MYTV Broadcasting: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MordoRigs16 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MordoRigs16 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 115: Baris 115:
|-style="background:#faebd7"
|-style="background:#faebd7"
! 112<sub>HD</sub>
! 112<sub>HD</sub>
| [[Awesome TV]] || Saluran digital terestrial swasta umum.
| [[Awesome TV]] || Saluran digital terestrial swasta umum dalam HD.
|-style="background:#faebd7"
|-style="background:#faebd7"
! 114<sub>HD</sub>
! 114<sub>HD</sub>

Semakan pada 12:38, 31 Ogos 2020

MYTV Broadcasting
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPenyiaran, penyedia televisyen terestrial
Ditubuhkan19 November 2014; 9 tahun yang lalu (2014-11-19) di Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Ibu pejabatCyberjaya, Malaysia
Kawasan perkhidmatanSeluruh negara
Tokoh pentingHaniza Ros Nasaruddin (CCO)
Michael Chan (CEO)
KeluaranPenyiaran televisyen
PemilikAltel Holdings/Altel Communications Bhd
MYTV Broadcasting Sdn Bhd
Tapak webwww.mytvbroadcasting.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.[1] atau MYTV adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyediakan televisyen digital bebas ke udara dan radio digital untuk Malaysia. Syarikat ini adalah usaha sama antara Altel Holdings, TM dan Radio Televisyen Malaysia[2]. Perkhidmatan MYTV terdiri daripada digital Perkhidmatan Televisyen terestrial digital percuma yang menjanjikan pelbagai saluran televisyen percuma kepada penonton tanpa perlu membayar yuran bulanan.Perkhidmatan MYTV bermula pada tahun 2015 , memperkenalkan televisyen digital Siaran percuma ke negara ini dan bersedia untuk mematikan analog, dan dijangka siap pada akhir tahun 2015. Walaupun begitu, siaran digital MYTV masih berada di siaran percubaan buat masa ini.

Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma. Kotak atas set dan dekoder HD akan diberi secara percuma kepada penerima BR1M.

Sejarah

Latar Belakang Syarikat

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) adalah pemegang lesen yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian bagi perkhidmatan TV Terestrial Digital atau Digital Terrestrial TV (DTT) di Malaysia, dalam merealisasikan penghijrahan penyiaran terrestrial analog ke digital ke seluruh negara dengan membina dan mengendalikan sistem myFreeview untuk selama 30 tahun akan datang.[3]

Inisiatif ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah badan yang mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek ini.

Melalui projek DTT ini, infrastruktur dan rangkaian kemudahan yang akan dibangunkan oleh MYTV adalah termasuk hab multimedia digital dan rangkaian pemancar digital TV berkuasa tinggi, sederhana dan rendah yang mampu menampung sehingga 39 definisi standard atau 13 definisi tinggi saluran TV digital di peringkat awal. Pada peringkat akhir migrasi ke digital, dijangkakan 75 peratus liputan untuk antena dalam rumah mudah alih dan 25 peratus antena di atas bumbung akan dicapai di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada proses migrasi DTT ini, sewaktu tempoh siaran serentak (simulcast) mencapai sehingga 98% liputan penduduk, iaitu tempoh di mana kedua-dua analog dan isyarat digital dipancarkan ke kediaman di seluruh Malaysia, MYTV adalah komited untuk menyediakan kapasiti saluran secara percuma kepada penyiar sedia ada dan Pembekal Kandungan, Aplikasi dan Perkhidmatan (CASPs). Dalam membawa DTT ke seluruh negara juga, MYTV akan menggunakan semua spektrum RF yang sedia ada dengan penggunaan 8 MUXs dan juga dengan pelaksanaan strategi “luar ke dalam” atau “outside-in”, di mana penumpuan awal adalah diberikan kepada kawasan luar bandar dalam memancarkan isyarat DTT.

Dalam memastikan bahawa DTT akan mencapai sekurang-kurangnya 98 peratus isi rumah di Malaysia menjelang 2016, MYTV juga komited untuk membekalkan secara percuma sebanyak dua juta Peralatan Premis Pelanggan atau Consumer Premise Equipment (CPE) yang terdiri dari satu dekoder, antena dan alat kawalan jauh kepada penerima yang layak, berdasarkan senarai yang disediakan oleh Kerajaan. Teknologi DVB -T2 Lite juga akan digunakan sepenuhnya oleh MYTV untuk menguasai pasaran pengguna peralatan mudah alih menjelang tahun 2019.

MYTV tidak membangun atau membekalkan kandungan. Sumber pendapatan utama MYTV adalah dari perkhidmatan kapasiti saluran utama dan perkhidmatan yang ditambah baik (enhanced services) untuk CASPs/ASPs melalui perkhidmatan yang berteraskan 5 tunggak atau dikenali sebagai 5-Pillar Services ("5PS"). Perkhidmatan ini telah direka untuk menjana pendapatan bukan sahaja untuk MYTV, tetapi untuk pemilik saluran dan pihak media yang lain untuk mempunyai peluang sumber pendapatan yang baru dan tidak lagi perlu untuk bergantung semata-mata kepada kaedah pengiklanan tradisional.

Antara perkhidmatan 5Ps adalah Perkhidmatan TV (Pengiklanan EPG, Saluran TV Percuma, Aplikasi Butang Merah dll), Perkhidmatan Radio, Perkhidmatan Berkaitan Internet (seperti Tayangan Bebas Masa, TV Sesawang, Permintaan Video dll), Pekhidmatan Aplikasi dan Dagang (membeli-belah dari rumah, Khidmat Pesanan dll) dan Perkhidmatan Sampingan seperti antara lainnya Aplikasi e-Pembelajaran, TV Media Sosial, Undian dan Talian Hotline.

MYTV juga adalah ahli kepada National Digital Taskforce (NDTF) dan Broadcasters’ Alliance (BA), yang merupakan kumpulan yang dibentuk oleh penyiar saluran TV percuma di Malaysia bagi tujuan penghijrahan DTT. Di bawah BA, MYTV telah ditugaskan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai penghijrahan DTT, termasuklah dalam kerterlibatan pemimpin tempatan dan kerajaan.

Visi Nasional Untuk TV Terestrial Digital (DTT)

Malaysia akan membangunkan sektor TV Terestrial Digital (DTT) yang dinamik serta berdaya maju yang akan terkenal dengan kecemerlangannya dalam menyediakan pilihan untuk hiburan, interaktiviti, pendidikan dan kandungan bermaklumat tanpa menjejaskan nilai-nilai masyarakat berbilang etnik dan hak rakyat masyarakat Malaysia untuk mendapatkan siaran TV percuma.

Manfaat kepada negara

Merangsang pertumbuhan ekonomi, Peluang Pekerjaan

Dengan penghijrahan ke platform digital, spektrum yang bernilai adalah dibebaskan yang boleh diagihkan semula untuk perkhidmatan lain seperti jalur lebar mudah alih generasi akan datang dan teknologi tanpa wayar. DTT juga membantu dalam perkembangan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan menawarkan pelbagai peluang kepada industri kandungan tempatan dan kreatif untuk maju lagi ke hadapan.

Manfaat untuk pengguna

Kualiti TV yang lebih baik

DTT menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik dan gambar yang lebih jelas, terang dan tanpa gambar berbalam, bertindih (“ghosting”) atau gangguan. Tidak seperti satelit, DTT tidak akan terjejas oleh cuaca. Sama ada hujan atau panas, penonton dapat menonton siaran tanpa sebarang gangguan.

Lebih banyak pilihan

DTT boleh menampung lebih banyak saluran berbanding dengan perkhidmatan analog. Ia juga mampu menawarkan ciri-ciri tambahan lain seperti panduan program elektronik, sarikata pelbagai bahasa serta siaran TV berkualiti definisi tinggi (HDTV). Penonton akan menikmati lebih banyak saluran dan kemudahan tanpa perlu membayar yuran langganan. Selain daripada kos awal bagi mendapatkan dekoder yang juga dikenali sebagai set-top box (STB), pengguna hanya perlu membuat bayaran yang minima atau tiada bayaran langsung untuk menerima DTT.

Lebih ketersambungan

DTT menggunakan aerial UHF sedia ada dan tidak memerlukan apa-apa pemasangan kabel atau sebarang piring satelit. Siaran dapat diterima dengan cepat oleh penonton kerana ia disiarkan dari stesen transmisi UHF yang berdekatan melalui sambungan talian telefon yang sedia ada yang membuka laluan untuk interaktiviti. Melalui panduan program elektronik (EPG), DTT menawarkan penonton akses untuk perkhidmatan televisyen interaktif seperti membeli-belah dari rumah (home shopping), e-perbankan, perkhidmatan e-kerajaan dan akses kepada perkhidmatan internet asas.

Dengan merapatkan jurang antara mereka yang mempunyai akses kepada teknologi dan mereka yang tiada, DTT akan menghubungkan kawasan luar bandar dan pedalaman dan membantu untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia.

Manfaat kepada penyiar

Lebih pilihan, lebih interaktiviti

Oleh kerana isyarat digital menggunakan spektrum yang sedikit dan adalah lebih efisyen daripada isyarat analog, DTT membolehkan penyiar menawarkan pelbagai saluran baru dan perkhidmatan interaktif. Liputan juga boleh disesuaikan sama ada untuk siaran tempat6an, serantau atau nasional tidak seperti satelit di mana adalah sukar untuk menghadkan liputan walaupun dalam negara-negara tertentu.

Peluang yang cerah untuk mengembangkan perniagaan

Melalui perkhidmatan yang lebih baik yang ditawarkan serta ciri-ciri interaktif, DTT menawarkan penyiar pelbagai peluang baru, bidang berpotensi untuk dibangunkan dan sumber pendapatan baru.

Pengurangan kos infrastruktur

Dengan DTT, kos perbelanjaan kapital dijangka akan dikurangkan kerana tiada keperluan untuk menyediakan kabel gentian sepaksi hibrid (hybrid fibre coaxial cables), menyewa transponder tambahan atau keperluan untuk melancarkan satelit baru. Dengan pengurangan kos infrastruktur, penyiar dapat menumpukan sumber kewangan mereka untuk usaha penerbitan kandungan. Ini juga akan menggalakkan peserta baru untuk menceburi industri penyiaran termasuk pemilik saluran butik yang sedang mencari cara untuk mendekati dan berhubung dengan kumpulan penonton khas sasaran mereka.

Dengan penggunaan DVB - T2 oleh Malaysia, iaitu teknologi digital yang terkini dan paling maju di pasaran, penyiar juga akan dapat bersiaran melalui aset mudah alih seperti telefon bimbit, tablet dan aset bergerak seperti skrin televisyen di kereta api, bas dan kereta dalam fasa seterusnya.

Senarai saluran MyFreeview

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran terestrial dalam HD.

Saluran Nama Huraian
101HD RTM TV1 Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan berita dalam HD.
102HD RTM TV2 Saluran terestrial kerajaan umum berasaskan hiburan sekeluarga dalam HD.
103HD TV3 HD Saluran terestrial swasta umum berbahasa Melayu dalam HD.
104 CJ WOW Shop Malay Saluran beli belah dalam Bahasa Melayu.
105 Drama Sangat Saluran drama 24 jam berbahasa Melayu dan Cina.
106 CJ WOW Shop Chinese Saluran beli belah dalam Bahasa Cina.
107 NTV7 Saluran terestrial swasta umum bagi penduduk urban dalam berbahasa Inggeris, Melayu dan Cina.
108 8TV Saluran terestrial swasta umum berbahasa Cina.
109 TV9 Saluran terestrial swasta umum bagi golongan muda dalam berbahasa Melayu.
110HD RTM TV Okey Saluran digital terestrial kerajaan untuk golongan belia dan program dari Sabah & Sarawak dalam HD.
111HD RTM Sports Saluran digital terestrial kerajaan umum berasaskan sukan dalam HD. (Siaran ujian sehingga pelancaran sepenuhnya)
112HD Awesome TV Saluran digital terestrial swasta umum dalam HD.
114HD TV AlHijrah HD Saluran terestrial berunsur Islamiah pertama berbahasa Melayu dalam HD.
120HD Astro GO Shop Malay HD Saluran beli belah dalam Bahasa Melayu berdefinisi tinggi. (Syarikat TV berbayar, Astro buat kali pertamanya melancarkan saluran digital terestrial percuma)
121 Bernama TV Saluran digital terestrial berita milik BERNAMA
123HD Berita RTM Saluran digital terestrial kerajaan berasaskan berita dalam HD.

Saluran dari negara jiran

Singapura berhampiran negeri Johor

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran terestrial dalam HD.

Nama Huraian
Mediacorp Suria HD Saluran terestrial kerajaan Singapura umum berbahasa Melayu dalam HD.
Mediacorp Saluran 5 HD Saluran terestrial kerajaan Singapura umum berbahasa Inggeris dalam HD.
Mediacorp Saluran U HD Saluran terestrial kerajaan Singapura umum bagi golongan muda dalam berbahasa Cina dan HD.
Mediacorp Saluran 8 HD Saluran terestrial kerajaan Singapura umum berbahasa Cina dalam HD.
Mediacorp Vasantham HD Saluran terestrial kerajaan Singapura umum berbahasa India dalam HD.
Channel NewsAsia HD Saluran terestrial kerajaan Singapura berita dalam 24 jam dan HD.

Brunei berhampiran negeri Sarawak

     Saluran-saluran yang disorotkan dengan warna ini adalah saluran terestrial dalam HD.

Nama Huraian
RTB Perdana Saluran terestrial Kerajaan Brunei dari 6.00 pagi hingga 11.00 malam.
RTB Aneka Saluran terestrial Kerajaan Brunei dari 10.00 pagi hingga 11.00 malam.
RTB Sukmaindera Saluran digital terestrial Kerajaan Brunei dalam 24 jam.

Saluran radio MyFreeview

Saluran Nama Huraian
701 Nasional FM Radio kerajaan umum berbahasa Melayu.
702 TraXX FM Radio kerajaan umum berbahasa Inggeris.
703 Minnal FM Radio kerajaan umum berbahasa India.
704 Ai FM Radio kerajaan umum berbahasa Cina.
705 Radio Klasik Radio kerajaan umum berbahasa Melayu.
706 Asyik FM Radio kerajaan umum berbahasa Melayu (Orang Asli).
707 Hot FM Radio swasta umum berbahasa Melayu
708 Kool FM Radio swasta umum berbahasa Melayu
709 Fly FM Radio swasta umum berbahasa Inggeris
710 One FM Radio swasta umum berbahasa Cina

|} |}

Rujukan

Pautan luar