Sarjan Hassan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 34: Baris 34:
{{double image|right|Jins Shamsuddin.jpeg|231|SallehKamil01.jpg|206|Jins Shamsuddin (kiri) dan Salleh Kamil (kanan) melakonkan watak antagonis dalam filem ini.}}
{{double image|right|Jins Shamsuddin.jpeg|231|SallehKamil01.jpg|206|Jins Shamsuddin (kiri) dan Salleh Kamil (kanan) melakonkan watak antagonis dalam filem ini.}}


#[[P. Ramlee]] sebagai Sarjan Hassan
* [[P. Ramlee]] sebagai Sarjan Hassan
#[[Saadiah]] sebagai Salmah
* [[Saadiah]] sebagai Salmah
#[[Jins Shamsuddin]] sebagai Aziz
* [[Jins Shamsuddin]] sebagai Aziz
#[[Salleh Kamil]] sebagai Buang
* [[Salleh Kamil]] sebagai Buang
#[[Daeng Idris]] sebagai Pak Lebai (ayah Aziz)
* [[Daeng Idris]] sebagai Pak Lebai (ayah Aziz)
#[[Aini Jasmin]] sebagai Minah (orang gaji Pak Lebai)
* [[Aini Jasmin]] sebagai Minah (orang gaji Pak Lebai)
#Kapten John Gray sebagai Kapten Holiday - RMR (platun Singapura)
* Kapten John Gray sebagai Kapten Holiday - RMR (platun Singapura)
#Kapten David Downe sebagai RMR (platun Tanah Melayu)
* Kapten David Downe sebagai RMR (platun Tanah Melayu)
#[[Nyong Ismail]] sebagai ayah Salmah
* Nyong Ismail sebagai ayah Salmah
#[[Leng Hussain]] sebagai Ah Leng (kekasih Minah)
* [[Leng Hussain]] sebagai Ah Leng (kekasih Minah)
#[[Omar Rojik]] sebagai Ketua Kampeitai di Tanah Melayu
* [[Omar Rojik]] sebagai Ketua Kampeitai di Tanah Melayu
#[[M. Rafiee]] sebagai kawan Aziz
* [[M. Rafiee]] sebagai kawan Aziz
#[[Kemat Hassan]] sebagai kawan Aziz
* [[Kemat Hassan]] sebagai kawan Aziz
#[[Omar Suwita]] sebagai kawan Aziz
* [[Omar Suwita]] sebagai kawan Aziz
#[[Ali Fiji]] sebagai kawan Aziz
* [[Ali Fiji]] sebagai kawan Aziz
#[[Zainol Bakar]] sebagai Sarjan Pon
* Zainol Bakar sebagai Sarjan Pon
#[[S. Shamsuddin]] sebagai tukang masak (platun Singapura)
* [[S. Shamsuddin]] sebagai tukang masak (platun Singapura)
#[[H.M. Rohaizad]] sebagai Rashid (platun Singapura)
* [[H.M. Rohaizad]] sebagai Rashid (platun Singapura)
#[[Kassim Masdor]] sebagai askar Singapura (cameo)
* [[Kassim Masdor]] sebagai askar Singapura (Kameo)
#Adik Jaafar sebagai Hassan (semasa kecil)
* Adik Jaafar sebagai Hassan (semasa kecil)
#Adik Habibah sebagai Salmah (semasa kecil)
* Adik Habibah sebagai Salmah (semasa kecil)


==Lagu==
==Lagu==

Semakan pada 05:09, 28 September 2020

Sarjan Hassan
PengarahLamberto Avellana
P. Ramlee (Penolong Pengarah)
PenulisRalph Modder (cerita)
P. Ramlee (lakon layar)
Dihasilkan olehRun Run Shaw
(Malay Film Productions Ltd)
DibintangiP. Ramlee
Jins Shamsuddin
Saadiah
Salleh Kamil
Omar Rojik
Diedarkan olehShaw Brothers
NegaraMalaya,
(Singapura & Malaysia)
BahasaBahasa Melayu

Sarjan Hassan (diiklankan dalam poster sebagai Sergeant Hassan dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah filem peperangan Tanah Melayu 1958 yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Pada awalnya filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya. Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee. Ia ditayangkan pada 28 Ogos 1958.[1][2][3]

Pengarah

Filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana dari Filipina tetapi beliau mempunyai masalah dalaman dengan syarikat produksi dan para pelakon sebelum meninggalkan set pengambaran secara mengejut. P. Ramlee yang bertindak sebagai penolong pengarah mengambil keputusan untuk meneruskan pembikinan filem tersebut dengan lancarnya.

Sinopsis

Babak di kampung
Mengisahkan Hassan (P. Ramlee) berumur 10 tahun berasal dari Jasin, Melaka yang menjadi anak yatim piatu setelah ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya, Pak Lebai (Daeng Idris) yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz (Jins Shamsudin) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz, Buang (Salleh Kamil) dan rakan-rakan yang lain senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah (Saadiah) pula telah jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang Dunia II semakin dekat, Rejimen Askar Melayu mula mengambil rekrut di Port Dickson, Negeri Sembilan. Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga sawah dan ladang. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Koperal dan seterusnya ke pangkat Sarjan.

Babak askar Jepun menjajah Tanah Melayu
Apabila askar Jepun menyerang Singapura dan Kota Bharu, Kelantan, Sarjan Hassan bersama-sama dengan platunnya berjaya mengawal laluan darat bagi mengekang kemaraan askar Jepun ke suluruh Tanah Melayu. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz yang tercedera dan mereka dijadikan tawanan perang kerana kesilapan taktikal yang dirancang oleh Aziz tanpa dipersetujui oleh Hassan yang bertindak sebagai ketua platunnya. Keadaan menjadi huru hara, sehingga menyebabkan Hassan juga mengalami kecederaan akibat dipukul oleh askar Jepun. Maka bermulalah episod Jepun menjajah keseluruhan Tanah Melayu pada 15 Februari 1942.

Hassan bersama platunnya telah ditahan, Hassan mula merancang untuk melarikan diri sebagai tahanan perang tetapi beliau telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan. Kedaan dirinya semakin lemah disamping itu beliau keseorangan di dalam hutan sebelum pengsan di tengah hutan. Mujurlah dia telah diselamatkan oleh kompeni askar Inggeris dari Singapura. Kali ini Hassan mendapat kawan baharu (lakonan H.M. Rohaizad dan tukang masak (S. Shamsuddin). Setelah pulih dari kecederaan, Hassan meminta bantuan dari platun Singapura untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang ditahan tempoh hari. Tetapi kebanyakkan rakan platunnya disahkan telah meninggal dunia termasuk Sarjan Pon (Zainol Bakar) dan Aziz. Hassan dan platun baharunya berjaya memusnahkan satu pusat perhubungan askar Jepun di Tanah Melayu. Kali ini Hassan sudah tiba di kampung halamannya, dia menggunakan Ah Leng (Leng Hussain) sebagai orang tengah untuk menghapuskan saki baki askar Jepun dan Kampeitai di Jasin, Melaka.

Dalam masa yang sama, Buang pula mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai. Dia dilantik oleh ketua Kampeitai (lakonan Omar Rojik). Buang menggunakan kedudukannya untuk menangkap penduduk kampung yang menyimpan radio amatur dan menjadi tali barut askar Inggeris. Selain itu, dia juga memaksa Salmah mengahwininya selepas ayahnya ditangkap kerana memiliki radio amatur. Dengan bantuan dari Ah Leng, surat dari Salmah diterima oleh Hassan. Hassan bersama platunnya berjaya memusnahkan lori tahanan Kampeitai dan menyelamatkan ayah Salmah. Di atas arahan ketuanya, Buang memberkas Salmah, Pak Lebai dan Minah untuk dijadikan tawanan ekoran saspek utamanya masih bebas. Di malam harinya, satu berita diterima mengatakan peperangan sudah berakhir dimana Jepun disahkan telah menyerah kalah pada perang dunia II. Tanpa membuang masa, keesokkan harinya Hassan dan platunnya menyerang dan menawan kubu pertahanan Kampeitai di Jasin. Walaupun keadaan sudah menjadi aman semula, tetapi Buang berjaya melarikan diri. Mujurlah Hassan berjaya bersemuka dengan Buang sebelum membunuhnya.

Pelakon

Jins Shamsuddin (kiri) dan Salleh Kamil (kanan) melakonkan watak antagonis dalam filem ini. Jins Shamsuddin (kiri) dan Salleh Kamil (kanan) melakonkan watak antagonis dalam filem ini.
Jins Shamsuddin (kiri) dan Salleh Kamil (kanan) melakonkan watak antagonis dalam filem ini.
  • P. Ramlee sebagai Sarjan Hassan
  • Saadiah sebagai Salmah
  • Jins Shamsuddin sebagai Aziz
  • Salleh Kamil sebagai Buang
  • Daeng Idris sebagai Pak Lebai (ayah Aziz)
  • Aini Jasmin sebagai Minah (orang gaji Pak Lebai)
  • Kapten John Gray sebagai Kapten Holiday - RMR (platun Singapura)
  • Kapten David Downe sebagai RMR (platun Tanah Melayu)
  • Nyong Ismail sebagai ayah Salmah
  • Leng Hussain sebagai Ah Leng (kekasih Minah)
  • Omar Rojik sebagai Ketua Kampeitai di Tanah Melayu
  • M. Rafiee sebagai kawan Aziz
  • Kemat Hassan sebagai kawan Aziz
  • Omar Suwita sebagai kawan Aziz
  • Ali Fiji sebagai kawan Aziz
  • Zainol Bakar sebagai Sarjan Pon
  • S. Shamsuddin sebagai tukang masak (platun Singapura)
  • H.M. Rohaizad sebagai Rashid (platun Singapura)
  • Kassim Masdor sebagai askar Singapura (Kameo)
  • Adik Jaafar sebagai Hassan (semasa kecil)
  • Adik Habibah sebagai Salmah (semasa kecil)

Lagu

  • Tunggu Sekejap - P.Ramlee

Trivia

Kisah Sarjan Hassan yang sebenar adalah berlainan dengan sinopsis filem Sarjan Hassan. Kisah hidup Sarjan Hassan Othman adalah ketika negara dalam era serangan komunis. Beliau berkhidmat sebagai askar melayu dari 1950 hingga 1962. Beliau berkhidmat selama 16 tahun bermula dari berpangkat prebet sehinggalah ke jawatan Penolong Ketua Kompeni di Briged Kedua Infantri.

Rujukan

Pautan luar