Tauke Raja Lawak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 47: Baris 47:
|2011
|2011
| ''[[Bujang Terlajak]]''
| ''[[Bujang Terlajak]]''
| Kawan Kepada Gadis Biru
|
| Penampilan khas
|
|-
|-
|rowspan="5"|2012
|rowspan="5"|2012

Semakan pada 13:10, 13 September 2020

Tauke Raja Lawak
Kelahiran
Zamatul Amri bin Zakaria

(1976-04-07) 7 April 1976 (umur 48)
Nama lainTauke Jambu
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah
Tahun aktif2001–kini
PasanganNadia Mohd. Effendi (k. 2017)

Zamatul Amri bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Raja Lawak atau Tauke Jambu (lahir 7 April 1976) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, penulis skrip dan pengarah filem Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Raja Lawak Astro musim pertama bersama temannya, Allahyarham Yus Jambu.

Kerjaya

Kerjaya seni beliau bermula pada tahun 2001 dalam program Sinaran Passport Kegemilangan dengan Kumpulan Tak Tahu Menahu anjuran sebuah stesyen televisyen tempatan. Malangnya nasib kurang menyebelahi beliau. Namun beliau tidak mudah berputus asa.

Pada tahun 2007 beliau telah mendapat tempat ke-4 di dalam program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Pada tahun 2011 pula, beliau bergandingan bersama Yus Raja Lawak dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut. Pada tahun 2012 beliau menyertai program Super Spontan dan mendapat tempat ke-3.

Pada tahun 2015 beliau telah bergandingan dengan Yus Jambu & Misha Omar dalam kumpulan "Kobis Pedas" rancangan realiti Juara Parodi di Astro Warna. Pada genap 30 November kawan baik atau rakan karib iaitu Yus Jambu atau Pak Yus meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas [1][2] . Beliau berasa sangat sedih dan tertekan kehilangan rakan seperjuangan. Terpaksa bergandingan duo dengan Misha Omar.

Pada tahun 2016, selepas habis Juara Parodi 2015 tiba masa kembali Maharaja Lawak Mega 2016. Beliau menubuhkan kumpulan baru selepas kehilangan rakan seperjuangan itu tahun lalu. Gandingan ini iaitu (Ajak Shiro & Angah Raja Lawak) dalam kumpulan "Lots of Love" atau singkatan (LOL). Berjaya meraih tempat ke-4 keseluruhan. Beliau menyertai lagi untuk edisi 2017, kali ini gandingan baharu bersama Acong Sweetchild dan Ropie iaitu kumpulan Nice. Namun, rezeki tak memihak mereka apabila tersingkir di minggu ke-8. Tetapi, Tauke tidak berputus asa, beliau mengambil keputusan menyertai Super Spontan Extravaganza 2018 sebelum menyertai sekali lagi Maharaja Lawak Mega 2018. Beliau akhirnya menemui gandingan yang sesuai iaitu Man Raja Lawak bagi membentuk kumpulan Taman. Usaha keras Tauke bersama Man amat berbaloi apabila mereka berjaya ke peringkat akhir dan seterusnya menduduki tempat ke-5 keseluruhan. Kumpulan Taman ini dikatakan jelmaan kumpulan Jambu, namun Man menafikan dia adalah pengganti Arwah Pak Yus.


MLM 2020

Beliau telah menjadikan anggota Kumpulan Virus oleh Tauke, Zizan dan Ropie. Dalam 5 tahun lalu, Virus akhirnya terkandas di Separuh Akhir MLM 2014. Sekarang, Kumpulan Virus berjaya jadi Kungfu Pelawak. Ropie telah menggantikan tempat Allahyarham Pak Yus dan juga Tauke dan Zizan teruja dengan seronok sekali lagi.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Jutawan Fakir Perompak Filem pertama, pelakon sampingan
2011 Bujang Terlajak Kawan Kepada Gadis Biru Penampilan khas
2012 Cinta Kura Kura Salleh
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Remy Juga sebagai pengarah
Pe3 Nelayan 2 Penampilan khas
Uncle Usin
Cinta Beruang
2013 Hello
2014 Abang Long Fadil Acai
Mana Mau Lari Pendek bin Kenit / Abang Pen
2015 Hantu Bungkus Ikat Tepi Fakhrul
Ada Apa Dekat Bas Stop Tuan Tabib Penampilan khas
2017 Rempit Sampai Langit Bob
2019 Hero: Jangan Bikin Panas Mark

Teater

Tahun Tajuk
2013 Lawak SuperHero
Lawak Ke Der 3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Ulat-Ulat Cinta Astro Prima
Kesempatan Dalam Kesempitan
2010 Odisi Raya MJ Lagi
Cinta Si Sukun
Osman Berani
2011 Jambu Hanyut
2013 Bongkah Bahulu Angkasa Raya Astro Warna
Raya Nora Jambu Astro Ria
Tukang Jahit Tak Beraya TVi
Pian Kenan Balik Raya Pian Astro Warna
2014 Simpul Raya Amri
2015 Aidil & Fitri Dr. Fitri HyppTV
2016 Rongples Rongtaim Bo Astro Citra
2017 Kasut Bola Pink Ayah Rafiq Astro First Eksklusif

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Rabunnya Cinta
2009 Gerabak
LawaKing
Impian L
2010 Carca Marba
2011 Jejaka J
Biasa Je
Hantu Gigi
2012 Berita Hangit
Pondok Jambu

Peserta

Tahun Tajuk
2001 Sinaran Passport Kegemilangan - (Kumpulan Tak Tahu Menahu)
2007 Raja Lawak
2011 Maharaja Lawak - (Jambu)
2012 Super Spontan
Maharaja Lawak Mega 2012 - (Jambu)
2013 Super Spontan 2013 - (Semut Sentap)
Maharaja Lawak Mega 2013 - (Jambu)
2014 Super Spontan 2014 - (Biawak Laser)
Redah Kasi Pecah Ekstravaganza
Maharaja Lawak Mega 2014 - (Virus)
2015 Super Spontan All Stars - (KungFu Kipidap)
Juara Parodi - (Kobis Pedas)
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 - (LOL)
Super Spontan Superstar - (Harimau Hipster)
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 - (Nice)
2018 Super Spontan Extravangza - (Sotong Kangkung)
Maharaja Lawak Mega 2018 - (Taman)
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 - (Jambus)

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Terkono Pengacara Astro Warna
2013 Tiada Lama Tiada Baharu Pengacara TV2
2014 Lat Tali Lat Pengacara bersama Yus Jambu Astro Ria
2016 Dangdut Star Pengacara Astro Prima

Diskografi

Lagu

Anugerah dan pencalonan

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Yus Jambu meninggal dunia, dipercayai sesak nafas". Sinar Harian. 30 November 2015. Dicapai pada 30 November 2015.
  2. ^ Ab Rahman, Farhana (30 November 2015). "Rakan artis terkejut pemergian Allahyarham Yus Jambu". Berita Harian. Dicapai pada 30 November 2015.

Pautan luar