Ramona Zamzam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 89: Baris 89:
! Catatan
! Catatan
|-
|-
| rowspan="2"|2011
| rowspan="3"|2011
|''[[Begitukah Cinta]]''
|''[[Begitukah Cinta]]''
|Erin
|Erin
Baris 98: Baris 98:
|Nila Watie
|Nila Watie
|[[TV3]]
|[[TV3]]
|
|-
|''[[Kali Kedua]]''
|
|[[TV9]]
|
|
|-
|-

Semakan pada 15:57, 28 September 2020

Ramona Zamzam
Kelahiran
Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam

(1990-06-25) 25 Jun 1990 (umur 33)
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej SEGI
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2002–kini
PasanganRami Alashkar (k. 2015)
Anak-anak1

Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam (lahir 25 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2006 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006.[1]

Kehidupan peribadi

Ramona, berdarah peranakan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand lahir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membesar di Ipoh, Perak.[2] Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.[3] Ketika berusia 4 tahun, Ramona pernah bersekolah di sekolah Cina.[2] Ramona berkelulusan dalam bidang perniagaan di Kolej SEGI (kini Universiti SEGi).[2]

Beliau berkahwin dengan seorang warga Palestin, Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.[4][5][6] Hasil perkongsian hidupnya dengan Alashkar, beliau dikurniakan anak perempuan bernama Ivanna Alashkar.[7] Pasangan ini membahagikan masa mereka antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Palestin, Tebing Barat.

Kerjaya

Pada tahun 2002, ketika berusia 12 tahun dan masih bersekolah, Ramona Zamzam memulakan kerjaya peragaan dengan menjadi penghias muka depan majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. 4 tahun kemudian, Ramona memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Castello arahan Bade Hj. Azmi lakonan Rosyam Nor, Liyana Jasmay dan Erra Fazira.[2]

Pada tahun 2010, Ramona menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 bersama-sama Neelofa, Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang mana beliau memenangi tempat kelima.[2] Penampilan televisyen pertama beliau ialah pada 2011 menerusi drama Begitukah Cinta di TV3. Beliau seterusnya memegang watak sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.[8]

Ramona memegang watak sebagai Nadia, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[9]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2006 Castello Bade Hj. Azmi Filem pertama, pelakon tambahan
2010 2 Hati 1 Jiwa Abdul Razak Mohaideen Tidak dikreditkan[3]
2012 Sepah The Movie Rosita Roslin Md Sharif Pelakon sampingan
2015 Jengka Nini Nyon Othman, Ramdan Che Hassan Pelakon utama
2017 Hospital Ramona Azaromi Ghazali Pelakon undangan
2018 KL Special Force Nadia Syafiq Yusof Pelakon pembantu

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Begitukah Cinta Erin TV3
Nora Elena Nila Watie TV3
Kali Kedua TV9
2012 Tanah Kubur Musim 4 Aini Astro Oasis Episod: "Makan Hasil Isteri"
Nilapura Ulia TV3
2013 Cinta Jangan Pergi Shireen TV9
Cinta Jannah Damia TV3
2014 Cinta Itu Kerja Allah Fazilah TV2
Tuan Rumah Pembantu Rumah Bellarina TV3
Kifarah 2 TV3 Episod: "Kelentong"
Cinta Ilahi Zara TV3
2015 Hantu Kampung Manggis Rohana TV1
Plan Cinta Tak Jadi Cici Astro Ria
Embok Belum Terbakar Ain Aliya TV2
2016 Anakku Diva Kenanga TV3
2017 My Sweet Lavender Zai TV9
2019 Hola Hermosa Sarina TV1
2020 Ironi Kasih Suri Athirah TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Azam Ala Kazam Lina TV3
Pencari Jalan Lurus Dahlia TV AlHijrah
2012 Jangan Tak Pulang Farah TV AlHijrah
2013 Lara Qaseh Qaseh TV3
Yeop... Kaya Ke? Emma TV3
3 Cinta 1 Novel Astro Prima
2014 Mencari Datin Drama TV9
Bingkai Kaca Rosnah (muda) TV9
Bermulanya Di Sini TV AlHijrah
2016 Roti Canai Kuah Rendang Zetty TV2
Telah Ku Ikhlaskan Ramona TV3
2017 Seindah Takdir Umairah TV1
2018 Hingga Jumpa Lagi Lala Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri TV1
2017 Perang Bibir Dirinya sendiri/peserta TV9
2018 Kebun Bandar Dirinya sendiri/pengacara TV1
2020 Sepahtu Reunion Artis Jemputan Astro Warna
2020 I Can See You Voice Musim 3 Juri Jemputan TV3

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2014 "Hello" Altimet dan The Trisno Trio Bersama Iedil Putra

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009/2010 Dewi Remaja Tempat ke-5 Menang

Rujukan

  1. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Februari 2018). “Janganlah Serius Sangat…” - Ramona Zamzam mSTAR Online. Dicapai pada 20 Mac 2018.
  2. ^ a b c d e Biodata Ramona Zamzam Azhan.co (8 Mac 2018). Dicapai pada 23 Mac 2018.
  3. ^ a b Siti Azira Abd. Aziz (24 Oktober 2011). Ramona Amalkan Petua Kecantikan Ibu mSTAR Online. Dicapai pada 6 Julai 2018
  4. ^ Zaidi Mohamad (1 Mei 2015). Ramona Zamzam sah bergelar isteri Berita Harian. Diperoleh pada 1 April 2018.
  5. ^ Zaidi Mohamad (1 April 2015). Ramona Zamzam nikah 1 Mei bukan 15 Mei Berita Harian. Diperoleh pada 10 April 2015.
  6. ^ Siti Athirah Dzulkifly (10 Mei 2015). Ramona Zamzam lega sudah jadi isteri Utusan Malaysia. Diperoleh pada 10 Mei 2015.
  7. ^ Ivanna Alashkar Nama Anak Ramona Zamzam Astro Gempak (8 Januari 2018). Dicapai pada 23 Mac 2018.
  8. ^ Kalau saya gila glamor…: Ramona Zamzam Sinar Harian (18 Mac 2018). Dicapai pada 20 Mei 2018.
  9. ^ "Ramona Zamzam Tidak Puas Berlakon Dalam KL Special Force". Astro Gempak. 23 Mac 2018. Dicapai pada 24 Mac 2018.

Pautan luar