Bella Dally: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 156: Baris 156:
|rowspan="4"|2013
|rowspan="4"|2013
|''Plus One''
|''Plus One''
|Shasha
|
|[[TV9]]
|[[TV9]]
|-
|-

Semakan pada 13:39, 30 September 2020

Bella Dally
Kelahiran
Nabilah binti Ali Dally

(1991-09-27) 27 September 1991 (umur 32)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
Pasangan
  • Nazim Othman (k. 2016; c. 2018)
  • Ariff Izuddin Mohd Radzali (k. 2019)
Ibu bapa
  • Ali Dally Abdul Wahab Dally (bapa)
  • Weana Quadra (ibu)
SaudaraAffendy Ali Dally (abang)

Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally (lahir 27 September 1991) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama pada 2009, dan sejak itu beliau telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem.[3]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 27 September 1991 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik kepada ibunya Weana Quadra dan bapanya, Ali Dally Abdul Wahid Daly.[4] Beliau mempunyai seorang abang, iaitu Affendy Ali Dally yang merupakan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Nabilah memiliki darah kacukan bapa (Melayu-Pakistan) dan ibu (Pan Asia-Filipina).[5]

Kerjaya

Bella Dally memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau menduduki tempat keempat.

Drama pertama lakonannya ialah Qalesya musim kedua yang dibintangi oleh Elfira Loy, disiarkan di Astro Prima pada 2010, diikuti oleh drama pendidikan, 6 Progresif lakonan Zahiril Adzim, Nas-T dan Faralyna Idris.[6] Bella membuat penampilan filem cereka pertama menerusi filem dokumentari seram pada 2011, Seru arahan bersama Pierre Andre dan Woo Ming Jin terbitan Tayangan Unggul.[7]

Pada pertengahan 2012, Bella menjadi sebahagian daripada barisan pelakon utama siri drama Friday I'm In Love bersama Qi Razali, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Nelydia Senrose.[8] Beliau digandingkan bersama Atikah Suhaime dan Intan Ladyana dalam siri drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre yang bersiaran di TV3.[9][10]

Bella diberi kepercayaan oleh pengarah Along Kamaludin untuk memegang watak Natrah menerusi drama biopik 13 episod, Natrah yang disiarkan di RTM TV1 bermula 6 Disember 2012.[11] Beliau memegang watak utama sebagai Maria Huberdina Hertogh pada zaman mudanya.[12] Pada 21 Mac 2013, Bella memegang watak Erna dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Faralyna Idris, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.[13]

Bella berlakon bersama Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan pelakon Filipina Jericho Rosales dalam telenovela Kusinero Cinta; memegang watak sebagai Justina.[14] Beliau dilantik sebagai duta produk Muslimah, Ariani,[15] seterusnya melancarkan jenama tudung sendiri Bella Dally by Ariani.[16] Beliau memegang watak sebagai Maya, seorang wanita misteri dalam filem cereka sains Desolasi arahan Syafiq Yusof, filem ini ditayangkan pada 8 Disember 2016 dan menggandingkan beliau bersama Syamsul Yusof memegang watak Aiman.[17][18][19]

Bella memegang watak pembantu sebagai Hawa dalam siri drama patriotik enam episod, Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan. Projek TV beliau seterusnya ialah menerusi watak lakonannya sebagai gadis bisu bernama Siti Nailufar dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, lakonan bersama Nazrief Nazri.[20]

Beliau berlakon bersama Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin dan Fizo Omar dalam drama Adellea Sofea arahan Shahrulezad Mohameddin, di mana beliau memegang watak sebagai Iliya.[21]

Kehidupan peribadi

Pada tahun 2012, beliau menukar namanya dari Nabilah Dally kepada Bella Dally bagi mengelakkan kekeliruan dengan pelakon Nabila Huda; pada 2014, beliau memutuskan untuk memakai tudung. Beliau berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, namun mengumumkan perceraian mereka pada 17 Mei 2018.[22][23][24]

Pada 12 Januari 2019, Bella mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Arif Izuddin Mohd Radzali selepas lima bulan berkenalan. Majlis pertunangan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta kenalan rapat.[25][26][27] Pasangan ini diijabkabulkan pada 30 Mac 2019.[28][29][30][31]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2011 Seru Ain Pierre Andre, Woo Ming Jin Filem pertama
2013 Gila-Gila Remaja 2 Erna V. Nagaraj Pembikinan semula dari filem Gila-Gila Remaja
2016 Desolasi Maya Syafiq Yusof

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Qalesya 2 Shakira Astro Prima
2010-11 Serapah Darah Bulan Madu Mona
2011 Inspirasi Varsiti Mira TV1
Sehelai Rambut Dibelah Tujuh
Vanila Coklat Liana TV3
2011-13 6 Progresif Lily TV9
2012 Jangan Bunuh Matahariku TV2
Miss Octopus Asmira TV3
Friday I'm In Love Ana TV9
Natrah Natrah TV1
2013 Plus One Shasha TV9
Surat Dari Langit Biru Anis TV3
Memberku Hawa Tish Astro Ria
Dewi Lasak Dewi Andalia TV3
2014 Kalimah Jiwa Aina Sofea
Kusinero Cinta Justina Astro Mustika HD
2015 Akulah Balqis Cikgu Balqis TV3
2016 Cinta 11 Syarat Rasya Astro Ria
Surah Buat Maisarah Zalikha TV3
2017 Anak Merdeka Hawa Astro Prima
2018 Makmum Yang Paling Aku Cinta Siti Nailufar Unifi TV
2019–2020 Adellea Sofea Iliya TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Friday I'm In Love: Episod Akhir Ana TV9
2014 Ady Valentino Eyza TV3
2016 Ayah Mentuaku Nisa TV9
Cinta 11 Syarat Raya Rasya Astro Prima
2018 Cubaan Bahagia Mawar ntv7
2019 Cikgu Pencen Fatihah TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Pilih Kasih (Musim 1) Dirinya sendiri/Peserta RTM
2017 Seleksi Hijab Dirinya sendiri/pengacara TV2

Pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Pilih Kasih Tempat keempat

Rujukan

  1. ^ Biodata Bella Dally, artis kacukan Melayu, Pakistan dan Filipina Azhan.co. (26 Jun 2016). Dicapai pada 8 April 2017.
  2. ^ Dilema Bella Dally Utusan Malaysia (27 Mei 2012). Diperoleh pada 3 April 2014.
  3. ^ Khairul Amri Hassan (3 Mei 2012). "Bella buru impak maksima". Kosmo!. Dicapai pada 2014-09-18.
  4. ^ Garret Dawum (21 Oktober 2013). Jiwa lara Bella Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Jun 2014.
  5. ^ Zubir Mohd Yunos (22 Januari 2012). Penangan Vanila Coklat BiPop, Berita Harian. Dicapai pada 23 Januari 2012.
  6. ^ Nina Farzuin Md Sharom (3 November 2012). Zahiril, Fadhlan & Bella beri yang terbaik demi 6 Progresif Sinar Harian. Diperoleh pada 15 April 2018.
  7. ^ Budiey (14 April 2011). Sinopsis Trailer Poster FIlem SERU Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 15 April 2018.
  8. ^ Budiey (19 April 2012). "Drama Bersiri Friday I'm In Love". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Jun 2017.
  9. ^ "Pertembungan Tiga Heroin Dalam 'Dewi Lasak'". mSTAR Online. 13 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  10. ^ "Dewi lasak kini di Slot aksi". Sinar Harian. 15 Jun 2013. Dicapai pada 2014-09-18.
  11. ^ Budiey (30 November 2012). "Natrah Versi Drama Bersiri Lakonan Nabila Dally Sasha Saidin". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2014-09-18.
  12. ^ Wahiduzzaman (14 April 2012). "Bella Daly Bawa Watak Natrah Dalam Siri Drama Baru". mStar Online. Dicapai pada 2014-09-18.
  13. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 14 April 2018.
  14. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  15. ^ Zaini Zaa (3 September 2015). "Kisah duta butik Ariani, Bella Dally". Agenda Daily. Dicapai pada 15 Julai 2016.
  16. ^ "Bella Dally selesa sederhana". Kosmo!. 12 April 2016. Dicapai pada 15 Julai 2016.
  17. ^ Aleya Amrio (28 November 2016). "Bella Dally Ambil Masa Kenali Karektor Desolusi". Malaysian Access. Dicapai pada 19 Januari 2017.
  18. ^ Nadia Azam (28 November 2016). Sikap Syamsul bikin Bella Dally betah di lokasi Malaysiakini. Diperoleh pada 23 April 2017
  19. ^ Feride Himet Atak (28 November 2016). "Bella Dally ambil masa serasi dengan Syamsul". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  20. ^ Amirul Haswendy Ashari (7 Mei 2018). "'Sedih' hingga kering air mata". RAP. Harian Metro. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  21. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Januari 2020). Bella lepas geram Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  22. ^ Zaidi Mohamad (30 Disember 2016). Kahwin bukan tiket Nazim, Bella Dally dedah kisah peribadi Berita Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2017.
  23. ^ Zaidi Mohamad (17 Mei 2018). Nazim, Bella Dally bercerai Berita Harian. Diperoleh pada 18 Mei 2018.
  24. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (17 Mei 2018). "Nazim Othman, Bella Dally sah bercerai". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  25. ^ Feride Hikmet Atak (16 Januari 2019). "Selamat bertunang, Bella Dally rancang nikah tahun depan". Berita Harian. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  26. ^ Sudirman Mohd Tahir (16 Januari 2019). "Bella Dally mengaku sudah bertunang". Harian Metro. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  27. ^ Aqmar Mustaza (16 Januari 2019). "Bella Dally bertunang: Perancangan ALLAH lebih sempurna". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Januari 2019.
  28. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (10 Mac 2019). "Bella nikah akhir bulan ini". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2019.
  29. ^ "Bella Dally kini isteri Ariff Izuddin". mStar Online. 31 Mac 2019. Dicapai pada 3 April 2019.
  30. ^ "Bella Dally selamat diijab kabul". Astro Awani. 30 Mac 2019. Dicapai pada 3 April 2019.
  31. ^ Feride Hikmet Atak (30 Mac 2019). "Bella sah milik Arif". Berita Harian. Dicapai pada 3 April 2019.

Pautan luar