 Disember 2011 – 2020
Rancangan berkaitan
Upin & Ipin
Puteri
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan Les' Copaque Production

Animasi dan komik di Malaysia

Pada Zaman Dahulu ialah sebuah siri animasi CGI berbentuk kisah dongeng yang juga merupakan judul siri televisyen kedua keluaran Les' Copaque Production.[1] Siri ini mula disiarkan di kaca televisyen menerusi saluran TV AlHijrah.

Am

Dua adik-beradik dari bandar, Aris dan Ara, dihantar ke kampung oleh ibu bapa mereka yang hendak pergi ke luar negara, untuk tinggal bersama Aki dan Wan (gelaran bagi datuk nenek mereka). Aki sebagai tukang cerita menghiburkan cucu-cucunya dengan mengisahkan cerita-cerita dongeng tentang Sang Kancil dan rakan-rakan rimbanya.[2]

Watak

  • Aki (Hj. Alias): Datuk kepada Aris dan Ara yang bijaksana dan penyayang, dan tukang cerita dalam siri ini.
  • Ara (Alyssa): Si adik yang segan-silu, comel dan ceria. Gemar mendengar cerita Aki dan suka boneka kancil.
  • Aris (Esfahan): Abang kepada Ara yang lebih gemar duduk dalam rumah dan bermain permainan elektronik, tetapi bertanggungjawab dalam menjaga adiknya
  • Wan (Nor Hayati Sudin): Isteri kepada Aki dan nenek kepada Ara dan Aris. Walaupun wajahnya agak jarang muncul, tetapi suaranya sering kedengaran di akhir episod dengan babak pemandangan luar rumah Aki pada waktu malam.
  • Sang Kancil (NurHannah/Nuraini Nazihah): Watak utama kebanyakan cerita Aki. Cerdik, licik, dan tangkas, ia sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari pemangsa dan menjadi hakim di hutan untuk menyelesaikan masalah di hutan. Telinga Kancil bergerak kerana sudah dapat idea yang bagus.
  • Sang Harimau (Amin Rusli): 'Raja Rimba' yang bengis, berhati durjana dan digeruni ramai. Mana-mana mangsa sahaja yang menjadi makanan kegemarannya.
  • Sang Kerbau (Hasan Albasri): Haiwan yang mengidam-idamkan gelaran Raja Rimba, tetapi kurang tajam pemikirannya dan takut terhadap pemburu.
  • Ketua Buaya (Muiz Rahimi): Seekor lagi haiwan pemangsa yang digeruni ramai penghuni hutan, dan suka dipuji-puji berlebihan. Mengetuai sekawan buaya yang tinggal di sungai.
  • Sang Gajah (Fitri Anas): Walaupun berbadan besar, tetapi sungguh penakut. Peramah dan tidak suka akan pergaduhan.
  • Sang Tupai (Loke Keng Sun): Pakar seni bela diri yang sentiasa muncul dari entah mana untuk memuji atau menegur haiwan-haiwan lain, dia selau menyebutkan peribahasa atau pantun di cerita.
  • Sang Arnab (Gems): Kawan baik Sang Kancil yang comel tetapi cepat terangsang.
  • Gergasi: Makhluk berupa manusia raksasa yang gemar mengganas dan memburu haiwan di hutan, cukup besar dan kuat hingga Sang Harimau pun tidak terdaya melawannya.
  • Sang Ular: Penghuni rimba yang kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, iaitu jahat apabila lapar.
  • Sang Monyet (Haris): Penghuni rimba yang suka memakan pisang dan buah lainnya
  • Kura-Kura: Kawan Sang Kancil yang lambat jalannya, namun dia penyabar dan suka menolong
  • Sang Singa: Dia adalah 'Raja Rimba' pengganti Harimau, dia sangat kacak, cepat dan sangat kuat.
  • Raja Semut: Pemimpin koloni semut yang tinggal di dekat sungai, dia sangat memperhatikan rakyat dan kewajibannya
  • Belalang: Haiwan yang suka benyanyi, berhibur, dan menari untuk para haiwan dia selalu memainkan biola.
  • Gagak: Burung yang dulu berwana putih sekarang berwana hitam kerana Bangau melempar pewarna gelap, hatinya sangat baik dan terus berusaha.
  • Buaya Merah (Asyrai): Buaya yang suka penolong Oren, Coklat, Putih, Hijau Muda dan Air Tawar. Ketua Buaya mengira sebanyak cukup untuk makan semua haiwan di dalam sungai atau pehulu hutan.

Ringkasan Siri

Musim Episod Tarikh siaran di TV AlHijrah DVD
Episod pertama Episod terakhir Vol.
1 12 3 Disember 2011 (2011-12-03) 24 Disember 2011 (2011-12-24) 1 - 2
2 24 28 Julai 2012 (2012-07-28) 29 Disember 2012 (2012-12-29) TBA
3 36 25 Mei 2013 (2013-05-25) 5 Januari 2014 (2014-01-05) TBA


Episod

Setiap kisah dipecahkan pada tiga bahagian. Tayangan pertama biasanya berupa ketiga-tiga bahagian disiarkan dalam satu slot setengah jam, manakala ulang tayang terdiri daripada satu bahagian disiarkan dalam slot 10 minit.

Musim pertama

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Tayangan pertama Masa DVD
1–31–3"Sang Kancil dan Kerbau"3 Disember 20118:30 pmVol. 1
Aris dan Ara mula tinggal bersama Aki dan Wan di kampung. Setelah melihat gelagat Aris yang suka temberang pada Ara, cerita sulung Aki kepada mereka ialah tentang Sang Kerbau yang terpedaya oleh Sang Buaya untuk mengangkat dahan pokok yang tersepit lehernya supaya Sang Buaya boleh memakannya, hingga terpaksa meminta tolong dari Sang Kancil.
4–64–6"Sang Kancil Mengira Buaya"10 Disember 20118:30 pmVol. 1
Aris dan Ara mengikut Aki memancing. Dalam lama-lama menunggu ikan memakan umpan, adik-beradik itu ternampak sepohon pokok rambutan yang cukup berbuah. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang memperdaya kawanan buaya dengan menjemput mereka ke kenduri Raja Sulaiman, semata-mata untuk menyeberangi sungai kerana hendak memakan rambutan gugur di seberang.
7–97–9"Sang Kancil dan Perigi Buta"17 Disember 20118:30 pmVol. 2
Saat abangnya leka bertidur siang, Ara mengejar seekor kucing ke luar rumah hingga nyaris terjatuh ke dalam perigi buta, tetapi sempat diselamatkan oleh Aki. Oleh itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang dikejar oleh Sang Harimau hingga terjatuh ke dalam lubang, lalu terpaksa meminta tolong dari haiwan-haiwan lain. Sang Harimau mengambil kesempatan ke atas Sang Kancil yang malang, tetapi tanpa disangka-sangka Sang Gajah menyelamatkan Sang Kancil.
10–1210–12"Sang Kancil Dan Gergasi"24 Disember 20118:30 pmVol. 2
Setelah enggan menemani Aki ke sawah, Aris mengusik haiwan-haiwan di sekitar rumah hingga dirinya digigit oleh kerengga. Untuk itu, Aki menceritakan kisah Sang Kancil yang cuba melawan seorang gergasi yang ganas dan suka memakan haiwan rimba dengan akalnya sendiri. Selepas habis cerita, kembalinya ibu bapa Aris dan Ara untuk mengambil mereka pulang dari kampung.

Musim kedua

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Tayangan pertama Masa DVD
13–151–3"Sang Kancil dan Tali Pinggang Hikmat"18 Februari 20126:00 pmVol. 3
Aris dan Ara kembali ke kampung dan bersua semula dengan Aki. Dalam perjalanan pulang ke rumah Aki, mereka bertembung dengan seekor ular sawa. Dengan itu, Aki menceritakan tentang Sang Kancil yang diperdaya Sang Ular, kebetulan pula meminta bantuan Sang Harimau untuk melepaskan dirinya dari belitan Sang Ular.
16–184–6"Sang Kancil dan Pemburu"25 Februari 20126:00 pmVol. 3
19–217–9"Sang Kancil Berlumba dengan Siput"3 Mac 20126:00 pmVol. 4
22–2410–12"Sang Kancil dan Harimau"17 Mac 20126:00 pmVol. 4
25–2713–15"Sang Kancil dan Gong Raja Sulaiman"19 Mei 20125:30 pmVol. 5
28–3016–18"Sang Kancil Menjadi Hakim"2 Jun 20125:30 pmVol. 5
31–3319–21"Kura-Kura dan Monyet"1 September 20125:30 pmVol. 6
34–3622–24"Penghuni Hutan Menentang Gergasi"8 September 20125:30 pmVol. 6
Aris, Ara dan Aki terserempak dengan kincir air yang rosak dan dibaiki beramai-ramai. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang mengetuai sahabat-sahabat rimbanya untuk menentang ancaman keluarga Gergasi.

Musim ketiga

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Tayangan pertama Masa DVD
37–391–3"Sang Kancil & Singa
"
5 Oktober 20134:00 pmVol. 7
40–424–6"Ayam & Helang
"
12 Oktober 20134:00 pmVol. 7
43–457–9"Pekasam Mata Harimau"19 Oktober 20134:00 pmVol. 8
46–4810–12"Semut, Merpati & Gajah
"
26 Oktober 20134:00 pmVol. 8
49–5113–15"Musang dan Ayam"2 November 20134:00 pmVol. 9
52–5416–18"Belalang & Semut
"
1 Oktober 20142:30pmVol. 9
55–5719–21"Kisah Bangau"5 Oktober 20142:30 pmVol. 10
58–6022–24"Anjing & Bayang-bayang
"
6 Oktober 20142:30pmVol. 10
61–6325–27"Kambing & Buaya
"
7 Oktober 20142:30pmVol. 11
64–6628–30"Cawi & Harimau
"
8 Oktober 20142.30 pmVol. 11
67–6931–33"Kura-kura & Itik
"
9 Oktober 20142:30pmVol. 12

Aris dan Ara sedang main kejar-kejar di ruang tamu rumah. Aki memberi nasihat agar jangan bermain di dalam rumah tetapi tidak diendahkan. Tiba-tiba Ara terlanggar pasu di atas meja hingga jatuh dan pecah. Aki sangat sedih kerana pasu itu ialah kesayangannya. Aris dan Ara rasa bersalah dan cuba membantu dengan menghulurkan gam. Bagi Aki, nasi telah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Aris dan Ara pula tidak faham dengan peribahasa Aki, lalu Aki menceritakan satu kisah tauladan, Kura-kura dan Itik.

Kisahnya bermula dengan Itik yang menjemput semua kawan-kawan datang ke kenduri di rumahnya termasuklah Kura-kura. Kura-kura setuju untuk pergi tapi malangnya, oleh kerana dialah binatang yang paling perlahan berjalan, Kura-kura tiba di rumah Itik setelah kenduri berakhir. Kura-kura kecewa dan terus pulang ke rumah. Kancil simpati terhadap kura-kura dan pergi menemuinya. Kura-kura meluahkan perasaannya serta menyatakan jikalau dia boleh terbang, mesti dia tidak akan lambat. Kancil pun membawa Kura-kura berjumpa Itik dan memberi idea bagaimana Itik boleh membantu Kura-kura untuk terbang. Maka berjayalah Kura-kura untuk terbang seperti yang diimpikannya, tetapi, Kura-kura lalai pada pesan Kancil hingga mengakibatkan dia ditimpa kemalangan iaitu cengkerangnya retak. Tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan kerana nasi telah menjadi bubur dan Kura-kura perlu terima hakikat tersebut.
70–7234–36"Singa & Tikus
"
12 Oktober 20142.30pmVol. 12

Rujukan

Pautan luar