Fezrul Khan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Baris 132: Baris 132:
|
|
|-
|-
|rowspan=6|2009
|rowspan=7|2009
|''Akademi Polis''
|''Akademi Polis''
|Faizal
|Faizal
Baris 140: Baris 140:
|''[[Cinta Balqis]]''
|''[[Cinta Balqis]]''
|Hassan
|Hassan
|[[TV3]]
|
|-
|''Yusuff''
|Yaser
|[[TV3]]
|[[TV3]]
|
|

Semakan pada 07:01, 6 Oktober 2020

Fezrul Khan
Kelahiran
Fezrul Khan bin Junaidi Khan

(1982-09-24) 24 September 1982 (umur 41)
PekerjaanPelakon, pengarah
Tahun aktif2004–kini
PasanganNoorhafizah Zulkafli (2012-15; bercerai)

Fezrul Khan bin Junaidi Khan (lahir 24 September 1982) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2004 menerusi filem SH3 dan sejak itu, membintangi puluhan drama dan telefilem.[1]

Kerjaya

Fezrul memulakan kerjaya lakonan dengan membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem SH3 The Movie arahan Zek Zukry, ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha. Filem ini ditayangkan pada 2 Disember 2004.[2] Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Syukri dalam drama Dua Hati di TV3, ia menjadi drama pertama lakonannya.[3] Beliau memegang watak sebagai Razlan dalam drama Jelatang, digandingkan bersama Intan Ladyana.[4][5]

Pada tahun 2010, beliau menjayakan peranan undangan dalam drama keagamaan Pintu Taubat arahan Jurey Latiff Rosli sebanyak 2 episod. Dua tahun kemudian, beliau muncul dalam filem Sumpahan Kum Kum arahan Ismail Bob Hasim, memegang watak sebagai Adi; filem ini bagaimanapun menjadi kegagalan komersial.[6] Fezrul memegang watak sebagai Harry dalam drama Bini-Bini Perkasa, yang diadaptasi dari filem Bini-Biniku Gangster; beliau digandingkan bersama Yana Samsudin dan Intan Ladyana, drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Aksi TV3 bermula 3 September 2012.[7][8]

Fezrul kembali bekerjasama dengan Yana menerusi filem Cerita Kita arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 7 Mac 2013; memegang watak sebagai Malek.[9] Beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dan Izzue Islam dalam drama adaptasi novel, Sebenarnya, Saya Isteri Dia! sebagai Farish Adryan.

Pada 22 Mei 2014, beliau digandingkan bersama Erin Malek dalam filem komedi romantik Awak Nak Kahwin Dengan Saya? arahan Eyra Rahman.[10] Pada 13 November 2015, beliau berlakon bersama Ummi Nazeera dalam Alif Imani sebagai Alif, kepentingan cinta Imani lakonan Ummi.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012 dan memfailkan perceraian talak satu pada 19 Ogos 2015 akibat masalah dalaman yang dihadapi.[11][12]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2004 SH3 The Movie Mario Zek Zukry Filem pertama
2012 Sumpahan Kum Kum Adi Ismail Bob Hasim
Hanya Aku Cinta Kau Seorang Iqwal Olynn Khadri
2013 Minyak Dagu Azman Azhari Zain
Cerita Kita Malik Pierre Andre
Bencinta Kamal Eyra Rahman
Aku Pilih Kamu Aliff
2014 Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Andika
Kaki Kitai Ayoi Azaromi Ghozali
2015 Mirip Nik/Irwan Jokin
2020 Polis Evo 3 Inspektor Faizal Syafiq Yusof

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Dua Hati Syukri TV3
2007 Jelatang Razlan TV3
Tidak Pernah Ku Sesali Rahimi TV1
2008 Ezora Adrian TV3
Cinta Batu Belah Azmi TV3
2009 Akademi Polis Faizal TV9
Cinta Balqis Hassan TV3
Yusuff Yaser TV3
Tower 13 Adam Bakhtiar TV3
Roda-Roda Kuala Lumpur TV2 Pelakon undangan
Jejak Saiful TV2
Bara Yang Ku Genggam Shauki TV2
2010 Sayang Cendana Hakimi TV3
Ulek Mayang Ali TV3
Aliff Firdaus Achik TV3
Pintu Taubat Astro Oasis Episod: "Anak" (Episod 4)
Episod: "Dusta" (Episod 7)
Janji Kekasih Shah TV3
2011 Santau Merasuk Halim TV3
Terowong Tahar TV3 Episod: "Curang"
Asmara 2 Ferhad TV3
2012 Bini-Bini Perkasa Harry TV3
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Farish Adryan TV3
Tanah Kubur (Musim 6) Fadil Astro Oasis Episod: "Minyak Pengasih"
Love You Mr. Arrogant Aidil TV3
Kalam Asraf TV2
Menjinak Ombak Tengku Fattah TV3
2014 Anugerah Terindah Amar TV3
Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Dr Fitri TV3
Tanah Kubur (Musim 12) Azman Astro Oasis Episod: "Tagih Pusaka"
Raya Ni Mesti Kahwin Aryan TV3
2015 Alif Imani Alif TV9
2016 Cinta 100kg Khairul TV3
Hero Bomba Zarul TV2
Mr. Secret Admirer Syed Redza HyppTV
Sayangku Kapten Mukhriz Izzuddin TV3
Diari Cinta Kita Hakim TV9
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Tengku Muiz Astro Ria
Seharum Mawar Syakir TV1
Bahagia Kasihmu Zarul TV3
Dendam Aurora Ustaz Hakim Hamzah Astro Prima
Coklat Munir TV1
2018 Teratai Kemboja Hafiz TV3
KL Gangster: Underworld Damak Iflix 6 Episod
Mocha Kau Bahagia 2 Remy TV3
Jibril Morshidi ntv7
Mencari Qiblat Ruslan TV3
Selafaz Cinta Irsan Astro Prima
2019 Syahadat Cinta Akmal TV2 Slot Galeri
Devoted Idris Viu
Seputih Cinta Rangbulan Johan TV Okey
4 Penjuru Thoriq @ Angah Astro Citra
2020 Dendam Cinta Arissa Zariman Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Jejaka Idaman Astro Ria
2010 Sebening Keringat Aman/Along TV3
Seram Tahar TV3
Serapuh Arang Yusuf TV3
2011 Ampunkan Dosaku Ustaz Nizar TV3
2012 Saleha Manaf TV3
Jubah Putih Kain Kapan Amir TV3
2013 Awang Batil Terakhir Elias Astro Prima
Misi Papa Aiman Azman TV9
Oh Tak Puasa Ya Cikgu Firdaus TV3
Derhaka Seorang Anak Shafiqul TV3
2014 Aidil Click Aidil TV1
Mata Hati TV2
Vaanakam Cikgu Cikgu Kamal Hassan TV3
Angsa Masak Cabai Azlan TV3
2015 Lima Kali Cinta Cikgu Razak TV3
Calon Isteri Daim TV1
Wang Atau Cinta Mat Jep TV9
Khilaf Seorang Isteri Muiz TV9
Rumah Kecil Untuk Tuhan Razman TV3
2016 Hayat Hayat TV3
Hilangnya Kasih Fuad TV9
Alim Alim Kucing Hafiz TV1
2017 Air Zamzam Untuk Mak Khalid TV3
2018 Di Penghujung Sujud Azmir TV3
I Heart You Cik Yah Astro Citra
30 Hari Membunuh Cinta Bos Syawal
2019 Dia Tidak Berdosa Karim TV1

Rujukan

  1. ^ Fezrul Khan, 10 tahun berlakon, masih tak popular mStar Online (30 Mei 2014). Dicapai pada 1 Jun 2014.
  2. ^ "Filem SH3 - Untuk peminat hip hop". Utusan Malaysia. 1 September 2003. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  3. ^ Wanda Idris (22 Julai 2006). "2 Hati duga kesetiaan persahabatan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Januari 2015.
  4. ^ Budiey (12 Disember 2007). "Gambar Fezrul Khan Pelakon Drama Jelatang & Girlfriend Teman Tapi Mesra". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 Ogos 2014.
  5. ^ "Pergolakan cinta terlarang dalam Jelatang". mStar Online. 26 Jul 2007. Dicapai pada 26 Apr 2010.
  6. ^ "Sumpahan Kum Kum menyeramkan". Selebriti Online. 20 Januari 2012. Dicapai pada 26 Apr 2012.
  7. ^ ""Bini-bini Perkasa" – Apa Berlaku Sekiranya Kuasa Wanita Menandingi Lelaki?". Oh Bulan!. 21 September 2010. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  8. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (6 September 2012). "Bini-Bini Perkasa: Aksi komedi luar biasa". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  9. ^ "CERITA KITA BUKAN FILEM KLISE, PUNYAI KEKUATAN SENDIRI". WordPress. Metrowealth. 7 Mac 2013. Dicapai pada 3 Januari 2015.
  10. ^ Hanan Mansor (24 Mei 2014). Lamaran 'kekasih paksa' Sinar Harian Dicapai pada 29 April 2015.
  11. ^ Feride Hikmet Atak (20 Ogos 2015). Pelakon Fezrul Khan cerai talak tiga selepas tiga tahun berkahwin mStar Online. Dicapai pada 19 Ogos 2016.
  12. ^ Farhana Abd Rahman (20 Ogos 2015). Kami bercerai kerana masalah dalaman Berita Harian. Dicapai pada 19 Ogos 2016.

Pautan luar