Shahz Jaszle: Perbezaan antara semakan
Kemaskini. |
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 255: | Baris 255: | ||
|- |
|- |
||
| ''[[Kampung Girl (drama)|Kampung Girl]]'' |
| ''[[Kampung Girl (drama)|Kampung Girl]]'' |
||
| Faisal |
|||
| |
|||
| [[TV3]] |
| [[TV3]] |
||
| |
| |
Semakan pada 14:35, 2 September 2020
Shahz Jaszle | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin 30 Julai 1988 Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pendidikan | Diploma[1] |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2008–kini |
Pasangan | Hanis Husna (k. 2015) |
Anak-anak | 2 |
Mohd Shahrizal "Shahz" Jaszle Jasmin (lahir 30 Julai 1988) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.
Pada 4 Mei 2017, Shahz telah membintangi filem 2017, Lebuhraya Ke Neraka, arahan Mamat Khalid. Beliau memegang watak sebagai Jeff dalam filem ini.[2]
Kerjaya
Shahz, berdarah campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu ini sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006. Bermula dengan program TV Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Tari Tirana yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.
Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.
Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama Tari Tirana yang memperkenalkan lagi namanya.
Biarpun mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohammedin, nama Shahz mula menjadi kegilaan apabila susuk tubuhnya diabadikan sebagai Asmara dalam siri TV tajuk serupa terbitan Suhan Movies di bawah arahan Heikal Hanafiah. Lakonan berkesan beliau sebagai remaja yang dipaksa kahwin itu mendapat pujian ramai. Kini nama Shahz sudahpun sebaris dengan nama-nama popular lain dan dijangka akan terus mekar pada tahun 2011.
Kehidupan peribadi
Shahz telah sah menjadi suami kepada model, Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei 2015.[3][4]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Azura | Zack Zakaria | Aziz M. Osman | Filem pertama |
2014 | Kami Histeria | Pelajar kolej | Shamyl Othman | Penampilan khas |
2017 | Lebuhraya Ke Neraka[5] | Jeff | Mamat Khalid |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Anak Emak | TV1 | ||
2009 | Dari Mata Ke Hati | |||
Bila Mama Pakai Celana | TV2 | |||
2011 | Pondok Ingatan Cinta | Farish | TV1 | |
Kemaafan Sakura | Aliff | TV3 | ||
2012 | Landasan Cinta | Kapten Umar | TV3 | |
2014 | Menghitung Rahmat Tuhan | Hadi | TV9 | |
2015 | Sawan | Aliff | TV3 | |
2016 | Air Mata Xinjiang | TV2 | ||
2017 | Izinkan Aku Menebus Dosa | Nazri | TV9 | |
2018 | Adakah Aku Bersalah? | Bront | TV3 | |
Neraka Kasih Maisarah | Budin | TV3 | ||
2019 | Cinta Disertasi | TV1 |
Drama
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Luna Fantasiku | Fendi | Gua.com.my | |
2009 | Bio-Nik | Adi (Abdul Hadi) | TV3 | Slot Aksi |
Tari Tirana | Ashraf | Slot Lestary | ||
2010 | Asmara | Asmara | Slot Lestary | |
Bola Cinta | Haziq | TV2 | ||
Telah Dihalalkan Epal Itu | Khalim | TV AlHijrah | ||
Mistik Alam Hitam | Astro Prima | |||
2011 | Bunga April | Johar | TV3 | |
Pengantin Untuk Dijual | Iskandar | Astro Box Office | ||
Gemilang | Saifullah | TV3 | Slot Inspirasi | |
Asmara 2 | Asmara | Slot Lestary | ||
Ayu Suraya | Kamal | Astro Prima | ||
Tahajjud Cinta | Azihan | TV3 | Slot Zehra | |
2012 | Bunga April | Johar | Slot Samarinda | |
3 Janji | Khursyi / Kamil | Slot Lestary | ||
2013 | Cinta Qaseh | |||
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | Faiz | Slot Akasia | ||
Sehangat Asmara | Azman | Astro Mustika HD | ||
Kampung Girl | Faisal | TV3 | ||
2014 | Lembayung Kasihmu | Fansuri | TV2 | |
Kristal Maya | Ezam | TV3 | Slot Samarinda | |
2015 | Tabir Zulaikha | Ammar | Slot Samarinda | |
Bidadari | Adie | Slot Lestary | ||
Maria Terindah | Aris | HyppTV | ||
Abang Sado Jemur Kain | Marzuki | TV3 | Slot Iris | |
2016 | Nasi Minyak Kuah Cinta | Dr Haris | ||
Lara Aishah | Zack | Astro Prima | ||
Bagaikan Kelip-Kelip | Fairuz | TV9 | ||
Cinta Masam Manis | Erman | TV3 | Slot Akasia | |
2017 | Black Belt Kaler Pink | Ustaz Salam | Astro Warna | |
Titian Cinta | Danial | TV3 | Slot Akasia | |
2018 | Melankolia | Borhan | ||
Cinta Fatamorgana | Jamil | Slot Akasia | ||
Isteri Untuk Diiktiraf | Tengku Wafie | TV1 | Slot Widuri | |
Cinta Bukan Kristal | Fahmi | TV3 | Slot Akasia | |
2019 | Setelah Cinta Itu Pergi | Muiz Lukman | Slot Samarinda | |
Cinta Tanpa Henti | Arman | Slot Samarinda | ||
Jodoh-jodoh Annisa | Alex | Astro Prima | ||
30 Pesanan Suara | Azham | TV3 | Slot Akasia | |
2020 | Rindu Yang Terindah | Dr.Kamal | TV3 | Slot
Samarinda |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Artis Jemputan | TV1 | Episod 2 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Festival Filem Malaysia ke-23 | Pakaian Lelaki Terbaik | Menang |
Anugerah Cosmopolitan Fun, Fearless, Fabulous 2010 | Anugerah Jejaka Terhangat | Tercalon | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 | Artis Baru Lelaki Popular | Menang |
Rujukan
- ^ Rudy Imran Shamsudin (11 September 2011). "'Rentaz satukan kasih kami'". myMetro. Dicapai pada 6 Ogos 2013.
- ^ 8 Mei 2017. 'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid - Hiburan. Mstar
- ^ 3 Mei 2015. Gambar Kahwin Shahz Jaszle Dan Hanis Husna 1 Mei 2015. melvister.com
- ^ Shah Jaszle Kahwin Secara Senyap Kerana Mahu Privasi. MYNEWSHUB
- ^ 29 April 2017. Shahz Jaszle Akui Sukar Berlakon Filem Lebuhraya Ke Neraka | Artikel. Astro Gempak