Pertubuhan Kesihatan Sedunia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
buang pautan spam
Teg: Suntingan sumber 2017
+可愛+天使 (bincang | sumb.)
koordinat
Baris 1: Baris 1:
{{coord|46|13|56|N|06|08|03|E|display=title}}
{{Infobox PBB
{{Infobox PBB
| name = World Health Organization
منظمة الصحة العالمية {{ar icon}}
世界卫生组织 {{zh icon}}
Organisation mondiale de la santé {{fr icon}}
Всемирная организация здравоохранения {{ru icon}}
Organización Mundial de la Salud {{es icon}}
| name = World Health Organization
منظمة الصحة العالمية {{ar icon}}
世界卫生组织 {{zh icon}}
Organisation mondiale de la santé {{fr icon}}
Всемирная организация здравоохранения {{ru icon}}
Organización Mundial de la Salud {{es icon}}

Semakan pada 09:23, 6 Oktober 2020

Koordinat: 46°13′56″N 06°08′03″E / 46.23222°N 6.13417°E / 46.23222; 6.13417

Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Kerangka
KependekanWHO
Jenis/bentuk sahAgensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Status undang-undangAktif
IndustriKesihatan awam Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiPersatuan Penerbit Saintifik, Teknikal dan Perubatan Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Cina Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.who.int/
Facebook: who Twitter: WHO Mastodon: WHO@mstdn.social Instagram: who LinkedIn: world-health-organization Snapchat: who Youtube: UC07-dOwgza1IguKA86jqxNA Pinterest: worldhealthorganization TikTok: who GitHub: WorldHealthOrganization Sunting ini di Wikidata
Sejarah
PendahuluPejabat Kebersihan Awam Antarabangsa Sunting ini di Wikidata
Dibentuk7 April 1948; 76 tahun yang lalu (1948-04-07)
Pengurusan
KetuaTedros Adhanom, Ketua Pengarah
Pengarah/pengurusTedros Adhanom Sunting ini di Wikidata
Organisasi indukMajlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
SubsidiariPejabat Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Afrika, Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika, Pejabat Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Eropah, Alliance for Health Policy and Systems Research, World Health Organization (France), World Health Organization Regional Office for South-East Asia, World Health Organization Regional Office for the Eastern Mediterranean, World Health Organization Regional Office for the Western Pacific, Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan mengenai Kanser, International Clinical Trials Registry Platform Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Kakitangan/pekerja 7,000 (2014) Sunting ini di Wikidata
Anugerah
Anugerah Puteri Asturias untuk Kerjasama Antarabangsa (2009), Pegawai Darjah Kondor Andes Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Bendera Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Ibu pejabatGeneva, Switzerland
Lokasi
Koordinat46°13′57.94″N 6°8′3.66″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (bahasa Inggeris: World Health Organisation, WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan pada 7 April 1948.

WHO bertanggungjawab untuk Laporan Kesihatan Sedunia, Kajian Kesihatan Sedunia, dan Hari Kesihatan Sedunia. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom, juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan Habsyah dari tahun 2005 hingga 2012 dan sebagai Menteri Luar Ethiopia dari 2012 hingga 2016. Adhanom memulakan tempoh lima tahunnya pada 1 Julai 2017.[1]

Struktur Organisasi

Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.

Ketua Pegawai Eksekutif
Nr Ketua Pengarah Negara Masa Tempoh[2]
9 En. Tedros Adhanom  Habsyah 2017–kini ...
8 Pn. Margaret Chan  Hong Kong 2007–2017
7 En. Anders Nordström  Sweden 2006–2007, sementara
6 En. Lee Jong-wook  Korea Selatan 2003–2006 († 22/5/2006)
5 Pn. Gro Harlem Brundtland  Norway 1998–2003
4 En. Hiroshi Nakajima  Jepun 1988–1998
3 En. Halfdan T. Mahler  Denmark 1973–1988
2 En. Marcolino Gomes Candau  Brazil 1953–1973
1 En. Brock Chisholm  Kanada 1948–1953
WHO Executive Board (34 pengguna)
Masa Tempoh Afrika Eropah Timur
Mediterranean
Timur dan
Asia Selatan
Pasifik Barat Amerika
2017-2020
[3]

Algeria
Burundi

Belanda
Turki

Libya

Bahrain
Bhutan

Fiji
Vietnam

Colombia
Jamaica
Mexico

2015-2018
[4]

Congo

Perancis
Sweden

Jordan
Malta
Pakistan

Kazakhstan

New Zealand
Filipina
Thailand

Kanada
Republik Dominika

2014-2017

RD Congo
Gambia
Liberia

United Kingdom
Rusia

Eritrea
Kuwait

Nepal

China

Amerika Syarikat

2013-2016

Namibia
Afrika Selatan

Albania
Andorra

Mesir

Korea Utara
Arab Saudi

Jepun
Korea Selatan

Argentina
Brazil
Suriname

Keahlian

Pertubuhan ini disertai oleh semua negara ahli PBB kecuali Liechtenstein dan dua negara bukan PBB, iaitu Niue dan Kepulauan Cook. Pertubuhan Pembebasan Palestin serta Takhta Suci (Kota Vatican) merupakan negara pemerhati. Terdapat juga ahli sekutu seperti Puerto Rico dan Tokelau.

Peranan

Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-tahun yang akan datang.

WHO juga menaja kempen menggalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta kempen antirokok.

WHO menjalankan penyelidikan sama ada medan elektromagnetik di sekeliling telefon bimbit membahayakan kesihatan. Kadang-kala, laporan WHO menimbulkan kontroversi. Pada April 2003, ia mengesyorkan supaya gula yang dimakan patut kurang daripada 10% daripada makanan keseluruhan. Hal ini menimbulkan kemarahan industri gula.

WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD) yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia.

Ia juga boleh dikatakan bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs) yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.

Kewangan

WHO ditabung oleh dermaan daripada negara ahli dan peribadi. WHO juga mempunyai kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, industri farmaseutik dan yayasan-yayasan.

Rujukan

1. ^ "Dr Tedros takes office as WHO Director-General". Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 1 Julai 2017.
2. ^ WHO Presidents
3. ^ WHO Executive Board members 2017. Diperolehi 15/04/2017.
4. ^ WHO Executive Board members 2015 Diperolehi 15/11/2015.

Pautan luar