Zain Saidin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 63: Baris 63:
|-
|-
|2015
|2015
| ''[[Love, Supermoon]]''
! ''[[Love, Supermoon]]''
| Fakrul
| Fakrul
| Filem pertama
| Filem pertama
Baris 278: Baris 278:
| Henry Middleton
| Henry Middleton
|-
|-
|2016
|rowspan="2"|2016
| ''Oh My English: Oh My Ganu 2
| ''Oh My English: Oh My Ganu 2
| Henry Middleton
| Henry Middleton
|-
| ''Kak Marr Raya''
| Ian Abdullah
| TV3
|-
|-
|rowspan="2"|2018
|rowspan="2"|2018

Semakan pada 12:22, 6 Oktober 2020

Zain Saidin
Fail:ZainSaidin.jpg
Zain sebagai Henry Middleton dalam Oh My English!
Kelahiran
Mohamad Zain bin Mohd Saidin

(1984-02-23) 23 Februari 1984 (umur 40)
PekerjaanPelakon, pelawak, model
Tahun aktif2009–kini
Ketinggian171 cm (5 ka 7 in)
PasanganRozita Che Wan (k. 2013)
Anak-anakAaisyah Dhia Rana
Ibu bapaSiti Aisyah Abdullah
Mohd Saidin
SaudaraSasha Saidin (kakak)
Adam Abdullah (abang sulung)

Mohamad Zain Mohd Saidin (lahir 23 Februari 1984)[1] ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berdarah campuran MelayuInggeris.[2]

Zain telah berlakon beberapa buah drama antaranya Kiah Pekasam, Awan Dania 3 dan yang terbaru ialah Gemersik Kalbu. Beliau juga berlakon dalam siri Oh My English! di saluran Astro TVIQ, di mana beliau memainkan watak sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dari United Kingdom.[3]

Kerjaya

Drama Suraya yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 ini antara penampilannya yang menarik perhatian ramai. Watak lelaki mualaf bernama Steve yang dipegangnya di dalam drama itu pada mulanya hanya watak pembantu yang kemudiannya dikembangkan menjadi watak penting.

Difahamkan semua berpunca daripada watak utama yang sedia ada seperti Fizo Omar dan Remy Ishak yang terpaksa ‘dihentikan’ kerana kedua-dua pelakon itu terikat dengan komitmen produksi lain. Lalu, tuah sekali gus menyebelahi Zain.

Sebelum Suraya, Zain pernah berlakon watak tambahan dan itu satu proses biasa sebelum diketengahkan sebagai watak utama.Kebelakangan ini, sudah mula yang menyedari kehadirannya hingga memberi jolokan sebagai hero pelapis. Zain bermula sebagai pelakon iklan.

Ikutkan sejak kecil lagi, ibu zain akan membawa dia dan Sasha untuk menghadiri uji bakat berlakon iklan. Proses itu berlarutan sampai zain di tingkatan tiga. Kemudian, zain berhenti berlakon iklan demi memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, zain pernah bekerja sebagai pelayan dan barista di restoran serta hotel. Dia juga pernah bekerja sebagai jurulatih kecergasan di gimnasium. Dua tahun lalu, Zain pernah ditawarkan berlakon oleh MD Fadzil Teh yang juga pemilik Zeel Production Sdn Bhd, tetapi dia terikat dengan kerja di gim.[perlu rujukan]

Tetapi selepas mengetahui yang zain sudah berhenti kerja sebagai jurulatih kecergasan tahun lalu, Fadzil menawarkan saya peluang berlakon drama Suraya dan ketika itu penggambaran drama terbabit sedang rancak dilakukan. Peluang kedua itu zain gunakan sebaik mungkin.

Menurut Zain, dunia lakonan yang dulunya dianggap sekadar mencuba dan suka-suka, akhirnya menjadi kecintaannya. Berbanding lakonan, dunia nyanyian sebenarnya lebih dulu diminatinya. Zain pernah merakamkan lima buah lagu bersama Sasha dan bekas kakak iparnya, Hana. Namun projek itu terbantut atas sebab tertentu.

Kehidupan peribadi

Zain merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik. Bapanya adalah Melayu manakala ibunya ialah British. Walaupun tidak ada sedikit pun raut Melayu di wajahnya. Ternyata, gen darah Inggeris lebih mendominasi namun jangan pandang rendah anak jati Gombak ini kerana hanya pada zahirnya saja tampak seperti Mat Salih tetapi jiwanya Melayu. Pada zaman kanak-kanak, dia menikmati kehidupan seperti mana anak kampung lain. Melastik burung, mandi sungai, bermain bola sepak dan senapang kayu antara aktiviti kegemaran Zain atau nama penuhnya, Mohamad Zain Mohamad Saidin. Bahkan bukan pasta, lasagna, burger atau stik hidangan kesukaan sebaliknya tekaknya lebih berselera menikmati masakan kampung serta sambal belacan.

Dia juga fasih berbahasa Melayu bahkan adab budaya dipegang kuat walaupun hidup di ibu kota. Anak muda ini sedar itulah teras warisan yang harus dipraktik dan dipelihara.

Zain mahir dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris kerana pernah belajar di tiga buah sekolah berbeza, Sekolah Sri Inai, Garden International School dan SMK sri Petaling yang memberi pendedahan bahasa berbeza. Di rumah, Zain berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan emaknya tetapi biasanya menggunakan bahasa ‘rojak’ dengan adik-beradik lain.

Zain berkahwin dengan pelakon Rozita Che Wan pada 13 Disember 2013. Pasangan itu mempunyai anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang dilahirkan pada 1 November 2014. Majlis pernikahan itu diadakan pada jam 7.30 malam di Gazebo, Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.[4][5][6]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Love, Supermoon Fakrul Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009–2010 Suraya Steve TV3
2010 Chinta Eddie
Telah Dihalalkan Epal Itu TV AlHijrah
Duyong Aridinata Daniel TV3
Sayang Cendana Raja Kayangan
Kiah Perkasam Rodi Astro Warna
2011 Awan Dania (Musim 3) Astro Ria
Mata Ayer Ishaq TV3
Annissa Zairi
Terowong Aliff Episod: "Mesej Puaka"
Obor-Obor Chad TV2
2012 Gemersik Kalbu Hisyam TV3
Naziha Amri
Friday I'm In Love Zane TV9 Pelakon pembantu
Evolusi KL Drift: The Series Sham TV2
2012–2015 Oh My English (Musim 1-4) Henry Middleton Astro TVIQ
2013 Epilog Cinta Khirana Doktor TV3 Penampilan khas
Drama Cucur Bawang Kopi O Iskandar TV1
Plus One Joe TV9
Jodoh Itu Milik Kita Jarrad Astro Mustika HD
2014 Walau Sedetik Cuma Muaz TV AlHijrah
2015 Oh My English! Class Of 2015 Henry Middleton Astro TVIQ
2016 Kak Marr Ian Abdullah TV3 Penampilan khas
Diaspora Cinta Saiful TV1
Cinta 100kg Shahril TV3
2017 Kisah Dari Mekah Astro Oasis
2018 Kelip-Kelip Di Kota London Saddiq TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Tu Dia Kiah Nak Raya Rodi Astro Warna
Wartawan Oh Wartawan Johari Astro Prima
2011 Alin ke Elin Sam RTM
2012 Anak Ikan Astro Prima
Pengawal Hatiku TV3
2013 Oh My Ganu! Henry Middleton Astro TVIQ
Menantu Raya Mikail TV3
Maafkan Kami Khai
Bukan Cinta Monyet Alvin
Perrgghh Zain Saidin RTM
2014 Oh My English: Hello America! Henry Middleton Astro TVIQ
2015 Oh My English: Villa Isabella! Henry Middleton
2016 Oh My English: Oh My Ganu 2 Henry Middleton
Kak Marr Raya Ian Abdullah TV3
2018 Hantu Judi Astro Citra
Syirik Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 MasterChef Selebriti Malaysia (Musim 2) Peserta Astro Ria
2014 Fear Factor Malaysia (Musim 2) Peserta
Anugerah MeleTOP Era 2014 Pencalon
2015 Jangan Gelak Astro Warna
Anugerah MeleTOP Era 2015 Pencalon Astro Ria
2016 Lari bersama prosperity
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Pencalon Astro Ria
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019

Muzik video

Tahun Tajuk Lagu Penyanyi Ruj
2013 "Lebih Indah" Datuk Siti Nurhaliza

Rujukan

Pautan luar