Vincent Tan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Loungest1903 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tambah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 14: Baris 14:
|nationality =Malaysia
|nationality =Malaysia
|occupation = Ahli perniagaan
|occupation = Ahli perniagaan
Pengerusi [[Berjaya Group]]
Pengerusi [[Berjaya Group]], Pemilik [[Cardiff City Football Club]]
Pemilik [[FK Sarajevo]] (30%)
Pemilik [[K.V. Kortrijk]]
|years_active =
|years_active =
|home_town =
|home_town =
Baris 27: Baris 29:
Pada 23 Februari 2012, beliau mengumumkan belliau bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Dato' Sri [[Robin Tan Yeong Ching]].
Pada 23 Februari 2012, beliau mengumumkan belliau bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Dato' Sri [[Robin Tan Yeong Ching]].
<ref>[http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/23/mstar_berita/20120223144343&sec=mstar_berita Vincent Tan Bersara Dari Berjaya Corporation]</ref>
<ref>[http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/2/23/mstar_berita/20120223144343&sec=mstar_berita Vincent Tan Bersara Dari Berjaya Corporation]</ref>

== Syarikat ==
== Syarikat ==
Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad daripada syarikat asalnya Broken Hill Proprietary Ltd, [[Australia]] dan National Iron & Steel Mills, [[Singapura]]. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.
Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad daripada syarikat asalnya Broken Hill Proprietary Ltd, [[Australia]] dan National Iron & Steel Mills, [[Singapura]]. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.

Semakan pada 01:52, 7 Oktober 2020


Vincent Tan

PSM SJMK SSMT SPMT SIMP
陳志遠
Kelahiran
Vincent Tan Chee Yioun

Februari 1952 (umur 72)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanAhli perniagaan

Pengerusi Berjaya Group, Pemilik Cardiff City Football Club Pemilik FK Sarajevo (30%)

Pemilik K.V. Kortrijk
Nilai bersihAS$750 juta (2020)
Anak-anakRobin Tan,[1]
Morvin Tan
Nerine Tan
Tan U-Ming
Tan U-Jiun
Euvin Tan
Rayvin Tan
Chrystal Tan
Chryseis Tan
Nevin Tan
Tan U-Peng
SaudaraTyler Tan (cucu)
Tristan Tan (cucu)

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (lahir 1952; 陳志遠, pinyin: Chén Zhìyuǎn), lebih dikenali sebagai Vincent Tan, merupakan seorang ahli perniagaan Malaysia. Beliau ialah pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset RM4.2 bilion.

Pada 23 Februari 2012, beliau mengumumkan belliau bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Dato' Sri Robin Tan Yeong Ching. [2]

Syarikat

Beliau menguasai Berjaya Kawat Berhad daripada syarikat asalnya Broken Hill Proprietary Ltd, Australia dan National Iron & Steel Mills, Singapura. 17,000 pekerja bekerja dengan syarikat gergasi ini.

Syarikat miliknya, Berjaya Group menjalankan perniagaan sejak 1984 seperti surat khabar The Sun. Menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad.

Syarikat penerbangan Berjaya Air dan Berjaya Hotel merupakan syarikat yang terbabit industri perhotelan, resort dan kapal terbang kecil. Antaranya ialah Berjaya Hotel di pulau Tioman. Pelancong dibawa ke pulau Tioman dari Lapangan Terbang Subang dengan syarikat Berjaya Air. Berjaya Air berasal daripada Pacific Air Charter yang ditubuhkan pada 1989. Kini, Berjaya air membawa penumpang ke Pulau Pangkor, Redang, Tioman, Lapangan Terbang Seletar, Singapura dan Lapangan Terbang Samui di Koh Samui, Thailand.

Berjaya Hill Resort atau Bukit Tinggi Resort merupakan resort percutian di Bukit Tinggi, Pahang, bersebelahan dengan Genting Highland. Keluasan 16,000 ekar terletak pada aras 2 700 kaki dari aras laut di sebelah kiri Lebuh raya Karak. Latar belakang resort ini ialah Banjaran Titiwangsa dengan tema perkampungan dan seni bina Perancis.

Menara Berjaya Times Square terletak di segi tiga emas Pudu - Bukit Bintang, Jalan Imbi dan Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Di sini terletaknya pawagam IMAX 3D, Cosmos World, Border dan pasar raya Metrojaya. Sistem Monorail Kuala Lumpur menghubungi menara ini di Stesen Imbi.

Syarikat DiGi Telecommunication merupakan pengendali telefon bimbit ke-3 penting di Malaysia kerana menguasai 21 % pasaran telefon selular.

MiTV merupakan syarikat televisyen berbayar yang cuba memecahkan monopoli Astro di Malaysia dan Asia Tenggara. MiTV mendapat status Koridor Raya Multimedia kerana menggunakan teknologi terkini. Bagaimanapun, syarikat ini tidak berjaya. MiTV menggunakan penghantaran yang disediakan oleh Runcom Technologies Ltd - sebuah syarikat Israel. MiTV Networks Sdn Bhd beroperasi di Subang Hi-Tech, Shah Alam, Selangor. Pengerusi MiTV ialah Datuk Rosman Ridzwan.

Informatics Education Ltd memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar di peringkat sijil dan diploma dalam jurusan komputer, bahasa, perakaunan dan lain-lain. Ditubuhkan sejak 1983, syarikat ini mempunyai 113 cawangan di 22 negara. Pengerusinya ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman.[3]

Kilang Inokom Corp Bhd memasang kenderaan Hyundai dari Korea Selatan. Antara model yang dikeluarkan ialah Inokom Lorimas, Inokom Atos, Inokom Getz, Inokom Matrix and Inokom Santa Fe.

Pingat dan anugerah

  1. Vincent Tan dianugerahkan 'Usahawan Brandlaureate Terbaik' edisi 2009-2010. Anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Anugerah The Brandlaureate merupakan anugerah jenama berprestij bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.[4]

Rujukan

  1. ^ "TheStar: From dad to son: Robin set to soar". The Star (Malaysia). m/s. 24 February 2012. Dicapai pada 6 November 2014.
  2. ^ Vincent Tan Bersara Dari Berjaya Corporation
  3. ^ Chairman Massage
  4. ^ Bernama Menang Anugerah Brandlaureate

Pautan luar