Aeril Zafrel: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Baris 284: Baris 284:
| ''Tercipta Satu Ikatan''
| ''Tercipta Satu Ikatan''
| Daniyal
| Daniyal
| [[Astro Ria]]
| style="text-align:center;"|[[Astro Ria]]
|-
|-
|}
|}

Semakan pada 07:07, 6 Oktober 2020

Aeril Zafrel
Kelahiran
Suhairil bin Sunari

(1988-12-02) 2 Disember 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2006–kini
Ketinggian174 cm (5 ka 9 in)
PasanganWawa Zainal (k. 2013)
Anak-anak3

Aeril Zafrel (lahir Suhairil bin Sunari; 2 Disember 1988) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Andi dalam siri TV Kisah Kaisara musim pertama. Kelibatnya juga dilihat dalam Senja Permai di Astro Prima, Durja Ningsun, Cinta Jannah serta drama bersiri eksklusif Cerita Cinta Kita di TV3. Selepas itu, nama beliau mekar di arena perfileman dan sering memegang watak utama dalam drama bersiri seperti Jibril dan Mandatori.

Kerjaya

2006-2009: Penglibatan awal

Allahyarham Khairil Khamis, seorang pelakon dan penyanyi era 80an merupakan bapa angkatnya yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni apabila beliau membawa Aeril ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama pada tahun 2006 dan seterusnya memperkenalkan beliau kepada pengarah handalan Aziz M. Osman dan penerbit Noraliah Lee (Vee). Aziz dan Vee kemudiannya menyunting Aeril untuk membintangi siri TV remaja Kisah Kaisara lakonan Sari Yanti pada tahun 2007.

Pada tahun 2010, Khairil telah meninggal dunia, kini Aeril masih aktif di persada seni untuk terus menyambung cita-cita arwah bapa angkatnya itu.

2010-2012: Kesinambungan kejayaan

4 tahun pertama pembabitan Aeril dalam dunia lakonan tidak begitu memberangsangkan. Lakonan Aeril sering dkritik namun pelakon remaja ini tidak berputus asa. Selepas tidak lagi menyertai siri Kisah Kaisara untuk musim kedua, Aeril bersama seorang rakan menubuhkan sebuah kumpulan bernama CanDo Sahaja pada tahun 2008. Kumpulan ini disunting oleh label Secondlife. [1]

CanDo Sahaja dianggotai Aeril dengan menggunakan nama Farel bersama temannya, Delly. Bakat nyanyian mereka telah dicungkil oleh penulis lirik Adinda Amiro. Setelah menjalani proses rakaman serta kelas vokal intensif, ‘single’ dari kumpulan ‘CanDo Sahaja’ sepatutnya boleh dinikmati oleh peminat-peminat bidang seni suara pada awal Februari 2009 namun sebaliknya berlaku. Karier nyanyian Aeril terkubur begitu sahaja apabila perancangan menerbitkan album mereka dibatalkan. Lebih malang lagi, Aeril dan Delly terheret dalam kancah kontroversi apabila gambar porno kumpulan tersebut yang menonjolkan aksi mereka di atas ranjang (dengan hanya berselimut) dijadikan isu hangat serta dibincangkan di forum-forum internet.

Selepas kontroversi tersebut dan kematian bapa angkatnya, Aeril tampil dengan nama komersial baru selepas beberapa kali bertukar nama (bermula dengan nama Airil Yayang ke Suhairil Suhari ke Aeril Sunari dan Farel). Tuah memihak kepadanya apabila lakonan beliau bersama pelakon remaja Nurul Elfira Loy sebagai anak kepada Norman Hakim & Marissa Yasmin dalam siri TV Senja Permai berjaya meraih perhatian ramai.

Seterusnya Aeril disunting pula untuk membintangi dua buah filem iaitu arahan pengarah tersohor Mamat Khalid berjudul Apokalips berganding bersama nama besar seperti Farid Kamil dan juga filem Aku Tak Bodoh sekaligus memberi peluang kepada Aeril untuk menimba pengalaman berlakon bersama aktor kelas A seperti Namron & Adibah Noor. Bintang Aeril terus dicungkil oleh pengarah prolifik Ahmad Idham apabila beliau diberi peluang memegang watak utama dalam siri TV Durja Ningsun bersama aktres remaja Erin Malik pada tahun 2010.

Biarpun telah melepasi usia 23 tahun, namun kerana wajahnya yang masih keanak-anakan Aeril masih disunting untuk watak-watak belasan tahun. Siri TV terbitan MIG iaitu KLIK sekali lagi membawa Aeril ke sekolah. Tahun 2012 menyaksikan Aeril naik pangkat ke peranan pelakon utama apabila meraih peluang memegang watak utama Adam dalam filem terbitan KRU Studios iaitu Cinta Kura-kura arahan Nizam Zakaria. Dalam filem tersebut Aeril bergandingan bersama dramatis popular Tiz Zaqyah. Tahun 2012 juga menyaksikan beliau muncul dalam tiga buah filem terbitan Metrowealth (MIG) dimana dua daripadanya bergandingan bersama aktres Wawa Zainal. Filem 7 Petala Cinta menyaksikan pertama kali Aeril memegang watak Ahmad Attar dalam filem bercorak kerohanian, sementara filem Budak Pailang menyaksikan sisi sebenar lakonan Aeril diuji dan kemampuannya memegang watak remaja flat yang terlibat dalam pengedaran dadah hingga dimasukkan dalam sekolah juvana mendapat pujian ramai. Aeril juga sebelum itu muncul dalam sebuah lagi filem iaitu Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HAKS) membawa watak utama dalam konflik cinta platonik.

Selain aktif dalam bidang lakonan, Aeril juga sering menjadi peragawan untuk pertunjukan fesyen dan pelancaran produk. Memikirkan hala tuju kariernya, Aeril tidak lagi mahu terikat dengan satu studio sahaja, maka filem 99 Kali Rindu, dimana beliau memainkan watak Ahmad Attar menjadi filem terakhirnya sebagai artis residen MIG. Ketika beliau dan agen dikatakan sedang mencari peluang untuk berlakon di negara jiran Indonesia, peluang yang lebih besar tiba apabila Aeril dilamar untuk membintangi filem Hollywood berjudul Mothers Day, memegang salah satu watak penting bersama pelakon handalan seperti Susan Sarandon, Sharon Stone.

Sejak pembabitan Aeril di peringkat antarabangsa, namanya semakin diangkat di persada seni. Kemunculan Aeril dalam telenovela Cinta Jannah pada Ogos 2013 di slot Akasia TV3 berjaya menjulangkan lagi namanya dan lakonannya bersama Nelydia Senrose meningkatkan lagi populariti Aeril sebagai hero baru TV dan filem di Malaysia.

2013–kini: Cinta Jannah dan perkembangan terkini

Setelah Cinta Jannah berjaya mencatat rekod tayangan tertinggi untuk Slot Akasia pada tahun 2013, Aeril menempa nama selesa sebagai pelakon papan atas untuk drama televisyen. Penampilan beliau selepas itu tidak lagi sekerap awal kemunculan tetapi tetap dinanti dan mendapat rating yang tinggi.

Antara drama-drama popular lakonan Aeril adalah Nahu Rindu, Cerita Cinta Kita, Patahnya Sebelah Sayap, Akulah Balqis dan paling diperkatakan adalah lakonannya dalam drama premium Mandatori yang ditayangkan di saluran Astro First.

Kerjaya filem Aeril bagaimanapun bergerak sederhana. Filem CCTV (2015) meraih sambutan baik dan lakonan Aeril mendapat pujian pengkritik dan penonton.

Aeril bersama-sama dengan Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Ilyas.[2]

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada tahun 2013 secara rahsia dan dikurniakan dua orang anak.[3]

Filemografi

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2010 Aku Tak Bodoh Sudin Boris Boo Filem pertama
2012 Cinta Kura-Kura[4] Adam Nizam Zakaria
7 Petala Cinta Attar Azhari Zain
Hanya Aku Cinta Kau Seorang Mukhlis Olynn Khadri
Budak Pailang Badrul Hashim Rejab
2013 99 Kali Rindu Attar Azhari Zain
2015 CCTV Hariri Devan R.
2016 Saga Berterusan Inspektor AJ Ghaz Abu Bakar Filem pendek
#ER3 Ertiga
2018 7ujuh Ilyas Raja Mukhriz
2019 Geran Lah Areel Abu Bakar
KL Vampires Indra Devan R.
TBA Musyrik Filem dan drama yang belum dikeluarkan Arjin Uppal Pos-produksi
300 Nautika Filem/drama yang belum dikeluarkan Kamal Pos-produksi
Omerta dagger Dirinya sendiri Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Permata Hati Mama
2008 Kisah Kaisara Affendi TV3
2009 Senja Permai Danial Astro Prima
2010 K.I.T.A. Remy Astro Ria
Durja Ningsun Aliff TV3
Hero Komik TV2
KL Rock N Roll Astro Ria
2011-2012 6 Progresif Jimmy TV9
2011 KLIK Redwan Astro Ceria
Ramadhan Terakhir Daniel TV3
2012 KLIK 2 Redwan Astro Ceria
2013 Janji Shirah Luqman TV3
Cinta Jannah Izaryl
2014 Cerita Cinta Kita Adam
2015 Andai Bumi Tulip Takdirku Sufian TV AlHijrah
HidayahMu Ramadan Amar TV3
Akulah Balqis Yamin
2016 Patahnya Sebelah Sayap Khuzairi
2017 Nahu Rindu Fateh/Kasyaf
My Sweet Lavender Danish TV9
Mandatori Inspektor Norman Astro First Eksklusif
2018 Zahir Tak Terucap Haziq TV3
Cinta Fatamorgana Rifqi
Menggapai Awan Nafis
Patahnya Sebelah Sayap 2 Khuzairi
Jibril Jibril ntv7
Mencari Qiblat Adam TV3
2019 Cinta Tanpa Henti Hisyam
Cari Aku Di Syurga Anas
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Andika Iman
2021 Tercipta Satu Ikatan Daniyal Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Tok Bah TV1
2011 Puteri Kayangan Azam TV3
2012 Pelarian Muhamad
Perempuan Neraka Fendi
Kenapa Aku Binti Abdullah Taufiq TV9
2013 Anak Sampah Sufian TV3
Sungai Lui Azam TV9
Cinta Mat Semperit Ariel TV3
Mungkin Itu Kasihmu Amar TV2
Hafiz Tahfiz Hafiz TV AlHijrah
2014 Cinta Hati Suri Rangga TV3
Dari Kerana Mata Rudy Astro Prima
Lambaian Kerinduan Muaz TV9
Novel Fana Kamal Astro Prima
Cikgu Bidan Irwan TV3
Namaku Maisara TV2
Seindah Kasihmu Atan TV1
2015 Diva Akmal Astro Prima
Cik Puan Sinderella Bone Astro Ria
Dia Imamku Kamal TV3
2016 Ku Haramkan Susu Itu Tamar TV9
Tetamu Ramadan Hazim TV3
Buku Cinta Abah Aizad
Bella Mencari Cinta[5] Dr Fahrin TV9
2017 Biarkan Cinta Tersenyum Lagi[6] Redza Astro Ria
Mengharap Sebuah Keredhaan Amir TV9
Nota Silam[7] Azrul Astro Citra
Kita Bukan Anjing Sipul
Negaraku 16 September[8] Cikgu Omar
Sekolah Api Hafiz / Api
2018 Hidayah Itu Milik Ilahi Faliq TV1
Genesis Amirul TV3
2020 Arus Merah Marwan Astro First Eksklusif Pengarah

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Ketuk Ketuk Ramadan Artis jemputan TV1
2018 Kata Serasi Tetamu jemputan ntv7

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2011
Festival Filem Malaysia ke–24
Pelakon Harapan Lelaki Aku Tak Bodoh Tercalon
Anugerah Skrin ke–15
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2013
Anugerah MeleTOP Era
Couple MeleTOP (bersama Wawa Zainal) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–27
Gandingan Serasi di Layar (bersama Wawa Zainal) Tercalon
2014
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pertama
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Janji Shirah Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Nabila Huda) Tercalon
Anugerah Stail EH!
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Wawa Zainal) Tercalon
2015
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–2
Pelakon Drama Lelaki Pilihan Cerita Cinta Kita Tercalon
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Wawa Zainal) Tercalon
Barisan Pelakon Pilihan Tercalon
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–3
Pasangan Pilihan (bersama Zara Zya) HidayahMu Ramadan Tercalon
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4
Aktor Pilihan Patahnya Sebelah Sayap Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Ummi Nazeera) Tercalon
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Mengharap Sebuah Keredhaan Tercalon
2018
Anugerah Telenovela ke–3
Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela Mandatori Menang

Rujukan

Pautan luar