Nas-T: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 170: Baris 170:
|
|
|-
|-
|rowspan=2|2013
|rowspan=3|2013
|''What If''
|''What If''
|Reza
|Reza
Baris 180: Baris 180:
|[[Astro Oasis]]
|[[Astro Oasis]]
|Episod: "Mati Jihad"
|Episod: "Mati Jihad"
|-
|''[[Plus One]]''
|Ryo
|[[TV9]]
|
|-
|-
|2014
|2014

Semakan pada 13:40, 30 September 2020

Nas-T
Kelahiran
Nas Muammar Zar bin Nasruddin

(1983-10-04) 4 Oktober 1983 (umur 40)
PekerjaanDJ, pelakon, model, pengacara
Tahun aktif2006–kini
PasanganAtita Haris (berkahwin 2016)
Anak-anak2
Kerjaya muzik
GenreHip hop, EDM, elektropop
InstrumenCDJ, meja pusing
Tahun aktif2001–kini
Pengkarya berkait
Dragon Red

Nas Muammar Zar bin Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T (lahir 4 Oktober 1983) merupakan seorang pemuzik, DJ, pengacara, pelakon dan model Malaysia. Beliau mula aktif sejak 2001 menerusi kugiran Dragon Red serta aktif sebagai DJ di kelab-kelab terkemuka di Kuala Lumpur dan kemudian menceburi bidang lakonan menerusi filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada tahun 2006.[1]

Pada tahun 2008, beliau meraih pengiktirafan menerusi watak Abu dalam siri TV KAMI dan meraih pencalonan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi watak sama dalam filem KAMI The Movie.

Dalam bidang muzik, bakat Nas-T sebagai DJ mula dikesan oleh DJ Fuzz sejak dibangku sekolah lagi. Beliau kemudiaannya menyertai kumpulan Dragon Red sebagai pemain meja pusng yang mana kugiran ini berjaya meraih anugerah Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 pada tahun 2007. Nas-T keluar dari Dragon Red pada 2008, selain itu, beliau juga muncul sebagai DJ tetap untuk rancangan bual bicara L8 Nite with Lo bersama Jason Lo.

Bakat Nas-T lebih bersinar dalam bidang lakonan apabila membintangi banyak drama TV popular seperti KAMI, Kamelia Katrina, Ghost, Blogger Boy dan Lagenda Budak Setan The Series. Beliau juga aktif dalam sukan bina badan dan bertanggungjawab melatih beberapa selebriti Shaheizy Sam dan dua anggota Sepahtu iaitu Shuib dan Jep.

Kehidupan peribadi

Nas-T telah sah menjadi suami kepada Atita Haris pada 29 Januari 2016 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya, Selangor.[2][3]

Beliau dikurniakan dua anak termasuk seorang anak tiri dari perkahwinan terdahulu isterinya.[4] Anak sulungnya dari perkahwannya dengan Atita, Nas Taliyah Nas Muammar Zard dilahirkan pada sambutan Maulidur Rasul.[5]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2006 Goodbye Boys Glen Bernard Chauly Filem pertama
2007 My Indie Rock Darling Naz Razaisyam Rashid
2008 KAMI The Movie Abu Effendee/Fariza Azlina
2009 Pisau Cukur Johan Bernard Chauly
2012 Jangan Pandang-Pandang Ben Ahmad Idham
Ngorat Azoe Abdul Razak Mohaideen
2013 Tanda Putera Najib Rahman Shuhaimi Baba

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2007 KAMI - The Series Abu 8TV
2008 Ghost Farouk 8TV 1 musim
Goda Khairy 8TV Episod: "Ai Pecah Tembelang"
2009 Rempit vs Impak Maksima TV3
2009-10 Blogger Boy Kid 8TV
Kamelia Katrina Astro Ria
2010 Waris TV2
Lagenda Budak Setan Azmi Astro Prima
Sumpahan Pusaka
2011-2013 6 Progresif Kecoh TV9
2011 Kali Kedua Reza TV9
Terowong Amin TV3 Episod: "Cantik"
2012 Miss Octopus Hakim TV3
2013 What If Reza 8TV
Tanah Kubur (Musim 7) Masyhur Astro Oasis Episod: "Mati Jihad"
Plus One Ryo TV9
2014 Cinta Ilahi Amar TV3
2016 Cinta Roller Coaster Izzat TV3
2017 Sedingin Cinta Antasya HyppTV

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Cerita Adam TV1
2016 Anak Imam Argentina
2017 Nurseri Sado TV2

Televisyen

  1. Latte with Jason Lo (2008-2009) - 8TV
  2. Skuad Pasar Malam (2013)
  3. Suka Lattew (2015)
  4. Alif & Geng Lumba Balik Kampung (2016)
  5. Meletop Kebabom (2015-2016)
  6. Drop The Beat (2018)

Iklan

  1. Celcom
  2. KFC
  3. Malaysia Cergas

Diskografi

Album bersama Dragon Red
  1. Holocaust (2006)

Anugerah dan pencapaian

Rujukan

  1. ^ "Lelaki Bulan Ini: Nas-T". Eh!. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  2. ^ Kemalia Othman (4 Februari 2016). Nas-T & Atita Nikah Awal Selepas Foto Kursus Kahwin Tersebar. mStar Online.
  3. ^ Akui Nas-T lelaki pilihan Utusan Malaysia (15 April 2013). Dicapai pada 23 Mac 2014.
  4. ^ Zaidi Mohamad (2 Februari 2017). Hidup Nas T berubah 360 darjah Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  5. ^ Zaidi Mohamad (13 Disember 2016). Nas T sambut Maulidur Rasul dengan kelahiran anak Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2017.

Pautan luar