Portal:Muhyiddin Yassin/Biografi: Perbezaan antara semakan
Hasrolhashim (bincang | sumb.) |
Hasrolhashim (bincang | sumb.) |
||
Baris 1,402: | Baris 1,402: | ||
*** Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera |
*** Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera |
||
*** Pengerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara |
*** Pengerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara |
||
*** Pengerusi Majlis Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur |
|||
*** Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar |
*** Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar |
||
*** Pengerusi Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 |
*** Pengerusi Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 |
Semakan pada 15:34, 21 Oktober 2020
Muhyiddin Haji Mohd Yassin | |
---|---|
محي الدين بن محمد يسٓ | |
Perdana Menteri Malaysia ke-8 | |
Memegang jawatan 1 Mac 2020 (4 tahun, 47 hari) | |
Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah |
Didahului oleh | Tun Dr Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Masih Menyandang |
Timbalan Perdana Menteri | Kosong |
Menteri Kanan | Lihat senarai
|
Menteri | |
Timbalan Menteri | |
Ahli Parlimen Malaysia untuk Pagoh Johor Darul Ta'zim | |
Memegang jawatan 14 Ogos 2018 (5 tahun, 247 hari) Penggal Parlimen
| |
Yang di-Pertuan Agong | Lihat senarai |
Yang di-Pertua Dewan Rakyat | Lihat senarai |
Perdana Menteri | Lihat senarai |
Didahului oleh | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Lihat senarai |
Kawasan pilihan raya | Pagoh |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Gambir | |
Memegang jawatan 28 Jun 2018 (5 tahun, 294 hari) Penggal Dewan Negeri
| |
Yang di-Pertuan Agong | Lihat senarai
|
Sultan | Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar (2010-2024) |
Yang di-Pertua Dewan Negeri | Suhaizan Kaiat (2018-2024) |
Perdana Menteri | Lihat senarai |
Menteri Besar | Lihat senarai
|
Didahului oleh | Asojan Muniandy |
Digantikan oleh | Lihat senarai |
Kawasan pilihan raya | Gambir |
Pengerusi Parti Perikatan Nasional | |
Memegang jawatan 7 Ogos 2020 (3 tahun, 254 hari) | |
Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah (2019-2024) |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2024) |
Timbalan Pengerusi | Jeffrey Gapari Kitingan |
Didahului oleh | Jawatan Baharu |
Digantikan oleh | Masih Menyandang |
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Memegang jawatan 14 Januari 2017 (7 tahun, 94 hari) | |
Yang di-Pertuan Agong | Lihat senarai |
Perdana Menteri | Lihat senarai |
Pengerusi | Tan Sri Muhyiddin Yassin (memangku) |
Timbalan Presiden | Ahmad Faizal Dato' Azumu |
Naib Presiden | Lihat senarai |
Didahului oleh | Jawatan Baharu |
Digantikan oleh | Masih Menyandang |
Butiran peribadi | |
Sebutan | m̩ʊhʎ̩i̯d̪d̪i̯n ɓi̯n̩ m̩ʊhɑ̯m̩ɱad y̯ɑ̯ssi̯n̩) |
Lahir | Mahiaddin bin Md Yasin[1] 15 Mei 1947 (76 tahun, 11 bulan dan 2 hari) Muar Johor Darul Ta'zim Malayan Union (kini Malaysia) |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | BERSATU
(2016-2024) UMNO (1971-2016) |
Sekutu gabungan politik lain | Lihat senarai
|
Tinggi | 1.65 m (5 ka 5 in) |
Pasangan | Noorainee Haji Abdul Rahman (umur 74) (Berkahwin sejak 22 September 1972) (51 tahun, 208 hari) |
Anak-anak | Lihat senarai
|
Ibu | Khadijah Haji Kassim |
Bapa | Muhammad Yassin Haji Muhammad |
Saudara | |
Hubungan | Lihat senarai
|
Kediaman | |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970) |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Perdana Menteri Ahli Parlimen Ahli Dewan Negeri |
Profesion | Ahli Politik |
Dikenali kerana | Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 |
Gaji | RM22,826.65 |
Nilai bersih | RM14,365,140.65 |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2020 |
Jawatankuasa | Jawatankuasa Pemilih |
Portfolio | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Anugerah | Panglima Setia Mahkota Senarai |
Pendapatan | RM1,258,099.80 |
Agama | Islam |
Keluarga | Abdul Aziz Muhammad Yassin (Abang) |
Hobi | Golf |
Majikan | Kerajaan Malaysia |
Kampung asal | Kampung Haji Mohd Yassin Batu 1 1/4 Jalan Bakri Bandar Maharani Muar Johor Darul Ta'zim |
Pangkat | Yang Amat Berhormat Tan Sri Perdana Menteri Malaysia |
Terma | 1 Mac 2020 |
Laman web rasmi | Pejabat Perdana Menteri Malaysia Parti Pribumi Bersatu Malaysia |
Tandatangan | |
Jawatan Terdahulu |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Yang Amat Berhormat[2][3] Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin (Tulisan Jawi: محي الدين بن محمد يسٓ), (IPA: m̩ʊhʎ̩i̯d̪d̪i̯n ɓi̯n̩ m̩ʊhɑ̯m̩ɱad y̯ɑ̯ssi̯n̩), PSM; SPMJ; SHMS; SPSA; SPMP; SUNS; SPDK; DUNM; DP; PNBS; SMJ; PIS (II); BSI (II); Plaque of the City of Sarajevo, (lebih dikenali sebagai Tan Sri Muhyiddin Yassin atau ringkasnya, TSMY), lahir pada hari Khamis, 15 Mei 1947 bersamaan dengan 24 Jamadilakhir 1366 Hijrah, adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 yang telah dilantik pada 1 Mac 2020 lalu dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Sebagai wakil rakyat, beliau adalah merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan P143 Pagoh, Johor Darul Ta'zim dan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan N09 Gambir, Johor Darul Ta'zim. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi di peringkat Persekutuan dan Negeri dalam masa yang sama, iaitu kerusi di Dewan Rakyat Malaysia dan di Dewan Negeri Johor. Di peringkat parti politik, beliau adalah Pengerusi Parti Perikatan Nasional dan juga merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Sebelum itu, beliau adalah mantan Menteri Dalam Negeri Malaysia dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diterajui oleh parti Pakatan Harapan,[4] Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Pakatan Harapan.
Jawatan terakhir beliau dalam Kabinet Malaysia 2013 adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Pendidikan I dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia yang diterajui oleh parti Barisan Nasional.
Antara jawatan yang beliau pernah sandang ketika berkhidmat di peringkat Jemaah Menteri sejak tahun 1995 sehingga 2015 adalah Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pelajaran dan Menteri Pendidikan I. Selain daripada itu, beliau juga adalah mantan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan mantan Timbalan Presiden UMNO.
Semasa menjadi Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang pada tahun 1986 sehingga 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim.
Kehidupan Awal كهيدوڤن اول
Asal
Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim dan merupakan salah seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajah Khadijah binti Haji Kassim.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran Inggeris) serta Government English School di Muar (sekolah menengah). Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1967 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu (1970).
Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau tidak terkelompok dalam kumpulan pintar atau genius.[5] Beliau adalah seorang siswa biasa tetapi amat tekun dan kuat berusaha.
Beliau sangat berminat membaca dan sering meluangkan waktu dan menghabiskan waktu dengan membaca. Beliau seolah-olah ketagih membaca atau seperti ulat buku meskipun bukan mengenai bidang kursus yang diikutinya. Beliau mempunyai pengetahuan luas[6] tetapi beliau tidak memperlihatkannya dalam tutur kata atau ketika berhujah. Beliau adalah seorang yang pendiam tetapi amat suka mendengar dan memberi tumpuan dalam sesuatu perbincangan. Beliau sentiasa berjaya menyelesaikan sesuatu persoalan dan masalah para sahabat dengan tindakan yang cepat dan kelihatan begitu mudah.[7]
Keluarga كلوارڬ
Isteri, Anak dan Cucu
Tan Sri Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada tanggal 22 September 1972 yang lalu. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman, mereka telah dikurniakan 4 orang anak, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan, iaitu Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin, (berkahwin dengan Datin Fara Ikma Tan Sri Haji Abdul Rahim), seorang tokoh korporat dan berjawatan sebagai Pengerusi Eksekutif; Datin Sri Nabilah Mahiaddin, (berkahwin dengan Dato' Sri Muhamad Adlan Berhan);[8] Najwa Mahiaddin, (berkahwin dengan Encik Idris Koh Keng Hui),[9] seorang penyanyi dan Farhan Yassin Mahiaddin, juga seorang penyanyi, juga dikenali sebagai Moslem Priest.[10] Beliau juga telah dikurniakan dengan 6 orang cucu perempuan dan 1 orang cucu lelaki.[11]
Ayahanda dan Bonda
Ayahanda beliau yang bernama Haji Muhammad Yassin bin Haji Muhammad bin Sakih, PIS II, ialah seorang ulamak terkenal[12] di Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor Darul Ta'zim, dikatakan beliau dilahirkan di Tanjung Bidara, Melaka dan keluarga beliau berasal dari Siak, Riau, Sumatera, Indonesia, berketurunan Arab dari Hadramaut dan Bugis mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau,[13] Allahyarhamah Hajah Kintan. Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya, mereka dikurniakan dengan 47 orang anak dengan isteri pertama 6 orang anak, isteri kedua 5 orang anak, isteri ketiga 21 orang anak dan isteri keempat 15 orang anak.
Isteri pertama ayahanda beliau ialah Allahyarhamah Hajah Maznah binti Haji Daud, isteri kedua, Allahyarhamah Hajah Khadijah binti Haji Kassim (ibu kandung Tan Sri Muhyiddin) berketurunan Jawa, Allahyarhamah Hajah Sapiah binti Haji Abdullah (isteri ketiga) dan Allahyarhamah Hajah Kintan binti Haji Ibrahim (isteri keempat).[14]
Keluarga Allahyarham Haji Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal di sebuah kampung di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor Darul Ta'zim di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.
Bapa Beliau Seorang Ulamak
Ketika hayatnya, Allahyarham Haji Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar dan di daerah Tangkak seperti di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar; Masjid Parit Jamil, Muar; Masjid Seri Menanti, Tangkak; Masjid Bukit Gambir, Tangkak; Masjid Bukit Kangkar, Tangkak dan Masjid Sungai Mati, Tangkak. Malah, tempat yang paling jauh beliau mengajar ialah di Chohong, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar; kini Tangkak. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengajian Ilmu Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Haji Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri[15] iaitu Allahyarham Haji Haron bin Muhammad Yassin, iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama.
Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Muhammad Yassin yang mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar bin Muhammad Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar dan Masjid Jamek Parit Kadzi, Muar.
Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Menengah Md Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail bin Muhammad Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin bin Muhammad Yassin, Fatimah binti Muhammad Yassin dan Baharuddin bin Muhammad Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun-tahun 1970-an dahulu. Tan Sri Muhyiddin juga pernah mengajar Bahasa Melayu di sekolah tersebut.
Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan[16] Sekolah Arab Sa'adiah[17] di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil para pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam Bahasa Arab. Sekolah Arab Sa'adiah pada masa ini diuruskan oleh Haji Abdul Rahman bin Muhammad Yassin, anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Haji Muhammad Yassin. Di Surau Sa'adiah yang terletak di dalam kawasan Sekolah Arab Sa'adiah inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis Tahlil Allahyarham Haji Muhammad Yassin dan majlis iftar Ramadhan bersama keluarga.[18]
Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Othman bin Haji Azhari[19] yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor Darul Ta'zim.
Bapa Saudara
Allahyarham Haji Muhammad Yassin mempunyai adik beradik berlainan ibu, iaitu bernama Haji Muhammad Nor bin Muhammad dan Haji Sulaiman bin Muhammad. Oleh itu, bapa saudara Tan Sri Muhyiddin di sebelah bapa ialah Haji Muhammad Nor bin Muhammad dan Haji Sulaiman bin Muhammad.
Adik Beradik
Sebapa
Allahyarham Haji Haron bin Muhammad Yassin, iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama. Allahyarham Ahmad bin Muhammad Yassin pernah mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar bin Muhammad Yassin pula pernah pada suatu masa hayatnya mengajar di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar dan Masjid Jamek Parit Kadzi, Muar.
Allahyarham Kamaruddin bin Muhammad Yassin adalah adik-beradik sebapa dengan beliau.
Anak Allahyarham, Haji Baharuddin bin Muhammad Yassin, PIS II, yang bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di Johor Bahru dan menjadi Imam di Surau Al Haadi, Taman Bakti, Johor Bahru. Pernah semasa usia kecilnya mengikut sama bapa beliau pergi mengajar di Masjid Jamek Seri Menanti, Masjid Sungai Mati dan Masjid Bukit Kangkar di Tangkak; Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang di Muar. Beliau adalah adik beradik sebapa daripada isteri ayahanda beliau yang ke-4, iaitu Hajah Kintan binti Haji Ibrahim.
Seibu
Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Tan Sri Haji Abdul Aziz bin Muhammad Yassin (abang), Datin Hajah Rohana binti Muhammad Yassin (kakak),[20] Shahid bin Muhammad Yassin (adik lelaki) dan Fatimah binti Muhammad Yassin (adik perempuan).
Kakak Tan Sri Muhyiddin yang bernama Hajah Norani binti Muhammad Yassin dan abang beliau, Haji Ismail bin Muhammad Yassin begitu juga dengan adik beradik seibu beliau yang lain seperti Abdullah bin Muhammad Yassin, Fadzilah binti Muhammad Yassin dan Shahrani bin Muhammad Yassin telah pun kembali ke Rahmatullah.
Perjumpaan Keluarga
Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada setiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari raya kedua atau hari raya ketiga di kediaman beliau di Taman Sri Tanjung, berhampiran Tanjung Emas, Muar. Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silaturrahim. Ketika beliau berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Dewan Seri PEKEMBAR, Pagoh.[21]
Hobi هوبي
Beliau mempunyai hobi membaca buku, bermain golf dan badminton. Golf merupakan permainan yang beliau paling gemari, kerana ketika beliau menjadi seorang pemimpin kanan kerajaan, beliau sering diundang untuk menyertai pelbagai acara sukan golf oleh pelbagai sektor.
Keistimewaan كايستيميوأن
Seorang pakar ekonomi dunia yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, iaitu (Tan Sri) (Dr) Just Faaland yang berasal dari Norway, telah mengatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pemikir dan pelaksana yang mempunyai kejituan atau ketepatan berfikir yang sangat bermutu. Keistimewaan ini amat susah dicari kecuali hanya satu dalam seribu.
Penasihat ekonomi negara ini, bukanlah menilai Tan Sri Muhyiddin dari sudut sosial atau moral tetapi adalah dari sudut tindakan dan fikirannya dan dianalisis secara profesional. Tan Sri Muhyiddin dianggap sebagai seorang insan pemikir dan pelaksana yang mempunyai kualiti yang tinggi. Beliau dapat merungkai sesuatu proses atau masalah dengan terperinci dan dapat meringkaskannya dengan begitu mudah untuk dilaksanakannya sendiri, orang lain atau orang-orang yang berkaitan dengan persoalan berkenaan.
Tan Sri Muhyiddin tidak suka menunjuk-nunjuk tetapi apabila khidmat beliau diperlukan, beliau akan melaksanakannya dengan penuh perhatian, terbaik dan memberi output yang mudah diterima, mudah dilakukan dan cepat. Dalam perkataan lain, Tan Sri Muhyiddin mempunyai keupayaan dan keistimewaan sebagai seorang pemikir besar terhadap penyelesaian dan pelaksanaan sehingga menjadi mudah, berkesan dan menghasilkan output atau produk yang berkualiti.
Kerjaya كرجاي
Sektor Swasta
Pengalaman pertama beliau bekerja ialah sebagai guru sambilan yang mengajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah swasta milik persendirian ayahanda beliau iaitu, Sekolah Menengah Md. Yassin (Persendirian) pada tahun 1967 lalu.
Sektor Awam
Beliau memulakan kerjaya dalam sektor awam sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar (Bahagian Pembangunan Luar Bandar) pada tahun 1974 lalu.
Sektor Korporat
Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah anak syarikat milik kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kemudian dijenamakan semula sebagai Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd dan Syarikat Granite Malaysia Sdn Bhd.
Politik ڤوليتيك
- Parti Politik
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1971-1988)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Baharu (PEKEMBAR) (1988-1997)
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (1997-2016)
UMNO
Beliau telah menceburkan diri dalam bidang politik apabila mendaftar sebagai Ahli Biasa UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir. Beliau seterusnya mendaftarkan diri sebagai Ahli Biasa UMNO Bahagian Muar Dalam bersama Tan Sri Othman Saat pada tahun 1971 lalu.
UMNO Cawangan Permatang Pasir
Barisan Pemimpin UMNO Cawangan
Pengerusi Tetap UMNO Cawangan
Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir pada 1971.
UMNO Bahagian Pagoh
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1974 hingga tahun 1976.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Kemudian beliau dilantik pula sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dari tahun 1976 hingga tahun 1982.
Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh, beliau telah juga dilantik sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun yang sama.
Barisan Pemimpin UMNO Bahagian
Bendahari UMNO Bahagian
Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Muar Dalam dan kemudiannya Bahagian Pagoh hingga tahun 1974.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Setelah itu, pada tahun 1982, beliau telah dipilih pula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh sehingga tahun 1985.
Ketua UMNO Bahagian
Beliau telah memenangi jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh pada 26 April 1985 setelah menewaskan penyandangnya, Tan Sri Othman Saat.
Pada 24 Jun 2016, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh setelah dipecat dari parti UMNO[22] oleh Majlis Tertinggi UMNO yang mesyuarat khasnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan jawatan tersebut telah dipangku oleh Haji Ismail Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.
Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Beliau merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1971 hingga tahun 1974.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1974 hingga tahun 1976.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1976 hingga tahun 1982.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Seterusnya beliau telah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1982 hingga tahun 1986 dan dalam masa yang sama terus kekal sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Negeri
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1982 hingga tahun 1986 dan dari tahun 1995 hingga tahun 2003.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim pada tahun 1986 hingga tahun 1995.
Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
Barisan Pemimpin Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 menggantikan Tan Sri Zulhasnan Rafique sehingga tahun 2013. Kemudian jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor.
UMNO Pusat
Pergerakan Pemuda UMNO Pusat
Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat
Tan Sri Muhyiddin telah menjadi Pengerusi Biro Industri Utama Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1984 hingga tahun 1987.
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat
Tan Sri Muhyiddin telah menjadi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Pusat sejak tahun 1976 hingga tahun 1987.
Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Pada tahun 1984, beliau telah bertanding kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, namun beliau telah gagal kerana kekurangan undian. Pada tahun 1987, buat pertama kalinya, Tan Sri Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO selepas percubaan kali pertama pada tahun 1984 menemui kegagalan.
Beliau terus kekal berada di kerusi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga tahun 1993 dan dari tahun 1996 hingga ke tahun 2000. Pada tahun 1993 hingga tahun 1996 dan dari tahun 2000 hingga tahun 2016, beliau menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO.
Beliau menduduki kerusi Majlis Kerja Tertinggi UMNO dari tahun 1987 hingga tahun 2016.
Naib Presiden UMNO
Pemilihan UMNO 1990
Pada tanggal 30 November 1990, beliau telah bertanding telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1990 untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 6 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 582 undian.
Calon | Undian Perwakilan | Pencalonan Bahagian |
Keputusan |
---|---|---|---|
Anwar Ibrahim | 1,067 undian | 110 | Menang |
Abdullah Ahmad Badawi | 953 undian | Menang | |
Sanusi Junid | 750 undian | Menang | |
Wan Mokhtar Wan Ahmad | 735 undian | 16 | Tercalon |
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 582 undian | Tercalon | |
Abdul Rahim Thamby Chik | 452 undian | Tercalon | |
Pemilihan UMNO 1993
Seterusnya, pada tanggal 4 November 1993, beliau telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 1993 melalui Team Wawasan setelah dicalonkan oleh 133 Bahagian UMNO untuk merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1993 dan berjaya mendapat undian tertinggi, iaitu sebanyak 1,413 undian.
Calon | Undian Perwakilan | Pencalonan Bahagian |
Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 1,413 undian | 133 | Menang |
Mohd Najib Tun Abdul Razak | 1,202 undian | 148 | Menang |
Muhammad Haji Muhammad Taib | 1,189 undian | 138 | Menang |
Abdullah Ahmad Badawi | 927 undian | 16 | Tercalon |
Sanusi Junid | 525 undian | 13 | Tercalon |
Wan Mokhtar Wan Ahmad | Menarik diri | 6 | Tercalon |
Mohamed Yusof Mohamed Noor | Menarik diri | 1 | Tercalon |
Anwar Ibrahim | Menarik diri | 1 | Tercalon |
Pemilihan UMNO 1996
Namun pada tanggal 10 Oktober 1996, semasa Pemilihan UMNO tahun 1996, beliau gagal untuk mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO setelah tewas. Beliau hanya mendapat undian kedua terendah daripada 7 orang calon yang bertanding, iaitu sebanyak 545 undian.
Calon | Undian Perwakilan | Keputusan |
---|---|---|
Mohd Najib Tun Abdul Razak | 1,483 undian | Menang |
Abdullah Ahmad Badawi | 1,053 undian | Menang |
Muhammad Haji Muhammad Taib | 1,045 undian | Menang |
Ramli Ngah Talib | 696 undian | Tercalon |
Syed Hamid Albar | 653 undian | Tercalon |
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 545 undian | Tercalon |
Yob Tajuddin Kulub Ismail | 111 undian | Tercalon |
Pemilihan UMNO 2000
Pada tanggal 11 Mei 2000, beliau sekali lagi telah bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2000 setelah dicalonkan oleh 30 Bahagian UMNO dan berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang daripada 3 orang calon yang berjaya dilantik sebagai Naib Presiden UMNO dengan undian ketiga tertinggi, iaitu sebanyak 813 undian.[23]
Calon | Undian Perwakilan | Pencalonan Bahagian |
Keputusan |
---|---|---|---|
Mohd Najib Tun Abdul Razak | 1,289 undian | 151 | Menang |
Muhammad Haji Muhammad Taib | 853 undian | 32 | Menang |
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 813 undian | 30 | Menang |
Osu Sukam | 629 undian | Tercalon | |
Abu Hassan Omar | 616 undian | 58 | Tercalon |
Syed Hamid Albar | 524 undian | Tercalon | |
Abdul Ghani Othman | 469 undian | 80 | Tercalon |
Mohd Isa Abdul Samad | 421 undian | Tercalon | |
Rais Yatim | 371 undian | Tercalon | |
Pemilihan UMNO 2004
Pada tanggal 23 September 2004, semasa Pemilihan UMNO tahun 2004, beliau telah berjaya mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat undian ketiga terbanyak, iaitu sebanyak 1,234. Tetapi, selepas Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa Pemilihan UMNO tahun 2004 pada tanggal 24 Jun 2005, kedudukan undian beliau adalah di tempat yang kedua dan tempat ketiga telah diberikan kepada Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.
Calon | Undian Perwakilan | Keputusan |
---|---|---|
Mohd Isa Abdul Samad[2] | 1,507 undian | Tercalon |
Mohd Ali Mohd Rustam[3] | 1,329 undian | Menang |
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 1,234 undian | Menang |
Muhammad Haji Muhammad Taib | 1,177 undian | Menang |
Mustapa Mohamed | 1,059 undian | Tercalon |
Adnan Yaakob | 690 undian | Tercalon |
Shahrir Abdul Samad | 651 undian | Tercalon |
↑ 2. Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad telah dilucutkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2005 kerana salah laku rasuah semasa pemilihan tersebut.
↑ 3. Tempat pertama Tan Sri Mohd Isa Dato' Haji Abdul Samad sebagai Naib Presiden UMNO kemudiannya diganti oleh Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam (kemudiannya Tun), sambil tempat kedua diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tempat ketiga diganti oleh Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib.
Timbalan Presiden UMNO
Pemilihan UMNO 2009
Setelah kerusi Timbalan Presiden UMNO dikosongkan oleh penyandang terdahulu, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pemilihan UMNO tahun 2009 setelah dicalonkan oleh 91 Bahagian UMNO dan memenanginya dengan menewaskan calon, Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib dengan undian sebanyak 1,575 pada tanggal 26 Mac 2009 yang lalu.
Calon | Undian Perwakilan | Pencalonan Bahagian |
Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 1,575 undian | 91 | Menang |
Muhammad Haji Muhammad Taib | 916 undian | 46 | Tercalon |
Mohd Ali Mohd Rustam | Dilucut kelayakan | 47 | |
Shahrir Abdul Samad | Tidak layak | 1 | |
Nur Jazlan Mohamed | Menarik diri |
Pemilihan UMNO 2013 Pada Pemilihan UMNO tahun 2013, beliau kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas mendapat kata sepakat yang mengatakan jawatan bagi Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO tidak perlu dipertandingkan.
Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau juga telah diamanahkan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang berperanan untuk mengurus perkara yang berkaitan dengan pengurusan parti.
Digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO
Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga 26 Februari 2016 selepas digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO,[24] (namun jawatan-jawatan beliau yang lain dalam UMNO dikekalkan); oleh kerana mempersoalkan kedudukan beliau yang tidak diberikan ruang untuk membuat ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2015, menegur salah laku Pengerusi Lembaga Penasihat, 1Malaysia Development Berhad, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak[25][26] dan berjuang bersama-sama pakatan pembangkang dalam Deklarasi Rakyat[27] yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang antaranya ingin menyatakan kebimbangan terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
Dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dipecat keahlian UMNO
Pada 24 Jun 2016, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO setelah dipecat dari parti UMNO[28] oleh Majlis Tertinggi UMNO yang mesyuarat khasnya dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
BERSATU Bahagian Pagoh
Barisan Pemimpin BERSATU Bahagian Pagoh
Ketua BERSATU Bahagian
Pada 8 Oktober 2016, beliau telah mengumumkan penubuhan bahagian pertama bagi parti BERSATU, iaitu BERSATU Bahagian Pagoh. Sebagai Ahli Parlimen Pagoh, beliau telah dilantik sebagai Ketua BERSATU Bahagian Pagoh.
BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim
Badan Pimpinan BERSATU Negeri
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim
Beliau telah dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim bagi menggantikan Dato' Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim. Kemudian, Haji Mazlan Bujang telah dilantik bagi menggantikan tempat beliau. Pada 7 September 2020, beliau kembali menjawat jawatan tersebut.
BERSATU Pusat
Majlis Presiden BERSATU
Pengerusi Majlis Presiden BERSATU
Beliau mempengerusikan badan eksekutif Majlis Presiden yang menjalankan tugas harian parti.
Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Pengerusi Biro Politik BERSATU
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Politik BERSATU pada 7 September 2020 lalu.
Presiden BERSATU
Beliau adalah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sejak 14 Januari 2017 yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah mengasaskan parti ini dan menjadi Presiden Penaja pada 9 September 2016.
Pada tanggal 13 Disember 2016, di ibupejabat PKR, Petaling Jaya, beliau telah mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dalam menghadapi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 lalu. Beliau telah bersetuju untuk bekerjasama, tetapi masih belum bersedia untuk menjadi parti komponen dalam Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan juga telah bersetuju untuk menggunakan satu logo bagi mewakili parti pembangkang yang bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bagi menentang Barisan Nasional semasa pilihan raya tersebut.
Rundingan lanjut adalah untuk menetapkan para calon satu lawan satu untuk menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang lalu. Beliau juga telah cuba untuk memujuk PAS bagi bekerjasama menghadapi pilihan raya tersebut. PAS bagaimanapun menolak pelawaan tersebut dan memilih untuk menjadi blok ketiga dalam pilihan raya tersebut.
Pengerusi BERSATU
Beliau telah memangku jawatan sebagai Pengerusi BERSATU setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan tersebut pada 24 Februari 2020 lalu.
- Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (1974-2018)
- Parti Pilihan Raya dan Parti Pembangkang (2018-2024)
Barisan Nasional
Barisan Nasional Bahagian Pagoh
Pemuda Barisan Nasional Pagoh
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Pagoh
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Pagoh.
Kempimpinan Barisan Nasional Pagoh
Pengerusi Barisan Nasional Pagoh
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Pagoh dari tahun 1985 hingga 2016.
Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim
Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim.
Kepimpinan Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
Pengerusi Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
Beliau dilantik sebagai Pengerusi Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 hingga 1995.
Barisan Nasional Pusat
Dewan Tertinggi Barisan Nasional
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dari tahun 2009 hingga tahun 2015.
Sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, beliau telah menjadi Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional sebanyak 18 kali.
Pada tahun 2015, beliau telah melahirkan kebimbangan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional disebabkan oleh kesan krisis 1Malaysia Development Berhad yang beliau anggap bakal menyebabkan Barisan Nasional kemungkinan akan kalah pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 yang akan datang.
Akhirnya beliau telah dipecat kerana dianggap memberikan tanggapan yang negatif terhadap Barisan Nasional walaupun ianya sekadar ingatan dan muhasabah diri. Setelah itu, jawatan tersebut telah disandang oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.
- Parti Pilihanraya dan Parti Pembangkang (2016-2018)
- Parti Pilihanraya dan Parti Kerajaan (2018-2020)
Pakatan Harapan
Pada permulaannya, gabungan Pakatan Harapan-Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menentang Barisan Nasional.
Pada 20 Mac 2017, Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah diterima masuk sebagai ahli terbaharu dalam Pakatan Harapan. Beliau kemudiannya telah menganggotai Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan Bahagian Pagoh
Badan Pimpinan Pakatan Harapan Bahagian Pagoh
Pengerusi
Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Bahagian Pagoh.
Pakatan Harapan Negeri Johor Darul Ta'zim
Badan Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Johor Darul Ta'zim
Pengerusi
Pada 22 Ogos 2017, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim. Setelah meletakkan jawatan, Haji Aminolhuda Hassan telah dilantik bagi menggantikan beliau.
Pakatan Harapan Pusat
Majlis Presiden Pakatan Harapan
Timbalan Presiden
Pada 13 Julai 2017, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
- Kerajaan
- Parti Pilihan Raya dan Parti Kerajaan (2020-kini)
Parti Perikatan Nasional
Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah menamakan kerajaan pimpinan beliau sebagai Perikatan Nasional yang disokong oleh parti-parti dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku serta BEBAS.
Parti Perikatan Nasional Bahagian Pagoh
Badan Pimpinan Parti Perikatan Nasional Bahagian Pagoh
Pengerusi
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Parti Perikatan Nasional Bahagian Pagoh
Badan Pimpinan Parti Perikatan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim
Pengerusi
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Parti Perikatan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim.
Parti Perikatan Nasional Pusat
Majlis Presiden Parti Perikatan Nasional
Pengerusi
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Presiden Parti Perikatan Nasional.
Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Perikatan Nasional
Pengerusi
Pada 8 September 2020, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dato' Seri Hamzah Zainudin telah mengumumkan bahawa Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020 dan pengumuman perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Parti Perikatan Nasional telah dibuat pada hari yang sama.
Keputusan Pilihan Raya كڤوتوسن ڤيليهنراي
Parlimen Pagoh
Pilihan Raya Umum Malaysia 1978
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 pada 8 Julai 1978 hingga 22 Julai 1978, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17,679.
Calon lawan ialah Ustaz Abdul Wahab Abdul Rahman dari PAS mendapat 3,260 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 88.92%. Undi rosak sebanyak 1,258.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 17,679 | Menang | |
Ustaz Abdul Wahab Abdul Rahman | 3,260 | Tercalon | |
Pilihan Raya Umum Malaysia 1982
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982 hingga 26 April 1982, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19,035.
Calon lawan ialah Tuan Sumadi Ahmad dari PAS mendapat 2,652 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 74.86%. Undi rosak sebanyak 1,234.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 19,035 | Menang | |
Tuan Sumadi Ahmad | 2,652 | Tercalon | |
Pilihan Raya Umum Malaysia 1995
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 pada 24 April 1995 hingga 25 April 1995, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21,856.
Calon lawan ialah Tuan Rosdan Taha Dato' Abdul Rahman dari Semangat 46 mendapat 4,257 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 70.68%. Undi rosak sebanyak 1,379.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 21,856 | Menang | |
Tuan Rosdan Taha Dato' Abdul Rahman | 4,257 | Tercalon | |
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 pada 29 November 1999, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 20,132.
Calon lawan ialah Tuan Elias @ Alias Haji Shamsir dari PKR mendapat 7,282 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 71.19%. Undi rosak sebanyak 913.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 20,132 | Menang | |
Tuan Elias @ Alias Haji Shamsir | 7,282 | Tercalon | |
Pilihan Raya Umum Malaysia 2004
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23,679.
Calon lawan ialah Ustaz Mohamed Awang dari PAS mendapat 4,932 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 65.43%. Undi rosak sebanyak 923.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23,679 | Menang | |
Ustaz Mohamed Awang | 4,932 | Tercalon | |
Pilihan Raya Umum Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 21,028.
Calon lawan ialah Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz dari PAS mendapat 8,447 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 75.70%. Undi rosak sebanyak 787.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 21,028 | Menang | |
Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz | 8,447 | Tercalon | |
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran buat kali yang pertama kalinya dalam sejarah hidup beliau pada 9 April 2009.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2013
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 pada 5 Mei 2013, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 26,274.
Calon lawan ialah Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz dari PAS mendapat 13,432 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 86.79%. Undi rosak sebanyak 906.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 26,274 | Menang | |
Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al-Hafiz | 13,432 | Tercalon | |
Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, beliau sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia buat penggal kedua selepas pertama kali dilantik pada tahun 2009.
Beliau digugurkan dari senarai Kabinet Malaysia 2013 pada tahun 2015 selepas membuat teguran kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkenaan salah tadbir urus 1Malaysia Development Berhad dan "derma" RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadi Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2018
Kawasan pilihan raya Johor | |||
---|---|---|---|
Kawasan parlimen | |||
Badan perundangan | Dewan Rakyat | ||
ADR |
PPBM | ||
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1974 | ||
Kali pertama dipertandingkan | 2013 | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2018 | ||
Demografi | |||
Pemilih (2018)[29] | 51,512 | ||
Luas (km²)[30] | 1,258 |
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili parti Pakatan Harapan. Beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Pagoh, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 23,558.
Calon lawan ialah bekas timbalan beliau di UMNO Bahagian Pagoh, Tuan Haji Ismail Mohamed dari BN mendapat undian sebanyak 16,631 dan Tuan Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz dari PAS mendapat undian sebanyak 2,483. Peratus pengundi yang keluar ialah 84.18%. Undi rosak adalah sebanyak 693.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 23,558 | Menang | |
Tuan Haji Ismail Mohamed | 16,631 | Tercalon | |
Tuan Ahmad Nawfal Dato' Dr Mahfodz | 2,483 | Tercalon | |
Dewan Negeri Bukit Serampang
Pilihan Raya Umum Malaysia 1986
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 pada 2 Ogos 1986 hingga 3 Ogos 1986, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Bukit Serampang, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang tanpa bertanding.
Calon | Parti | Keputusan |
---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | Menang Tanpa Bertanding | |
Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim buat kali pertama dalam hidup beliau menggantikan Dato' Abdul Ajib Ahmad.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1990
Kawasan pilihan raya Johor | |
---|---|
Bahagian pilihan raya negeri | |
Badan perundangan | Dewan Negeri Johor |
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1959 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 2018 |
Kali pertama dipertandingkan | 2013 |
Demografi | |
Pemilih (2013) | 21,429 |
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 pada 20 Oktober 1990 hingga 21 Oktober 1990, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Bukit Serampang, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 9,260.
Calon lawan ialah Tuan Haji Omar Lambak dari Semangat 46 mendapat 2,240 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 76%. Undi rosak sebanyak 411.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 9,260 | Menang | |
Tuan Haji Omar Lambak | 2,240 | Tercalon | |
Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua sehingga tahun 1995.
Dewan Negeri Gambir
Pilihan Raya Umum Malaysia 2018
Kawasan pilihan raya Johor | |||
---|---|---|---|
Bahagian pilihan raya negeri | |||
Badan perundangan | Dewan Negeri Johor | ||
ADUN |
PPBM | ||
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 2004 | ||
Kali pertama dipertandingkan | 2013 | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2018 | ||
Demografi | |||
Pemilih (2018) | 22,726 | ||
Luas (km²) | 219 |
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 pada 9 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah bertanding menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili parti Pakatan Harapan. Beliau telah bertanding di kawasan Dewan Negeri Gambir, negeri Johor Darul Ta'zim. Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 10,280.
Calon lawan ialah Datuk Asojan Muniandy dari BN mendapat undian sebanyak 7,192 dan Dato' Dr Mahfodz Mohamed dari PAS mendapat undian sebanyak 1,806. Peratus keluar mengundi adalah sebanyak 86.51%. Jumlah undi rosak adalah sebanyak 383.
Calon | Parti | Jumlah Undian | Keputusan |
---|---|---|---|
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 10,280 | Menang | |
Datuk Asojan Muniandy | 7,192 | Tercalon | |
Dato' Dr Mahfodz Mohamed | 1,806 | Tercalon | |
Gelaran Hormat ڬلرن حرمت
Gelaran Muhyiddin Yassin | |
---|---|
Rujukan gelaran | Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Tuan Yang Terutama |
Gaya percakapan | Yang Amat Berhormat Tan Sri Yang Berhormat Tan Sri Tuan Yang Terutama Tan Sri |
Gaya informal | Tan Sri |
Dewan Rakyat Malaysia | Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Berhormat Pagoh |
Dewan Negeri Johor | Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Yang Berhormat Bukit Serampang atau Yang Berhormat Gambir |
- Yang Amat Berhormat
- Gelaran ini digunakan semasa beliau menjadi YAB Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
- Yang Berhormat
- Gelaran ini digunakan semasa beliau menjadi YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan YB Setiausaha Parlimen, YB Ahli Parlimen Pagoh, YB Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang dan YB Ahli Dewan Negeri Gambir
- Singkatan Gelaran
- YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
- YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Dato' Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
Selepas 7 April 1991
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Selepas 1 Jun 1988
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Sebelum 2 Jun 1988
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Amat Berhormat Tuan Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Menteri
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen
Bagi acara rasmi, gelaran penuh beliau adalah Yang Berhormat Tuan Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.
Negeri
Johor Darul Ta'zim
YAB atau Yang Berhormat[2] Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Kedah Darul Aman
YAB Tan Sri Dato' Seri Diraja Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Perak Darul Ridzuan
YAB Dato' Seri Diraja Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Perlis
YAB Tan Sri Dato' Seri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Negeri Sembilan Darul Khusus
YAB Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Sabah Negeri di Bawah Bayu
YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Melaka
YAB Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Sarawak Bumi Kenyalang
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Jawatan Kerajaan جاوتن كراجأن
Zaman Tun Hussein Dato' Seri Onn (1976-1981)
Badan Perundangan 1976-1981
Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978. Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.
Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 1981-2003
Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia[31] oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia[32] pada tahun yang sama oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian I Malaysia[33] sehingga tahun 1986.
Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim[34] selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan. Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.
Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.[35] Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai bulan Disember 1999[36] setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu.
Zaman Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi (2004-2008)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2003-2008
Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.
Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia[37] yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu perniagaan.
Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.[38] Beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Zaman Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009-2015)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2009-2015
Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5 tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Malaysia[39] dari tahun 2009 hingga tahun 2013.
Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Sri Satria.
Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M dan W9R.[40] Selain daripada itu, beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.
Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-Malaysia[41] di Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk berinteraksi bersama rakyat Malaysia.
Seperti yang diduga, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 yang lalu.
Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2013[42] untuk penggal kedua.
Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri Pelajaran Malaysia kepada Menteri Pendidikan I Malaysia.[43]
Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013[44] dengan menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.[45]
Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia membekukan penerbitan dua akhbar media perniagaan alternatif di Malaysia The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Financial Weekly kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)[46] dan teguran beliau agar Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Malaysia 2015 dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia,[47] walaupun ia merupakan satu tindakan yang sukar demi 'pemantapan dan penyatuan'.[48]
Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2018-2020
Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dalam gabungan parti politik baharu, Pakatan Harapan setelah disingkirkan dari Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri Johor bagi Gambir juga turut menangi oleh beliau buat kali yang pertama.
Seterusnya, dengan kejayaan tersebut, beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia pada 12 Mei 2018 yang lalu.
Pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V[49] di Istana Negara.
Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Gambir, Johor Darul Ta'zim pada 28 Jun 2018[50] di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat.
Pada 12 Julai 2018, Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat awal di pankreas di Hospital Mount Elizabeth di Singapura dan telah mendapat cuti rehat selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan.[51] Disebabkan itu, tugas sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dijalankan sementara oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak dapat hadir untuk majlis angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang telah berlangsung pada 16 Julai 2018 di Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.
Perdana Menteri (2020-)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2020-
Beliau telah mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah perletakan jawatan secara mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad.
Satu undian telah dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke atas 221 orang Ahli Dewan Rakyat Malaysia, kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menentukan calon yang mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Yang di-Pertuan Agong juga berkenan untuk berbincang dengan Majlis Raja-Raja untuk memuktamadkan pilihan Baginda. Akhirnya, beliau mendapat undian majoriti dan dilantik ke jawatan tersebut.
Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir terus dipegang.
Jasa dan Sumbangan جاس دان سومبڠن
Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar dan memimpin Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut. Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil negara di dunia. Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dikagumi[52] walaupun mencemaskan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga memaksa dirinya memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana jika tidak, Johor Darul Ta'zim akan menandingi Singapura.
Di bawah Tan Sri Muhyiddin juga, sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara. Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta'zim memberi faedah kepada semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di seluruh Johor Darul Ta'zim dan mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.
Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-masjid baharu dibina. Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul Ta'zim.
Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah mendapat kembali pengiktirafan dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.
Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[53] pada tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam bulan pertama ia diperkenalkan. Program Rakan Muda adalah program yang melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.
Tan Sri Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ketegasan Tan Sri Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.
Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel 1998[54] sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel 1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950-an dengan menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.
Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.
Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang[55] yang dikuatkuasakan pada musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Di bawah akta ini wujud Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,[56] di bawah Seksyen 85, Bahagian XII, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai kuasa mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang membuat tuntutan tidak melebihi daripada RM25,000.00 sahaja.
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’.[57] Wawasan beliau menjadikan sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi bidang pertanian.
Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA[58] dengan konsep baharu sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan, pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.
Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri pertanian negara.
Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara Shah Alam di zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Ia menjadikannya sebagai taman agro-pelancongan terbesar di dunia dengan keluasan 813 hektar. Kos sebanyak RM141 juta[59] telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2007 yang lalu.
Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia ).
Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia
Pemansuhan PPSMI
Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
Sekolah Dalam Hospital
Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman yang juga penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program ini telah dijenamakan sebagai Sekolah Dalam Hospital dan diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia di hospital-hospital terpilih di seluruh negara.
Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad akan datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi negara pengikut, termasuklah dalam soal pendidikan.
- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Putrajaya, 1 November 2011
Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia
Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.
Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1 telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.[60]
Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (National Disaster Management). Semasa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bercuti di Amerika Syarikat[61] sambil bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Sebagai Perdana Menteri Malaysia
Tugas getir beliau selaku Perdana Menteri Malaysia ke-8 adalah untuk menangani Pandemik COVID-19 di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia. Antaranya adalah Perintah Kawalan Pergerakan. Satu pakej ransangan ekonomi baharu telah diperkenalkan yang melibatkan jumlah lebih daripada RM250 billion. Satu insentif telah diwujudkan, iaitu Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan M40 dan B40.
Bantuan untuk perusahaan kecil dan sederhana juga diberikan melalui insentif Pakej Prihatin PKS bagi membantu para pengusaha kecil dan sederhana yang terkesan akibat wabak COVID-19.
Ringkasan Jawatan ريڠكسن جاوتن
Berikut adalah senarai antara jawatan yang beliau pernah sandang
- Kerajaan Malaysia
- Perdana Menteri Malaysia
- Ketua Majlis Parlimen Malaysia
- Pengerusi Jemaah Menteri
- Pengerusi Majlis Keselamatan Negara Malaysia
- Pengerusi Majlis Kewangan Negara
- Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi
- Pengerusi Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama
- Pengerusi Majlis Tanah Negara
- Pengerusi Majlis Sains Negara
- Pengerusi Majlis Kemakmuran Bumiputera
- Pengerusi Khazanah Nasional
- Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
- Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera
- Pengerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara
- Pengerusi Majlis Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur
- Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar
- Pengerusi Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963
- Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah
- Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia
- Presiden Kehormat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Yang Dipertua Kebangsaan St. John Ambulans Malaysia
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Pemangku Perdana Menteri Malaysia
- Timbalan Ketua Majlis Parlimen Malaysia
- Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara
- Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara
- Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin
- Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
- Timbalan Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia
- Timbalan Presiden Kehormat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Penaung Majlis Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Wilayah Persekutuan
- Penaung II Gagasan Badan Ekonomi Melayu
- Penaung Yayasan Perikatan
- Penaung Ekspo Inovasi Islam 2014
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
- Penaung Persatuan Bekas Polis Malaysia
- Penaung Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia
- Penasihat II Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim
- Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing
- Penaung Malam Amal PENGASIH
- Menteri Pendidikan I Malaysia
- Presiden Malaysian National Commission for UNESCO
- Penaung Ministry of Education Sports and Cultural Association
- Penaung Kehormat Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (Universiti Malaysia Perlis)
- Menteri Pelajaran Malaysia
- Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
- Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara
- Penaung Yayasan Sukarelawan Siswa
- Penaung I Jawatankuasa Induk Sambutan Jubli Intan
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- Menteri Belia dan Sukan Malaysia
- Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
- Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
- Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia
- Perdana Menteri Malaysia
- Parlimen Malaysia
- Ketua Majlis
- Dewan Rakyat Malaysia
- Ketua Dewan Rakyat Malaysia
- Ahli Parlimen Pagoh
- Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen ke-14
- Ahli Jawatankuasa Pemilih, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Jawatankuasa Pemilih, Parlimen Malaysia ke-12
- Ketua Whip Ahli Parlimen Barisan Nasional
- Penaung Gabungan Anak Pagoh
- Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
- Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
- Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim
- Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor Darul Ta'zim
- Pengerusi Perisind Holdings Sdn Bhd
- Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
- Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Ta'zim
- Presiden Royal Johor Country Club
- Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim
- Penaung Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim (JUITA)
- Penaung Persatuan Anak Melayu Johor
- Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
Bahagian Latihan dan Biasiswa - Penolong Pegawai Daerah Muar
- Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
- Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim
- Ketua Majlis
- Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang
- Ahli Dewan Negeri Gambir
- Barisan Nasional
- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
- Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor Darul Ta'zim
- Pengarah Pilihanraya Barisan Nasional sebanyak 18 kali[62] untuk Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil
- Pengerusi Barisan Nasional Pagoh
- Ketua Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
- Ketua Pemuda Barisan Nasional Pagoh
- Ketua Pemuda Barisan Nasional Johor Darul Ta'zim
- Pengerusi Barisan Nasional Pagoh
- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
- UMNO
- Timbalan Presiden UMNO
- Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO
- Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO
- Pengerusi Biro Pertanian UMNO
- Naib Presiden UMNO
- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan
- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim
- Ketua UMNO Bahagian Pagoh
- Timbalan Presiden UMNO
- Pakatan Harapan
- Timbalan Presiden
- Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya
- Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim
- Pengerusi Pakatan Harapan Pagoh
- Timbalan Presiden
- Perikatan Nasional
- Pengerusi
- Pengerusi Badan Pimpinan Perikatan Nasional Johor Darul Ta'zim
- Pengerusi Perikatan Nasional Bahagian Pagoh
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- Pemangku Pengerusi
- Pengerusi Majlis Presiden
- Presiden
- Pengerusi Biro Politik
- Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor Darul Ta'zim
- Yayasan
- Pengasas, Penaung, Pengerusi dan Pemegang Amanah
Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin - Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen
- Pengasas, Penaung, Pengerusi dan Pemegang Amanah
- Institut
- Pengasas, Pengerusi dan Pemegang Amanah
Institut Masa Depan Malaysia (Institut MASA)
- Pengasas, Pengerusi dan Pemegang Amanah
- Korporat
- Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad
- Pengarah Urusan Sergam Berhad
- Pengarah Equity Mal Sdn Bhd
- Pengarah Syarikat Granite Malaysia Sdn Bhd
- Pengurusan
- Pengurus Perjawatan SGS Ates Sdn Bhd
Aktiviti Kemasyarakatan اكتيۏيتي كمشراكاتن
Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Pelbagai jawatan yang beliau pegang, antaranya sebagai Penaung, Pengerusi, Presiden, Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Timbalan Presiden dan sebagainya.
Pasukan Pakaian Seragam
Persekutuan Pengakap Malaysia
Beliau juga merupakan Presiden Agung dan mantan Timbalan Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia. Pada 25 April 2009, beliau telah merasmikan Majlis Sambutan 100 tahun Pengakap Malaysia. Hadir sama, Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi.
Beliau adalah penerima Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (BSP I) - Emas dan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Beliau adalah Presiden Kehormat dan mantan Timbalan Presiden Kehormat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam Majlis Presiden. Persatuan ini bergiat cergas dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan ambulans, pengurusan bencana, latihan dan pembangunan serta perkhidmatan kesihatan dan komuniti.
St. John Ambulans Malaysia
Beliau merupakan Yang di-Pertua Kebangsaan St. John Ambulans Malaysia. Berfungsi seperti mana Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.
Sukan
Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation (Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)
Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (Golf Amal Tan Sri Muhyiddin)
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf. TSM Charity Golf telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara-negara tersebut. Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia. Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.
Di dalam konteks sukan, Tan Sri Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia. Pada tahun 2006, TSM Charity Golf dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge[63] - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.
Royal Johor Country Club
Beliau pernah dilantik menjadi Yang diPertua dan Presiden Royal Johor Country Club. Ia merupakan sebuah kelab golf yang terkenal di Johor Bahru. Kini ia telah bertukar nama kepada Johor Golf and Country Club.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim
Beliau telah dilantik sebagai Presiden, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim (1986-1995). Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan negeri semasa beliau memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Ta'zim.
Pencapaian pasukan bolasepak negeri Johor Darul Ta'zim dari tahun 1986 hingga 1995
Piala Tempatan
Piala Antarabangsa
- Piala Sultan Hassanal Bolkiah
- Juara - 1987 (Menewaskan PSIS Semarang dari Indonesia dengan jaringan 4-1)
Liga Tempatan
- Liga Bahagian I
- Juara - 1991
Kesihatan
TSM Charity Dialysis Centre (Pusat Dialisis Amal Tan Sri Muhyiddin)
Penubuhan TSM Charity Dialysis Centre adalah bertujuan untuk membantu orang ramai yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan Dialisis secara percuma. Ia terletak di alamat 88 Lorong Titiwangsa 7 Taman Tasik Titiwangsa 53200 Kuala Lumpur. Ia telah dibuka kepada awam sejak bulan April 2013 lagi.
Tapak utama TSM Charity Dialysis Centre telah dibina dengan kos permulaan sebanyak RM2.5 juta dan memerlukan elaun tambahan sebanyak RM980,000.00 setahun untuk perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan.
Pusat dialisis dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun ke atas dan perlu ditemuduga oleh Badan Pemilih sebelum layak untuk mendapatkan rawatan. Mereka juga perlu bebas daripada wabak Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis C dan juga bebas dari wabak HIV.
Pusat dialisis ini juga dirancang untuk dikembangkan ke Pagoh, Johor Bahru dan Putrajaya bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang menghidap sakit buah pinggang kronik.
Kebajikan
Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim
Beliau adalah Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim selama 10 tahun (1986-1996). Pada bulan Mac 1987, beliau telah meletakkan batu asas bagi membina bangunan baharu untuk Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim.[64]
Kemasyarakatan
Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim
Beliau adalah Penasihat II[65] Persatuan Anak Melayu Johor Darul Ta'zim. Persatuan ini berperanan menjaga kebajikan para ahlinya yang berasal dari Johor Darul Ta'zim yang tinggal di Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan.
Pembangunan Insan
Yayasan Nurul Yaqeen
Tan Sri Muhyiddin juga merupakan Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen sejak 12 Mac 1991.
Yayasan ini berperanan untuk
- Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
- Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, politik dan sosial.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi Bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
- Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.
Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin[66][67] (2009-2010) yang dianjurkan oleh Yayasan Nurul Yaqeen dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang. Pencalonan adalah dari kalangan para siswazah lulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.[68]
Dalam Budaya Masyhur دالم بوديا مشهور
Watak beliau dalam sebuah filem biopik, Mahathir: The Journey telah dilakonkan oleh Pizi Jihat.[69]
Kesihatan كصيحتن
Beliau telah didapati menghidap kanser pankreas tahap pertama dan telah menjalani pembedahan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada tahun 2018 lalu.
Garis Masa ڬاريس ماس
Garis masa kehidupan dan kerjaya Tan Sri Muhyiddin Yassin | |
---|---|
Perdana Menteri Malaysia ke-8
|
- 1947: Dilahirkan di Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim, Malayan Union (kini Malaysia) pada 15 Mei
- 1954 (7 tahun): Mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani, Muar
- 1957 (10 tahun): Bertukar ke sekolah aliran Inggeris di Ismail School, Muar
- 1959 (12 tahun): Menamatkan persekolahan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Satu; menduduki peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Exam
- 1960 (13 tahun): Meneruskan pelajaran sekolah menengah di Government English School, Muar
- 1962 (15 tahun): Menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education
- 1964 (17 tahun): Menduduki peperiksaan Malaysia Certificate of Education
- 1966 (19 tahun): Menduduki peperiksaan Higher School Certificate
- 1967 (20 tahun): Memulakan pengajian bagi ijazah sarjana muda di Universiti Malaya
- 1970 (23 tahun): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya
- 1971 (24 tahun) dilantik menjadi Bendahari UMNO Muar Dalam-Pagoh dan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir
- 1972 (25 tahun): Berkahwin dengan Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman
- 1974 (27 tahun): Dianugerahi Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS) (II) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
- 1976 (29 tahun): Dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh dan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim
- 1978 (31 tahun): Menang kerusi Parlimen Pagoh dan dilantik sebagai Ahli Parlimen Malaysia buat kali yang pertama
- 1979 (32 tahun): Dianugerahi Bintang Sultan Ismail Pangkat Kedua (BSI) (II) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
- 1980 (33 tahun): Dianugerahi Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim
- 1981 (34 tahun): Dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia
- 1982 (35 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Timbalan Menteri WIlayah Persekutuan Malaysia; dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Darul Ta'zim; dilantik sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
- 1983 (36 tahun): Bertukar portfolio menjadi Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Malaysia
- 1984 (37 tahun): Bertanding di peringkat Majlis Tertinggi UMNO, tetapi tidak cukup undian
- 1985 (38 tahun): Dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, menewaskan Tan Sri Othman Saat
- 1986 (39 tahun): Bertanding di kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan berjaya memenangi kerusi Dewan Negeri tersebut; dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim yang ke-13
- 1988 (41 tahun): Dianugerahi Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Yang di-Pertuan Agong Malaysia (Sultan Johor Darul Ta'zim)
- 1990 (43 tahun): Mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang; dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim buat penggal kedua; bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, tetapi tewas
- 1991 (44 tahun): Dianugerahi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran Dato' oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta'zim; dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen
- 1993 (46 tahun): Memenangi jawatan Naib Presiden UMNO buat kali yang pertama
- 1995 (48 tahun): Bertanding semula dii kerusi Parlimen Pagoh dan memenanginya; dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
- 1996 (49 tahun): Tidak berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO
- 1999 (52 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- 2000 (53 tahun): Memenangi semula jawatan Naib Presiden UMNO dan berjaya mempertahankannya selama 8 tahun
- 2002 (55 tahun): Mengasaskan TSM Charity Golf Foundation untuk tujuan kerja-kerja amal
- 2004 (57 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- 2007 (60 tahun): Dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis
- 2008 (61 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia; dianugerahi Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Bumi Kenyalang
- 2009 (62 tahun): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia; memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO menewaskan Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib
- 2010 (63 tahun): Dianugerahi Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran Datuk Patinggi oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Bumi Kenyalang; dianugerahi Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima oleh Tun Ahmadshah Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu; dianugerahi Darjah Dato' Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) yang membawa gelaran Dato' Seri Utama oleh Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; dianugerahi Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja oleh Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
- 2013 (66 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik semula sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia; menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO
- 2014 (67 tahun): Dianugerahi Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja oleh Sultan Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman
- 2015 (68 tahun): Digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari senarai Kabinet Malaysia 2013 semasa rombakan Kabinet Malaysia 2015 kerana menegur cara Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menanggani isu 1Malaysia Development Berhad dan isu derma RM2.6 Billion; digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan diganti oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi; dihalang untuk membuat ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015
- 2016 (69 tahun): Digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO sehingga Pemilihan UMNO akan datang; dipecat dari UMNO; menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad
- 2017 (70 tahun): Dilantik sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan dan Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim
- 2018 (71 tahun): Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, dilantik semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negeri Johor bagi Gambir yang baharu
- 2019 (72 tahun): Dianugerahi Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama oleh Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka
- 2020 (73 tahun): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada 29 Februari dan mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac
Garis masa kehidupan dan kerjaya
Garis masa jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Garis masa jawatan Perdana Menteri Malaysia
Lihat Juga ليهت جوڬ
- Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 UMNO
- Perhimpunan Agung UMNO 2009 UMNO
- Perhimpunan Agung UMNO 2010 UMNO
- Menteri Belia dan Sukan Malaysia
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
- Menteri Pelajaran Malaysia
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
Bibliografi بيبليوڬرافي
- Malaysia's central strategic challenges in the 1990s : Lecture; Tan Sri Muhyiddin Yassin; ISBN 9789971622701 (1991); UniPress, Singapura
- Pejuang berjurus; Datuk Ruhanie Haji Ahmad, Razak Rashid Ghows; OCLC 30371396 (1993); Titian Klasik, Kuala Lumpur
- 4 wajah pemimpin; Yusuf Harun; OCLC 32134556 (1993); Kreatif Raya (M), Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan
- Memperkasa kepemimpinan : Merentas masa depan; Tan Sri Muhyiddin Yassin; ISBN 9839525034 (1998); Pusat Kajian Kepimpinan dan Pembangunan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
- Pak Lah pilih siapa? : Antara Najib, Muhammad dan Muhyiddin; Zabidi Haji Saidi; ISBN 9834130805 (2003); Bulanjati Restu, Kuala Lumpur
- Najib vs Muhyiddin; Norzah Haji Kepol; ISBN 9789834220044 (2009); Prismatic Printing Services, Kuala Lumpur
- Ali Rustam vs Muhyiddin; Raihan Suleiman Palestin; ISBN 9789834220037 (2009); Prismatic Printing Services, Kuala Lumpur
- Faktor wow Muhyiddin Yassin; M Hanafiah A Samad; OCLC 502279828 (2009); Naluri Teratai, Ampang, Selangor Darul Ehsan
- Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Prof Madya Mohd Shah A'shaari; ISBN 9789675185717 (2010); Zufad Enterprise, Ampang, Selangor Darul Ehsan
- Islam and critical challenges in multi-religious Malaysia : A lecture given in the Taylor Institute, Oxford on 13th January 2010; Tan Sri Muhyiddin Yassin, Oxford Centre for Islamic Studies; ISBN 9780956330123 (2010); Oxford Centre for Islamic Studies, 2010, United Kingdom
- Sudut Pandang Muhyiddin Yassin; Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zinitulniza Abdul Kadir; ISBN 9789830687698 (2011); Institut Terjemahan & Buku Malaysia, Kuala Lumpur
- Muhyiddin Yassin: Setia berbakti cekal berbudi; Datin Hajah Omi Habibah Haji Shariff; ISBN 9789835405648 (2012); Jabatan Penerangan Malaysia, Putrajaya
Galeri ڬالري
-
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor 2010, Dato' P Kamalanathan dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Darul Ehsan, Tan Sri Noh Omar
Anugerah dan Darjah Kebesaran انوڬره دان درجه كبسرن
Anugerah
Dalam Negara
Anugerah Kemasyarakatan
- Ulul Amri IV (Makhta) (Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia)[70]
- Anugerah Mansur Syah (Dunia Melayu Dunia Islam)[71]
Pasukan Pakaian Seragam
Sebagai Timbalan Presiden Agong Persekutuan Pengakap Malaysia, beliau telah dianugerahkan bintang dan pingat atas jasa yang disumbangkan[72]
- Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (BSP I) - Emas - Persekutuan Pengakap Malaysia
- Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia - Persekutuan Pengakap Malaysia
Jalur | Gambar | Nama Bintang dan Pingat |
---|---|---|
|
Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (BSP I) - Emas | |
|
Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia |
Persatuan
Jabatan Kerajaan
- Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia[74]
Luar Negara
Forum Ekonomi
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Forum Ekonomi China Sedunia)[75]
- Anugerah Kepimpinan Khas (Forum Ekonomi China Sedunia)[76]
Plak Bandaraya
Ijazah Kehormat
Pada tahun 2013, beliau telah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Antarabangsa oleh United States Sports Academy.[77] Seterusnya pada tahun 2014, beliau telah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (Beijing Foreign Studies University).[78]
Darjah Kebesaran
- Senarai darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Yang di-Pertuan Agong
- Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), Persekutuan; 1988 - Tan Sri
- Sultan Johor
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Johor Darul Ta'zim; 1991 - Dato'
- Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ), Johor Darul Ta'zim; 1980
- Pingat Ibrahim Sultan Pangkat II (PIS) (II), Johor Darul Ta'zim; 1974
- Bintang Sultan Ismail Pangkat II (BSI) (II), Johor Darul Ta'zim; 1979
- Sultan Kedah
- Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS), Kedah Darul Aman; 2014 - Dato' Seri Diraja
- Sultan Perak
- Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA), Perak Darul Ridzuan; 2010 - Dato' Seri Diraja
- Raja Perlis
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP), Perlis; 2007 - Dato' Seri
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS), Negeri Sembilan Darul Khusus; 2010 - Dato' Seri Utama
- Yang di-Pertua Negeri Sabah
- Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), Sabah Negeri di Bawah Bayu; 2010 - Datuk Seri Panglima
- Yang di-Pertua Negeri Melaka
- Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM), Melaka; 2019 - Datuk Seri Utama
- Yang di-Pertua Negeri Sarawak
- Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP), Sarawak Bumi Kenyalang; 2010 - Datuk Patinggi
- Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS), Sarawak Bumi Kenyalang; 2008 - Dato Sri
- Senarai darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut kekananan anugerah
Turutan | Gambar | Warna Jalur | Nama Darjah Kebesaran | Nama Singkatan | Gelaran | Ketua Negeri | Tahun | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Darjah Panglima Setia Mahkota | PSM | Tan Sri | Persekutuan | 1988 | |||
2 | Lihat | Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato' Sri Paduka Mahkota Johor | SPMJ | Dato' | Johor Darul Ta'zim | 1991 | ||
3 | Lihat | Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati | SHMS | Dato' Seri Diraja | Kedah Darul Aman | 2014 | ||
4 | Lihat Lihat |
Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia | SPSA | Perak Darul Ridzuan | 2010 | |||
5 | Lihat | Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis | SPMP | Dato' Seri | Perlis | 2007 | ||
6 | Lihat | Darjah Dato' Seri Utama Negeri Sembilan | SUNS | Dato' Seri Utama | Negeri Sembilan Darul Khusus | 2010 | ||
7 | Lihat | Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu | SPDK | Datuk Seri Panglima | Sabah Negeri di Bawah Bayu | 2010 | ||
8 | Lihat | Darjah Utama Negeri Melaka | DUNM | Datuk Seri Utama | Melaka | 2019 | ||
9 | Lihat | Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang | DP | Datuk Patinggi | Sarawak Bumi Kenyalang | 2010 | ||
10 | Lihat | Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak | PNBS | Dato Sri | 2008 | |||
11 | Lihat | Darjah Setia Mahkota Johor | SMJ | Tiada | Johor Darul Ta'zim | 1980 | ||
12 | Lihat | Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua | PIS (II) | 1974 | ||||
13 | Lihat | Bintang Sultan Ismail Pangkat Kedua | BSI (II) | 1979 |
Susunan Jalur |
---|
|
Pakaian Istiadat 1 | Pakaian Istiadat 2 |
---|---|
|
|
|
|
Nota
↑ 4. Walaupun beliau telah dikurniakan dengan pelbagai Darjah Kebesaran daripada Raja-Raja Melayu dan para Yang di-Pertua Negeri, beliau hanya memakai Darjah Panglima Setia Mahkota, Darjah Dato' Sri Paduka Mahkota Johor, Darjah Setia Mahkota Johor, Pingat Ibrahim Sultan Pangkat II dan Bintang Sultan Ismail Pangkat II sebagai menghormati kekananan anugerah dan anugerah pertama yang dikurniakan kepada beliau. Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia juga turut dipakai oleh beliau.
Rujukan رجوكن
- ^ Jangan cetak nama saya sebagai 'Mahiaddin' - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Astro Awani, dicapai pada 18 Jun 2018
- ^ a b "Panggilan Yang Berhormat dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang dianugerahkan oleh Sultan Johor Darul Ta'zim". Ibnu Rusydi. Dicapai pada 2 November 2016.
- ^ Syarat ketat anugerah Datuk Johor, Utusan Online, dicapai pada 20 Disember 2016
- ^ Tan Sri Muhyiddin Yassin pemimpin berpengalaman luas dicapai pada 14 Mei 2018
- ^ Beliau seorang yang siswa yang tidak terkelompok dalam kalangan "genius", dicapai pada 2 November 2016
- ^ Sifat suka membaca beliau menjadikan beliau seorang yang mempunyai pengetahuan luas, dicapai pada 2 November 2016
- ^ Beliau seorang yang pendiam dan pendengar yang baik, dicapai pada 2 November 2016
- ^ (Inggeris) Tan Sri Muhyiddin's daughter weds, New Straits Times, dicapai pada 2 Disember 2016;
- ^ Perkahwinan Mewah dan “Brilliant” Najwa Mahiaddin & Idris Koh, Astro Awani, dicapai pada 2 Disember 2016
- ^ Farhan Yassin Mahiaddin luah rasa, Utusan Online, dicapai pada 17 Disember 2016
- ^ Gambar keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin Hari Raya Aidil Fitri 2016, Facebook, dicapai pada 27 Julai 2018
- ^ Buku tokoh ilmuwan Tuan Guru Haji Muhammad Yassin dilancar Utusan Online, dicapai pada 10 November 2016
- ^ Tuan Guru Haji Muhammad Yassin berasal dari Sumatera, dicapai pada 10 November 2016
- ^ (Inggeris) Salasilah keluarga Tuan Guru Haji Muhammad Yassin, dicapai pada 10 November 2016
- ^ Tuan Guru Haji Mohd Yassin: Tokoh Ilmuwan Islam Terbilang, Abd Latif Juffri @ Al - Jufri, Amad Bahri Mardi, ISBN 978-983-068-821-3 (2012); Institut Terjemahan & Buku Malaysia
- ^ Buku tokoh ilmuwan Tuan Guru Haji Mohd. Yassin dilancar Utusan Online, dicapai pada 10 November 2016
- ^ (Inggeris) Lokasi Sekolah Rendah Arab Sa'adiah Peta Google, dicapai pada 17 November 2016
- ^ Buku tokoh ilmuwan Tuan Guru Haji Mohd. Yassin dilancar Utusan Online, dicapai pada 10 November 2016
- ^ Pengasas Khaujakan Johor, Tuan Guru Haji Othman bin Haji Azhari, dicapai pada 2 November 2016
- ^ Kakak Timbalan Perdana Menteri dianugerah Tokoh Guru Agama Johor Darul Ta'zim, Utusan Online, dicapai pada 28 Disember 2016
- ^ Lokasi Dewan Seri PEKEMBAR, Pagoh, dicapai pada 2 November 2016
- ^ Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan secara rasmi pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari UMNO berkuatkuasa serta-merta, Youtube, dicapai pada 12 Disember 2016
- ^ Kejutan Dalam Pemilihan Naib Presiden UMNO, Utusan Malaysia Online, dicapai pada 13 Disember 2016
- ^ Pengumuman rasmi pengantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor, Astro Awani, dicapai pada 12 Disember 2016
- ^ Tan Sri Muhyiddin di Teluk Kemang (Bahagian 1), Allahyarham Shaifudin Mahmud (Din Turtle), dicapai pada 13 Disember 2016
- ^ Tan Sri Muhyiddin di Teluk Kemang (Bahagian 2), Allahyarham Shaifudin Mahmud (Din Turtle), dicapai pada 13 Disember 2016
- ^ Teks penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib, Malaysiakini.com, dicapai pada 13 Disember 2016 di Malaysia
- ^ Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan secara rasmi pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari UMNO berkuatkuasa serta-merta, Youtube, dicapai pada 12 Disember 2016
- ^ Peluang sama rata BN-PH di Pagoh, Bernama, dicapai pada 21 Ogos 2018
- ^ Keluasan kawasan Parlimen Pagoh 2018, Muka surat 526, Laporan Kajian Semula Persempadanan 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, dicapai pada 20 Ogos 2018
- ^ Senarai bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Ahli Dewan Rakyat 14061982, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ (Melayu) (Inggeris) Senarai Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Bibliografi Menteri Besar Johor Darul Ta'zim, Kerajaan Johor Darul Ta'zim, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Ahli Dewan Rakyat 07061995, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Ahli Dewan Rakyat 23121999, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Ahli Dewan Rakyat17052004, Dewan Rakyat Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Senarai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Senarai Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Bunga Raya bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Astro Awani, Dicapai pada 16 Oktober 2017
- ^ Tan Sri Muhyiddin lancar laman sesawang rasmi MY-Malaysia, Utusan Online, dicapai pada 13 Oktober 2017
- ^ Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Kabinet Malaysia 2013, Berita Harian Online, dicapai pada 13 Disember 2016
- ^ Senarai Menteri Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, dicapai pada 2 Januari 2017
- ^ Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Kabinet Malaysia 2015 yang telah menggugurkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Berita Harian Online, dicapai pada 12 Disember 2016
- ^ Harian, W. (2015) Tan Sri Muhyiddin digugurkan dari Kabinet Najib. Sinar Harian, dicapai pada 28 Julai 2015
- ^ (Inggeris) Ng, J. (2015) Malaysia’s Najib Razak Fires Deputy Prime Minister in 1MDB Rift. Wall Street Journal, dicapai pada 12 Ogos 2015
- ^ Tan Sri Muhyiddin digugur, Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Astro Awani, dicapai pada 13 Disember 2016
- ^ (Inggeris) Ng, J. (2015) 5 Things to Know About Probes of Malaysia’s 1MDB Fund. Wall Street Journal, dicapai pada 2 Ogos 2015
- ^ Turut mengangkat sumpah tiga menteri kanan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad, Utusan Online; dicapai pada 4 Jun 2018
- ^ 56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan, Astro Awani, dicapai pada 17 Julai 2018
- ^ Tan Sri Muhyiddin selamat dibedah, bercuti sebulan, Astro Awani, dicapai pada 18 Julai 2018
- ^ Ketokohan Tan Sri Muhyiddin dikagumi Singapura, Utusan Melayu, Zabha, 8 Disember 1988, dicapai pada 3 Disember 2016
- ^ Dasar Pembangunan Belia Negara, dicapai pada 3 Disember 2016
- ^ Menjelang 100 hari Sukan Komanwel - Cabaran besar negara, Utusan Online dicapai pada 17 November 2016
- ^ Skim Kawalan Harga Barang-Barang Pengguna Tahun 2005/2006 Institut Kefahaman Islam Malaysia, dicapai pada 2 Disember 2016
- ^ Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, dicapai pada 3 Disember 2016
- ^ Sektor pertanian akan terus diperkasa - Tan Sri Muhyiddin, Berita Harian, Dicapai pada 16 Oktober 2017
- ^ MAHA lonjakkan sektor pertanian, Utusan Online, dicapai pada 13 Oktober 2017
- ^ RM141 juta bina Taman Botani Negara, Utusan Online, dicapai pada 4 Januari 2017
- ^ Program Rehiring PATI ditamatkan 30 Jun, Sinar Harian, dicapai pada 18 Jun 2018
- ^ Urusan banjir tanggungjawab saya – Tan Sri Muhyiddin Utusan Online, dicapai pada 14 November 2016
- ^ Pengarah pilihanraya sebanyak 18 kali, Sinar Harian, dicapai pada 6 Disember 2016
- ^ (Inggeris) TSM Golf Challenge, TSMCGF, dicapai pada 5 Januari 2017
- ^ Majlis meletak batu asas bangunan baharu Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor Darul Ta'zim, dicapai pada 16 November 2016
- ^ Penasihat II Persatuan Anak Melayu Johor, dicapai pada 18 November 2016
- ^ Dr. Fadzila raih Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin 2009, Utusan Malaysia, dicapai pada 24 Julai 2018
- ^ Dr. Kamarul Shukri terima Anugerah Tesis Terbaik YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin 2010, Universiti Sultan Zainal Abidin, dicapai pada 24 Julai 2018
- ^ Mencari tesis ilmiah terbaik. Utusan Online. 15 Ogos 2010
- ^ Watak Tan Sri Muhyiddin Yassin dibawa oleh Pizi Jihat, dicapai pada 22 Ogos 2020
- ^ Senarai penerima gelaran Ulul Amri Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, dicapai pada 15 November 2016
- ^ TPM terima Anugerah Mansur Syah DMDI Berita Harian Online, dicapai pada 15 November 2016
- ^ Gambar Bintang Semangat Padi Kelas Pertama - Emas dan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia pada pakaian seragam Pengakap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dicapai pada 24 Julai 2018
- ^ Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Agrofest Perak 2010, Perak Today, dicapai pada 28 Oktober 2018
- ^ Tan Sri Muhyiddin dianugerah pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat), Utusan Malaysia, dicapai pada 23 Julai 2018
- ^ Tan Sri Muhyiddin terima Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat WCEF N9 Kini, dicapai pada 15 November 2016
- ^ Tan Sri Muhyiddin Akan Diberi Anugerah Kepimpinan Di Forum WCEF Astro Awani, dicapai pada 15 November 2016
- ^ (Inggeris) Tan Sri Muhyiddin dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Antarabangsa oleh USSA, dicapai pada 2 November 2016
- ^ Tan Sri Muhyiddin dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Beijing Foreign Studies University, dicapai pada 2 November 2016
Pautan Luar ڤاوتن لوار
Ketahui lebih lanjut tentang Muhyiddin Yassin di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
Kategori berkenaan Muhyiddin Yassin/Biografi di Wikimedia Commons
- (Melayu) (Inggeris) Laman Sesawang Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia
- (Melayu) (Inggeris) Profil Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Malaysia
- (Melayu) (Inggeris) Penyata Rasmi (Hansard) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat
- (Melayu) Profil Ahli Dewan Negeri Gambir Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Negeri Johor
- (Melayu) Laman Sesawang Parti Pribumi Bersatu Malaysia
- (Melayu) (Inggeris) Laman Facebook Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin
- (Melayu) (Inggeris) Laman Facebook Rasmi Pusat Khidmat Dewan Negeri Johor untuk Gambir
- (Inggeris)(Melayu) Blog Mikro Twitter Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin
- (Inggeris)(Melayu) Akaun Instagram Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin
- (Melayu) (Inggeris) Koleksi gambar oleh Jabatan Penerangan Malaysia
- (Melayu) Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
- (Melayu) Biografi Lengkap Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Parpu Kari
- (Melayu) Perjalanan Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh MStar
- (Melayu) Blog Keluarga Haji Muhammad Yassin
- (Inggeris) Tan Sri Muhyiddin Yassin Charity Golf
|
| ||||
|
| ||||
Di Wikiversity, anda boleh mempelajari tentang:
|
| ||||
|
|
Lampiran لمڤيرن
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen Pagoh
Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Parlimen Pagoh.
Tahun | Parlimen | Kerajaan | Undian | Peratus | Pembangkang | Undian | Peratus | Jumlah Mengundi | Majoriti | Peratus Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1978 | P104 Pagoh |
Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN) (UMNO) |
17,679 | 76.52% |
Abdul Wahab
Abdul Rahman |
3,260 | 12.39% | 26,302 | 15,610 | 88.92% | ||
1982 | 19,035 | 83.01% |
Sumadi Ahmad |
2,652 | 11.57% | 22,921 | 16,383 | 74.86% | ||||
1995 | P127 Pagoh |
21,856 | 83.70% |
Rosdan Taha
Dato' Abdul Rahman |
4,257 | 16.30% | 27,492 | 17,599 | 70.68% | |||
1999 | 20,132 | 73.35% | 7,282 | 26.53% | 28,327 | 12,850 | 71.19% | |||||
2004 | P143 Pagoh |
23,679 | 82.64% | 4,932 | 17.21% | 29,534 | 18,747 | 65.43% | ||||
2008 | 21,028 | 71.22% | 8,447 | 28.61% | 30,313 | 12,581 | 75.70% | |||||
2013 | 26,274 | 66.01% | 13,432 | 33.75% | 40,612 | 12,842 | 86.79% | |||||
2018 | Tan Sri Muhyiddin Yassin (PH) (PKR) (BERSATU) |
23,558 | 55.21% | 16,631 | 38.97% | 42,672 | 6,927 | 82.83% | ||||
2,483 | 5.82% |
Beliau telah menggunakan logo dari Parti Keadilan Rakyat bagi mewakili Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan tidak dapat didaftarkan sebagai parti politik yang sah berikutan masalah dalam perjalanan parti beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia seperti yang didakwa oleh Pendaftar Pertubuhan. Namun, setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan telah disahkan pendaftaran sebagai sebuah parti politik.
Dewan Negeri Bukit Serampang
Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Dewan Negeri Bukit Serampang.
Tahun | Dewan Negeri | Kerajaan | Undian | Peratus | Pembangkang | Undian | Peratus | Jumlah Mengundi | Majoriti | Peratus Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | N05 | Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN) (UMNO) |
Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | Menang Tanpa Bertanding | Tiada | ||
1990 | 9,260 | 80.52% | Haji Omar Lambak (GR) & (APU) (Semangat 46) |
2,240 | 19.48% | 11,911 | 7,020 | 76.31 |
Dewan Negeri Gambir
Berikut adalah keputusan Pilihanraya Umum Malaysia yang beliau pernah bertanding bagi Dewan Negeri Gambir.
Tahun | Dewan Negeri | Kerajaan | Undian | Peratus | Pembangkang | Undian | Peratus | Jumlah Mengundi | Majoriti | Peratus Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N09 | Tan Sri Muhyiddin Yassin (PH) (PKR) (BERSATU) |
10,280 | 53.33% | Datuk Asojan Muniandy (BN) (MIC) |
7,192 | 37.31% | 19,278 | 3,088 | 84.83% | ||
Dato' Dr Mahfodz Mohamed (GS) (PAS) |
1,806 | 5.63% |
Jawatan Yang Pernah Disandang
Pautan Jawatan
- Templat biografi menggunakan sebutan
- Pasangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Kelahiran 1947
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Melayu Malaysia
- Bugis Malaysia
- Jawa Malaysia
- Orang dari Muar
- Alumni Universiti Malaya
- Pengasas parti politik di Malaysia
- Barisan Nasional
- Ahli politik Barisan Nasional
- UMNO
- Ahli politik UMNO
- Pakatan Harapan
- Ahli politik Pakatan Harapan
- Ahli politik BERSATU
- Ahli politik PPBM
- ADUN Johor
- Ahli Dewan Undangan Negeri Malaysia
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
- Menteri Besar Johor
- Ahli Parlimen Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat Malaysia
- Perdana Menteri Malaysia
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Menteri Pendidikan Malaysia
- Menteri Pelajaran Malaysia
- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
- Menteri Belia dan Sukan Malaysia
- Muhyiddin Yassin
- WikiProjek Muhyiddin Yassin