Zairulkefli Husin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nik Ahmad Ridhwan (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 95: Baris 95:
|
|
|Penampilan khas
|Penampilan khas
|-
|2020
|''Tanya Sama Pokok''
|Baha
|[[Astro Warna]]
|21 September 2020
|Pelakon pembantu
|}
|}



Semakan pada 04:27, 23 Oktober 2020

Zarul Umbrella
Nama lahirZairulkefli bin Husin
Juga dikenali sebagai
Zarul Husin, Zarul Umbrella
Kelahiran (1973-11-13) 13 November 1973 (umur 50)
Pasir Puteh, Kelantan Kelantan
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi, Pelakon & Pramugara (2000–2016)
InstrumenVokal
Tahun aktif1994–1997–2011–kini
Pengkarya berkait
Umbrella
Laman sesawang
zarulumbrella.com

Zairulkefli bin Husin atau lebih dikenali sebagai Zarul Umbrella (lahir 13 November 1973) merupakan vokalis kumpulan Umbrella sehingga tahun 1997.[1] Beliau juga merupakan pemenang tempat ketiga rancangan Gegar Vaganza 2016 terbitan ASTRO.[2] Beliau telah melepaskan jawatan sebagai pramugara di Malaysia Airlines setelah berkhidmat selama 17 tahun.[3] Zarulians FC dan Zarulian High Flyers (yang ditubuhkan oleh salah seorang rakan seperjuangan ketika beliau bertugas sebagai pramugara) ialah dua nama kelab peminat beliau yang rasmi.

Beliau telah mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua pada 26 April 2009 bersama pasangannya, Intan Nur Fathihah, dan mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya, 21, hasil daripada perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri, Ayu.[4]

Beliau telah mengalami kecederaan yg serius sewaktu pengambaran drama Cekelat Honey. Ketika beliau sedang melakonkan babak dengan motosikal yang tidak bergerak dan secara tiba-tiba, motosikal berkenaan terjatuh dan kakinya terpelecok lalu menyebabkan tulang jari kelingking kaki kanannya retak. Meskipun kecederaannya yang agak serius, beliau masih meneruskan pengambaran drama tersebut seperti biasa. Selain itu, beliau juga merupakan pasangan duet kepada Hetty Sarlene di konsert Gegar Vaganza (musim 5) di minggu yang sama beliau mengalami kecederaan tersebut namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memberikan persembahan yang terbaik pada konsert minggu yang ke-4 itu.[5][6][7]

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Tarikh penyiaran Nota
2017 Cik Serba Tahu Bunyamin Astro Ria 27 Mac 2017 Pelakon pembantu
My Darling, Inspektor Daniel Zarul 31 Julai 2017 Penampilan khas
Syurga Yang Kedua [8] Daniel Astro Prima 12 Dis 2017 Pelakon utama
2018 Pencuri Cinta Kelas Satu Farhan Astro Oasis 2 Julai 2018 Pelakon pembantu
Mencari Qiblat Kamil TV3 25 Okt 2018 Pelakon pembantu
  • Episod 10 "Payung Emas"
Cekelat Honey Rayyan Harris Astro Citra 4 Dis 2018 Pelakon utama
2019 Leftenan Zana Arul TV3 8 Feb 2019 Pelakon utama
Patah Sayap Bertongkat Paruh Hisyam Astro Ria 3 April 2019 Pelakon utama
Petri Saadong The Series Raja Sakti Penampilan khas
2020 Tanya Sama Pokok Baha Astro Warna 21 September 2020 Pelakon pembantu

Telefilem

Tajuk Watak Tarikh penyiaran Nota
Misteri Sofa Lama Nizam 22 Apr 2017 Pelakon utama
Gitu-Gitu Raya Halim 26 Jun 2017
Menantu Malam Raya Dr. Mazlan 28 Jun 2017
Tergantung Rindu Dr. Badrul 9 Jun 2018 Bapa kepada Irfan (Haqiem Rusli) & Andra (Tajul) semasa kecil
One Last Raya Bersama Zulkarnain 17 Jun 2018 Undangan Khas
Dosa Yang Tak Diiktiraf Razif 15 Jun 2019 Pelakon utama

Rancangan realiti

Tajuk Peranan Tarikh penyiaran Nota
Gegar Vaganza (musim 3) Peserta 16 Okt 2016 Pemenang tempat ke-3 keseluruhan.
  • Menduduki tempat pertama pada konsert minggu yang kedua.
  • Memenangi anugerah "Terbalik Paling Menyengat" pada konsert minggu yang ketiga.
Padan Muka 20 Mac 2017 Episod 3 bersama Haiza & Abam Bocey
Selera Rasa Seksa 7 Ogos 2017 Episod 10 bersama Fikry Ibrahim
Fan Fanatik 15 Nov 2017 Episod 2 bersama Siti Elizad
  • Bersama kelab peminat Zarulian High Flyers.
Mentor Otai Mentor 18 Mac 2018 Protege: Azee & Lokman
  • Satu-satunya mentor yang kekal dengan 2 protege sehingga ke peringkat separuh akhir dimana Lokman tersingkir dan Azee berjaya mara ke final.
  • Protegenya Azee dinobatkan sebagai Naib Juara keseluruhan.
Opera Zero Raya Artis Jemputan 18 Jun 2018 Bersama Nabila Razali
I Can See Your Voice Malaysia Panel Jemputan 4 Ogos 2018 Episod 4 bersama Wany Hasrita dan Saharul Ridzwan
Gegar Vaganza (musim 5) Artis Jemputan 30 Sep 2018 Duet bersama Hetty Sarlene di minggu ke-4 untuk lagu yang berjudul "Aku Cinta Aku Rindu" nyanyian asal oleh Ajai & Nurul.

Diskografi

Album

Lagu popular

  • Ramalanku Benar Belaka
  • Bukalah Hatimu
  • Cuci Tangan
  • Sayang Bersebab
  • Penyesalan (OST Kerat 14)
  • Ramalanku Benar Belaka (2013)
  • Satu Rasa feat. Marsha Milan Londoh (2014)
  • Jangan Pernah (2016)
  • Remuk (2018)
  • Hilang (2020)

Pencapaian

  • Anugerah Industri Muzik 1996 - Top 5 Artis Baru Terbaik Berkumpulan Kumpulan Umbrella
  • Anugerah Juara Lagu 1996 - Separuh Akhir Kategori Pop Rock menerusi lagu Bukalah Hatimu Kumpulan Umbrella
  • Pemenang Favourite Celebrity Blog 2013 anjuran Malaysia Social Media Week.
  • Tempat ke-3 Gegar Vaganza Musim Ketiga 2016

Rujukan

Pautan luar