Yana Samsudin: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 2404:160:802B:3A49:F119:58BB:9B4A:C762 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Nik Ahmad Ridhwan
Teg: Undur
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Advanced mobile edit
Baris 4: Baris 4:
| caption =
| caption =
| birth_name = Norliana binti Samsudin
| birth_name = Norliana binti Samsudin
| birth_date = {{birth date and age|1984|09|25|df=yes}}
| birth_date = {{birth date and age|1984|09|25}}
| birth_place = [[Yong Peng]], [[Johor]], [[Malaysia]]
| birth_place = [[Yong Peng]], [[Johor]], [[Malaysia]]
| death_date =
| death_date =
Baris 14: Baris 14:
| othername =
| othername =
| occupation = [[Pelakon]], [[pengarah]], [[penyanyi]], penulis skrip, pengacara TV
| occupation = [[Pelakon]], [[pengarah]], [[penyanyi]], penulis skrip, pengacara TV
| yearsactive = 2003–kini
| years_active = 2003–kini
| agent = Prokuya Studios
| agent = Prokuya Studios
| spouse = {{marriage|[[Fadzil Zahari]]|2015}}
| spouse = {{marriage|[[Fadzil Zahari]]|2015}}

Semakan pada 10:45, 23 Oktober 2020

Yana Samsudin
Kelahiran
Norliana binti Samsudin

(1984-09-25) 25 September 1984 (umur 39)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Seni Layar
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengarah, penyanyi, penulis skrip, pengacara TV
Tahun aktif2003–kini
EjenProkuya Studios
PasanganFadzil Zahari (k. 2015)
Anak-anakAisy Mateen
Laman web rasmiyanasamsudin.com

Norliana "Yana" Samsudin (lahir 25 September 1984) ialah seorang pelakon, pengarah,[1] penulis skrip, penyanyi dan model wanita Malaysia.[2][3] Beliau mula dikenali setelah berjaya mengarah sebuah filem pada usia 23 tahun iaitu Selamat Pagi Cinta (2008)[4][5] dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon menerusi telefilem Lu'Lu (2008) dan siri filem Adnan Sempit (2010-2014).[6][7]

Sepanjang kerjayanya, Yana telah bekerjasama dengan ramai pelakon seangkatannya, termasuk Intan Ladyana, Shaheizy Sam dan Farid Kamil. Beliau bernaung di bawah syarikat penerbitan Metrowealth dari awal penglibatannya dalam bidang seni sejak 2004 dan memilih untuk berdikari selepas kontrak tamat pada awal 2014.[8]

Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Kehidupan awal

Yana lahir dan membesar di Yong Peng.

Yana dilahirkan pada 25 September 1984 di Yong Peng, Johor, semasa Awal Muharram, permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Berbanding dua kakaknya yang dilahirkan di hospital, ibunya memilih untuk bersalin di kampung Yong Peng. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik, kepada pasangan Samsudin Jamuri yang berasal dari Yong Peng dan Elly berasal dari Serian, Sarawak, beliau berketurunan Melayu, Jawa dan Bidayuh. Yana merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Adik-beradik beliau ialah Norliyati, Norliza, Muhammad Fahmi dan dan Norliahazwani.

Yana mewarisi bakat seninya dari bapanya. Bapanya pernah menganggotai kugiran tentera yang bernama The Gunners dari unit artileri. Beliau boleh bermain semua alat muzik dan menyanyi. Yana juga pernah menyertai Bintang RTM di Melaka dan berjaya mewakili zon Selatan, namun beliau hanya mampu ke suku akhir.

Kerjaya

Streamers / Gamers

Kini Yana Samsudin mengaktifkan diri dalam bidang streaming gamers di laman Facebook Gamingnya YanaSamsudinX dan mempunyai team eSportnya tersendiri iaitu YSX eSport. PUBG Mobile telah mengambil Yana sebagai duta kempen mereka untuk baju terbaru 2019 iaitu Snowflake Girl.

Televisyen

Kerjaya televisyen Yana bermula pada 2008 dengan menjayakan peranan utama sebagai Lu’lu dalam telefilem Lu’lu lakonan bersama Farid Kamil.

Drama pertama lakonan Yana ialah 3 Janda[9] terbitan MIG Productions arahan Joeza Rashidi (kini telah meninggal dunia), yang mana beliau memegang watak sebagai Suria Zambri yang merupakan seorang yang manja, liar dan nakal, suka bergaya lebih, suka barang berjenama dan boros.[10] Drama yang bersiaran di Astro Prima turut dibintangi oleh Rozita Che Wan dan Lisa Surihani.[10] Drama ini juga memerlukan beliau memakai rambut palsu.[10]

Beliau kemudiannya, memegang watak utama sebagai Siti Ratna drama slot Lagenda TV3 dan TV9, Siti Kelembai yang telah meraih rating tertinggi 2.5 juta penonton di TV9. Drama bersiri 20 episod arahan Bob Hashim Ismail terbitan MIG Productions mengolah semula cerita rakyat, Sang Kelembai kepada Siti Kelembai versi moden yang berkisar tentang Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.[11]

Pada tahun 2012, Yana berlakon dalam siri drama aksi komedi Bini-Bini Perkasa bersama Intan Ladyana dan Fezrul Khan yang mana beliau memegang watak Manja, watak lakonannya dalam filem Bini-Biniku Gangster.[12][13]

Pada tahun 2013, Yana juga melakonkan watak sebagai Wawa, seorang gadis kampung yang menderhakai ibunya dalam episod pertama drama Tanah Kubur musim keenam arahan Rashid Sibir, bersama pelakon veteran Wan Maimunah. Seterusnya, berlakon dalam drama Dia Suamiku juga arahan Rashid. Beliau digandingkan bersama penyanyi, Afiq Hakim Ahmad menerusi telefilem Abang Long vs Kak Yong yang disiarkan di TV3 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Beliau seterusnya berlakon dalam drama Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor yang berdasarkan daripada telefilem Suamiku Jururawat, bersama penyanyi Tomok yang bersiaran di TV3 mulai 23 Februari 2014.[14][15]

Sebagai pengacara televisyen, Yana telah mengacarakan beberapa rancangan TV termasuk Juara Joran[16] di Astro Mustika HD, rancangan pencarian bakat Qu Puteh Bintang Mencari Bintang[17] dan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015[18] di TV3 bersama penyampai radio AG dan rancangan masakan Lesung Pipit di Astro Prima.

Beliau kembali digandingkan bersama Farid Kamil dalam siri drama Qanun 99 di Astro Oasis.[19][20][21][22][23]

Filem

Bersama trofi Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2012.

Kerjaya Yana di layar lebar bermula pada 2003 apabila beliau melakonkan peranan pembantu dalam filem komedi arahan Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen, Mami Jarum Junior terbitan Metrowealth Movies Production.[7]

Pada 2008, beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera sulung arahannya, Selamat Pagi Cinta[24] yang mana beliau turut menulis skrip filem ini,[7] ketika itu beliau menggunakan nama sebenar, Norliana Samsudin. Filem bergenre percintaan lakonan Nur Fazura, Sharifah Amani, Que Haidar dan Pierre Andre ini ditayangkan pada 20 November 2008. Ia merupakan satu-satunya filem yang diarahkan oleh beliau, menjadikan Yana pengarah wanita pertama di Malaysia. Yana juga dipilih oleh David Teo sebagai salah seorang pengarah muda didalam Skim 10 Pengarah Muda MIG.[7]

Pada tahun yang sama, beliau diberikan watak utama sebagai seorang pelajar baru asrama bernama Zeta dalam filem seram suspens arahan James Lee, Histeria terbitan Tayangan Unggul yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Norisz Ali dan Ainul Aishah. Filem ini menandakan kali pertama Yana berlakon dalam filem terbitan syarikat penerbitan lain.

Pada tahun 2010, beliau bersama Shaheizy Sam membintangi filem aksi komedi arahan Ahmad Idham, Adnan Sempit yang mana beliau melakonkan watak sebagai Wawa, pembantu peribadi Nadia lakonan Intan Ladyana. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2010 menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan jumlah hasilnya pada takat RM7.66 juta, sepanjang tempoh tayangan awal di pawagam. Kejayaan filem ini melayakkan Yana memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 sekaligus membawa kepada penghasilan tiga filem susulannya — Adnan Sempit 2 (2012),[25] Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014)[26] [27] di bawah arahan Ismail "Bob" Hasim. Berikutan kejayaan filem pertama, Yana kembali memegang watak Wawa dalam ketiga-tiga filem sambungan dari Adnan Sempit.

Selepas Adnan Sempit, beliau sekali lagi bekerja di bawah arahan Idham menerusi filem Aku Masih Dara yang ditayangkan pada 16 Disember 2010 di mana beliau melakonkan watak utama sebagai Aleesya, bersama Raja Farah dan Diana Amir. Filem yang mengetengahkan isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan turut dibintangi oleh Farid Kamil dan Ashraf Muslim.

Pada tahun 2011, beliau bekerja di bawah arahan Farid Kamil buat kali pertama dan sekali lagi bergandingan bersama Shaheizy Sam yang melakonkan watak Tumulak menerusi filem Kongsi, dalam filem ini, Yana melakonkan watak Inspektor Olla. Filem beliau seterusnya, Bini-Biniku Gangster arahan Ismail Bob Hasim menyusul di pawagam, sekali lagi menemukan beliau bersama Sam dan Intan Ladyana. Beliau melakonkan watak sebagai Manja, seorang isteri dan suri rumah yang baik, tetapi mempunyai identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster dan terpaksa merahsiakan identitinya daripada suaminya, Harry (Shaheizy Sam).

Pada tahun 2012, beliau sekali lagi berpasangan dengan Sam menerusi filem bertemakan K-Pop, Aku Ada, Kau Ada???[28] arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures,[28] yang mana hampir 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea Selatan dan melibatkan tempat-tempat menarik seperti bandar Seoul dan Pulau Jeju.[28] Dalam filem yang ditayangkan pada 24 Mei 2012 ini, beliau memegang watak sebagai Tina.[28][29] Beliau bersama Sam melakonkan watak utama sebagai Julia dan Alang dalam filem aksi arahan Ahmad Idham, 8 Jam yang ditayangkan pada 5 Julai, filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dan menerima ulasan positif dari pengulas filem, malah ia meraih kutipan sebanyak RM2.30 juta.

Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam filem komedi romantik Strawberi Cinta[30] arahan Ahmad Rusli Khadri yang mana beliau memegang watak sebagai seorang gadis Jepun yang bernama Ichigo Yamada yang berasal dari Jepun,[30] telah terpisah dengan ibu kandungnya, Rozita (dilakonkan oleh Dian P. Ramlee), sejak berusia enam tahun,[30] filem yang menggandingkan beliau bersama Pierre Andre juga memerlukan Yana untuk mempelajari bahasa Jepun.[30][31]

Pada tahun 2013, Yana melakonkan watak Wawa dalam terbitan turunan filem Adnan Sempit, Wawa Semput yang berkisarkan tentang Wawa yang kecewa dengan sikap Bobby (dilakonkan oleh Along Cham) yang kembali merempit mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Filem ini ditayangkan pada 31 Januari 2013 merupakan kegagalan komersial, hanya sekadar memeproleh kutipan sebanyak RM1.48 juta.[32][33]

Beliau sekali lagi digandingkan bersama Pierre Andre menerusi filem 3 Temujanji arahan Hashim Rejab[34] dan seterusnya, berlakon di bawah arahan Pierre menerusi filem Cerita Kita bersama Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan.

Pada tahun 2016, beliau kembali beraksi di layar perak menerusi filem Cina tempatan berjudul Happy Birth Death yang ditayangkan pada 22 Disember 2016.[35][36]

Muzik

Yana memulakan kerjaya muziknya pada 2004 menerusi album studio pertamanya bertajuk Ceria yang diterbitkan oleh MIG Records.[37] Album yang dikeluarkan pada 22 Julai memuatkan 10 lagu, antaranya "Hingga Hujung Nyawa" dan ”Aku Pasrah", lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album ini ialah "Go Away (Pergilah)", "Aku Redha", "Kosong", "Mengertilah", "Bermula Satu Cerita", "Rahsia Cinta", "Ceria" dan "Singgahsana Sangkar Cinta".[37]

Pada 2013, beliau merakamkan lagu bersama pelakon Shaheizy Sam yang bertajuk "Beginilah Caranya" yang menjadi lagu tema filem Aku Ada, Kau Ada? lakonan mereka berdua. Beliau juga menyanyikan satu lagi runut bunyi filem ini, "Halus Berbisa" secara solo.

Aktiviti dan penerimaan media

Nama Yana Samsudin lebih melonjak naik apabila memegang watak Manja dalam filem Bini-Biniku Gangster seterusnya telah merangkul Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012, Yana juga telah berjaya merangkul Anugerah Heroin Terhebat dalam Anugerah Blokbuster 1 & 2.

Selayaknya beliau dipanggil 'Primadona Mainstream Future Film' kerana beliau telah membintangi filem filem yang mencatatkan kutipan pecah panggung di Malaysia.[perlu rujukan]

Beliau juga di gelar #DarlingMalaysia apabila muncul di rancangan Awal Lagi membincangkan interaksi artis bersama peminat di laman sosial, apabila rata rata komen yang diterima Yana adalah positif dan membina. Hubungannya bersama peminat tidak ubah seperti kawan rapat apabila kelab peminatnya iaitu YanaSuperFriend sering di ajak menonton wayang dan makan bersama, kekuatan dan keakraban kelab peminatnya iaitu YanaSuperFriend sehingga akan bertindak menyokong dan mempertahankan Yana jika muncul sebarang komen negatif dari individu individu lain di luar ataupun di alam maya. Mereka adalah tulang kuat Yana Samsudin.[38]

Sehingga April 2013, beliau mempunyai hampir satu juta peminat di laman Facebook.[39]


Kini Yana Samsudin mengaktifkan diri dalam bidang streaming gamers di laman Facebook Gamingnya YanasamsudinX dan mempunyai team eSportnya tersendiri iaitu YSX eSport. PUBG Mobile telah mengambil Yana sebagai duta kempen mereka untuk baju terbaru 2019 iaitu Snowflake Girl.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan adik kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 jam 4.15 petang di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Johor.[40] Kedua-dua pasangan kelihatan segak mengenakan pakaian dari rona putih.[40] Majlis yang berlangsung secara sederhana itu dihadiri oleh keluarga, sanak saudara, kenalan rapat dan teman wartawan. Yana yang sah menjadi isteri Fadzil melafazkan akad nikah dengan sempurna di hadapan Imam Besar Masjid Jamek Pekan Yong Peng, Shamsul Rizalaris Abdul Hamid yang bertindak sebagai jurunikah.[41][40][42][43] Anak sulungnya, Aisy Mateen dilahirkan pada 21 Julai 2016, [44][45][46][47][48] Dalam temuramah dengan Media Hiburan, Yana berkata nama anak lelakinya itu dipilih melalui hasil perbincangan antara beliau dan suami. Keindahan nama itu dibuat oleh Yana sendiri dan suaminya yang lebih mengutamakan huruf 'A' sebagai permulaan nama, manakala Mateen pula berasal daripada 99 nama Allah.[49]

Sebelum ini, Yana pernah menjalin hubungan dengan pelakon-pengarah Pierre Andre sekitar 2004 hingga 2007.[50][51]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Mami Jarum Junior Filem pertama, pelakon tambahan
2004 7 Perhentian Pelayan restoran Pelakon tambahan
2005 Cinta Fotokopi Melly Dikreditkan sebagai Norliana Samsudin
2007 9 September Pelajar sekolah Sebagai pengarah filem Wanita termuda ketika umur 23 tahun
2008 Selamat Pagi Cinta May Filem pertama arahan, dikreditkan sebagai Norliana Samsudin
Histeria Zetta Perempuan lesbian bersama Scha Alyahya
2010 Adnan Sempit Wawa
Aku Masih Dara Aleesya
2011 Kongsi Inspektor Olla
Bini-Biniku Gangster Manja Pelakon utama dan juga penulis skrip bersama Fadzil Zahari
2012 Adnan Sempit 2 Wawa
3 Temujanji Reanna Heroin
Aku Ada, Kau Ada??? Kartina Dahar Heroin bersama Shaheizy Sam
8 Jam Julia Heroin bersama Shaheizy Sam
Strawberi Cinta Ichigo Yamada Heroin bersama Pierre Andre
2013 Minyak Dagu Emelda Heroin
Wawa Semput Wawa Heroin bersama Along & Angah
Cerita Kita Ika Heroin bersama Pekin
Dua Kalimah Humaira
Adnan Sempit 3 Wawa
2014 Adnan Sempit Sawadikap Wawa
2016 Happy Birth Death
2018 Rise: Ini Kalilah Kakak Fizah Pelakon undangan
2020 Kak Yong Kak Yong Heroin dan penetbit eksekutif

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Lu'Lu Lu'Lu Astro Ria
2011 Love, Nora Sheila Astro Citra
Diari Suami 9 Bulan Zara TV9
Kubur Tak Bertanda Rita Astro Citra
2012 Hatiku di Kinabalu Lara
2013 Suamiku Jururawat Dr. Suriati TV3
Abang Long vs Kak Yong Kak Yong
2014 Atie Setan Atie
Kakak Lily
2015 Rindu Dari Pencipta Astro Prima
2018 Lamaran Perfect Nora Astro Ria

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 3 Janda Astro Prima
2010 Siti Kelembai Siti Kelembai TV3
Suri Bakawali Suri
2011 Santau Merasuk Nina
2012 Bini-Bini Perkasa Manja
2013 Surat Dari Langit Biru Salmi
Tanah Kubur (Musim 6) Salwa Astro Oasis Episod: "Derhaka"
Dia Suamiku Hana Astro Prima
2014 Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Dr. Suriati TV3
2015 Kalau Hati Ini Rama-Rama Nur TV2
2016 Qanun 99 Zahara Astro Oasis
2017 Jadikan Aku Yang Kedua Waheeda / Wawa
2018 Cinta Maya Maya TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Peranan Catatan
2014 Juara Joran Astro Mustika HD Pengacara
2015 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang TV3
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015
2016 Lesung Pipit Astro Prima
2017 Bismillah Ad-Dhuha Astro Oasis mengacara bersama Diana Amir dan Fakhrul Radi

Diskografi

Album studio

Lagu dan single

Anugerah dan pencalonan

Senarai anugerah dan penghargaan yang diterima oleh Yana Samsudin
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Adnan Sempit Menang
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Anugerah Blokbuster Heroin Terhebat 3 Temujanji Menang
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pelakon Filem Wanita Popular Menang
Anugerah Blokbuster Heroin Terhebat Strawberi Cinta Menang
2013 Anugerah Melodi Artis Wanita Pilihan Tercalon
2014 Anugerah Skrin 2014 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) 2 Kalimah Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2014 Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Adnan Sempit 3 Tercalon
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) Adnan Sempit Sawadikap Tercalon

Rujukan

  1. ^ "Yana rindu sutradarai film lagi". Berita 21. 30 Mei 2012. Dicapai pada 24 Julai 2013.
  2. ^ "Artis : Info Yana Samsudin". Cinema Malaysia. Dicapai pada 24 Julai 2013.
  3. ^ Najiy Jefri (11 Oktober 2014). "Cinta vs karier Yana Samsudin". Kosmo!. Dicapai pada 11 Oktober 2014.
  4. ^ Budiey (11 Disember 2007). "Norliana Shamsudin, Pengarah Wanita Termuda Malaysia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  5. ^ Wahida Asrani (16 Jun 2009). "Yana rindu untuk kembali bergelar pengarah filem". MSTAR Online. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  6. ^ Nor Raidah Awang (22 Mei 2013). "Yana Samsudin heroin terhebat?". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Julai 2013.
  7. ^ a b c d "Perjalanan seni Yana Samsudin". WordPress. 26 Julai 2011. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  8. ^ "Yana Samsudin keluar MIG?". Sinar Harian. 14 Februari 2014. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  9. ^ Abdul Aziz Itar (12 Mac 2009). "Mampukah 3 Janda atasi Mertua...?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  10. ^ a b c Siti Azira Abdul Aziz (20 Mac 2009). "Yana kali pertama pakai rambut palsu". MSTAR Online. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  11. ^ Budiey (29 Ogos 2012). "Sinopsis Siti Kelembai lakonan Yana Samsudin dan Fizo Omar". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  12. ^ ""Bini-bini Perkasa" – Apa Berlaku Sekiranya Kuasa Wanita Menandingi Lelaki?". Oh Bulan!. 21 September 2010. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  13. ^ Nina Farzuin Md. Sharom (6 September 2012). "Bini-Bini Perkasa: Aksi komedi luar biasa". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  14. ^ "Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor". Sinar Harian. 11 Mac 2014. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  15. ^ "GANDINGAN TOMOK & YANA DALAM 'SUAMIKU JURURAWAT, ISTERIKU DOKTOR'". Media Hiburan. 11 Mac 2014. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  16. ^ Garet Dawum (25 Jun 2014). "Yana kendali Juara Joran". Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Jun 2014.
  17. ^ Mohd Al Qayum Azizi (10 April 2015). "'Qu Puteh Bintang Mencari Bintang' Di TV3 Bermula Ahad Ini". mSTAR Online. Dicapai pada 6 Februari 2016.
  18. ^ Zaidi Mohamad (18 Mac 2015). "Yana Samsudin, AG hos DFKL 2015". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mac 2015.
  19. ^ "Yana Samsudin Segan Bergandingan Dengan Farid Kamil". Astro Gempak. 5 Februari 2016. Dicapai pada 6 Februari 2016.
  20. ^ "Peluang berlakon Qanun 99, membuat Yana dan Farid Kamil memberi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Februari 2016.
  21. ^ Nina Sharom (12 Februari 2016). "Yana Samsudin kekok bersama Farid Kamil". Sinar Harian. Dicapai pada 25 Mac 2016.
  22. ^ "Farid Kamil Dan Yana Samsudin Kerap Dilihat Turun Naik Mahkamah". Sinar FM. 5 Februari 2016. Dicapai pada 25 Mac 2016.
  23. ^ Rhazes A.B. (28 Februari 2016). "Mawaddah Cinta Yana Samsudin". Malaysian Access. Dicapai pada 25 Mac 2016.
  24. ^ "SELAMAT PAGI CINTA (2008) Arahan Norliana Samsudin @ Yana PEWARIS FILEM ROMANTIS MALAYSIA". Adi Rahimi. 31 Oktober 2008. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  25. ^ ""Adnan Sempit 2" – Lebih Mencuit Hati". Selebriti Online. 14 Februari 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  26. ^ Florey DM (22 July 2014). ""Adnan Sempit Sawadikap" might be the last sequel". Cinema Online. Dicapai pada 29 July 2014.
  27. ^ "Yana Samsudin talks Adnan Sempit Sawadikap". Yahoo! Singapore. 30 July 2014. Dicapai pada 31 July 2014.
  28. ^ a b c d "Aku Ada, Kau Ada, filem K-Pop Melayu pertama". Sinar Harian. 25 Mei 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  29. ^ "Yana bosan lakonan sendiri?". Utusan Malaysia. 5 Jun 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  30. ^ a b c d "Strawberi Cinta Yana tutur bahasa Jepun". Sinar Harian. 7 Disember 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  31. ^ "STRAWBERI CINTA – JATUH CINTA PADA GADIS JEPUN". Bro Framestone. 5 Disember 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  32. ^ Khairul Amri Hassan (31 Januari 2013). "Kesinambungan cinta Wawa-Bobby". Kosmo!. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  33. ^ "SEKUAL ADNAN SEMPIT – WAWA SEMPUT". Bro Framestone. 6 Februari 2013. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  34. ^ "3 Temujanji 'satukan' kembali Yana dan Pierre". Sinar Harian. 6 April 2012. Dicapai pada 29 Mac 2015.
  35. ^ Najiy Jefri (24 Disember 2016). "Yana dalam filem Cina". Harian Metro. Dicapai pada 25 Mac 2017.
  36. ^ Syarrizuan Abdul Rashid (21 Disember 2016). "Yana kembali ke pawagam dengan filem Happy Birth Death". Berita Harian. Dicapai pada 30 Mac 2017.
  37. ^ a b Abdul Aziz Itar (14 Oktober 2004). "Yana - Penyanyi lagu-lagu runut". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2014.
  38. ^ Norhidayu Zainal (3 Julai 2014). "Hasrat Yana Samsudin tercapai". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Julai 2014.
  39. ^ "This pretty Malaysian actress has almost 1 million FB fans". Lollipop. 12 August 2013. Dicapai pada 25 March 2014.
  40. ^ a b c "Yana Samsudin sah bergelar isteri". Sinar Harian. 13 Februari 2015. Dicapai pada 30 Mac 2015.
  41. ^ Shahril Nizam Abdullah (17 Februari 2015). "Teruja menikmati bahagia berumah tangga". Kosmo!. Dicapai pada 17 Februari 2015.
  42. ^ Yana Samsudin Masih Sesuaikan Diri Sebagai Isteri Fadzil Zahari
  43. ^ "Gementar saat akhir". Utusan Malaysia. 20 Februari 2015. Dicapai pada 1 Mac 2015.
  44. ^ Tiga Minggu Kami Fikir Nama Aisy Mateen – Fadzil Zahari Astro Gempak. 26 Ogos 2016.
  45. ^ Verina Khoo (27 July 2016). "Yana Samsudin welcomes a baby boy". Elle Malaysia. Dicapai pada 1 August 2016. This is the actress's first child with husband Fadzil Bahari Zahari
  46. ^ "Yana Samsudin selamat lahir anak lelaki". Berita Harian. 25 Julai 2016. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  47. ^ "Yana Samsudin Selamat Melahirkan Bayi Lelaki". Jelita. 26 Julai 2016. Dicapai pada 1 Ogos 2016. Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan putera sulungnya 21 Julai lalu. Perkhabaran gembira itu diumumkan menerusi akaun Instagram suaminya yang juga adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Bahari Zahari, semalam.
  48. ^ "Yana Samsudin, Fadzil Zahari Dapat Anak Lelaki". Berita Harian. 26 Julai 2016. Dicapai pada 1 Ogos 2016.
  49. ^ Zulqarnain Abu Hassan (24 Ogos 2016). "AISY MATEEN NAMA ANAK FADZIL & YANA SAMSUDIN". Media Hiburan. Dicapai pada 25 Ogos 2016.
  50. ^ "Cerita Cinta Yana, Pierre". Kosmo!. 5 April 2012. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  51. ^ "Profesional Pierre - Yana". Kosmo!. 7 Mei 2012. Dicapai pada 29 Mac 2014.
  52. ^ Ceria (catatan media). Yana Samsudin. MIG Records. 2004.CS1 maint: others (link)

Pautan luar