Jasmin Hamid: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 360: Baris 360:
|-
|-
|2008–2009
|2008–2009
| ''[[Spa Q]] 2''
| ''[[Spa Q]]'' (Musim 2)
|
|
| [[TV3]]
| [[TV3]]
Baris 379: Baris 379:
| [[TV3]]
| [[TV3]]
|-
|-
| ''[[Duyong Arinata]]''
| ''[[Duyong Aridinata]]''
|
|
| [[TV9]]
| [[TV9]]
Baris 414: Baris 414:
| rowspan="2"|[[TV3]]
| rowspan="2"|[[TV3]]
|-
|-
|rowspan="2"|2014
|rowspan="3"|2014
| ''[[Jika Itu Takdirku]]''
| ''[[Jika Itu Takdirku]]''
| Datin Jasmin
| Datin Jasmin

Semakan pada 03:12, 7 Ogos 2020

Jasmin Hamid
Jasmin Hamid (paling kanan) beraksi dalam siri komedi Datin Wan Abe
Kelahiran
Jasmiah binti Abdul Hamid

(1972-12-08) 8 Disember 1972 (umur 51)
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1990–kini
PasanganIan Rashid Macquistan (k. 1998; c. 2008)
Anak-anakRohana,
Luqman Hakim (anak angkat)
Ian Haziq (anak kandung)

Jasmiah binti Abdul Hamid (lahir 8 Disember 1972, lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid) merupakan pelakon wanita Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an dan kini bergelar antara pelakon hebat yang masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini. Selain popular dengan watak-watak komedi, beliau juga diakui hebat membawa watak-watak dramatik hingga beberapa kali dicalonkan untuk anugerah Aktres TV Terbaik. Kemuncak kerjaya Jasmin adalah pada tahun 1997 apabila beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1997.[1] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Kerjaya

Permulaan karier Jasmin bermula apabila beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91 dan layak ke peringkat akhir. Menerusi pertandingan itulah beliau disambar oleh penerbit Pansha untuk membintangi filem Boss biarpun usianya baru menginjak ke 17 tahun. Liku-liku kehidupan aktres cantik ini sepanjang lebih dua dekad bergelar artis sentiasa disimpan kemas dalam mindanya. Bukan mudah untuk Jasmin bergelar artis yang bukan sahaja mampu membawa diri ‘terbang lebih tinggi’, malah menampilkan lakonan yang berkualiti selaras dengan impiannya setelah memasukkan kaki dalam industri seni ini.

Nekad dengan pendiriannya yang tidak menganggap bidang lakonan sebagai medan untuk ‘suka-suka’ dan hobi, Jasmin menerima setiap pasang surut yang tercetus sejak dia mula ‘bertatih’ dalam lakonan sehingga menempa populariti kini hasil tempias pelbagai agenda dan kronologi karier mahupun kehidupannya. Disebabkan minat yang mendalam, lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak yang disukainya, dia menerima setiap tawaran lakonan tanpa rungutan.

Antara watak-watak yang sinonim dan masih segar di ingatan penonton ialah Minah Senget pada awal 90an, diikuti watak Maria Mercedes yang dipegangnya dalam siri TV Seri Pengantin pada awal 2000an. Terbaru beliau menghiburkan seisi rumah dengan watak Datin Wan Abe menerusi siri komedi tajuk serupa. Keupayaan beliau dalam menerajui watak komedi sememangnya tidak dipersoalkan lagi, malahan pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 1997 menerusi watak komedi dalam drama Jutawan Segera.

Selain watak komedi, Jasmin juga menonjol menerusi watak antagonis dan serius. Antara lakonannya yang mencuri perhatian adalah menerusi drama Syurga Di Mana, Ilham Suci hasil tulisan Nor Faznita Md Nor dan Relung Kasih. Penglibatan Jasmin dalam drama bermutu tinggi pernah menyaksikan beliau mewakili Malaysia untuk menerima Anugerah Drama Terbaik Asia Tenggara pada Festival TV Antarabangsa Tokyo ke-3 yang berlangsung di negara matahari terbit itu pada tahun 2008 menerusi drama Bicara Aur dan Tebing. Pada tahun 2010, Jasmin terbang ke Los Angeles untuk mewakili drama Datin Wan Abe dalam lawatan sambil belajar anjuran Media Prima bersama pemenang Anugerah Skrin 2009.

Kehidupan peribadi

Jasmin yang berketinggian 170cm pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008. Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya.

Mereka adalah Rohana, 29, Lukhman Hakim, 22, dan Ian Haziq, 16. Rohana dan Lukhman adalah anak angkat yang dibesarkan sejak Jasmin berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1991 Boss Filem pertama
Kanta Serigala Wati
1995 Sama Tak Serupa
1996 Amelia
2000 Anaknya Sazali June
2001 Cinta Tiada Restu Kathy
2004 Cinta Luar Biasa
2007 Budak Lapok
2015 Suamiku, Encik Perfect 10 Puan Yazmeen
2017 Pak Pong Sang Kelabai Besar Pelakon undangan
2019 Anak Perjanjian Syaitan

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1993 Cemburu
1994 Dilema Kasih
Memori Fazira
Hello Sayang
1996 Miang Tak Jadi Liza TV3
Bukan Aku Tak Cinta
1997 Jutawan Segera
1998 Gurindam Jiwa
2000 Kau Yang Satu
Kembali Bertaut
Hangatnya Salju Dinginnya Bara
2001 Satu Hari Di Hari Raya
Cuba Test
Hari Jadi
2002 Tarantula
2004 Mr Reed
2005 Syurga Di Mana
2006 Mek Salmah Ratu Budu TV2
2007 Kain Sutera Kain Cotton
Ilham Suci
Mek Salmah Dari Scotland Junaidah TV2
2008 Novelis Babysitter
Relung Kasih
Calon Madu
Bahang Ravina
Datin Wan Abe Special Raya Datin Wan Abe TV3
2010 Ratu Cinta
Mak Pengantin Tak Popular
2011 Di Telapak Kaki Bonda
Selumbar Kisah
Noda Semalam
2012 Patah Seribu Astro Ria
Hadiah Cepumas
Bila Joyah Masuk TV Joyah TV9
Teratak Shamsiah
Bila Joyah Jadi Jutawan Joyah TV9
2015 Asparagus
2017 Balasan Dosa
2018 Studio Awie Puan Julia TV3
Rezeki Tanpa Alamat
2019 Sesalan Terakhir

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1991 Minah Senget
1993 Wardah
1996 Egois
1997 Cameleon
1998 Cinderella TV3
1999 Maksimum
2000 Seri Pengantin Maria Merdeces
2002 Harlina
2006 Dilema Wanita
Mya Zara Elvy TV3
Simbiosis TV3
2007 Bicara Aur dan Tebing
Datin Diaries TV3
Marikas
2008–2009 Spa Q (Musim 2) TV3
2008–2009 Datin Wan Abe Datin Wan Abe TV3
2009 Aliff Firdaus Siti Khadijah TV3
2010 Na O Mei TV3
Duyong Aridinata TV9
Bicara Aur dan Tebing 2
2011 Dia Atilia Astro Prima
Iparku Diva Astro Warna
2012 Buaian Kasih
Citra Juwita TV9
Amerra Puan Suraya TV3
2013 Surat Dari Langit Biru Maria TV3
2014 Jika Itu Takdirku Datin Jasmin
Bedah Vs. Joyah TV9
Kusinero Cinta Datin Raudah Astro Mustika HD
2016 Demi Cinta Ain Suraya TV3
Lara Terindah Datin Liza TV3
Pergilah Air Mata TV1
Lara Aishah Zurin Abdullah / Shila Amin Astro Prima
2017 My Coffee Prince Datin Khatijah Astro Ria
Joyah Joyah TV9
2018 Halalkan Hati Yang Ku Curi Dalina TV3
2020 Nasi Kerabu Untuk Che Abe Nolly
7 Hari Mencintaiku 2 Puan Haryati

Teater

Tahun Tajuk Watak Catatan
2001 Anugerah
2011 Badai Semalam

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2000-2002 R ke R

Muzik video

Tahun Tajuk lagu Artis undangan Ruj
2019 "Ratu" Faizal Tahir

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  1. ^ Semangat kental Jasmin Hamid - Utusan Malaysia
  2. ^ Norhayati Nordin (10 Mei 2019). "Orang lama tetap laris". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2019.

Pautan luar