Tengku Amalin A’ishah Putri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 31: Baris 31:
{{Kesultanan Kelantan}}
{{Kesultanan Kelantan}}
{{Kerabat Diraja Brunei}}
{{Kerabat Diraja Brunei}}
'''Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra''' (diputerikan pada 26 Jun 1984) ialah Tengku Maharani Putri yang telah dikurniakan gelaran pada 3 Mac 2019. Yang Amat Mulia merupakan puteri tunggal dan bongsu kepada [[Sultan Kelantan]], [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra]] dan [[Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid|Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid]]. Yang Amat Mulia juga mempunyai 3 orang kekanda iaitu [[Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra|Sultan Muhammad V]], [[Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra|Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra]], dan [[Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra]].
'''Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra''' (diputerikan pada 26 Jun 1984) ialah Tengku Maharani Putri yang telah dikurniakan gelaran pada 3 Mac 2019. Yang Amat Mulia merupakan puteri tunggal dan anakanda bongsu kepada [[Sultan Kelantan]], [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra]] dan [[Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid|Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid]]. Yang Amat Mulia juga mempunyai 3 orang kekanda iaitu [[Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra|Sultan Muhammad V]], [[Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra|Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra]], dan [[Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra]].


== Pendidikan ==
== Pendidikan ==

Semakan pada 19:20, 12 Oktober 2020

Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra
Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri
Tengku Maharani Putri
Tempoh3 Mac 2019 – kini
Didahului olehTengku Kembang Petri binti Almarhum Sultan Muhammad IV
KeputeraanTengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
(1984-06-26) 26 Jun 1984 (umur 39)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
PasanganYAM Pengiran Muda 'Abdul Qawi ibni DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (k. 2013)
Anakanda
Butiran
1. YAM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri
2. YAM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri
3. YAM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Puteri
KerabatKerabat Diraja Kelantan
AyahandaSultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
BondaTengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam

Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra (diputerikan pada 26 Jun 1984) ialah Tengku Maharani Putri yang telah dikurniakan gelaran pada 3 Mac 2019. Yang Amat Mulia merupakan puteri tunggal dan anakanda bongsu kepada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Yang Amat Mulia juga mempunyai 3 orang kekanda iaitu Sultan Muhammad V, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, dan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra.

Pendidikan

Tengku Amalin mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah Zainab 2 di Kota Bahru dan menyambung pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat. Yang Amat Mulia meneruskan minat dan cita-citanya dengan melanjutkan pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang undang-undang. Yang Amat Mulia meneruskan lagi pengajiannya di peringat Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama di University of Melbourne, Australia.

Pekerjaan

Setelah tamat belajar, Tengku Amalin menjawat jawatan majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Antara kes kendaliannya ialah kes Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff menyembur mata Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penyembur. Tengku Amalin juga pernah mendapat kritikan daripada para ulama di Kelantan serta menimbulkan konstroversi di negeri itu kerana menjatuhkan hukuman penjara kepada seorang ahli tabligh kerana hanya memakai serban sewaktu menunggang motosikal sebelum ditahan pihak penguat kuasa di Kubang Kerian pada Januari 2009.[perlu rujukan]

Setelah tiga tahun menjawat jawatan majistret, Tengku Amalin berpindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memegang jawatan sebagai penolong pendaftar.

Pernikahan

Tengku Amalin telah melangsungkan pernikahan dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, putera saudara Sultan Brunei di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan pada 27 Jun 2013.

Cahaya mata

Tengku Amalin telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata puteri iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Puteri (diputerikan pada 13 April 2014), Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Puteri (diputerikan pada 24 Jun 2016) dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Puteri (diputerikan pada 12 Februari 2020).

Gelaran kebesaran

Tengku Amalin telah dikurniakan gelaran kebesaran Tengku Maharani Putri sempena dengan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V pada 3 Mac 2019.

Panggilan dan gelaran

Gelaran hormat bagi
Tengku Amalin A'ishah Putri
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tengku
  • 26 Jun 1984 - 3 Mac 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
  • 3 Mac 2019 - 28 September 2019 : Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra, Tengku Maharani Putri
  • 28 September 2019 - kini : Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Maharani Putri

Keturunan

Penghargaan

Tengku Amalin telah dianugerahkan:[2][3]

Penghargaan Kelantan

  • Penerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Bintang Al-Yunusi) (DK)

Rujukan

  1. ^ Royal Ark
  2. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  3. ^ "Kelantan princess honoured".

Pautan luar