Nazim Othman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 98: Baris 98:
|[[Astro Ria]]
|[[Astro Ria]]
|-
|-
|rowspan="3"|2011
|rowspan="4"|2011
|''Trilogi Cinta''
|''Trilogi Cinta''
|
|
Baris 106: Baris 106:
| Nazril
| Nazril
|[[TV3]]
|[[TV3]]
|-
|''[[Kali Kedua]]''
| Zahrin
|[[TV9]]
|-
|-
|''[[Terowong (drama)|Terowong]]: Surat''
|''[[Terowong (drama)|Terowong]]: Surat''

Semakan pada 15:52, 28 September 2020

Nazim Othman
Fail:Nazim Othman.jpg
Kelahiran
Nushrul Alif bin Othman

(1984-09-16) 16 September 1984 (umur 39)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian1.80 m (5 ka 11 in)
PasanganBella Dally (k. 2016; c. 2018)

Nazim Othman (lahir Nushrul Alif bin Othman; 16 September 1984) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada tahun 2008. Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar.

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nazim Othman pernah bertugas sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia selama empat tahun.[1] Selepas meninggalkan kerjayanya di awan biru, Nazim mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Penampilan televisyen pertamanya ialah menerusi peranan kecil dalam drama Frontpage.

Pada tahun 2017, Nazim memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan merakamkan single pertama, "Kerana Cinta" hasil nukilan Hael Husaini. Ia dikeluarkan pada April 2017.[2]

Gempak Superstar

Persembahan

Nazim merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016.[3] Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Cindai" nyanyian asal Siti Nurhaliza
  2. Minggu 2: "Bahagiamu Deritaku" nyanyian asal Hafiz Suip
  3. Minggu 3: "Tentang Dia" nyanyian asal Melly Goeslaw
  4. Minggu 4: "All of Me" nyanyian asal John Legend dan "Pop Ye Ye" nyanyian asal VE
  5. Minggu 5: "Nakal" nyanyian asal Gigi
  6. Minggu 6: "Hati-Hati" nyanyian asal Amira Othman

Carta penyingkiran

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr) 4 (1/Mei) 5 (8/Mei) 6 (15/Mei)
Kedudukan Peserta Keputusan
5 Nazim Kekal ke-2 ke-6 ke-4 Pertama Pemenang Tempat Kelima

Kehidupan peribadi

Nazim Othman dilahirkan di Labuan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.[4]

Nazim disahkan menghidap ketumbuhan dibahagian otak pada Mac 2015. Sebelum membuat pendedahan mengenai penyakitnya, Nazim pernah memuat naik gambar parut pembedahan di kepalanya menerusi akaun Instagram namun tidak memberi sebarang penjelasan mengenai masalah kesihatannya.[5]

Beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun mengumumkan penceraian mereka pada 17 Mei 2018.[6][7][8]

Nazim ialah peminat tegar penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.[9]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2008 Frontpage ntv7
Awan Dania Astro Ria
2009 Klon Teja Zack Astro Prima
2010 Asmara Raziq TV3
Ponti Anak Remaja Hazwan Astro Ria
2011 Trilogi Cinta TV1
Begitukah Cinta Nazril TV3
Kali Kedua Zahrin TV9
Terowong: Surat Ramli TV3
2012 Dejavu di Kinabalu Bazli Aiman TV3
Kau Yang Terindah Kapten Syamil TV3
Terlanjur Cinta Amrin TV9
2013 Epilog Cinta Khirana Shahrul Azwan TV3
Kisah Cinta TV3
Sangkar Umar TV9
Kalimah Jiwa Aniq TV3
2014 Astana Cinta Aleesa Zhariff TV3
Gerimis Salju Naminara Fauzan TV1
2015 Akulah Balqis Kapten Adi TV3
2016 Cinta Teruna Kimchi Kang Ye Jun TV3
2016-2017 Lara Aishah Iskandar Astro Prima
Ana Kleopatra Taufik HyppTV
2018 Monalisa Johan Astro Prima
Terima Aku Seadanya Irfan ntv7
2019 Suri Katriana Daniel Astro Prima
Lara Syakila Adam TV2
Cindai Amir TV3
2020 Bukan Gadis Biasa Amer TV3
2020 Pengantin Satu Malam Zahred Hadri TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Tuah Kembali
2010 Sapu Tangan Merah
Surat Cinta
2011 Menantu Tip Top TV3
2012 Lollypop Astro Ria
2013 Yeop Kaya Ke TV3
2015 Gebu-Gebu Manis Astro Ria
Pen Merah Pen Biru Astro Maya HD

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2010 Inspirasi Bintang Muzik Aktif pengacara bersama Miya Zainal
2016 Gempak Superstar Astro Ria sebagai peserta

Diskografi

  • "Kerana Cinta" (2017)

Aktivisme

Pada April 2012, Nazim bersama-sama dengan Intan Ladyana, Fizo Omar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni'. Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni."[10]

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Fasha Sandha) Tercalon

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (27 Ogos 2015). Nazim Othman jadi juruterbang? Berita Harian. Dicapai pada 27 Ogos 2015.
  2. ^ Zaidi Mohamad (16 Mac 2017). Lagu Nazim temui peminat awal April Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2017.
  3. ^ Zaidi Mohamad (7 April 2016). Nazim buang imej K-pop sebab sudah matang Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2016.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Mei 2020). Nazim Othman pernah tidur di kaki lima KLCC Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  5. ^ Nazim Othman kongsi saat dapat tahu hidap tumor otak Astro Awani (22 Februari 2019). Dicapai pada 18 Mei 2019.
  6. ^ Zaidi Mohamad (30 Disember 2016). Kahwin bukan tiket Nazim, Bella Dally dedah kisah peribadi Berita Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2017.
  7. ^ Zaidi Mohamad (17 Mei 2018). Nazim, Bella Dally bercerai Berita Harian. Diperoleh pada 18 Mei 2018.
  8. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (17 Mei 2018). "Nazim Othman, Bella Dally sah bercerai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  9. ^ Zaidi Mohamad (13 April 2016). Ucapan Siti Nurhaliza bakar semangat Nazim Othman Berita Harian. Dicapai pada 16 Jun 2016.
  10. ^ "Oxcell jelajah 33 bandar dedah potensi perniagaan kepada belia". Utusan Malaysia. April 7, 2012. Dicapai pada April 7, 2012.

Pautan luar