Wikipedia:Kedai Kopi (dasar): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tofeiku (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 181: Baris 181:
::::::::Saya mencadangkan agar sekatan ke atas IP Address secara khusus dari Indonesia diwujudkan agar mereka hanya boleh membaca dan tidak boleh menyunting sebarang rencana di WBM. Tambahan pula, WID mempunyai ramai pengguna berbanding WBM, maka eloklah warga Indonesia bersenandung di WID dan membuat rencana di sana. [[Pengguna:Jentayu|🦅]]'''J''''''ENTAYU'''[[Khas:Sumbangan/Jentayu|⚜]][[Perbincangan pengguna:Jentayu|❧]] 14:45, 28 September 2020 (UTC)
::::::::Saya mencadangkan agar sekatan ke atas IP Address secara khusus dari Indonesia diwujudkan agar mereka hanya boleh membaca dan tidak boleh menyunting sebarang rencana di WBM. Tambahan pula, WID mempunyai ramai pengguna berbanding WBM, maka eloklah warga Indonesia bersenandung di WID dan membuat rencana di sana. [[Pengguna:Jentayu|🦅]]'''J''''''ENTAYU'''[[Khas:Sumbangan/Jentayu|⚜]][[Perbincangan pengguna:Jentayu|❧]] 14:45, 28 September 2020 (UTC)
:::::::::{{@|Jentayu}} Saya tidak fikir itu merupakan satu tindakan yang masuk akal.-[[User: CyberTroopers|''' CyberTroopers ''']] [[User talk: CyberTroopers|bincang]]/[[Special:Contributions/CyberTroopers|sumbangan]] 04:46, 29 September 2020 (UTC)
:::::::::{{@|Jentayu}} Saya tidak fikir itu merupakan satu tindakan yang masuk akal.-[[User: CyberTroopers|''' CyberTroopers ''']] [[User talk: CyberTroopers|bincang]]/[[Special:Contributions/CyberTroopers|sumbangan]] 04:46, 29 September 2020 (UTC)
::::::::::Saya setuju dengan {{@|CyberTroopers}}. {{@|Jentayu}} ingat Wikipedia Bahasa Inggeris pesat maju jika semua IP luar Amerika Syarikat dihalang daripada akses kod? Kalau pelajar Malaysia, Singapura dan Brunei yang menyunting dari kampus "universitas" Indonesia pula macam mana? Ia juga menafikan hak masyarakat Melayu Indonesia seperti di Riau, Kalimantan dsb (kerana mereka tertarik nama "Melayu") untuk mengakses sekiranya mahu membetulkan maklumat tidak tepat atau konsisten mengenai kawasan mereka berbanding Wikipedia bahasa baku Indonesia. [[Pengguna:Anumengelamun|Anumengelamun]] ([[Perbincangan pengguna:Anumengelamun|bincang]]) 04:58, 14 Oktober 2020 (UTC)

:Berkenaan dengan judul perbincangan ini, saya kira ini tidak perlu dijadikan hal apabila ada penyunting yang ingin menggunakan istilah bahasa Indonesia dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Maaf kerana saya sedikit telat untuk memberi ulasan.
:Berkenaan dengan judul perbincangan ini, saya kira ini tidak perlu dijadikan hal apabila ada penyunting yang ingin menggunakan istilah bahasa Indonesia dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Maaf kerana saya sedikit telat untuk memberi ulasan.
#Sebagaimana yang dikatakan [[Pengguna:Tofeiku|Tofeiku]], Wikipedia bahasa Indonesia mempunyai projek Wikipedia tersendiri jadi tidak perlu dimasukkan daftar kata dari bahasa Indonesia walaupun kita sedar bahawa bahasa Indonesia juga mepunyai asas pertalian dari bahasa Melayu juga. Kod WBM ini adalah '''ms''', iaitu merujuk kepada makro bahasa Melayu '''mso''' yang mempunyai pecahan kepada bahasa Melayu lain termasuk bahasa Indonesia, namun memandangkan WBI sudah wujud, maka lupakan saja hasrat untuk memasukkannya di sini. Daripada dibincangkan sama ada perlu atau tidak istilah BM Indonesia dimasukkan atau tidak, mendingan kita pikir sama ada perlu atau tidak memasukkan daftar kata dari bahasa Melayu lain seperti bahasa Melayu (zlm) yang mempunyai lebih 10 negara penuturnya, berbanding bahasa Melayu piawai yang hanya 3-4 negara sahaja, bahasa Melayu Pattani dsb kerana bahasa-bahasa ini adalah subbahagian daripada Bahasa Melayu '''(mso)'''. Saya turut berhubung dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan dengan soal perbezaan istilah antara bahasa Melayu Malaysia dan Brunei namun dimaklumkan bahawa tiada perbezaan yang ketara kerana masing-masing menggunakan bahasa Melayu Piawai (zsm).
#Sebagaimana yang dikatakan [[Pengguna:Tofeiku|Tofeiku]], Wikipedia bahasa Indonesia mempunyai projek Wikipedia tersendiri jadi tidak perlu dimasukkan daftar kata dari bahasa Indonesia walaupun kita sedar bahawa bahasa Indonesia juga mepunyai asas pertalian dari bahasa Melayu juga. Kod WBM ini adalah '''ms''', iaitu merujuk kepada makro bahasa Melayu '''mso''' yang mempunyai pecahan kepada bahasa Melayu lain termasuk bahasa Indonesia, namun memandangkan WBI sudah wujud, maka lupakan saja hasrat untuk memasukkannya di sini. Daripada dibincangkan sama ada perlu atau tidak istilah BM Indonesia dimasukkan atau tidak, mendingan kita pikir sama ada perlu atau tidak memasukkan daftar kata dari bahasa Melayu lain seperti bahasa Melayu (zlm) yang mempunyai lebih 10 negara penuturnya, berbanding bahasa Melayu piawai yang hanya 3-4 negara sahaja, bahasa Melayu Pattani dsb kerana bahasa-bahasa ini adalah subbahagian daripada Bahasa Melayu '''(mso)'''. Saya turut berhubung dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan dengan soal perbezaan istilah antara bahasa Melayu Malaysia dan Brunei namun dimaklumkan bahawa tiada perbezaan yang ketara kerana masing-masing menggunakan bahasa Melayu Piawai (zsm).

Semakan pada 04:58, 14 Oktober 2020

Laman ini merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian Kedai Kopi khas untuk perbincangan tentang dasar-dasar sedia ada ataupun yang diusulkan di sini berkenaan Wikipedia.

Lihat juga:

Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?
Dasar-dasar terpilih
Penggunaan Aksara Bukan Melayu (2008)
Pembentukan dasar-dasar baru (2008)
Pautan luar atau Pantauan luar (2008)
Lagi berkenaan dasar dan garis panduan (2009)
Penetapan takrifan bahasa Melayu dalam WBM (2020)
lihat semua · sunting

it seems to me page is vandalised, machine translation, please look into it. is this right place ? Leela52452 (bincang) 05:40, 29 Mei 2020 (UTC)[balas]

Keseragaman Tulisan Jawi dalam rencana

Salam buat semua pengguna WBM,

Saya ambil maklum bahawa menjadi kebiasaan dalam rencana diletakkan juga Tulisan Jawi bagi pendahuluan rencana selepas tajuk. Contoh, Makanan (Bahasa Inggeris: Food, Tulisan Jawi: ماكنن) dan juga dalam kotak maklumat. Walau bagaimanapun, saya mohon pandangan dan pencerahan daripada rakan penyelia dan juga pengguna lain tentang penggunaan Tulisan Jawi yang diletakkan pada tajuk bahagian (cth. dalam Wikipedia Bahasa Melayu, Raja berperlembagaan, Pinyin dsb.) kerana saya berharap wujudnya keseragaman dalam rencana terutamanya penggunaan Jawi. Harap perkara ini dapat diselesaikan secara berhemah tanpa menghilangkan nilai Tulisan Jawi dalam rencana kita.

Tambahan: Malah ada juga rencana yang sepenuhnya versi Jawi (cth: بروني). Menarik tetapi bagaimana dengan keseragaman? -- Polar (bincang) 07:28, 22 Julai 2020 (UTC)[balas]

Seragam itu maksudnya semua rencana selepas ini perlu diusahakan untuk dimasukkan tulisan Jawi di bahagian tajuk dan kotak maklumat? Jika ya, saya setuju dan akan usahakan untuk masukkan tulisan Jawi dalam rencana yang bakal dicipta selepas ini. -- Zahirulnukman (bincang) 02:28, 23 Julai 2020 (UTC)[balas]

Buat masa ini, saya cadangkan keutamaan keseragaman ialah perkara yang lebih mudah dahulu berbanding keseluruhan bahagian/rencana. Berikut merupakan cadangan dasar yang boleh dipertimbangkan mengikut tahap penggunaan (yang kita boleh pilih dan persetujui untuk dikembangkan menjadi dasar rasmi WBM):
1. Tulisan Jawi tidak dimasukkan langsung dalam rencana. (sangat agresif, tidak digalakkan).
2. Tulisan Jawi hanya diletakkan sebagai tambahan kepada tajuk (tertakluk kepada jenis tajuk seperti objek, perkara atau istilah umum yang lazim; bagi istilah berasal daripada bahasa asing, perlukan perbincangan lanjut).
3. Tulisan Jawi digunakan sebagai tambahan kepada tajuk dan juga kata nama tajuk di dalam kotak maklumat/sisi.
4. Tulisan Jawi ditambah kepada tajuk di bahagian pendahuluan, kotak maklumat dan tajuk-tajuk bahagian dalam rencana.
5. Tulisan Jawi untuk seluruh perenggan pendahuluan sahaja.
6. Tulisan Jawi untuk semua kandungan rencana (sangat sukar, tidak digalakkan).
-Polar (bincang) 02:40, 23 Julai 2020 (UTC)[balas]

Di bawah merupakan cadangan saya bagi cara penggunaan tulisan Jawi bagi Wikipedia Bahasa Melayu.

Tulisan Jawi perlu digunakan bagi tempat-tempat seperti berikut sahaja:

• Pada awal rencana, contohnya "Malaysia (Jawi: مليسيا) ...".
• Kotak info.
• Tajuk bahagian, contohnya "Sejarah سجاره".
• Di tengah-tengah rencana jika wujud terjemahan dari bahasa asing ke Bahasa Melayu, contohnya "Albert Speer, dalam bukunya Erinnerungen (Melayu: Kenangan; Jawi: کنڠن) ...".

Penggunaan tulisan Jawi ini haruslah tidak dipaksa dan hanya digalakkan, maka jika ada rencana yang belum ada tulisan Jawi pada kawasan-kawasan seperti tertera di atas, maka adalah digalakkan untuk menambah terjemahan Jawi di situ.
Selain daripada itu, adalah tidak salah bagi suatu rencana untuk dibuat di dalam tulisan Jawi, namun ia perlu menggunakan haluan teks RTL (kanan ke kiri; boleh didayakan dengan menggunakan kod style "direction:rtl;" dan kotak info yang disediakan khas bagi tujuan tulisan Jawi. Rencana-rencana Jawi ini juga perlu ada terjemahan Rumi bagi tempat-tempat yang sama seperti terjemahan Jawi pada rencana Rumi.
Jika wujud versi Jawi bagi suatu rencana, maka perlulah kedua-duanya dipaut kepada masing-masing melalui terjemahan nama rencana, contohnya bagi rencana Brunei, "Negara Brunei Darussalam (Jawi: نڬارا بروني دار السلام ) ...".

Saya harap penjelasan cadangan saya ini adalah jelas. Jika ada apa-apa soalan boleh tanya sahaja. EmpAhmadK - (talk) 04:25, 23 Julai 2020 (UTC)[balas]

Benar dan saya setuju juga dengan apa yang diutarakan @EmpAhmadK:. Sama seperti hasil usaha di WBM ini sendiri adalah atas sukarela dan tanpa paksaan. Cuma, harapnya, ada satu dasar yang dipersepakati untuk penggunaan Jawi agar menjadi panduan kepada semua pengguna supaya seragam. - Polar (bincang) 05:31, 23 Julai 2020 (UTC)[balas]
Yang saya bimbangkan andai kata laman rencana Jawi diasingkan daripada laman rencana Rumi ialah pengemaskinian kedua-dua rencana apabila terdapat penambahan atau pengurangan di laman masing-masing. Contohnya, jika tokoh A mati, maka kedua-dua laman Rumi dan Jawi harus dikemaskinikan menyebabkan tugas menyelenggara bertambah dua kali ganda. — Jeluang Terluang (bincang) 06:57, 23 Julai 2020 (UTC)[balas]
• Saya setuju kalau tajuk rencana ada dalam tulisan Jawinya di perenggan pendahuluan. Jawi perlu diutamakan dahulu, barulah padanan dalam bahasa asing yang berkaitan. Sebab adanya permintaan dalam Internet pengguna mencari padanan Jawi sesuatu perkataan dan beberapa rencana di sini banyak dikunjungi hanya kerana ramai mencari XXX jawi di carian Google.
• Kalau pengepala perenggan lain pula, saya tidak berapa setuju untuk mengadakan tulisan Jawi dalamnya kerana menyukarkan memautkan perenggan itu. Perlu tulis tulisam Jawinya juga untuk ia berfungsi. Namun templat Anchor boleh digunakan untuk mengatasi ini.
• Untuk rencana versi Jawi, tidak patut ada halangan untuk penyunting mencipta rencana sepenuhnya dalam tulisan Jawi namun mereka perlu maklum bahawa templat, kategori, dsb ditulis dalam tulisan Rumi. Mungkin mereka boleh meletakkan pautan Rumi untuk mengatasi banyak pautan merah. Kita perlu ingat bahawa Wikipedia ini ensiklopedia bebas untuk semua orang dan golongan yang inginkan tulisan Jawi pun tidak terhalang untuk mendapatkan pengetahuan bebas itu. Namun, saya lebih suka jika kita ada penjawian mesin rencana di WBM namun kita belum ada mereka yang mahir dalam melaksanakannya. Paling terdekat kita dapat dahulu ialah alat Toolforge Jawi yang Pengguna:Aviator buat dahulu namun kini tidak berfungsi lagi.
• Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mendapat pendapat semua untuk menambah di Laman Utama "Selamat datang ke Wikipedia" dalam tulisan Jawi. Hal ini demikian kerana kita patut meletakkannya untuk memelihara tulisan itu dan jika anda semua lihat laman utama bahasa-bahasa daerah di Indonesia seperti bahasa Bali, Jawa, Minangkabau dan lain-lain meletakkan tulisan asli mereka di laman utama walaupun hanya sedikit orang dapat membacanya berbanding tulisan Jawi bahasa Melayu. -- TofeikuBincang 09:37, 26 Julai 2020 (UTC)[balas]
• Saya setuju dengan @Tofeiku:, Kita perlu memartabatkan bahasa Jawi kerana ianya telah digunakan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.--Syed Muhammad Al Hafiz (bincang) 13:54, 29 Julai 2020 (UTC)[balas]

Penetapan takrifan bahasa Melayu dalam WBM

@CyberTroopers:, @Zamwan:, @Claude Warrior:, @Ricky250:, @SNN95:, @Polar:, @Fandi89:, @PeaceSearcher:, @Hasrolhashim:, @*angys*:, @Yosri:, @Aurora:, @Zulfadli51:, @Zahirulnukman: Walaupun WBM telah sekian lama menetapkan bahawa bahasa Melayu yang digunakan di sini adalah berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM, namun ada yang masih menggunakan perkataan selain daripada itu seperti bahasa Indonesia. Untuk latar belakang, WBM dicipta terlebih dahulu. Setahun kemudian, Wikipedia bahasa Indonesia dicipta dan hal ini membuatkan bahasa Indonesia terpisah daripada WBM. Mengikut pemiawaian antarabangsa juga (ISO dan Ethnologue), bahasa Melayu baku ialah bahasa yang digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura dan bukannya Indonesia.

Oleh itu, saya ingin mendapat pendapat semua tentang hal ini dan bersumbang saran jika perkataan selain bahasa Melayu baku seperti bahasa Indonesia patut dimasukkan dalam rencana WBM atau tidak. Saya berharap dasar ini dapat menegaskan lagi dasar komuniti WBM sekali gus menyelaraskan penggunaan bahasa baku di ensiklopedia ini yang bersifat ilmiah. -- TofeikuBincang 10:29, 26 Ogos 2020 (UTC)[balas]

Bagi saya, saya rasa elok kalau diselaraskan ikut Malaysia-Brunei-Singapura, lebih mudah bagi para penyunting kita yang sudah tentu tiada masalah dalam hal ini (kalau ada pun kita boleh perbaikikan). -Ricky250 (bincang) 19:15, 26 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Ricky250:, @Tofeiku:: Saya memang buat Templat MABBIM agar dapat meminta penyuntingan dan penyejagatan kandungan baku tersebut untuk tujuan ini - sebab saya kadangkalanya kesuntukan masa menyunting laras bahasa rencana-rencana baharu yang "dipatriasikan semula" (macam contohnya topik Minang - maklumlah, saya orang Negeri Sembilan - yang ada di WBI tapi tidak di WBM)... --Anumengelamun (bincang) 11:49, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Ricky250: Saya setuju dengan ini. Perbezaan antara ketiga-tiga negara ini amatlah sedikit berbanding dengan bahasa Indonesia. -- TofeikuBincang 06:12, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Tofeiku: Saya juga bersetuju dengan pendapat anda. Biarpun ms.wiki diwujudkan terlebih dahulu, namun dari apa yang saya perhatikan jumlah rencana di id.wiki pun meningkat saban hari. Perbezaan antara bahasa Melayu di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan bahasa Indonesia tidak boleh disamakan dari segi sebutan dan kosa kata.–Fandi89 (bincang) 08:05, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Fandi89: Betul. Kalau kedua-dua bahasa itu sama, sudah tentu Pertubuhan Piawai Antarabangsa (ISO) akan satukan kedua-dua bahasa Melayu baku dan bahasa Indonesia. Satu lagi, menggunakan bahasa Indonesia di WBM akan mengehadkan akses pengetahuan bebas kepada penutur bahasa Melayu sedangkan perkataan bahasa Indonesia sudah pun digunakan di id.wikipedia. Tujuan Wikipedia diwujudkan agar semua orang dapat memperoleh pengetahuan bebas. Kalau perkataan bahasa Indonesia digunakan di WBM, sudah tentu ia akan mengelirukan para pembaca dan menyebabkan mereka tidak menggunakan WBM. -- TofeikuBincang 08:52, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Tofeiku: 1. Sampai hati tak ajak saya... :-\ 2. Permasalahan inilah yang mendorong saya mencipta Templat:MABBIM semacam "maintenance signpost" tu. Saya sendirinya tiada masalah memakai istilah yang tampak "Indonesia" dalam menulis dan menyunting kandungan jika Kamus Dewan rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sendiri mencatat lalu mengiktiraf istilah sebegitu dalam daftar kata ia.
Saya perlu nyatakan juga bahawa kita mungkin hadapi situasi di mana penduduk dalam Indonesia seperti Sumatera, Riau dan Kalimantan yang menggunakan bahasa tuturan sendiri dipanggil "bahasa Melayu" tertarik membaca kandungan wiki yang bernama "Bahasa Melayu" (bukan "Wikipedia Bahasa Malaysia") lalu masukkan kata keIndonesiaan ("aktivitas", "pikir"...) semasa menyunting dari Indonesia...jadi kita jangan terkejut kalau ada pengguna sebegitu (selain saya yang hanya kembalikan kandungan WBI pasal topik diketahui dua-dua belah selat sahaja). Anumengelamun (bincang) 11:49, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]

Beberapa penduduk Riau Daratan, Batam, Bangka dan Belitung, Langkat, Deli-Serdang, Mempawah, Pontianak, ataupun Sambas lebih senang berbincang dengan bahasa melayu dibanding bahasa indonesia. Memang, konsekuensinya, harus yakinkan mereka bahawa inilah wikipedia bahasa melayu. Malangnya, wikipedia versi ini sudah terlanjur dikenal sebagai wikipedia bahasa malaysia

Memang, perlu siapkan tempat Bahasa Melayu Brunei, Filipina Selatan, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, dan lain lain yang sudah saya sebutkan di atas dengan mengikut en:Template:Use British English, en:Template:Use Australian English, pt:Predefinição:Português timorense, ataupun pt:Predefinição:Versão PT-EU Azmi1995 12:09, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]

Saya agak seiringan dengan @Azmi1995: - kadangkala ada kandungan yang dilihat terlalu Malaysia-sentrik dari segi laras bahasa lalu tidak pentingkan sudut pandang Singapura, Riau, Brunei dan sebagainya sampai perlu dirapikan lanjut lebih berkecuali (saya pernah suntingkan entri-entri filem anime agar lebih menampilkan edaran Singapura dan Indonesia misalnya, topik politik Singapura yang pakai "kerajaan" etc etc)...hal ini jugalah sebab saya ciptakan Templat MABBIM) Anumengelamun (bincang) 12:42, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun:, @Azmi1995: Pertama, saya salin tampal teg panggilan pengguna daripada halaman lain. Kedua, Saya tahu bahasa Melayu juga dituturkan di Sumatera, Riau dan Kalimantan namun itu boleh dikira dialek. Wikipedia ini menggunakan bahasa baku dan piawai dan hanya dua bahasa piawai di Nusantara iaitu bahasa Melayu baku (zsm) dan bahasa Indonesia (ind). Kalau dialek Melayu di Indonesia pun perlu dimasukkan, dialek di Malaysia pun perlu dimasukkan juga. Apabila menggunakan perkataan di Wikipedia, kita perlu mengambil kira pengetahuan (familiarity) pembaca. Penutur bahasa Melayu di Brunei, Malaysia dan Singapura tidak mengetahui perkataan keindonesiaan kerana bahasa yang digunakan di tiga negara ini hampir sama dan tiada masalah untuk memahami jika dibandingkan dengan bahasa Indonesia. Kalau mereka mahu menggunakan perkataan dialek mereka, bolehlah cipta edisi Wikipedia sendiri di Inkubator seperti bahasa Melayu Jambi (jax). Saya juga tidak suka istilah bahasa Malaysia. Bahasa Melayu yang digunakan di sini juga digunakan di Negara Brunei Darussalam dan Singapura. Jadi adakah bahasa mereka dikira kemalaysiaan juga? Harap pengguna lain dapat berbincang juga untuk menyelesaikan ini bersama. -- TofeikuBincang 12:23, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]

Prosesnya begini sahaja

• Penyunting menemukan satu kata/ayat yang dirasa tidak berdasar pada PRPM DBP.
• Penyunting harap gantikan satu kata/ayat/kalimat yang secara vocab dapat dicari di http://prpm.dbp.gov.my
• Penyunting, sebelum menerbitkan perubahan, mohon untuk tuliskan suntingannya di dalam ringkasan
• Nyatakan perubahannya di dalam perbincangan rencana dan mohon untuk beri notif kepada halaman perbincangan pengguna

Sisanya saya serahkan pada pengguna wikipedia yang lain Azmi1995 13:04, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]

@Azmi1995: Memang begini sepatutnya prosesnya. Perlu tanya komuniti terlebih dahulu untuk perbincangan. Ini tiba-tiba memindah tajuk rencana tanpa membuat perbincangan terlebih dahulu. Bahasa Melayu baku di Brunei, Malaysia dan Singapura amatlah sama dan hanya sedikit saja perbezaannya. Kita akan mengambil kira juga perkataan baku yang digunakan di sana. Tidakkan kalau rencana guna perkataan "kerajaan" untuk "governemnt" terus dilabel "kemalaysiaan" sedangkan digunakan di Brunei, Malaysia dan Thailand? Kalau kita baca akhbar di tiga negara itu, amatlah sama bahasanya dan boleh difahami. Sebab itu, mengikut Ethnologue bahasa Melayu baku (zsm) itu ditutur di Brunei, Malaysia dan Singapura. Wikipedia menggunakan bahasa baku/piawai dan bukannya dialek. -- TofeikuBincang 13:13, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
Saya rasa contoh "government = 'kerajaan'" saudara @Tofeiku: tidak berapa baik memandangkan Brunei, Malaysia dan Thailand ada raja sebagai ketua negara; Singapura itu negara republik diketuai presiden sepertimana Indonesia - sebab itulah government dipadankan dengan "pemerintah" dalam penulisan dan berita dalam kedua-dua negara tersebut menyentuh ehwal dalaman mereka. Anumengelamun (bincang) 13:29, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
MABBIM, sepanjang pengetahuan saya, punya sejumlah column untuk entri-entri kata tertentu. Antara lain entri kata dasar, Melayu Brunei, Melayu Indonesia, dan Malaysia. Menariknya, malah tidak disiapkan entri untuk Melayu Singapura. Untuk Kerajaan v.s. Pemerintah bagi Government, memang ada kata-kata lain yang berbeza sebutannya. Antara lain seperti
• Kawasan Pilihan Raya v.s. Kawasan Undi untuk Daerah Pemilihan (ini khusus Indonesia) atau constituency
• Kampung (khusus Malaysia dan Brunei) v.s. Kampong (jauh lebih masyhur di Singapura).
Memang harus jeli melihat hal ini Azmi1995 13:26, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Azmi1995: Biasanya perkataan Brunei dan Malaysia sama dan bahasa Indonesia berbeza pula. Singapura tidak dimasukkan sebab tidak termasuk dalam MABBIM dan tiada kamus khas sebab perbezaannya dengan bahasa Melayu baku amatlah sedikit. Untuk consituency, saya rasa "kawasan pilihan raya" lebih mudah difahami berbanding "daerah pemilihan" yang merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris Amerika (electoral district). Untuk "kampung/kampong" pula, untuk kata nama am "kampung" digunakan dalam bahasa Melayu baku di Brunei, Malaysia dan Singapura. Namun untuk kata nama khas, "Kampong" lebih digunakan di Singapura dan kadangkala di Brunei juga. Untuk "government" pula, "kerajaan" juga digunakan di Singapura namun kadang-kadang selalu diguna untuk merujuk "government" negara lain. -- TofeikuBincang 13:47, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan @Ricky250:, WBM diselaraskan mengikut Malaysia-Brunei-Singapura terlebih dahulu berbanding bahasa Indonesia walaupun masing-masing ada yang menutur bahasa Melayu.
Dua perkara yang boleh diambil perhatian dalam isu menetapkan takrifan bahasa Melayu : 1) keutamaan penyelarasan bahasa Melayu Malaysia-Brunei-Singapura, 2) Tidak abaikan penggunaan tulisan Jawi di permulaan rencana bagi memudahkan, meraikan pengguna khususnya dari Brunei dan Malaysia.
Rentetan penggunaan tulisan Jawi ini akan menyebabkan bahasa Melayu di Malaysia-Brunei-Singapura lebih diutamakan berbanding Indonesia.
Zahirulnukman (bincang) 22:13, 27 Ogos 2020 (UTC)[balas]
Saya juga setuju dengan @Tofeiku:, @Ricky250:, dan @Zahirulnukman: tentang penyelarasan Malaysia-Brunei-Singapura lebih-lebih lagi Indonesia mempunyai wikipedia khusus mereka. Walau bagaimanapun, tidak bermakna kita menyisihkan pengguna dari Indonesia kerana mereka sendiri tahu konteks suai-beza dan konteks pembudayaan setempat bahasa Melayu dan bahasa Indonesia itu bagaimana kerana akar jati Melayu mereka kebanyakan masih utuh walaupun terpisah oleh geopolitik. Yang penting, kita menyediakan wadah yang bersesuaian dan berpatutan untuk penutur bahasa Melayu dan meneruskan usaha memartabatknnya. - Polar (bincang) 01:36, 28 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Zahirulnukman:, @Polar: Saya setuju juga. WBM bukanlah tempat untuk mengetengahkan dialek-dialek Melayu kerana ensiklopedia yang bersifat ilmiah ini menggunakan bahasa baku/piawai yang juga bahasa penyatu agar dapat difahami oleh penutur dialek. Contohnya, penutur Melayu Brunei sudah tentu akan menggunakan bahasa Melayu baku untuk kegunaan rasmi dan ilmiah. Sama juga seperti penutur dialek Melayu di Indonesia akan berpaling kepada bahasa Indonesia kerana itu bahasa piawai yang mereka tahu. Kalau kita biarkan dialek Melayu dari Indonesia mahupun Malaysia, akan menjadi sukar untuk menyelaraskan rencana kerana ejaannya berbeza dan beberapa perkataan hanya diketahui dalam dialek. Ini contoh kamus dialek Melayu di Indonesia, Melayu Bangka. Penutur dialek di Malaysia pun walaupun jauh berbeza dengan bahasa Melayu baku seperti Kelantan dan Sarawak mengguna bahasa Melayu baku untuk ilmiah. Oleh itu, WBM lebih baik hanya menggunakan bahasa Melayu baku (zsm) dari Brunei, Malaysia dan Singapura dengan mengecualikan Indonesia yang sudah mempunyai edisi sendiri. -- TofeikuBincang 02:07, 28 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Zahirulnukman:, @Polar:, @Tofeiku: - "penutur dialek Melayu di Indonesia akan berpaling kepada bahasa Indonesia"? Saya merasa tidak yakin atas rasional ini, ia seolah-olah mahu mengukuhkan bahawa bahasa Melayu yang dipakai di sini ialah bahasa Melayu dipengaruhi koloni Inggeris yang juga termasuk "bahasa Malaysia". Memandangkan "bahasa Malaysia" itu yang paling dominan, maka WBM akan secara beransur-ansur menjadi "Wikipedia Bahasa Malaysia"...saya khuatir kesan ini akan melanggar sifat WBM ini yang sepatutnya neutral politik melebihi bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia (juga yang lebih kurang di Brunei dan Singapura) kerana ia sememangnya mencakupi semua piawai yang ada termasuk bahasa baku Indonesia.
"Kita menyediakan wadah yang bersesuaian dan berpatutan untuk penutur bahasa Melayu dan meneruskan usaha memartabatknnya"? Tidakkah WBM ini sendiri boleh memberi peluang sebegitu untuk masyarakat Melayu Indonesia melalui perwakilan dalam kandungan boleh dibaca kepada mereka? Saya tidak berapa faham?
@Zahirulnukman: juga menghujah rentetan jawi itu dengan alasan "bahasa Melayu di Malaysia-Brunei-Singapura lebih diutamakan berbanding Indonesia"...sangat lemah hujahan demikian saya rasa sebab Jawi pun digunapakai di kawasan terangkum dalam Indonesia moden. Situasi perumian di sana ini lebih kurang macam di ketiga-tiga negara dek kolonisasi Belanda.
Soal penerapan di kepala atau permulaan setiap rencana pula...saya khuatir jika ia dapat menjejaskan pembacaan di peranti mudah alih seperti yang menjadi semakin lazim baru-baru ini. Rumi kiri-ke-kanan, Jawi kanan-ke-kiri; muat skrin pun terpaksa menampung kedua-duanya Saya sendiri yang penutur jati mahir tulis baca pun nampak tulisan Jawi dalam segmen-segmen kecil agak menyempitkan pada telefon saya kadangkala, entah-entah keadaan ini boleh mempayahkan lagi untuk golongan pembaca yang tidak tahu tulisan Jawi langsung (baca: Orang bukan etnik Melayu yang hanya belajar Bahasa Melayu melalui tulisan Rumi). Silap-silap langkah kita sudah boleh memulaukan lagi...
Kalau setakat dari segi peristilahan sahaja yang menjadi masalah pokok - semestinya kita akan selaraskan perbendaharaan kata kepada mana ungkapan yang lebih dominan diketahui (baik Singapura-Indonesia-Malaysia lawan Brunei, Singapura-Brunei-Malaysia lawan Indonesia, Singapura-Indonesia-Brunei lawan Malaysia, Brunei-Indonesia-Malaysia lawan Singapura)...sebab itu saya sertakan sumber perkamusan pada templat untuk rujukan kita sendiri menyunting ini. Sudah tentu kita tidak akan letakkan kata dialek pada penulisan kandungan umum, kalau topik khusus Palembang, Melaka, Sabah, Pattani dll berjudul kata sebegitu, lain halnya. Anumengelamun (bincang) 14:25, 28 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Ada dua varian bahasa Melayu yang piawai dan baku iaitu bahasa Melayu baku (zsm: Standard Malay) yang digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan bahasa Indonesia (ind: Indonesian) (pengaruh Belanda). Ini memang sudah ditetapkan oleh ahli linguistik dan pertubuhan piawai (ISO). Memandangkan ada sudah edisi bahasa Indonesia, kita guna bahasa Melayu baku (zsm) untuk WBM. Adakah penutur dialek Melayu di Indonesia menggunakan bahasa Melayu baku (zsm) dan bukan bahasa Indonesia (ind)? Kalau mereka guna bahasa Melayu baku, apa masalahnya menggunakan bahasa Melayu baku? Kalau mereka tidak menggunakan bahasa Indonesia, mengapa perlu letak perkataan bahasa Indonesia di WBM jika penutur dialek Melayu di Indonesia tidak berpaling kepada bahasa Indonesia? Kalau ada nampak rencana yang bersifat kemalaysiaan, beritahu penyelia dan komuniti untuk dibincangkan. Oleh itu, WBM hanya menggunakan bahasa Melayu baku yang digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan mengecualikan bahasa Indonesia. Dalam kepala rencana, kami akan masukkan istilah yang digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura namun bukan yang digunakan di Indonesia kerana WBM menggunakan bahasa Melayu baku. -- TofeikuBincang 14:59, 28 Ogos 2020 (UTC)[balas]
Kalau setakat isu sifat "kemalaysiaan" (yang ada -iti) itu saya rasa boleh sahaja diatasi dengan perapian laras bahasa yang memenangkan kesemua lingkungan pembaca bahasa-bahasa baku...asalkan saya tidak perlu bergelut memilih antara "aktiviti"/"aktivitas" dsb dalam menyunting, saya rasa baik sahaja.
Saya yakin orang-orang Melayu Indonesia akan cenderung memilih "situs" ini yang dianggap jati berbanding W.B.Indonesia, tetapi saya berharap kita dapatkan input dari masyarakat atau "komunitas" penyunting Melayu sana mengenai hal ini juga sebagai pengutuh...masih berlegar di fikiran saya kebarangkalian tanggapan "WBM" itu sebagai "Wikipedia Bahasa Malaysia" seperti yang diungkitkan Azmi1995, sedangkan ia tidak sepatutnya begitu. (Saya dapati lingkungan bicara Discord kita agak tidak seimbang dari segi perwakilan juga di mana terlalu banyak pengguna Malaysia)
Soal kepala rencana itu saya rasa tidak berapa setuju tetapi lebih kepada dasar estetika - kita mahu kepala rencana itu bersih sepertimana dipaparkan. Agaknya cukup memadai ada tag "Mal., Sin., Bru." pada pengenalan rencana, seperti contoh:
Nombor (Mal., Sin. Bru., juga di Ind. nomor) atau angka...
...saya sudah lama berbuat demikian. Ia tidak bermaksud kata lazim di Indonesia perlu disertakan dalam segmen-segmen berikutnya, penyertaan itu hanya untuk memaklumkan sebagai antara kata sama erti yang ada dalam Nusantara, sepertimana Kamus Dewan mencatat perkataan Indonesia Belanda dalam kandungan ia. - Anumengelamun (bincang) 15:21, 28 Ogos 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Melabelkan perkataan serapan Inggeris seperti yang ada -iti "kemalaysiaan" dianggap tidak neutral kerana ia digunakan di Brunei dan Singapura juga namun bukan di Indonesia. Jika orang-orang Melayu Indonesia akan cenderung memilih WBM namun masih menggunakan istilah-istilah yang digunakan dalam bahasa Indonesia, lebih baik mereka pergi Wikipedia bahasa Indonesia yang menggunakan istilah sebegitu. Jika mereka ingin mencari pengetahuan dalam dialek Melayu mereka seperti Melayu Bangka, Melayu Sambas, Melayu Sumatera Utara, dsb, WBM bukanlah tempatnya kerana WBM tidak memasukkan dialek. Mereka boleh mencipta Wikipedia sendiri di Inkubator seperti yang kini dibuat untuk Melayu Jambi. Perkara yang kita bincangkan sekarang adalah menetapkan bahawa WBM menggunakan bahasa Melayu baku di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan tidak menggunakan bahasa Indonesia yang sudah memiliki edisi sendiri. -- TofeikuBincang 15:40, 28 Ogos 2020 (UTC)[balas]
Perkembangan terbaharu daripada pembincangan lanjutan di Discord - saya ada melukis rajah yang dirasa lebih jelas menerangkan cadangan saya terhadap penetapan peristilahan sejagat yang diinginkan dari Wikipedia Bahasa Melayu - mohon @Zahirulnukman:, @Polar:, @Tofeiku:, @Ricky250: lihat sekali dan berikan pendapat. - Anumengelamun (bincang) 04:08, 2 September 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Lebih baik bincang di laman web Wikipedia yang rasmi agar semua dapat berbincang bersama-sama. Sebarang penetapan dasar perlulah dibuat di sini dan bukan di tempat lain. Jika saya perhatikan betul, yang dibulatkan itu sebelum zaman penjajahan Belanda/United Kingdom di Nusantara. Bahasa Melayu pada masa itu dikira zaman bahasa Melayu klasik dan bukan bahasa Melayu moden yang kini digunakan. Terlalu banyak perkataan moden dicipta selepas zaman itu dan berbeza antara bahasa Melayu baku dan bahasa Indonesia disebabkan pengaruh Belanda dan United Kingdom. Perkataan yang digunakan di Wikipedia perlulah guna perkataan yang lebih diketahui. Bahasa Melayu baku dan bahasa Indonesia mempunyai terlalu banyak perbezaan yang menyukarkan untuk menyatupadukannya. Kalau bahasa Indonesia diambil kira walaupun bahasa Indonesia mempunyai Wikipedia tersendiri, bagi saya ia akan tidak menguntungkan pembaca bahasa Melayu baku. Sekali lagi, WBM ini menggunakan bahasa Melayu baku yang digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura dan bukannya bahasa Indonesia. Penutur dialek Melayu di Indonesia boleh merujuk id.wikipedia jika kosa kata yang mereka guna lebih kepada bahasa Indonesia. Bahasa Melayu baku antara tiga negara itu lebih senang diselaraskan berbanding jika masukkan bahasa Indonesia yang memang nyata bahasa yang berasingan dan berbeza dengan bahasa Melayu baku. Boleh beri contoh satu perkataan yang dicadangkan untuk digunakan di kedua-dua laras bahasa baku? -- TofeikuBincang 10:27, 2 September 2020 (UTC)[balas]
@Tofeiku: Izinkan saya jernihkan taksa yang terlepas tulis yang tiada kami bincangkan di Discord - saya tidak maksudkan kita perlu berpaling habis kepada bahasa Melayu klasik, tetapi saya rasa kita perlu mendekati rasa sebegitu mengurangkan kata pinjaman Belanda dan British sebaik-baiknya untuk konsep moden mana yang boleh seperti "taja" (ganti sponsor) "kegiatan" (ganti aktiviti dan aktivitas), "daya", "mutu" ("ganti kualiti dan kualitas) dan sebagainya ; kesemua contoh perkataan saya sebutkan juga ada dalam perkamusan baku Indonesia, saya jamin ada banyak lagi perbendaharaan kata yang dikongsi dengan Kamus Dewan (yang tidak bertanda IB sekalipun). Yang selebihnya tidak mampu digantikan itu boleh kita pakai mana-mana ejaan yang dominan 3 negara. - Anumengelamun (bincang)
@Anumengelamun: Tiga contoh ini memang digalakkan digunakan. "sponsor" dalam bahasa Melayu baku memang "taja" tiada perkataan lain. Bagi contoh lain. Kalau ini perkara yang anda usahakan iaitu menggantikan pinjaman dengan perkataan Melayu yang jati dan jika tidak guna bahasa Melayu baku dari tiga negara itu, saya setuju dan itu memang yang sepatutnya diamalkan di WBM. Namun, saya masih berpendapat perkataan bahasa Indonesia tidak perlu ditulis di pangkal rencana. Kita guna bahasa Melayu baku dan bukannya bahasa Indonesia. Sudah memadailah penduduk Indonesia mempunyai edisi Wikipedia tersendiri, orang Melayu di Indonesia pun kebanyakannya tahu bahasa Indonesia yang diajar di sekolah. Penutur Melayu di tiga negara itu pula guna WBM untuk edisi Wikipedia mereka. Kalau mahu campur, ke manalah penutur bahasa Melayu baku mahu rujuk pula. Biarkanlah Brunei, Malaysia dan Singapura mempunyai WBM sebagai Wikipedia mereka. Penutur dialek Melayu di Indonesia boleh cipta Wikipedia tersendiri kerana bahasa-bahasa Melayu mereka memang berbeza dengan bahasa Melayu baku dan bahasa Indonesia. Terima kasih. -- TofeikuBincang 05:15, 3 September 2020 (UTC)[balas]
Kata seerti itu hanya untuk memaklumkan jenis perkataan lain yang ada dipakai, itu sahaja. Macam di entri Tembikai - "semangka" dipakai di Johor dan Riau, tapi tidak bermaksud "semangka" akan terus dipakai lanjut dalam rencana, ia hanya memaklumkan untuk semua pembaca serata Nusantara sahaja.
"Biarkanlah Brunei, Malaysia dan Singapura mempunyai WBM sebagai Wikipedia mereka. Penutur dialek Melayu di Indonesia boleh cipta Wikipedia tersendiri kerana bahasa-bahasa Melayu mereka memang berbeza dengan bahasa Melayu baku dan bahasa Indonesia"? Serius?? Jadi apa gunanya nama "Wikipedia Bahasa Melayu" lagi yang sudah sendirinya boleh dianggap supranasional berbanding "Bahasa Malaysia" dan "Bahasa Indonesia" yang sudah terikat nama negara? Kita sebagai penyunting dan penyelia tiada kuasa menghalang pembaca asal mana-mana negara...kita takkan buat perkara segila menyekat IP pembaca Indonesia.
Sudah tentu akan ada daripada masyarakat Melayu Indonesia yang akan membuka laman dialek sendiri, namun kita tidak boleh lari daripada kebarangkalian orang dalam masyarakat tersebut memilih membaca laman ini kerana nama "bahasa Melayu"...ia tetap akan berlaku sama ada kita suka ataupun tidak. Kalau mereka suka WBM, tak apalah. Kalau mereka pilih kedua-dua, tak apalah. Kalau mereka pilih WBI, suka hatilah. Tapi kita jangan melampau sampai menyisihkan begitu. - Anumengelamun (bincang) 05:49, 3 September 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Memang tidak nafikan ada pembaca dari Indonesia dan bukan menghalang mana- mana orang untuk membaca. Mengapa suka sangat guna istilah bahasa Malaysia sedangkan bahasa yang digunakan di sini digunakan di Brunei dan Singapura? ms.wikipedia dinamakan bahasa Melayu kerana kod ISO "ms" itu merujuk kepada bahasa Melayu baku yang ditutur di Brunei, Malaysia dan Indonesia. Apabila mencipta suatu edisi Wikipedia, ia memang terikat dengan maksud kod ISO itu. Kalau sesuatu bahasa tiada kod ISO, memang sukar untuk mencipta edisi tersendiri. Sebab itu WBM perlu pilih antara dua bahasa baku yang ada sama ada bahasa Melayu baku atau bahasa Indonesia. Wikipedia bahasa Indonesia sudah ada jadi WBM pilih bahasa Melayu baku tiga negara itu. Dulu pada 2001-2002 bolehlah WBM menggunakan kedua-dua bahasa baku tetapi selepas edisi bahasa Indonesia dicipta, terpisahlah. Tentang "tembikai" itu pula, penutur di Johor dan Riau menggunakan perkataan "semangka" dalam dialek dan tidak menggunakannya dalam bahasa baku. Kalau "semangka" dibenarkan, adakah dialek-dialek Melayu lain yang banyak ini patut dimasukkan juga? Contohnya, dalam dialek Melayu Brunei, tembikai itu sikui tetapi dalam bahasa baku, tembikai digunakan. Ini perbincangan yang ada saya buat sebelum ini dengan para Wikimediawan Indonesia. Saudara boleh baca dan beri pendapat. Harap kita boleh selesaikan ini dengan baik. -- TofeikuBincang 06:25, 3 September 2020 (UTC)[balas]
Hmm...saya fikir semasa menyertai sebagai penyunting itu saya assume ms.wiki ditarget khusus untuk semua dalam Alam Melayu yakni "termasuk Malaysia dan Indonesia sekali" (laksana ar.wiki dengan arz.wikipedia, tetapi ar.wikipedia lebih utama). Saya nampak jelas sedikit, @Tofeiku:. Saya berharap kita dapatkan input pembaca Melayu Indonesia segera dan sebaik mungkin atas tujuan utama perbincangan ini juga, saya cuma mahu pertimbangan yang diyakini adil dan senangkan hati semua serantau.
Mereka ada diberitahu badan rasmi Malaysia seperti Radio Televisyen Malaysia (sebagai penyiar) ada menggunakan nama organisasi pemerintah Indonesia terus, nama-nama "universitas" Indonesia pun media dan universiti Malaysia pakai tanpa olahan? Itu yang menjadi rasional nama institut sebegitu dikekalkan. Tentu menarik mahu lihat pendapat mereka mengenai Kamus Bahasa Melayu Nusantara himpunan DBP Brunei yang mengambil sumber Indonesia sama tara dengan Brunei dan Malaysia... - Anumengelamun (bincang) 07:52, 3 September 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Kalau nama institusi di Indonesia seperti nama universiti, bolehlah kekalkan tulis Universitas. Saya selalu juga rujuk Kamus Bahas Melayu Nusantara oleh DBP Brunei namun mereka menandakan perkataan Indonesia dan Brunei sahaja. Jadi saya guna perkataan yang tiada label. Sama juga seperti Kamus Dewan, ada label Indonesia tetapi tidak digunakan oleh para penutur bahasa Melayu baku. Sebab itu memang ada telah disepakat dalam kalangan ahli linguistik antarabangsa bahawa hanya dua laras bahasa baku Melayu. Boleh minta pendapat dengan @Zulfadli51: yang berwarganegara Negara Brunei Darussalam. Saudara boleh rujuk bagaimana beliau menulis rencana. Bahasa Melayu saya tidak sangat "kemalaysiaan" disebabkan faktor perbezaan budaya dan geografi dengan tempat saya di Sabah yang lebih dekat dengan bahasa Melayu Brunei. Kalau bahasa percakapan, saya memang tidak sama dengan yang selalu digunakan di media Malaysia. Saya boleh tanya juga dengan Wikimediawan Indonesia untuk membantu dengan hal ini. Setakat ini, saya ada mendapat ilham untuk membuat "gadget" menukar perkataan automatik kepada perkataan-perkataan yang digunakan di semua rantau termasuk yang di Indonesia seperti yang dibuat oleh Wikipedia bahasa Serbia yang menggunakan dua dialek utama. Saya rasa penyelesaian ini lebih baik dan bermanfaat untuk semua. -- TofeikuBincang 13:36, 3 September 2020 (UTC)[balas]
Pengalaman saya sebagai orang Semenanjung saya boleh beritahu sedikit: banyak orang sekampung saya perhati biasa malah tidak kisah baca cetakan dan kandungan dari Indonesia; kalau ada kata seerti Indonesia dalam kandungan bahasa Malaysia mereka boleh terima asalkan tidak terlalu menonjol daripada keseluruhan isi (asalkan ada kedengaran "Melayu" serta tiada contoh yang keanehan seperti "translasi" dan sebagainya).
"Perisian" atau "perangkat" automatik ini hanya akan berfungsi apabila diaktifkan penggunakah? Saya sangat takut sifat automatik tersebut akan membetulkan secara berlebihan sehingga terkena isi lain secara tidak sengaja seperti kata nama khas, petikan langsung dari buku dan akhbar, kata Melayu dimasukkan penyunting luar Malaysia (kalau aturcara ini hanya didasarkan korpus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sahaja)...saya rasa langkah kita tidak perlu mendadak ini, lagi-lagi apabila pembetulan manual saya percaya lebih cermat didasarkan budi bicara penyunting manusia yang lebih tahu mana kata yang sepunya seluruh Nusantara. (sekurang-kurangnya tiadalah orang macam BukanTeamBiasa)
(Sekali lagi saya minta kepada mana-mana penyunting Melayu Indonesia, maklum balas atau feedback sangat dialu-alukan. Perwakilan atau "representasi" tuan-puan sungguh dipinta...jangan biarkan pendapat atau opini terkurung dalam catatan W. B. Indonesia yang barangkali hanya dipedulikan Indonesia sahaja.) - Anumengelamun (bincang) 17:45, 5 September 2020 (UTC)[balas]

────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────@Anumengelamun: Alat automatik ini akan tersedia oleh semua dan pengguna boleh pilih tetapan yang diingini. Saya rasa tiada masalah kalau petikan langsung, kata nama khas, dsb ditukar automatik kerana apa yang ditetapkan itu ialah apa yang pengguna itu biasa (familiar). Jadi bagi saya tidak perlu risau tentang itu. Di Sabah, penggunaan media Indonesia amat berleluasa berbanding di Semenanjung dan antara faktornya mungkin oleh ramai memiliki keluarga dari Indonesia. Walau bagaimanapun, mereka tetap menggunakan satu bahasa yang baku iaitu bahasa Melayu baku dan bukannya bahasa Indonesia dalam konteks formal dan sebagainya. Lebih baik WBM menggunakan hanya satu laras bahasa baku berbanding mencampuradukkannya. Mencampurkan perkataan Indonesia dalam WBM sudah tentu akan menjadi proses yang sangat rumit. Kalau WBM ini berindekskan kod "zlm", bolehlah dicampurkan. -- TofeikuBincang 13:04, 6 September 2020 (UTC)[balas]

Saya mencadangkan agar sekatan ke atas IP Address secara khusus dari Indonesia diwujudkan agar mereka hanya boleh membaca dan tidak boleh menyunting sebarang rencana di WBM. Tambahan pula, WID mempunyai ramai pengguna berbanding WBM, maka eloklah warga Indonesia bersenandung di WID dan membuat rencana di sana. 🦅JENTAYU 14:45, 28 September 2020 (UTC)[balas]
@Jentayu: Saya tidak fikir itu merupakan satu tindakan yang masuk akal.- CyberTroopers bincang/sumbangan 04:46, 29 September 2020 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan @CyberTroopers:. @Jentayu: ingat Wikipedia Bahasa Inggeris pesat maju jika semua IP luar Amerika Syarikat dihalang daripada akses kod? Kalau pelajar Malaysia, Singapura dan Brunei yang menyunting dari kampus "universitas" Indonesia pula macam mana? Ia juga menafikan hak masyarakat Melayu Indonesia seperti di Riau, Kalimantan dsb (kerana mereka tertarik nama "Melayu") untuk mengakses sekiranya mahu membetulkan maklumat tidak tepat atau konsisten mengenai kawasan mereka berbanding Wikipedia bahasa baku Indonesia. Anumengelamun (bincang) 04:58, 14 Oktober 2020 (UTC)[balas]
Berkenaan dengan judul perbincangan ini, saya kira ini tidak perlu dijadikan hal apabila ada penyunting yang ingin menggunakan istilah bahasa Indonesia dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Maaf kerana saya sedikit telat untuk memberi ulasan.
1. Sebagaimana yang dikatakan Tofeiku, Wikipedia bahasa Indonesia mempunyai projek Wikipedia tersendiri jadi tidak perlu dimasukkan daftar kata dari bahasa Indonesia walaupun kita sedar bahawa bahasa Indonesia juga mepunyai asas pertalian dari bahasa Melayu juga. Kod WBM ini adalah ms, iaitu merujuk kepada makro bahasa Melayu mso yang mempunyai pecahan kepada bahasa Melayu lain termasuk bahasa Indonesia, namun memandangkan WBI sudah wujud, maka lupakan saja hasrat untuk memasukkannya di sini. Daripada dibincangkan sama ada perlu atau tidak istilah BM Indonesia dimasukkan atau tidak, mendingan kita pikir sama ada perlu atau tidak memasukkan daftar kata dari bahasa Melayu lain seperti bahasa Melayu (zlm) yang mempunyai lebih 10 negara penuturnya, berbanding bahasa Melayu piawai yang hanya 3-4 negara sahaja, bahasa Melayu Pattani dsb kerana bahasa-bahasa ini adalah subbahagian daripada Bahasa Melayu (mso). Saya turut berhubung dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan dengan soal perbezaan istilah antara bahasa Melayu Malaysia dan Brunei namun dimaklumkan bahawa tiada perbezaan yang ketara kerana masing-masing menggunakan bahasa Melayu Piawai (zsm).
2. Saya mencadangkan buat masa ini kita menggunakan bahasa Melayu Piawai (zsm) memandangkan kita mempunyai peralatan untuk merujuk daftar kata bahasa ini berbanding "zlm" kerana saya juga tidak pasti akan perbezaannya dengan "zsm".
3. Saya juga cadangkan sekiranya ada istilah berbeza bagi tajuk rencana dalam bahasa-bahasa Melayu lain, elok dimasukkan sahaja di bahagian perenggan pertama. Sekiranya rasa terlalu lewah, buat satu bahagian dalam rencana dan senaraikan perbezaannya dalam bahagian tsbt. Saya rasa perbincangan ini telah selesai. Sekian.- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:15, 29 September 2020 (UTC)[balas]
Maaf, saya agak hilang tumpuan akan subjek perbincangan ini. Jadi, apa kesimpulannya? Zamwan (bincang) 13:41, 9 Oktober 2020 (UTC)[balas]
@CyberTroopers, Zamwan, Claude Warrior, Ricky250, Polar, Fandi89, PeaceSearcher, Hasrolhashim, Zulfadli51, Zahirulnukman, Zamwan, Tofeiku, Anumengelamun, dan Azmi1995: Saya rasa perbincangan ini sudah berada dalam kesimpulannya. Takrifan Bahasa Melayu dalam Wikipedia ini hanya diutamakan penggunaan dari 3 negara iaitu Singapura, Brunei dan Malaysia. Jika semua setuju, perbincangan ini akan ditutup. SNN95 Talk to me, beybeh! 00:46, 14 Oktober 2020 (UTC)[balas]
@CyberTroopers, Zamwan, Claude Warrior, Ricky250, Polar, Fandi89, PeaceSearcher, Hasrolhashim, Zulfadli51, Zahirulnukman, Zamwan, Tofeiku, SNN95, dan Azmi1995: Kalau ada perkataan atau istilah tersalin dari sumber Indonesia yang juga didapati tersenarai dalam perkamusan Malaysia dan Brunei (mengikut MABBIM), kita sudah tentu akan kekalkan tanpa diolah. Sekiranya tidak, kita sejagatkan. Begitu juga sebaliknya jika istilah tersalin dari sumber Malaysia itu tiada di Brunei, Singapura dan sebagainya. Kata-kata nama khas seperti nama karya, persatuan/organisasi, tempat dan syarikat kita jelas akan kekalkan untuk tujuan rujukan atau pemetikan...saya rasa pendekatan ini sudah jelas dan mudah difahami terus. - Anumengelamun (bincang) 04:29, 14 Oktober 2020 (UTC)[balas]
@Anumengelamun: Sebahagian kenyataan saudara masih bercanggah dengan kenyataan @SNN95:. Bagi kata nama khas, memang kita akan kekalkan. Namun istilah am dari sumber Indonesia tidak akan digunakan di WBM dan tidak akan dipertimbangkan untuk penyejagatan. Hanya istilah dari Brunei, Malaysia dan Singapura sahaja yang akan dipertimbangkan jika ada perbezaan memandangkan WBM menggunakan bahasa Melayu baku tiga negara itu (zsm). -- TofeikuBincang 04:45, 14 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Sepakat! Saatnya kita masuk ke kesimpulan Azmi1995 02:58, 14 Oktober 2020 (UTC)[balas]

Kalau semua setuju, banyak rencana yang kita perlu murnikan lagi untuk selaraskan bahasanya seperti rencana Bahasa dan buang istilah Indonesia di pendahuluan jika rencana bukan berkaitan secara khusus terhadap Indonesia. Ingin saya ingatkan semua lagi bahawa Wikipedia bahasa Melayu menumpukan bahasa baku dalam penulisannya sebagai penyatuan kelainan/dialek bahasa Melayu yang begitu kaya dan banyak. -- TofeikuBincang 04:33, 14 Oktober 2020 (UTC)[balas]