Darjah kebesaran Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Perubaran to perubatan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 177: Baris 177:
Gelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun adalah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi pangkat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima paling berkelayakan yang telah banyak menyumbang kepada negara.
Gelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun adalah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi pangkat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima paling berkelayakan yang telah banyak menyumbang kepada negara.


''Tun'' adalah pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada [[Seri Maharaja Mangku Negara]] (SMN) atau [[Seri Setia Mahkota]] (SSM). Gelaran untuk isteri ''Tun'' adalah ''Toh Puan''. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaran ''Tun'' yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.
''Tun'' adalah pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada [[Seri Maharaja Mangku Negara]] (SMN) atau [[Seri Setia Mahkota]] (SSM) bukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tau, anda jangan salah faham. Gelaran untuk isteri ''Tun'' adalah ''Toh Puan''. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaran ''Tun'' yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.


==== Tun Seri Setia ====
==== Tun Seri Setia ====

Semakan pada 02:16, 7 Oktober 2020

Darjah kebesaran Melayu adalah suatu sistem pemberian gelaran kehormat kepada seseorang yang dianggap berjasa kepada sesuatu negeri oleh pemerintah. Di Malaysia dan Brunei, darjah kebesaran masih digunakan secara meluas. Akan tetapi, Singapura yang mana kesultanannya telah dihapuskan oleh British pada tahun 1891 telah mengguna pakai darjah kebesaran awam bagi pemimpin-pemimpin mereka.[perlu rujukan]

Berlainan sedikit dengan Indonesia, walaupun ia adalah sebuah republik, tetapi ia masih mengiktiraf beberapa pemimpin kebakaan dan sistem-sistem aristokrat yang mana kebanyakannya menyokong gerakan kemerdekaan pada tahun 1945. Sebagai contoh, mendiang isteri Suharto adalah Raden Ayu Siti Hartinah bukan seperti sesetengah mengatakan bahawa beliau adalah Madame Suharto.

Pada masa ini, Malaysia, Brunei dan beberapa provinsi di Indonesia masih lagi menganugerahkan gelaran dan darjah kebesaran. Berikut merupakan apa yang khusus untuk sistem Malaysia. Rujukan untuk Brunei dan Indonesia diberi apabila ia bersangkut paut.

Di Malaysia, semua gelaran bukan berasaskan keturunan boleh dianugerahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita. Setiap gelaran mempunyai suatu bentuk gelaran yang boleh digunakan oleh isteri pemegang gelaran berkenaan. Bentuk ini tidak boleh digunakan oleh suami yang mempunyai isteri yang telah dianugerahkan gelaran; tetapi tidak sebaliknya.

Turutan ini seharusnya digunakan apabila hendak membuang satu panggilan nama seseorang seperti berikut:-

Cara penganugerahan, pangkat profesional, gelaran diraja, gelaran persekutuan, gelaran negeri, gelaran keturunan bukan diraja, Doktor (perubatan atau falsafah), Haji/Hajjah (bagi Muslim lelaki dan wanita yang telah menunaikan haji), Nama.

"Kaedah" yang dibawa oleh kebaikan gelaran diraja biasanya berjaya menundukkan gelaran bukan diraja. Kerabat diraja lelaki mungkin menggunakan nama "al-Haj" kepada nama mereka jika dibandingkan dengan menggunakan "Haji". Contoh -contoh berikut adalah benar:

  • Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Hj Nik (Nama)
  • Yang Amat Mulia Jeneral Tengku Dato' (Nama)
  • Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato' (Nama)

Diraja Melayu

Gelaran-gelaran berikut adalah untuk baka atau salasilah keturunan hanya diberikan kepada keluarga diraja di sembilan negeri beraja di Malaysia dan keluarga beraja Brunei.

Brunei

Berikut merupakan gelaran rasmi yang digunakan untuk kerabat diraja Brunei.

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merupakan gelaran rasmi bagi Sultan Brunei.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri merupakan gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang pertama.
  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri merupakan gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang lebih muda.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan merupakan gelaran bagi bekas Sultan yang masih hidup.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Suri Seri Begawan Raja merupakan gelaran rasmi bagi bonda Sultan.

Bagi mereka yang berketurunan raja dan telah berkahwin, mereka digelar sebagai Pengiran:

  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda pula ialah gelaran bagi putera kepada Sultan
  • Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ialah gelaran bagi putera kepada Pengiran Muda Mahkota
  • Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ialah gelaran bagi puteri kepada Sultan,
  • Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri merupakan pasangan kepada Pengiran Muda Mahkota
  • Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri merupakan pasangan kepada Pengiran Perdana Wazir
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri merupakan pasangan kepada putera Sultan yang lain.
  • Pengiran Anak ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
  • Yang Teramat Mulia Pengiran Anak ialah gelaran bagi puteri kepada Pengiran Muda Mahkota
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak ialah gelaran bagi menantu Sultan yang dinaikkan kemuliaan.
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak bagi keluarga diraja yang lebih rendah pada peringkat Cheteria.

Gelaran bagi cucu juga diguna pakai untuk cicit dan piut Sultan. Bagi generasi terkemudian dipanggil dengan Pengiran sahaja.

Seseorang yang berkahwin dengan anggota jauh kerabat diraja akan digelar Pengiran Anak, dan gelaran akan hilang sekiranya mereka bercerai.

Perempuan yang berketurunan raja yang berkahwin dengan putera digelar Pengiran Isteri.

Perempuan yang bukan berketurunan raja yang berkahwin dengan putera pula digelar Pengiran Bini.

Keturunan yang jauh dari keluarga diraja akan digelar Awangku bagi lelaki dan Dayangku bagi perempuan[1]

Gelaran-gelaran lain yang kecil ialah Tengku Putera bagi lelaki dan Tengku Puteri bagi perempuan.

Malaysia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) digunakan untuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan pemerintah Negeri-negeri beraja. Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan "Seri Paduka Baginda". Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran lain adalah mengikut negeri-negeri.

Persekutuan

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi bagi ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi bagi timbalan ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong merupakan gelaran rasmi bagi isteri ketua utama Malaysia.
  • Tuan/Puan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pula bukan gelaran diraja, tetapi merupakan nama bagi pemerintah negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Negeri Sembilan

  • Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar merupakan gelaran rasmi bagi pemerintah Negeri Sembilan.
  • Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Negeri Sembilan yang berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Tunku Ampuan merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
  • Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar juga merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
  • Anak bagi pemerintah Negeri Sembilan dipanggil Yang Amat Mulia Tunku.
  • Pemerintah adat di peringkat Luak pula ialah Yang Teramat Mulia Dato' Undang. Empat luak di Negeri Sembilan diketuai Dato' Undang iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu. Pasangan mereka pula dipanggil Yang Mulia Tok Puan.
  • Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin pula ialah pemerintah di Luak Tampin yang dipimpin oleh keluarga berketurunan al-Qadri. Pasangan mereka pula dipanggil Yang Mulia Tunku Isteri.
  • Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti pula merupakan gelaran kebiasaan bagi anak lelaki pertama kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Selangor

  • Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Selangor.
  • Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Teramat Mulia Che' Puan Besar merupakan gelaran bagi isteri kedua pemerintah Selangor.
  • Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja merupakan gelaran bagi bonda Sultan yang tidak ditabalkan sebagai Tengku Ampuan.
  • Yang Amat Mulia Permaisuri merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja, yang bukan berdarah raja.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda merupakan gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berdarah raja
  • Yang Teramat Mulia Che' Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta yang bukan berdarah raja.
  • Anak bagi pemerintah Selangor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.

Perlis

  • Duli Yang Maha Mulia Raja dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Perlis.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perlis.
  • Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda merupakan gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta.
  • Anak bagi pemerintah Perlis yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Syed/Sharifah dengan nama keluarga Jamalullail di akhir nama.

Terengganu

  • Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Terengganu.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri merupakan gelaran bagi isteri pemerintah yang bukan berketurunan raja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran bagi isteri pemerintah yang dikurniakan oleh Sultan.
  • Yang Maha Mulia Tengku Ampuan merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami.
  • Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang lebih tua.
  • Yang Teramat Mulia Tengku Besar gelaran bagi bonda Sultan yang tidak dimahkotakan dengan sebarang gelaran.
  • Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
  • Anak bagi pemerintah Terengganu yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.

Kedah

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Kedah.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran bagi isteri pemerintah, sama ada berketurunan raja atau tidak.
  • Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (gelaran lama) merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Che' Puan Besa merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
  • Anak bagi pemerintah Kedah yang lain dipanggil Yang Teramat Mulia Tunku.

Kelantan

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Kelantan.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Raja Perempuan pula merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta, yang berketurunan raja.
  • Yang Berbahagia Cik Puan ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta, yang bukan berketurunan raja.
  • Anak bagi pemerintah Kelantan yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku. Sekiranya seseorang itu memegang sesetengah jawatan dalam Istana, mereka dipanggil Yang Berhormat Mulia Tengku.

Pahang

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Pahang.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang berketurunan raja
  • Yang Amat Mulia Cik Puan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang bukan berketurunan raja.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
  • Anak bagi pemerintah Pahang yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.

Johor

  • Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Johor.
  • Duli Yang Maha Mulia Permaisuri merupakan gelaran bagi isteri raja yang dikurniakan oleh Sultan.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran bagi isteri raja sama ada berkuturunan raja atau tidak.
  • Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (gelaran lama) merupakan gelaran bagi pasangan Sultan jika ia daripada cabang keluarga diraja yang lebih muda.
  • Yang Amat Mulia Tunku Puan merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang berketurunan raja.
  • Yang Amat Mulia Enche' Besar merupakan gelaran bagi bonda Sultan yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota merupakan gelaran bagi pewaris takhta
  • Yang Amat Mulia Che' Puan merupakan gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Amat Mulia Raja Muda ialah anak pertama kepada pewaris takhta.
  • Anak bagi pemerintah Johor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tunku.

Perak

  • Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah merupakan gelaran pemerintah Perak.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Permaisuri merupakan gelaran bagi Raja Perempuan atau Raja Permaisuri yang kematian suami.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda merupakan gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta.
  • Duli Yang Amat Mulia Raja di-Hilir merupakan gelaran bagi pewaris takhta kedua.
  • Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda merupakan gelaran bagi pewaris takhta kedua.
  • Anak bagi pemerintah Perak yang lain dipanggil Yang Teramat Mulia Raja.

Gelaran persekutuan

Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran persekutuan. Sebahagian mungkin membawa gelaran persekutuan yang berikut. Gelaran-gelaran sebegini adalah suatu kehormatan dan bukan keturunan. Gelaran persekutuan mungkin boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mungkin boleh dikembalikan oleh seorang individu.

Tun

Gelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun adalah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi pangkat yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima paling berkelayakan yang telah banyak menyumbang kepada negara.

Tun adalah pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM) bukan Suruhanjaya Syarikat Malaysia tau, anda jangan salah faham. Gelaran untuk isteri Tun adalah Toh Puan. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaran Tun yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.

Tun Seri Setia

Gelaran Tun Seri Setia merupakan gelaran baharu yang diperkenalkan oleh negeri Melaka yang hanya dianugerahkan kepada individu yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka atau setaraf atau lebih tinggi. Tun Seri Setia merupakan gelaran bagi penerima Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM).

Tan Sri

Tan Sri adalah pangkat persekutuan paling kanan kedua yang diberikan kepada penerima sama ada Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM). Isteri bagi Tan Sri adalah Puan Sri. Penerima gelaran Tan Sri yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.

Datuk

Datuk adalah gelaran persekutuan yang mula diperkenalkan pada 1965. Ia terhad kepada penerima Panglima Jasa Negara (PJN) and Panglima Setia Diraja (PSD). Isteri seorang Datuk digelar Datin. Penerima gelaran Datuk yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.

Gelaran negeri

Datuk dan Dato'

Pehin

JP

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "pengiran". Malay Dictionary. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 June 2011.

Pautan luar