Hamengkubuwono X: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ricky250 (bincang | sumb.)
k Kemaskini
Penukaran kategori
Baris 109: Baris 109:
[[Kategori:Orang dari Yogyakarta]]
[[Kategori:Orang dari Yogyakarta]]
[[Kategori:Orang Jawa]]
[[Kategori:Orang Jawa]]
[[Kategori:Alumni Universiti Gadjah Mada]]
[[Kategori:Alumni Universitas Gadjah Mada]]

Semakan pada 15:49, 27 Julai 2020

Hamengkubuwono X
ꦯꦿꦶꦯꦸꦭ꧀ꦡꦟ꧀ꦲꦩꦼꦁ​ꦑꦸꦨꦮꦤ X
Ingkang Sinuwun Sri Sultan Hamengkubuwana X
Fail:Hamengkubuwono X.jpg
Raja Yogyakarta ke X
Raja Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat
Tempoh pemerintahan7 Mac 1989 - kini
Kemahkotaan1960
PendahuluSultan Hamengkubuwono IX
Pengganti (Raja muda)Gusti Kanjeng Ratu Mangkubumi, (seorang perempuan)
Jawatan lainGabenor Daerah Istimewa Yogyakarta
Nama lahirBendoro Raden Mas Herjuno Darpito
Tarikh lahir (1946-04-02) 2 April 1946 (umur 77)
Tempat lahirYogyakarta, Indonesia
Keputeraan (1946-12-12) 12 Disember 1946 (umur 77)
Yogyakarta
PermaisuriGusti Kanjeng Ratu Hemas
Anakanda
  • Gusti Raden Ayu Nurmalitasari
  • Gusti Raden Ayu Nurmagupita
  • Gusti Raden Ayu Nurkamnari Dewi
  • Gusti Raden AYu Nurabra Juwita
  • Gusti Raden Ayu Nurwijareni
Nama penuh
(b. Jawa): Ngarsa Dalem Sampeyan Dalem ingkang Sinuwun Kangjeng Sultan Hamengku Buwana Senapati-ing-Ngalaga Abdurrahman Sayidin Panatagama Khalifatullah ingkang Jumeneng Kaping Sadasa ing Ngayogyakarta Hadiningrat
KediamanKeraton Yogyakarta
AyahandaSultan Hamengkubuwono IX
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Hamengkubuwono X

Hamengkubuwono X (diputerakan pada 2 April 1946) ialah sultan Kesultanan Yogyakarta serta seorang Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta.

Baginda diputerakan dengan nama Bendoro Raden Mas Herjuno Darpito sehingga dewasa di mana baginda digelar Pangeran Haryo (KGPH) Mangkubumi setelah dewasa dan digelar pula sebagai KGPAA Hamengku Negara Sudibyo Raja Putra Nalendra Mataram ketika diangkat sebagai putera mahkota. Baginda merupakan seorang lulusan Pusat Pengajian Undang-undang di Universiti Gadjah Mada dan ditabalkan sebagai raja pada 7 Mac 1989 (Selasa Wage 19 Rajab 1921).

Sultan Hamengkubuwono X aktif dalam beberapa pertubuhan dan pernah memegang berbagai-bagai jawatan, antaranya Ketua Umum Kadin (Kantor Dagang Indonesia) "Chamber of Commerce" Yogyakarta, Ketua parti Golkar daerah Yogyakarta dan Ketua Suruhanjaya Olimpik Yogyakarta.

Selepas Paku Alam VIII mangkat pada 1998, Hamengkubuwono X dilantik sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 1998-2003. Dalam tempoh jawatan ini, baginda tidak didampingi sebarang Timbalan Gabenor. Pada tahun 2003, Hamengkubuwono X dilantik semula sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 2003-2008 dan buat kali ini, Paku Alam IX menjadi timbalannya.

Yogyakarta mengalami gempa bumi pada tempoh pimpinannya pada bulan Mei 2006. Kekuatan gempa bumi itu antara 5.9 - 6.2 pada Skala Richter mengorbankan lebih kurang 6,000 orang dan mencederakan puluhan ribu orang yang lain.

Saudara

Lihat juga

Pautan luar

Didahului oleh:
Hamengkubuwono IX
Raja Kesultanan Yogyakarta
1989-sekarang
Digantikan oleh:
penjawat kini
Didahului oleh:
Sri Paku Alam VIII
Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta
1998 – sekarang
Digantikan oleh:
penjawat kini