Ayam katik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 10 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q806971
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 37: Baris 37:
==Lihat juga==
==Lihat juga==
* [[Senarai baka ayam]]
* [[Senarai baka ayam]]
* [[Bantam asli]]


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 02:56, 29 Julai 2020

Seekor anak ayam Bantam Jepun (kiri) adalah separuh dari saiz ayam Orpington

Bantam (Ayam Bantam, Ayam katik atau Ayam kapan) adalah sejenis baka ayam kerdil. Dari segi etimologi, nama bantam diterbitkan dari Bantam, dahulunya adalah sebuah pelabuhan penting di Indonesia. Para kelasi Eropah membeli ayam hidup bagi pelayaran menemui baka tempatan kerdil di Asia Tenggara yang berguna dan baka-baka kecil ini dikenali sebagai ayam bantam.

Kebanyakan baka ayam besar mempunyai pasangan kerdilnya. Baka ini biasanya mempunya saiz satu per lima dari baka standard, tetapi memiliki ciri-ciri serupa dengan baka standard.

Ciri-ciri

Katik sesuai untuk dipelihara di laman belakang rumah yang kecil kerana ia tidak memerlukan ruang yang besar sepertimana baka-baka yang lain. Telur ayam Katik betina bersaiz kira-kira separuh hingga satu per tiga berbanding saiz telur ayam biasa. Ayam Katik memakan makanan sama seperti ayam-ayam yang lain. Bagi perternakkan komersial, ayam ini diberi makanan berasaskan bijirin kerana ia lebih mudah dan senang didapati.

Katik kini menjadi terkenal sebagai haiwan kesayangan untuk tujuan pertandingan kerana saiznya yang kecil yang mempunyai pelbagai jenis dan warna bulu dan corak yang menarik. Baka-baka seperti Sebright, Belanda, dan Pekin merupakan baka-baka ayam yang terkenal dan merupakan ayam Bantam asli.

Ayam Katik jantan juga terkenal di kawasan luar bandar di seluruh United Kingdom dan Amerika Syarikat kerana sifat agresifnya. Ia seringkali dipanggil sebagai "Banty" di kawasan luar bandar di Amerika Syarikat.

Ayam Katik Old English biasanya digunakan untuk sabung di Eropah. Ia bersaiz kecil dan lebih pantas berbanding ayam jantan biasa yang digunakan sebelumnya.

Katik memiliki kadar kematian yang tinggi apabila dipelihara sebagai binatang kesayangan di belakang rumah. Ia menjadi sasaran mudah bagi burung helang, kucing, musang dan pemangsa-pemangsa kecil yang lain. Purata umur Bantam yang dipelihara secara lepas-bebas adalah kira-kira 1-3 tahun.

Bantam asli

Bantam asli merujuk kepada ayam bantam yang tidak mempunyai pasangan yang lebih besar. Jenis begini popular bagi tujuan pertandingan.

Ayam yang dikelaskan sebagai bantam asli termasuk:

Dua ekor Bantam Belanda

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k l Katie Thear, Starting with Chickens: A Beginner's Guide (Broad Leys Publishing, 1999) pp24

Pautan luar

Kategori berkenaan Ayam katik di Wikimedia Commons Takrifan kamus bantam di Wikikamus