Sultan Muhammad V: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 244: Baris 244:
|13= 13. ''Tengku'' Song
|13= 13. ''Tengku'' Song
|14= 14. ''Tengku'' Muhammad Hamzah bin ''Tengku Long'' Zainal Abidin
|14= 14. ''Tengku'' Muhammad Hamzah bin ''Tengku Long'' Zainal Abidin
|15= 15. ''Puan'' Hajjah ''Nik'' Zainab binti ''Nik'' Ismail
|15= 15. ''Puan'' Hajjah ''Nik'' Zainab binti ''Nik'' Ali
|16= 16. [[Sultan Muhammad IV|''Sultan'' Muhammad IV]] (= 22)
|16= 16. [[Sultan Muhammad IV|''Sultan'' Muhammad IV]] (= 22)
|17= 17. ''Nik Wan'' Zainab binti ''Nik Wan'' Muhammad Amin
|17= 17. ''Nik Wan'' Zainab binti ''Nik Wan'' Muhammad Amin
Baris 259: Baris 259:
|28= 28. ''Tengku Long'' Zainal Abidin ibni ''Sultan'' Muhammad III
|28= 28. ''Tengku Long'' Zainal Abidin ibni ''Sultan'' Muhammad III
|29= 29. ''Tengku'' Ngah binti ''Tengku'' Chik
|29= 29. ''Tengku'' Ngah binti ''Tengku'' Chik
|30= 30. ''Nik'' Ismail
|30= 30. ''Nik'' Ali
|31= 31. ''Wan'' Embong
|31= 31. ''Wan'' Embong
}}
}}

Semakan pada 07:00, 23 Oktober 2020

Sultan Muhammad V
سلطان محمد کليما

Yang di-Pertuan Agong XV
13 Disember 2016 - 6 Januari 2019
Pertabalan 24 April 2017
Negeri Kelantan
Pendahulu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Pengganti Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (2009-2018)
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (2018-2020)

Timbalan Yang di-Pertuan Agong XIV
13 Disember 201112 Disember 2016
Negeri Kelantan
Pendahulu Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Pengganti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Kelantan ke-29
13 September 2010 – kini
Pendahulu Sultan Ismail Petra
Pewaris takhta Tengku Muhammad Faiz Petra
Menteri Besar Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1990-2013)
Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob (2013-kini)

Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra
Keputeraan (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 54)
Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Kemangkatan
Pemakaman
Tempat persemayaman Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan
Ayahanda Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Bonda Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
Isteri/Tengku Ampuan Tengku Zubaidah Binti Tengku Noruddin (k. 2004; c. 2008)
Diana Petra (k. 2010)
Rihana Oxana Gorbatenko (k. 2018; c. 2019)
Putera-Puteri Tiada yang diumumkan dan disahkan oleh Istana Kelantan (Walaupun Oksana berputera dalam perkahwinan itu)

Sultan Muhammad V (Jawi: سلطان محمد کليما ; diputerakan pada 6 Oktober 1969) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 dan Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010 Masihi[1] bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar YTM Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra, merupakan putera sulung Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri.

Kehidupan awal كهيدوڤن اول

Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School Kuala Lumpur. Baginda telah berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya Baginda melanjutkan pengajian ke Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.

Kerjaya کرجاي

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat).

Pewaris takhta ڤواريث تخت

Tengku Mahkota Kelantan تڠکو مهکوتا کلنتن

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra telah ditakhtakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.

Pemangku Raja Kelantan ڤمڠکو راج کلنتن

Pada 25 Mei 2009, baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pemerintahan ڤمرينتهن

Sultan Kelantan سلطان کلنتن

Pada 13 September 2010,[2] baginda telah diisytiharkan sebagai Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun.[3] Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V.[4] Walau bagaimanapun, ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pelantikannya tidak mengikut Perlembagaan.[5] Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada 14 Mei 2009.[6]

Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain.[7]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong تيمبالن يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ

Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.[8]

Yang di-Pertuan Agong يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pemasyhuran itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[9]

Pada 24 April 2017, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pada usia 47, baginda adalah Yang di-Pertuan Agong termuda keempat yang ditabalkan selepas Raja Perlis Tuanku Syed Putra, Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.[10]

Pada 2 November 2018, pihak Istana Negara memaklumkan bahawa baginda beristirahat menjalani rawatan sehingga 31 Disember 2018. Maka, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengambil alih tugas baginda sebagai Pemangku selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Malaysia sepanjang ketiadaan baginda.[11]

Pada 6 Januari 2019, baginda telah turun takhta kerajaan persekutuan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dan yang menjadikan baginda yang pertama untuk turun takhta kerajaan persekutuan dalam sejarah negara Malaysia.[12][13][14][15]

Terasul, gelaran dan lambang تراسول، ڬلرن دان لامبڠ

Gelaran hormat bagi
Sultan Muhammad V
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Oktober 1969 - 30 Mac 1979: (Yang Amat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 6 Oktober 1985: (Yang Teramat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 6 Oktober 1985 - 25 Mei 2009: (Yang Teramat Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 25 Mei 2009 - 13 September 2010: (Yang Maha Mulia) Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 13 September 2010 - 12 Disember 2016: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan
  • 13 Disember 2016 - 6 Januari 2019: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda) Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong XV
  • 6 Januari 2019 - kini: (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan

Gelaran penuh baginda ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K. (Terengganu), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K., Sultan Kelantan

Keturunan کتورونن

Penghargaan ڤڠهرڬأن

Baginda telah dianugerahkan:[17][18]

Penghargaan Kelantan ڤڠهرڬأن کلنتن

Sebagai Sultan Kelantan (sejak 13 September 2010):

  • Recipient (DK, 6 Oktober 1986) and Grand Master of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)
  • Knight Grand Commander (SJMK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (Al-Ismaili Star)
  • Knight Grand Commander (SPSK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan (Al-Ibrahimi Star)
  • Knight Grand Commander (SPKK) and Grand Master (since 13 September 2010) of the Order of the Noble Crown of Kelantan (Al-Yahyawi Star)
  • Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP, since 13 September 2010)
  • Founding Knight Grand Commander (SPJK) and Grand Master (since 11 November 2016) of the Most Loyal Order of Services to the Crown of Kelantan (Al-Petrawi Star)
  • Silver Jubilee Medal (30 March 2004)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain ڤڠهرڬأن مليسيا دان نڬري-نڬري ﻻءين

  •  Malaysia:
    • Grand Master of the Order of the Royal Family of Malaysia (since 13 December 2016) and Recipient (DKM, 31 January 2017)
    • Recipient (DMN, 7 Disember 2011) and Grand Master of the Order of the Crown of the Realm (since 13 December 2016)[19]
    • Grand Master of the Order of the Defender of the Realm (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order of Loyalty to the Crown of Malaysia (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order of Merit of Malaysia (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order for Important Services (since 13 December 2016)
    • Grand Master of the Order of Loyalty to the Royal Family of Malaysia (since 13 December 2016)
  •  Johor:
    • First Class of the Royal Family Order of Johor (DK I, 14 April 2011)
  •  Kedah :
    • Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 26 Mac 2012)
  •  Negeri Sembilan:
    • Ahli Royal Family Order of Negeri Sembilan (DKNS, 13 Januari 2011)
  •  Perak Darul Ridzuan:
    • Penerima Royal Family Order of Perak (DK, 24 Julai 2011)
  •  Perlis:
    • Penerima Perlis Family Order of the Gallant Prince Syed Putra Jamalullail (DK, 19 Oktober 2011)
  •  Selangor:
    • Kelas pertama Royal Family Order of Selangor (DK I, 5 Januari 2011)
  •  Terengganu :
    • Ahli kelas pertama Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK I, 9 November 2014)

Penghargaan negara-negara lain ڤڠهرڬأن نڬارا-نڬارا ﻻءين

Penghargaan Akademik ڤڠهرڬأن اكادميك

  • Honorary Fellow, St Cross College, University of Oxford (28 Februari 2018)

Lihat juga ليهت جوݢ

Rujukan رجوكن

  1. ^ Tuanku Muhammad Faris Petra is New Sultan of Kelantan, Bernama (via www.malaysiandigest.com), 13 September 2010. Dicapai 03 November 2010.
  2. ^ Genealogy
  3. ^ "Tuanku Muhammad Faris Petra is new Sultan of Kelantan". Sin Chew Daily. 13 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
  4. ^ "Sultan Muhammad V Official Name of New Kelantan Sultan". Bernama. 22 September 2010. Dicapai pada 23 September 2010.
  5. ^ "Proclamation of Tuanku Muhammad Faris Petra As Sultan Unconstitutional, Says Former Sultan". Bernama. 20 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
  6. ^ A. Letchumanan (21 September 2010). "Kelantan's Tuanku Ismail wants court to declare him rightful Sultan". The Star. Dicapai pada 22 September 2010.
  7. ^ "Conference of Rulers welcomes Sultan Muhammad V". New Straits Times. Bernama. 14 October 2010. Dicapai pada 13 April 2011.
  8. ^ Sultan Kedah Catat Sejarah - UtusanOnline.com
  9. ^ [Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz4N3YhkVVd Kosmo: Sultan Muhammad V dipilih YDP Agong Ke-15]
  10. ^ Berita Harian: Sultan Muhammad V ditabal YDP Agong ke-15
  11. ^ "Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong". Astro Awani. 2 November 2018. Dicapai pada 4 November 2018.
  12. ^ Ahmad Suhael Adnan (6 Januari 2019). Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong Berita Harian. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  13. ^ Sultan Muhammad V letak jawatan Astro Awani (6 Januari 2019). Dicapai pada 7 Januari 2019.
  14. ^ Muhammaad Razis Ismail (6 Januari 2019). People of Kelantan stunned over Sultan Muhammad V’s resignation New Straits Times. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  15. ^ Shannon Teoh (6 Januari 2019). Sultan Muhammad V steps down as Malaysia’s King The Straits Times. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  16. ^ Royal Ark
  17. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  18. ^ List of decorations as of June 2012.
  19. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan".


Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(Sultan Kedah)
Yang di-Pertuan Agong
(Sultan Kelantan)

2016 - 2019
Diikuti oleh:
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(Sultan Pahang)
Didahului oleh
Sultan Ismail Petra
Sultan Kelantan
2010 – kini
Pemegang jawatan kini