Tasik Kenyir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
YeohHY (bincang | sumb.)
Nnnkn
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Hasrul Wayne (bincang | sumb.)
Baris 45: Baris 45:
* [http://www.kenyir.com.my/ Tasik Kenyir - laman web utama]
* [http://www.kenyir.com.my/ Tasik Kenyir - laman web utama]
* [http://www.gokenyir.com/ GoKenyir - Pakej Percutian Tasik Kenyir]
* [http://www.gokenyir.com/ GoKenyir - Pakej Percutian Tasik Kenyir]
* [https://www.melancong.com.my/tasik-kenyir/ Panduan Lengkap Percutian Di Tasik Kenyir]
* [https://www/kenyireco.com/ Kenyir Eco - Penyedia Percutian Kenyir]


== Rujukan ==
== Rujukan ==
<references/>
<references group="Kenyir" />





Semakan pada 22:58, 26 Julai 2020

Tasik Kenyir
LokasiTerengganu
Koordinat5°00′N 102°48′EKoordinat: 5°00′N 102°48′E
JenisKolam air
Aliran masuk utamaSungai Kenyir
Aliran keluar utamaSungai Terengganu
Negara lembanganMalaysia
Luas permukaan260 km²
Pulau340
Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya ialah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi.[1]

Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi, Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam. Air terjun yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan.

Simpang ke Tasik Kenyir

Ikan Naga

Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai ikan Naga merah/Arapaima Gigas yang beratnya 30 dan 50 kilogram. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.[2] Tasik kenyir ketika ini[bila?] sedang dibangunkan untuk menjadi zon bebas cukai bagi wilayah timur.[perlu rujukan]

Pautan luar

Rujukan



  1. ^ "Tingkat tarikan Tasik Kenyir". Utusan Online. 19 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2017. Dicapai pada 8 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Bernama (28 Jun 2009). "Jabatan Perikanan Siasat Ikan Naga Di Tasik Kenyir". Bernama.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2015. Dicapai pada 7 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)